Beberapa bulan dulu, saya pernah bertukar mesej dengan adik dan juga sahabat bernama Yadh (alhamdulillah, waktu artikel ini ditulis beliau bakal jadi ayah, tahniah!). Sebagai yang lebih pandai ilmu agamanya, beliau banyak berkongsi ilmu dengan saya. Alhamdulillah, terima kasih adik.
Kali ini kami berbual tentang taufiq dan hidayah.
2 jenis hidayah:
- Hati sudah mula menerima kebaikan
- Diri sudah mula melakukan kebaikan
Semoga kita istiqamah untuk terus berbuat baik.
Jenis pertama tu hidayah.
Jenis kedua tu pulak yang kita bahasakan sebagai taufiq.
Sebab tu kalau perasan perkataan Hidayah dan Taufiq selalu disebut bersama.
Ramai orang dapat Hidayah. Tahu diri buat salah, tahu perkara sebenar.
Tapi mereka tidak dikurniakan taufiq. Muntalaq mereka tidak selari.
Mereka tiada kekuatan untuk memulakan langkah untuk mempraktikkan ilmu (Hidayah) mereka.
Jadi umpama seekor burung, mesti seimbang kedua belah sayapnya.
Taufiq dan Hidayah.
Ada taufiq namun tak punya Hidayah juga bermasalah, dia diperdaya oleh nafsu. Dia melakukan semua amal, namun tanpa kesedaran segala amalnya tidak menurut panduan dan sunnah.
Wallahua'lam.
***
Demikianlah. Moga Yadh, isteri dan famili sentiasa dilimpah rahmat dan berkat-Nya. Insya-Allah.
Al-Hidayah 2019 menampilkan artis & personaliti yang akan berkongsi rahsia di sebalik kejayaan mereka. Mungkinkan amalan harian, kerja amal, doa, hubungannya sesama manusia dan hubungan dengan Allah yang membuatkan mereka berjaya. Saksikan Al Hidayah 2019 yang akan memberi inspirasi melalui perkongsian artis dan personaliti yang terpilih.
Untuk episod pada 11 Januari 2019 kali ini menampilkan artis manis Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah dengan tajuk "Hadiah Allah". Ardell yang juga seorng pelakon dan pengacara kini juga adalah seorang usahawan untuk perniagaannya iaitu @alwadelhijab & @anabofficial.
- Lagi banyak positif kita keluarkan, lagi banyak perkara positif orang bagi ke kita.
- Jika perkara baik, kita kongsi ke orang ramai.
- Bahagiakan orang lain, kita pun akan bahagia.
"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman."(Maksud surah Al-An'aam ayat 125)
- Hidayah itu hadiah daripada Allah. Hidayah perlu dicari.
- "Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain (kongsi). Apa datang pada kita Allah bagi, apa yang Allah bagi tu kita kena kongsi."
- Bukan hijrah yang mudah. Banyak perkara kena harungi.
- Ibu sumber inspirasi. Kekuatan ini saya ambil daripada mak saya. Ujian saya kecil sahaja berbanding mak, adik-beradik dan orang yang diduga lebih berat daripada saya. Mama tak pernah malu dengan saya, tak pernah putus asa dengan saya.
- Siti Nordiana inspirasi dalam saya menjaga aurat.
- Allah dengar dan makbulkan doa pada masanya. Dalam solat sendiri ada doa dan kata-kata indah.
- Belajar agama perlu berguru., tak boleh sendiri, jika sendiri mungkin sesat.
- Jangan judge sebelum kita kenal.
- Di sebalik senyuman seseorang, kita tak tahu apa yang dia tanggung.
- Saya tak nak sebab ujian ni, saya lukakan orang di sekeliling saya.
- Allah bagi kita sakit, tapi dia hapuskan dosa kita yang lepas.
- Boleh down, tapi jangan lama-lama.
- Setiap orang ujiannya berbeza.
