Usah Risau, Rezeki Anak Dijamin Allah SWT
Allah SWT telah menetapkan setiap rezeki buat anak-anak kita sebagaimana firman-Nya dalam al-Quran.
Yakinlah, Allah SWT Maha Pemurah dan sentiasa mencukupkan keperluan kita sekeluarga.
Tips untuk menang pertandingan mewarna
1. Tambah karakter tambahan atas kertas lukisan.
2. Pastikan karakter yang ditambah ada kena mengena dengan tema. Misalnya merdeka, boleh lukis wau bulan, jet pejuang, burung enggang, tugu negara, harimau dll
3. Gunakan warna yang kontra supaya lukisan lebih timbul.
4. Warna penuh satu kertas mewarna/lukisan.
5. Dan tiada ruang yang dibiarkan kosong tanpa warna hatta awan sekali pun.
#KelasSeniCikYa
Sumber asal:-
https://www.facebook.com/share/p/VT8frpmrAqkaatfg/
Jom masuk bengkel mewarna guna oil pastels. Tekan sini https://linktr.ee/naziasuhaimi
Kelas Seni Mewarna
#KelasSeniCikya
SUP ABC
Kalau anak-anak tak sihat, korang biasa masakkan apa? 👩🏻🍳 #akakadmin selalunya buat Sup Sayur Campur ni sebab dia ada macam-macam tekstur dalam tu dari sayur-sayur dan ayam. Memang berselera they all makan. Khasiat pun banyak, senang nak bagi diorang cepat sihat. Cuma kena pastikan kandungan garam dikurangkan dengan AJI-NO-MOTO®. Simpan resipi ni, ya~ (Perkongsian asal di Facebook SEDAPEDIA)
Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang di bawah umur 18 tahun seperti yang termaktub dalam Akta Kanak-Kanak 2001.
Berkongsi gambar/video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa adalah melanggar hak dan privasi kanak-kanak itu [Akta Kanak-Kanak 2001].
Penyiaran gambar dan maklumat peribadi kanak-kanak dalam media massa melanggar Seksyen 15 Akta Kanak-kanak 2001.
Untuk anak-anak murid di sekolah bawah cikgu pula:
KPM dah keluarkan surat siaran mengenai kebenaran ibu bapa untuk post gambar/video anak. Maksudnya, guru memang tak boleh la nak suka2 hati pos gambar/video budak lepas ni.
https://www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-9-tahun-2024-pelaksanaan-surat-akuan
Sumber:
https://x.com/ainplustwoas/status/1832039237275046114?s=19
https://x.com/JatIkhwan/status/1831858999110848997?s=19
https://x.com/NancyShukri/status/1831659068077044032?s=19
https://x.com/miratieazman/status/1831664786704306195?s=19
https://x.com/akif_basri/status/1290851408992862209?s=19
https://x.com/arjuna_katarsis/status/1772177265461240299?s=19
Penat saya doktor. Tiap-tiap pagi saya jemur tilam. Saya dah marah anak saya berkali- kali. Dia masih kencing malam. Umur sudah 7 tahun pun masih basahkan tilam. Sekarang pakai pampers adik dia setiap malam. Kalau tidak mesti basah.
Bertenang. Jangan marah anak, ibu ayah.
Kencing sewaktu malam kebanyakannya adalah normal. Pundi kencing anak anda belum bersedia untuk menyimpan kencing sepanjang malam. Mereka cuma perlu masa dan pendekatan yang betul untuk menangani isu ini.
Kajian menunjukkan, kebanyakan kanak-kanak akan berhenti kencing malam sewaktu umur 5-6 tahun. Tapi ada juga yang tidak.
✅ 40% berumur 3 tahun masih kencing malam
✅ 15% berumur 5-6 tahun
✅ 5% untuk 10-11 tahun
✅ 2% berumur 12 tahun
Puncanya?
Ada pelbagai punca kepada kencing malam.
✅ stress,
✅ kencing manis jenis 1,
✅ struktur Pundi kencing yang tidak normal
✅ jangkitan kuman saluran kencing
Namun, 99% kebanyakannya tiada punca. Hanya pundi kencing yang tak cukup besar untuk menampung sewaktu malam.
Tapi tiada masalah pun jika anda ingin berjumpa dengan doktor untuk bertanya. Doktor biasanya akan tanya beberapa soalan ini. Anda perlu bersedia untuk jadi detektif Konan.
