Tamat sudah drama bersiri lakonan Redza Rosli dan Harissa Adlynn di Astro Ria ini. Lagu tema drama bersiri Dedaun Hijau Di Angin Lalu ini berjudul Bulanku nyanyian Wanns Ahmad yang juga pelakon dalam drama ini (wataknya sahabat kepada hero) . Lagu yang sesuai untuk pasangan dan isteri yang banyak berkorban untuk suami dan keluarga.
Lirik lagu Bulanku - Wanns Ahmad (OST Dedaun Hijau Di Angin Lalu)
Senarai lagu-lagu dalam Drama Sweet Dreams (OST) lakonan Mira Filzah, Ben Amir dan Sean Lee begitu menarik perhatian. Jadi mari saya kongsikan antara senarai lagu-lagu yang menjadi lagu tema drama ini. Jika tertinggal boleh tambah di bawah. Jika salah tolong betulkan ya?
Tahniah kepada semua pelakon serta mereka yang berada di sebalik tabir Drama Sweet Dreams drama bersiri di Astro Ria ini sehingga menjadi trending di twitter!
Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.
Mira Filzah sebagai Puteri
Sean Lee sebagai Karl
Ben Amir sebagai Qash Adam
Qash Adam pula seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.
Untuk banyak lagi video menarik boleh ke instagram BamBam Studios.
Gambar-gambar dalam artikel ini diambil dari instagram artis-artis serta mereka yang terlibat.
Lirik lagu I Want You To Love Me - Alif Satar (OST Kau Yang Pertama) | Alif Satar muncul dengan lagu baru berjudul I Want You To Love Me ciptaan Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan manakala lirik oleh Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo, Mike Chan dan Alif Satar sendiri. Lagu ini turut menjadi lagu tema untuk drama bersiri akasia berjudul Kau yang Pertama yang menampilkan gandingan utama Fikry Ibrahim dan Farah Nabilah.
Lirik lagu I Want You To Love Me - Alif Satar (OST Kau Yang Pertama)
VERSE 1
Setiap kali ku tenggelam dalam perasaan hatiku
Hanya wajahmu dalam fikiranku (Adakah kau pun begitu)
Dan tiap kali ku merindu rasa yang menikam di kalbu
Ku terhempas bila teringatkanmu
PRECHO
Kembalikan padaku
Waktu yang lalu
Kini ku tak lagi mampu mencinta seperti dulu
CHORUS
I want you to hate me
Don’t want you to care
Kerna ku tak layak memiliki
Dirimu yang setia menanti
I want you to hate me
Don’t want you to care
Kerna ku tak sanggup melihatmu
Tersakiti kerna diri aku
POST-CHORUS
Siapa yang bisa buat ku berubah (It’s You)
Siapa yang bisa buat ku merasa (It’s You)
Bahgia saat diri aku terjaga
It’s you, I know it’s you
VERSE 2
Ohh aku tahu pernah ku berjanji takkan ada yang mengganti
Leraikan - Black (OST Kerana Dia Manusia Biasa) | Black muncul dengan lagu terkini berjudul Leraikan yang menjadi lagu tema untuk drama Kerana Dia Manusia Biasa lakonan Syukri Yahaya dan Emma Maembong. Novel ini adalah adaptasi novel karya Wan Nur Najihah.
Lirik lagu Leraikan - Black (OST Kerana Dia Manusia Biasa)
Lirik lagu-lagu OST Vila Ghazara | Vila Ghazara; sebuah Vila yang cantik di pandang mata, seperti yang tinggal di sini semuanya bahagia sentiasa. Namun di sebaliknya hanya konflik yang sentiasa melanda. Drama bersiri untuk slot Akasia; Vila Ghazara bersiaran mulai 17 September, setiap Isnin - Jumaat jam 7 malam di TV3! Membariskan pelakon-pelakon popular di Malaysia, awal-awal lagi drama berunsur kekeluargaan ini berjaya menarik tontonan ramai. Di bawah ini disertakan lirik antara lagu yang menjadi lagu OST drama tersebut. Ebba dan Adam Malek adalah bekas peserta rancangan realiti Mentor Milenia.
Filem Munafik kembali dengan sequel berjudul Munafik 2. Masih mengekalkan genre seram dan sarat mesej keagamaan, dalam filem Munafik 2 kali ini, Ustaz Adam perlu menentang seorang lelaki yang mengajar ajaran sesat (Abuja). Roh jahat yang mempunyai kaitan dengan lelaki itu telah merasuk seorang ibu tunggal miskin (Sakinah) di sebuah perkampungan terpencil dan kini Ustaz Adam perlu menyelamatkannya. Manakala lagu tema (OST) filem Munafik 2 ini kembali menggandingkan Mawi dan Syamsul Yusof dengan lagu berjudul Menangislah. Jom dengarkan!
Lirik Lagu (OST FILEM MUNAFIK 2) - Menangislah - Mawi dan Syamsul Yusof
Oh Tuhanku
Aku mengadu
Jangan kau serahkan aku pada diriku
Oh Tuhanku
Sesungguhnya aku tidak mampu dengan ujianmu
Bantulah aku
Kemaafan kamu, lebih luas dari lautan-Mu..
Menangislah
Wahai mata
Demi Tuhanmu
Tiap hari kau berjalan dengan penuh sombong alpa
Kau langsung tak peduli dengan kalamnya si Dia
Menunggumu datang menyembah kau sujud pada-Nya
Mengapa, manusia, kau buat-buat lupa?