"Mama harap Ardell kuatkan semangat, Mama doakan agar Ardell sembuh sepenuhnya semula dan semoga ceria seperti dahulu. Mama sayang Ardell, Mama tak ada belah bagi semua enam enam anak. " - Mama Ardell.
Buat Ardell, moga terus kuatkan semangat, teruskan beri yang terbaik dan moga dipermudahkan urusan Ardell sekeluarga di dunia dan juga di akhirat. Ameen. Teruskan berjuang!
"Hidayah adalah hadiah daripada Allah SWT dan saya salah seorang, yang Allah bagi hadiah." - Ardell Aryana.
Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan / segmen agama yang disiarkan di televisyen / radio sepanjang Januari 2018. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
Azam (Rancangan SPM Malaysia)
Kena jangan bertangguh. Doa. Usaha. Konsisten. Kalau tak dapat, Allah sayang kita. Ada sebab. Usaha lagi.
Tawakal.
Azam kena kerja keras.
Al-kulliyyah - Ustaz Roslan (Tajuk: Iman senipis kulit bawang)
"Nak meningkatkan iman itu mudah, nak mengukuhkan iman itu yang susah. Turun naik iman bukan sebab situasi / zaman, tapi paling penting adalah dalaman." - Ustaz Roslan, #Alkulliyyah.
Antara cara meningkatkan iman:
- Tingkatkan ilmu
- Banyakkan amalan
- Istighfar
- Cari kawan yang baik, berilmu
- Hormat guru
Apabila kita mati, iman kita tidak akan mati. Itulah yang akan menjawab di hadapan Allah.
Imam al-Ghazali ada berkata, "Dosa meruntuhkan iman. Amal soleh meningkatkan iman."
Jadi banyakkan amalan. Moga kita diberi cahaya keimanan. Insya-Allah. Ameen.
Ustaz Zaidi (Hadia 40: Kaffarah Majlis).
Baik beruzlah jika kita tahu benda yang beramai itu lagho.
NLKO (Ustaz dan Caprice).
Obses ni sebab kita kurang balance. Back to basis. Solat jaga, buat dengan jiwa. Baca al-Quran.
Bagus isu isu ni buat kita tambah ilmu.
Tanyalah Ustaz (Ilmu Sepanjang Zaman).
Antaranya pelajar dengan guru, ulama', pengalaman
3 P didik anak:
- Pujukan
- Pimpin
- Pantau
Rasa manis dalam menuntut ilmu
- Kenal pasti niat kita betul
- Perlu sentiasa sabar, bersedia nak hadapi ujian
- Harus sentiasa beramal dengan ilmu kita
Kategori ilmu:
-Agama
-Sejarah
-Bahasa
-Pembinaan modal insan / adab
-Teknologi semasa
NLKO (Ustaz Abu Hassan Din al-Hafiz)
Tanda kiamat. Yang kecil dah berlaku:
- Kemerosotan ekonomi, orang zalim jadi pemimpin, orang kaya berhutang, perempuan dilantik menjadi ketua, umat mengutuk, tak salam kalau tak kenal, orang agama lari ke bukit, lahirnya persatuan , terbina bangunan pencakar langit, perempuan memandulkan diri, ramai wanita mendedahkan aurat, berlakunya homoseks, ibu hormat kepada anak; jadi anak, bapa sanggup rogol anak, berlakunya gempa bumi.
Tanda besar.
- Lahirnya Imam Mahdi.
- Keluar dajjal
- Turun Nabi Isa
- Munculnya Yakjuj Makjuj
- Kaabah akan runtuh
- Matahari keluar dari barat
- Kepulan asap
- Angin sepoi bahasa akan mematikan orang beriman
- Quran diangkat
- Berlakunya tiupan sangkakala
Hari kiamat berlaku hari Jumaat
Kiamat, Jibril pun tak tahu.
Allah saja tahu.
"Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya." (Maksud Surah Luqman: ayat 34)
Kiamat kecil itu mati. Buat persiapan dan bersedia. Dunia Misteri
Baca yassin 40 kali
"Haram bersumpah dengan apa kita ada. Allah saja boleh bersumpah dengan apa Dia cipta. Dia saja layak." - Ustazah Asni
Al-kulliyyah
- Dua orang yang berada di syurga: orang yang bertaqwa dan baik akhlaknya.