✅ Ada sejarah keluarga kencing malam? Suami? Isteri? Ibu ayah? Adik beradik? Datuk? Sedara?
✅Adakah terdapat pemakanan yang buat/trigger anak anda kencing malam lebih kerap?
✅ Kuat tak anak anda minum sebelum tidur?
✅ Pernah alami kencing berdarah?
✅ Anak (lelaki)dah sunat ke belum? jika belum, ada tanda merah di hujung kemaluan?
Dengan beberapa perkara di atas mungkin dapat mencari puncanya dan seterusnya merawat anak anda.
Kami share juga tips yang boleh anda lakukan dalam bentuk infografik.
Yang penting, kita kena bersabar tau.
Anak kalau selalu dimarah atau dimalukan, boleh jadi tertekan dan akan melambatkan proses untuk tidak lagi kencing malam.
Sumber:
Kejutan istimewa untuk seluruh pelajar sekolah Malaysia!
Pertandingan Video Kreatif
Inilah peluang adik-adik untuk menyerlahkan kreativiti dan bakat terpendam adik-adik dengan menyertai Pertandingan Video Kreatif bertemakan “Adik Baca Buku Apa Cuti Sekolah Ini?” anjuran PTS sempena cuti sekolah ini!
⏳Tempoh Penyertaan: 5 Februari - 10 Mac 2024⏳
Cara penyertaannya mudah sahaja! Anda boleh imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan.
https://pts.com.my/cutisekolah?fbclid=IwAR30zOQMhr3Dr235IhjxWtLO9SUIkCmLocRq5HLlCggOBrPxzTFxrT3lTdw
Pertandingan tertakluk kepada Terma & Syarat.
Selamat berkarya!
Pertandingan Adik Resensi Buku di Tiktok
Ayuh, mari sertai Pertandingan Adik Resensi Buku Secara Berpantun anjuran Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka. Peserta perlu membuat resensi buku berdasarkan buku terbitan DBP dengan kaedah berpantun dan muat naik video melalui pelantar TikTok.
Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 1 April 2024. Selamat berjaya!
https://www.facebook.com/share/p/pGFNjNoqF9kr5tAn/?mibextid=2JQ9oc
Hari ini kita dikhabarkan dengan satu berita sedih, pemergian seorang bayi kerana tidak sengaja ditinggalkan di dalam kereta yang diparkir untuk masa yang lama.
Kes seperti ini kerap berlaku, dan boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri, jadi kita perlu ambil langkah-langkah untuk elakkan ia terjadi.
Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.
1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letakkan di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.
2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.
3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.
4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut kiri anda di ruangan kaki di belakang jika pandubkereat auto. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.
6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.
7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.
8. Guna peranti(device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.
9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.
Jika anda ada tips lain, boleh kongsikan diruangan komen.
Sumber:
Facebook dan twitter Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
What is ADHD? How ADHD derived? When ADHD can be detected? Why is it happening? This info might help you to discover more on ADHD 🙂
Play By REKA Reka Zone
#RekaSetia
ASD (Autisme Spektrum Disorder)
Individu yang diberikan diagnosis ini mesti mempunyai masalah dalam 3 aspek iaitu dari segi:
1. Pertuturan (speech delay),
2. Masalah pergaulan (Tidak berminat untuk bergaul atau bersosial)
3. Tingkahlaku stereotipikal (e.g. tingkahlaku terhad dan berulang yang mungkin dianggap aneh oleh masyarakat dan obsesi terhadap sesuatu benda/isu).
Prevalence di US menunjukkan bilangan kanak kanak ASD ialah 1 kepada 68 kanak kanak.
Di Malaysia, angka tersebut jauh lebih rendah iaitu 1 kepada 600 kanak kanak (2005).
Adakah jumlah tersebut benar benar lebih rendah berbanding di US dan negara lain. atau sebenarnya masih banyak kanak kanak Autisme yang TIDAK di kesan.
---------------------------------------------------------
Kepentingan Pengesanan Awal Autisme?
Pengesanan awal amat penting untuk memastikan kanak kanak tersebut di bantu dengan intervensi, terapi dan rawatan. Intervensi awal terbukti dapat meningkatkan keupayaan kanak kanak ASD dan seterusnya meningkatkan mutu kehidupan kanak kanak tersebut.
