Ku menunggu, ku menanti tibanya waktu Ku mencari, cinta sejati untuk diriku Di mana kamu, di mana kamu sayang Aku terus mencari, terus mencari pujaan hati
Kamulah wanita pujaanhatiku Kamulah wanita gadis idamanku Tak ada yang bisa Jadi sepertimu Tak ada yang bisa Jadi penggantimu
Ku menunggu, ku menanti tibanya waktu Ku mencari, cinta sejati untuk diriku Di mana kamu, di mana kamu sayang Aku terus mencari, terus mencari pujaan hati Kamulah wanita pujaan hatiku Kamulah wanita gadis idamanku
Tak ada yang bisa Jadi sepertimu Tak ada yang bisa Jadi penggantimu
Tak ada yang bisa, memberikan aku cinta Selain dirimu, selain kamu saja
Akulah wanita pujaan hatimu Akulah wanita gadis idamanmu
Kamulah wanita pujaan hatiku Kamulah wanita gadis idamanku
Tak ada yang bisa Jadi sepertimu Tak ada yang bisa Jadi penggantimu Kamulah wanita pujaan hatiku Kamulah wanita gadis idamanku
Al-Hidayah 2019 menampilkan artis & personaliti yang akan berkongsi rahsia di sebalik kejayaan mereka. Mungkinkan amalan harian, kerja amal, doa, hubungannya sesama manusia dan hubungan dengan Allah yang membuatkan mereka berjaya. Saksikan Al Hidayah 2019 yang akan memberi inspirasi melalui perkongsian artis dan personaliti yang terpilih.
Untuk episod pada 11 Januari 2019 kali ini menampilkan artis manis Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah dengan tajuk "Hadiah Allah". Ardell yang juga seorng pelakon dan pengacara kini juga adalah seorang usahawan untuk perniagaannya iaitu @alwadelhijab & @anabofficial.
- Lagi banyak positif kita keluarkan, lagi banyak perkara positif orang bagi ke kita.
- Jika perkara baik, kita kongsi ke orang ramai.
- Bahagiakan orang lain, kita pun akan bahagia.
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."(Maksud surah Al-An'aam ayat 125)
- Hidayah itu hadiah daripada Allah. Hidayah perlu dicari.
- "Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain (kongsi). Apa datang pada kita Allah bagi, apa yang Allah bagi tu kita kena kongsi."
- Bukan hijrah yang mudah. Banyak perkara kena harungi.
- Ibu sumber inspirasi. Kekuatan ini saya ambil daripada mak saya. Ujian saya kecil sahaja berbanding mak, adik-beradik dan orang yang diduga lebih berat daripada saya. Mama tak pernah malu dengan saya, tak pernah putus asa dengan saya.
- Siti Nordiana inspirasi dalam saya menjaga aurat.
- Allah dengar dan makbulkan doa pada masanya. Dalam solat sendiri ada doa dan kata-kata indah.
- Belajar agama perlu berguru., tak boleh sendiri, jika sendiri mungkin sesat.
- Jangan judge sebelum kita kenal.
- Di sebalik senyuman seseorang, kita tak tahu apa yang dia tanggung.
- Saya tak nak sebab ujian ni, saya lukakan orang di sekeliling saya.
- Allah bagi kita sakit, tapi dia hapuskan dosa kita yang lepas.
- Boleh down, tapi jangan lama-lama.
- Setiap orang ujiannya berbeza.
"Mama harap Ardell kuatkan semangat, Mama doakan agar Ardell sembuh sepenuhnya semula dan semoga ceria seperti dahulu. Mama sayang Ardell, Mama tak ada belah bagi semua enam enam anak. " - Mama Ardell.
Buat Ardell, moga terus kuatkan semangat, teruskan beri yang terbaik dan moga dipermudahkan urusan Ardell sekeluarga di dunia dan juga di akhirat. Ameen. Teruskan berjuang!
"Hidayah adalah hadiah daripada Allah SWT dan saya salah seorang, yang Allah bagi hadiah." - Ardell Aryana.
Lagu Wanitaku ini telah dihasilkan sejak 2015 oleh Aiman Sidek (pernah juga menjadi OST drama pada tahun 2016), namun baru tahun ini klip video Wanitaku ini diterbitkan. Persahabatan yang terjalin antara Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telah menambahkan lagi kecomelan jalan cerita muzik video ini sehinggakan menjadi trending seketika di youtube.
Lagu Kekasih ini asalnya dinyanyikan kumpulan nasyid yang turut dianggotai Halim Ahmad juga; Devotees. Lagu yang dinyanyikan pada 2009 ini kembali diperkatakan setelah dinyanyikan kembali Halim Ahmad dan muzik videonya pula menampilkan Ardell Aryana. Lagu ini mengisahkan seorang suami yang sangat merindukan isterinya yang telah tiada di dunia ini lagi. Untuk semua yang diuji, moga dipermudahkan semua urusan. Jom kita dengarkan!
*Nyanyian / MV asal: Devotees - Kekasih(Kumpulan Devotees ini masih wujud, dan baru-baru ini ada bertanding di pertandingan realiti televisyen; Gema Gegar Vaganza. Namun Halim Ahmad yang kreatif ini turut terlibat dengan projek lagu-lagu solo beliau. Instagram kumpulan Devotees: @devotees.official)