- Taqwa- Takut Allah. Beramal dengan segala yang disuruh dan tinggal dilarang.
Saidina Ali karramAllahu wajhah: "Taqwa itu ‘al-khauf min al-Jalil wal-amal bittanzil wal-Isti’dad li yaumirrahil warridha bilqalil‘ Maksudnya: Takut kepada Tuhan Maha Perkasa, beramal dengan al-Quran yang diturunkan, bersedia bagi hari yang dia berangkat menuju kepadanya dan redha dengan perkara sedikit yang diberi oleh Allah. (sumber: niknasri.com)
Dua penyebab ke neraka:
- Tak jaga hawa nafsu dan kemaluan.
- Hutang kena bayar. Bab hutang sangat penting. Sikit hutang tetap hutang. Bismillah Ad-Dhuha
"Kena ingat bagaimanapun kita mencari rezeki, Allah yang memberi rezeki. Dan jangan pula sampai tak usaha cari rezeki. "
Sangka baik dengan Allah taala.
Al-Hijrah (Taqwa @Ustaz Fawwaz).
Di media sosial jadilah pencerah bukan yang sebaliknya.
Kita semua bersaudara. Janganlah menzalimi. Ibarat sebuah bangunan, jika ramai yang bina, satu mampu merobohkan.
Jauhi fitnah.
Dua perkara yang boleh memasukkan kita ke neraka, mulut (percakapan) dan kemaluan.
Orang yang beriman, mereka akan cakap yang baik-baik. Moga Allah kurniakan kepada mata, cahaya dan lisan kita.
Tanyalah Ustaz (Zikrullah).
Pernah diceritakan tentang Astaghfirullah antara kisah:
- Hujan turun
- Dapat anak
- Kaya
- Kebun jadi
Jika period, sapu sampah pun boleh dapat pahala.
Nak elak / hindar syaitan baca al-Baqarah. Satu surah tu.
Al-Hidayah
▪"Allah tidak memilih (dalam memberi hidayah). Hidayah boleh datang kepada sesiapa sahaja. Jadi jangan sangka buruk pada sesiapa."
▪ "Rahmat Allah itu luas. Akan sampai kepada mereka yang berkehendakkan. Jadi, itu yang kita perlu usahakan."
▪"Dunia ini bukan tak penting. Cuma jadikan dunia ini untuk kepentingan akhirat."
▪"Sebarkan kebaikan kepada orang lain."
--- Zul Yahya (#Alhidayah: Allah Maha Baik).
Al-kulliyyah (Ustazah Norhafizah - Ketika cinta menyentap).
Antara tanda Allah sayang kita, Dia tarik hati kita untuk mengingati Dia.
Boleh cinta manusia. Susun ranking cinta dengan betul. Kepada Allah dulu, kemudian Rasul SAW.
Ujian cinta memang ada.
Ketika kita sedih, sepi dan kosong, itulah turning point untuk menghargai dan meraih kecintaan kita yang sebenar.
Satu hari nanti kita akan bersyukur dengan ujian hari ini.
Kekecewaan selalu menjadi turning point untuk kita muhasabah diri. Untuk menyusun semula kecintaan kita.
Allah merestui cinta yang terjalin kerana Allah.
Semua orang hidup nafsi-nafsi di hari kiamat. Ada satu golongan yang dinaung. Antaranya saling cinta kerana Allah.
"Persoalan cinta bukan persoalan remeh. Di akhirat kita akan dibangkitkan dengan siapa yang kita sayang, cinta."
Ketika cinta menyentap, itu untuk kita kembali lihat cinta kita tepat atau tidak. Allah nak mengajak kita kembali kepada Dia. Cinta kerana Allah:
- Sanggup berkorban (Menahan nafsu)
4-5 tahun senang hafal Asmaul Husna. Dengarkan. Tugas seterusnya ibu bapa, maksudkan apa yang disuruh.
