Showing posts with label Asfan Shah. Show all posts
Showing posts with label Asfan Shah. Show all posts

Lirik Lagu Dia Imamku (OST Dia Imamku - Asfan Shah ft Keka Nizam) 



L

Dalam tangis aku bersujud

Aku memohon di dalam hati

Jiwaku meratap jiwaku merintih

Aku redha takdir yang tertulis


Maafkanlah andai aku tak sempurna

Janji aku pasti berimu bahagia

Jadikanlah aku imammu sayang

Walau hati ini terguris luka


P

Maafkan aku hatimu merana

Andai cintaku tak sempurna 

Akan aku beri kau seribu cinta

Namun akulah yang mungkirinya


Di dalam doaku dan air mataku

Kumohon cintamu kan selalu bertakhta

Dialah imamku peneman sujudku

Berdua kita hingga hujung nyawa


L

Kasih maaf tak sempurna


L&P

Sujud kepada Yang Esa

Kumohon cinta oh terindah

Buat selamanya...


L

Maafkanlah andai aku tak sempurna

Janji aku pasti berimu bahagia

Jadikanlah aku imammu sayang

Walau hati ini terguris luka


P

Di dalam doaku dan air mataku

Kumohon cintamu kan selalu bertakhta

Dialah imamku peneman sujudku


L&P

Berdua kita hingga hujung nyawa


L

Akulah imammu



Sinopsis Dia Imamku

Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan.

Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.

Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka.

Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai!

Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri.

Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!

Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.


Beli novel Dia Imamku di sini:-https://s.shopee.com.my/qUlRvuU9t





sumber:- https://www.myinfotaip.com/2024/12/dia-imamku.html






Drama yang sedang disiar di TV3 ketika ini adalah Titian Cinta lakonan Zul Ariffin dan Fara Nabilah. Dan pelakon lain adalah Daler Yusof, Tisha Shamsir dan ramai lagi. Selain jalan cerita adaptasi novel Ridhya Iman ini dikatakan ada kelainan, drama arahan Heykal Hanifah selalunya menarik dan tersendiri. Di sini saya kongsikan lirik lagu tema drama Titian Cinta yang turut mendapat perhatian juga.



LIRIK LAGU SUMPAH CINTAKU - ASFAN SHAH (OST TITIAN CINTA)

Disaat saling mengenali
Ku tahu cinta mu memanggil
Dalam perasaan yang takku dengari

Lambaianmu di dalam mimpi
Bayangan senyum bidadari
Indah segenap rasa tak terbagi

Belahlah jasadku
Tirai kenanganku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cintaku tersimpul mati
Di syurga tetap kauku nanti
Sumpah cintaku hanya padamu

Di saat saling mengenali
Ku tahu cintamu memanggil
Dalam perasaan yang takku dengari

Belahlah jasadku
Tirai kenanganku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala

Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta tak bisa berganti
Sumpahku hanya kau di sisi

Genggam tanganmu yang suci
Sampai rambutku memutih
Cintaku tersimpul mati
Di syurga tetap kau kunanti
(Sumpah cintaku hanya padamu)

*****


Cerita ini adaptasi novel: Titian Cinta tulisan Ridhya Iman (Sinopsis dan review) 

*****
Lagu lain yang menjadi sinopsis:

Kasih - HyperAct (Lirik)



Sungguh Mencinta - Asfan Shah ft Qanda (Lirik)


Sinopsis Titian Cinta: Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya. (Sumber: myinfotaip)







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top