Ada ibu bapa yang enggan melakukan pengesanan awal kerana percaya perkembangan anak akan berubah sendiri apabile meningkat dewasa,
Ada ibu bapa yang enggan mendapatkan diagnosis kerana masih menafikan situasi dan realiti sebenar kondisi anak mereka.
Ini semua adalah sikap "Penafian" atau "Indenaial" yang menyebabkan anak lewat mendapatkan intervensi.
------------------------------------------------------------
Bagaimanakah Autisme Di kesan?
Di Malaysia, kaedah pengesanan awal di lakukan menerusi soal kaji selidik M-CHAT ( modified checklist for autism in toddler).
Ia merupakan kaedah self reporting yang perlu di isi oleh penjaga dan kemudian di semak oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan.
Terdapat 23 soalan di dalam M-CHAT yang boleh membantu dalam pengesanan awal kanak kanak ASD .Rutin ini di lakukan ketika kanak kanak berusia 18 bulan .
Kemudian, kanak kanak tersebut akan di rujuk kepada pegawai perubatan dan seterusnya kepada pakar kanak kanak untuk diagnosis.
------------------------------------------------------------
Masa depan anak anda boleh berubah dengan langkah pertama anda!
*Borang M-CHAT terdapat di dalalam buku pemeriksaan kanak kanak ( biru) di ruangan 18 bulan.
* penggunaan M-CHAT kepada kanak kanak berusia 18-36 bulan.
* M-CHAT hanyalah satu kaedah pengesanan awal ( screening) BUKAN diagnosis, oleh itu sebarang keraguan perlu di rujuk kepada pegawai perubatan.
Sekarang ini banyak orang alami gejala demam. Seminggu on and off demam. Badan sakit sakit sehingga lesu.
Seharian selsema. Makan tak rasa. Hidung tersumbat sampai sakit kepala berdenyut denyut.
Adakah influenza sama dengan demam selsema?
TIDAK
Walaupun kedua-duanya mempunyai gejala yang hampir sama tetapi influenza menyebabkan gejala dan tanda-tanda yang lebih teruk serta boleh menyebabkan komplikasi yang serius.
Jangan lupa subscribe channel Didi & Friends : https://www.youtube.com/c/didiandfriends
"Buku yang hebat membantu anda faham, dan membantu anda berasa difahami." - John Green
"Dari kecil lagi saya meletakkan kepercayaan tinggi, apabila kita buat berulang kali untuk sesuatu perkara, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap termasuk membaca buku." - Tun M
"Saya amat yakin sesuatu magis boleh terjadi apabila anda membaca buku yang baik." - JK Rowling
Memang dalam islam dibenarkan, tiada masalah. Dalam erti kata lain, menentang hukum syarak tanpa sebab ternyata salah. Jadi hakikatnya, dalam hal ini, jika mahu buat juga, perlu ada sebab yang kukuh dan keadaan yang betul untuk menjayakan hal demikian.RASULULLAH SAW DAN SAIYIDITINA AISYAH RA
"Anak-anak bukan bahan dagangan. Elakkan penzinaan adalah alasan." - KM Adli ZahariZaman mendatang lagi mencabar. Keperluan ilmu untuk hidup adalah sangat mendesak. Anak itu masih mentah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri / ibu dan masih jauh perjalanan untuk membina cita-citanya. Tidakkah kita merasa anak-anak itu layak mendapat pendidikan yang cukup dan mengejar impian sendiri? Mereka juga ada hak. Kita lihat saja konteks isu semasa, keadaan terkini yang serba maju. Pastinya masa depan anak-anak kita menjadi keutamaan. Adalah lebih wajar kita membimbing anak-anak dengan rasa hormat dan tanggungjawab, bukan hanya untuk kepentingan diri kita semata.
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan." (Surah An-Nur ayat 30)
Bak kata salah seorang saudara saya, "Berikanlah dulu kefahaman agama dan tarbiyyah kukuh dalam generasi masyarakat. Bukan terus ikut short cut tanpa melihat pula kondisi masyarakat itu sendiri."
![]() |
Gambar: https://www.bharian.com.my |
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya). Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."- (Al-Anfaal ayat 27 & 28)
![]() |
Gambar: Twitter @bernamadotcom |