Sesuai soalan ikut umur mereka. Dari kecil tanam akidah tauhid. Banyak bawa anak ingat Allah. Zikrullah.
Suruh anak dari kecil letak tangan kanan di dada bahagian kiri, cakap dalam hati Allah melihat perbuatanku, mendengar percakapan. Dah besar (ada anak saudara ustaz ni amalkan, kisah benar), tak jadi buat maksiat.
Demikian orang yang mencintai Allah: ingat pertama,
Saat nak tidur.
Saat bangun tidur.
Saat berdiri berhadapan (solat)
Saat susah dan senang.
___
Susah saja sabar. Ingat Allah. Minta tolong. Solat. Jangan asyik ingat makhluk.
Senang ingat Allah.
Cinta harus dipohon. Harus diminta.
Ingatlah, ada cinta agung dan hebat menunggu kita. ❤
*****
Hati-hati dengan sangkaan kita.
*****
Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah buat penyanyi Shila Amzah yang ketika lirik ini dikongsikan, beliau baru sahaja bertunang dengan Haris Idraki Elias, jejaka yang bekerja dalam sektor kewangan di London. Shila Amzah yang semakin dikenali di negara China ini kembali dengan lagu ciptaan sendiri yang berunsur kerohanian. Agak baik juga sebenarnya lagu Hidayah-Mu ini. Liriknya amat dekat dengan kita. Di sini saya kongsikan lirik lagu tersebut.
Allah Maha Penyayang. Beri segala dan sentiasa ada untuk kita. Semua daripada kita ingin berhijrah dan menjadi lebih baik. Kita mahu berusaha untuk terus mencintai Dia dan dicintai. Tapi bagaimana ? Pertama sekali cuba mengenalnya. Dekat dengan Al-Quran dan semua yang membawa kepada-Nya. Cari ilmu. Buka hati, cuba cinta. Sesungguhnya.
Antara cara mencintai Yang Maha Cinta :
• Amalkan segala suruhan Allah dengan bersungguh –sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
• Jauhi larangan ALLAH dan jangan sekali cuba mendekati perkara yang dilarang . Wujudkan rasa tidak sedap hati bila membuat sesuatu kemungkaran .
• Letakkan ALLAH sebagai keutamaan mendahulukan yang lain .
• Sentiasa berdoa dan mengingati ALLAH .
• Reda atas musibah , dugaan dan kedukaan .
• Kerahkan semua mentaati ALLAH , bukan solat dan mengaji sahaja . Pastikan lidah, mata, hati semua turut menjadi baik dan mengingati ALLAH .
• Anggap dunia sebagai penjara dan hanya sementara .
• Memperbaharui cinta kepada ALLAH .
• Beribadah kepada ALLAH tanpa tawar menawar .
• Ikhlas untuk mendapat reda kepadanya .
• Pinta hanya kepada ALLAH .
• Cintailah apa yang disuka dan dicinta ALLAH
Bukti kita mencintai ALLAH :
- Segera menyahut Call daripada-Nya (Contoh antara azan untuk solat dengan drama tv, mana kita dulukan ? Tapi bila sedang study untuk final exam, ada call, adakah kita biarkan atau angkat? )
- Memberi perhatian pada mesej atau emel daripada ALLAH (Jadikan kerinduan menatap Al-quran lebih hebat daripada menatap facebook, emel dan WHATSAPP )
- Memandang MMS-Nya selalu .(Melihat kebesaran ALLAH , dengan memuhasabah diri dan melihat apa yang terjadi pada kita dan orang lain sebagai tanda ALLAH mengasihi kita)
- Malu-malu saat dating dengan ALLAH ( Anda pernah bertemu dengan orang yang anda kagumi atau minati ? Pasti anda malu-malu bukan ? Jadi , jadikan rasa malu juga bila bertemu ALLAH, bila bersolat, siapkan diri secantiknya, dan sedarlah ALLAH melihat kita setiap saat)
- Sentiasa Rindu dan Ingat padaNYA ( Sepatutnya Dialah yang paling kita rindu. Bila kita rindu ALLAH, pastinya kita akan merindui Rasul, beribadah, Al-Quran , orang soleh dan kebenaran)
- Banyak menyebut nama-NYA (Mengetahui dan menyedari ALLAH sentiasa menemani kita susah dan senang, berzikirlah dan yakinlah semua perkara ada hikmahnya, dan DIA sayang kita )
- Bersabar dengan Ujian ALLAH (ALLAH mahu kita sentiasa bertemu, merayu dan memerlukan kita, Dia mahu kita tahu betapa Dia menyayangi kita dan akan ada untuk kita, Dia mahu kita lebih kuat, kerana itu kita sering diduga ,untuk menjadikan kita manusia lebih baik )
- Mencintai sesuatu yang berkait dengan ALLAH ( asyik mahu ke masjid atau ke tanah suci misalnya – ke arah kebaikan saja dimahunya)
- Luapan Perasaan Luar Biasa – Saat berhubungan dengan ALLAH (Khusyuk) – ia jadi gementar mendengar ayat ALLAH dan meningkat keimanannya.
- Cemburu – cemburu dengan mereka yang lebih alim, ulama , yang lebih berilmu yang kita rasa dekat dengan ALLAH .
- Berusaha keras meraih reda ALLAH - -ada tiga peringkat cinta – berat hati mencintai, namun paksa diri, cinta makin kuat dan jadi patuh, dan terakhir cinta tetap di hati dan akan korban apa sahaja.
Jom, kita terus mencintai-Nya. Mulakan dengan rasa kerana Dia yang memberi segala dan kita milik Dia.
Nak berubah semua orang boleh. Nak jadi baik semua orang boleh. Tapi nak terus berubah dan kekal baik tu perlu semangat dan kesungguhan yang tinggi. Kalau tak kuat, boleh tergoyah. Antaranya apa yang boleh dibuat bagi mengekalkan momentum untuk terus istiqamah beribadah dengan semangat atau terus berada di landasan yang disukai Allah ? Jom kita baca, cuba.
Tips istiqamah dalam beribadah ( kekal berubah buat amalan )
- Jaga konsistensi ibadah kerana ia adalah jambatan hubungan kita dengan Allah. ( Jika jambatan rapuh bagaimana mahu berhubung dengan dia untuk terus menguatkan ? )
- Berada bersama-sama dengan orang yang inginkan perubahan / biah yang soleh, solehah. ( Tidak perlu umum atau canang perubahan yang kita lakukan. Cukup setkan minda mahu berubah dan berusaha )
- Ambil sedikit masa untuk take a step back and reflect - muhasabah diri. ( persoalkan diri kenapa berubah , apa kita mahu ubah , apa akan terjadi, kesan dan ganjaran )
- Buat perubahan yang kecil dan termampu. ( sedikit yang berterusan lebih disukai Allah ) “Rasulullah s.a.w bersabda: Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)
- Displin yang tegar . Latih , latih dan terus berlatih . Percaya semua perubahan mampu dilatih.
- Jangan sesekali cuba untuk kembali kepada jahiliyyah walaupun sedikit. ( sentiasa dekat dengan Allah. Jika dah merasai kemanisan iman , tidak akan rasa mahu kembali ke jalan maksiat lagi )
- Doa, doa , doa - “ Allahumma yaa muqallibal qulub, tsabbit qulubana a’la deenik” Sentiasa doa pada Allah, minta kekuatan untuk ikhlas beristiqamah
-Memujuk dan memotivasikan hati dengan kata-kata membina. Ingatkan diri bahawa Allah lebih suka orang yang berusaha untuk mendekatkan diri denganNya dan mematuhi semua perintahNya. Biar orang lebih dari kita, asalkan apa kita ada lebih berkat di sisiNya.
- Membuat matlamat dan plan yang terperinci in terms of steps and strategies untuk mencapai matlamat dan perubahan
- Memperbanyak istighfar dan mengimbau kesalahan-kesalahan lalu. Bila kita muhasabah kita akan rasa malu banyak buat dosa. Jadi kita kena tingkatkan kebaikan berbanding dosa.
Yakinlah Allah bersama kita. Biarlah pahit bagaimana pun sesuatu itu, jangan mengalah. Macam kopi, sebelum tu kita fikir pahit. Dah rasa kita ketagih pula dengan aromanya.
Sesungguhnya iman bukan semata-mata ucapan tetapi memerlukan ujian untuk mensabitkan bahawa kamu diuji dan berjaya dalam ujian. Fitnah merupakan ujian, justeru jangan menyangka masalah berlaku secara mudah dengan hanya berkata kami membawa dakwah kebenaran- [Syeikh Sya'rawi]
- Gambar Oleh Syaheed
"Jagalah Allah, nescaya engkau akan senantiasa mendapati-Nya di hadapanmu. Kenalilah Allah di waktu lapang nescaya Dia akan mengenalimu saat kesulitan, ketahuilah bahawa apa yang ditetapkan luput darimu tidak akan pernah menimpamu dan apa yang telah ditetapkan menimpamu tidak akan pernah luput darimu.Ketahuilah bahawa kemenangan itu selalu mengiringi kesabaran, jalan keluar selalu mengiringi ujian dan kemudahan itu selalu mengiringi kesusahan." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
Sekian, perkongsian daripada majalah JOM. Terima kasih.
Dia menyedarkan kita bahawa ukhwah fillah itu , tidak perlu kenal lama pun boleh terasa dekatnya. Tak pernah berjumpa pun, boleh terasa betapa indahnya.
Pagi tu seperti biasa, kelihatan seorang insan yang rajin berkongsi baca tasbih zikir dekat susur masa twitter. Kemudian ditegurnya seorang-seorang kawannya dengan mesra. Beberapa ketika dia akan retweet tweet islamik untuk dikongsi bersama . Itulah dia @mylurve91 atau sebenarnya Nur Hidayah Binti Abu Marshah.
Saya mengenali dia kerana ditakdir Tuhan, kami menulis dalam lembar sama buku puisi seratus mulut keluaran bukstor bersama 98 sahabat lain. Dia begitulah, ikhlas dan dengan senang berkawan sesiapa. Tiada buruk sangka dan menerima apa adanya. Demikianlah betapa sehingga kini masih ramai yang merindui kebaikannya.
Seorang yang peramah - sangat gemar mengusik dan paling tidak senang jika kawan lain kelihatan sedih . Dia akan tegur, bergurau, mensi atau paling tidak, ajak kawannya berkongsi . Dan dia suka pesan begini , kalau nampak smiley sedih " :'( " -
"Aipp, tamo sedih-sedih. Kenapa ni ?". Sungguh dia mahu rasa sekali rasa sedih kita. Allahu.
Peribadinya pula, pemalu, sukar mengadu susah , seorang yang tenang menghadapi masalah dan menyerahkan keberantungan sepenuhnya kepada Allah, membuatkan dia kelihatan kuat dalam menghadapi jua dugaan yang menerpa.
Seorang yang sangat rajin memberi tazkirah, berkongsi intipati usrah -, sangat menjaga aurat , solat ( di awal waktu ) dan berkongsi sama perasaan seluruh ummah.
Malahan dia juga sangat merasai tempiasnya kehilangan MH370 , gusarnya, sedihnya memang ketara. Dan perbualan terakhir kami di mesej twitter juga ada berkaitan itu . Dan satu yang saya rasa indah dan syukur, di akhir kalam , Allah izinkan saya sempat menuturkan rasa terima kasih di atas perbualan kami pada malam hari itu. Dan dia sempat menitip pesan ' jaga iman, jaga hati, jaga diri '. Kenangan dan nasihat awak akan terus bersemadi dalam hati semua kami yang mengenali. Insyaallah . Terima kasih sungguh-sungguh dari hati.
Buat awak yang kadangkala akak usik dengan panggilan 'Yayang' (Yaya) -sungguh awak banyak mengajar kami tentang ukhwah yang ikhlas kerana Allah. Semoga tenang bersemadi di sana. Semoga dipermudahkan semuanya. Dan semoga keluarga Hidayah juga akan terus dipermudah , insyaallah.
--
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa Hidayah, moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Insyaallah, Ameen ya Rabbal A'lamin.
“Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah will open in their way” - Mereka yang berjuang untuk ke jalan Allah, akan dibukakan pintu ke arah-Nya” .
Beginilah, nak berubah jadi lebih baik, semua orang nak. Tapi jalannya tak mudah, kalau kita tak betul-betul kuat. Memang susah. Tapi Tuhan dah cakap setiap perkara susah, akan ada mudah. Apatah lagi kalau niat kita baik dan ingin kembali kepadaNya. Memandang kita hidup tak tahu sampai bila , adalah lebih baik kita jangan bertangguh. Mulakan dengan perlahan-lahan. Yang penting apa kata Tuhan, bukan apa kata orang. Istiqamah (terus) dan bersabar , insyaallah . Baik, Nah Anem kongsikan tip kekal di jalan yang lurus yang Anem dapat dari sebuah buku tempoh hari. Nak menambah atau kongsi pengalaman, dipersilakan.
Abu Talib begitu bimbang mengenai tanggapan pembesar Quraisy setelah beliau meninggal dunia sekiranya memeluk islam. Kerisauan ini menyebabkan Abu Talib tidak mengucap kalimah syahadah .
2. Fokus kepada diri sendiri.
Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita lebih banyak menilai orang lain . Sibukkan dengan muhasabah dan memperbaiki diri terlebih dahulu.
3. Istighfar dan taubat .
Memohon selalu keampunan tuhan dengan menghadapkan hati dan diri kepadanya
4. Amalan yang berterusan .
Kekal dan tambahkan amalan . Caranya : ikhlaskan hati dan mengikut contoh Rasulullah SAW.
5. Sampaikan kebaikan
Hidayah akan kekal dan berterusan jika kita menjadi agen penyampai amar maaruf nahi mungkar kepada orang lain. Ya , marilah kita sebarkan kebaikan dan kasih sayang , bukannya kebencian atau keburukan dan kejahatan .
6. Cari kawan yang soleh (yang baik)
Pilih sahabat yang jujur dan akan membantu dan mengingatkan kita saat kita tergelincir.
7. Rajin mencari ilmu .
Kita perlukan ilmu untuk terus berada di jalan yang benar . Terus menggali ilmu daripada sumber sahih tanpa henti. Lebih banyak kita menimba ilmu, lebih banyak kita sedar yang sebenarnya selama ni banyak benda yang kita tak tahu .
8. Menjaga mata
Tundukkan pandangan , kerana khuatir pandangan itu daripada pandangan syaitan . Dengan cara ini kita secara tak langsung akan menjaga bicara dan hati kita juga dari mengata sesuatu yang tak kena pada jiwa kita.
Hadis Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Ada tiga perkara, barangsiapa yang ketiganya ada pada dirinya maka dia akan mendapatkan manisnya iman. (Tiga perkara tersebut adalah) menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya, mencintai seseorang -tidak mencintainya melainkan- kerana Allah, dan membenci kembali kepada kekafiran sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan ke dalam neraka.”
[HR Al Bukhari (16) dan Muslim (43)]
Teruskan istiqamah, sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kita . Walaupun setiap kali kita salah, kita sedar bertaubat dia terima, kita buat lagi, dia tetap terima walau berapa kali, tapi kita seharusnya mempunyai sifat malu sendiri atas sikap kasihNya dia. Tetapkan niat, yang penting adalah pandangan Tuhan lebih dari pandangan sesiapapun. Bi Hifzillah !
Perkongsian diambil dari Wardina Saffiyah Fadlullah , Gen-Q 17.