Neraka atau syurga seakan tiada
Segalanya tipu daya dunia yang benar kata dusta
Fitnah dajjal bakal tiba
Menangislah wahai mata.. Aku rindu naungan-Nya takbir yeah!
Allahuakbar oh Allahuakbar oh Allahuakbar ya Tuhan
(Subhanallah walhamdulillah)
Allahuakbar oh Allahuakbar oh Allahuakbar ya Tuhan
Ku tanya berbaloikah ini semua?
Duit, harta, pangkat, wanita, penyakit jiwa
Hina disisi-Nya, Nauzubillah
(Oh kerana dunia...)
Kerana dunia engkau campakkan semua?
Mana pergi Dia juga akhirat di dalam jiwa?
Bayangan ketakutan segala dosa dan dajjal bakal tiba
Apa kau lupa aku kamu cuma hamba
Derita seksa menanti di neraka
Oh Tuhanku
Aku mengadu
Jangan kau serahkan aku pada diriku
Oh Tuhanku
Sesungguhnya aku tidak mampu dengan ujianmu
Bantulah aku
Kemaafan kamu, lebih luas dari lautan-Mu..
(oh lautan-Mu..oh lautan-Mu.)
Allahuakhbar... Allahuakhbar
Air mata darah denyut nadi manusia
Air mata tumpah bila malam datang menjelma
Azan Masjid al-Aqsa bagai hampir kurasa
Malangnya, mengapa manusia (kau buat-buat lupa)?
God bless Palestine, God bless Syria
God bless us all..we gotta say Alhamdulillah
Yes I do this for the ummah.
Iluminati hey,the devil eye. Back off ! Let me say this loud!
Allahuakbar oh Allahuakbar oh Allahuakbar ya Tuhan
TAJUK : Menangislah
ARTIS : Syamsul Yusof & Mawi
KOMPOSER : Syamsul Yusof
LIRIK : Syamsul Yusof & Dr. Anwar Fazal
ARRANGER : Wan Saleh
TERBITAN : Monkey Bone
MUZIK VIDEO : Zalhilman Ismail (@themalayatv)
Aepul Roza bukan sahaja vokalis Drama Band yang dikenali dengan suara yang bagus, malah beliau juga mahir mencipta lagu dan rajin cover lagu di laman sosialnya. Suami kepada pelakon Leez Rosli ini telah muncul dengan lagu bersama Fiq Abdul Halim dan Aweera berjudul Selamatkan Aku. Sangat mendalam maksud lagu tersebut. Kemudian beliau muncul pula dengan lagu tema untuk drama Semerah Cinta Humairah berjudul Dusta. Di bawah ini adalah lirik kedua-dua lagu tersebut.
Lirik Dusta (OST Semerah Cinta Humairah) - Aepul Roza
Cherpen Band dianggotai 4 orang ahli yang berkelulusan dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Ini merupakan lagu ketiga untuk OST drama yang melibatkan mereka selain Kali Ini dan Selalu Denganmu. Muzik video Pasti ini dirakam sepenuhnya menggunakan Iphone 7 oleh OhDawie.
RABITHAH adalah artis di bawah naungan Tarbiah Sentap Records. Menampilkan 5 anak muda. Lagu Jalan Keluar ini ditulis oleh Adnin Roslan dan liriknya juga oleh Adnin Roslan. Menjadi lagu tema untuk drama Kerna Syurga Bukan Percuma (KSBP) menampilkan lakonan Fikry Ibrahim dan Elfira Loy sebagai peneraju utama.
Mengisahkan Khairul Rafeeq atau Khai, seorang remaja yang ingin berhijrah ke arah kebaikan. Namun hijrah itu tidaklah semudah yang disangka, pelbagai dugaan yang perlu ditempuhinya.
Perjalanan taubatnya dibantu oleh Abang Surau, nama panggilan yang diberikan kepada pemuda yang ditemuinya di sebuah surau. Sejak pertemuan itu, persahabatan antara mereka menjadi semakin akrab. Abang Surau mempunyai peribadi yang cukup mulia. Tatkala Khai seakan-akan mahu berputus asa dengan hidayah yang diberikan kepadanya, Abang Surau sentiasa ada untuk menguatkan semangatnya mencari redha Allah. - (Sumber)
Mulai 6 November 2017
Isnin - Rabu, 9pm
Astro Oasis & Maya HD
Penulis buku KSBP ini ialah Najmi Fetih - @PendakwahCute
Lirik Jalan Keluar - Rabithah (OST Kerna Syurga Bukan Percuma)
Akim and The Majistret muncul dengan lagu baru berjudul Lygophobia. Lagu yang ditulis oleh Hang Nadim dan lirik oleh Laq ini telah menjadi lagu tema (OST) untuk sebuah filem bertema kasih sayang dan kekeluargaan yang berjudul Bisik Pada Langit.
Lygophobiayang bermaksud ketakutan berada dalam tempat gelap atau kegelapan. Perkataan lygo adalah perkataan latin yang bermakna bayang-bayang yang hampir kepada gelap.
Sinopsis Bisik Pada Langit:
Keluarga Rosli dikejutkan dengan berita kemalangan anaknya yang belajar di luar negara dan menjadi terdesak untuk melawatnya di sana. Namun, niat si ayah itu menimbulkan tentangan dan ketegangan dalam kalangan ahli keluarga kerana mereka tidak mempunyai simpanan wang yang mencukupi. Tanpa disangka, niat si ayah juga menjadi punca kepada pergaduhan mereka sekeluarga. Sejauh manakah kasih seorang ayah terhadap anak-anaknya?
*Oh ya difahamkan filem ini juga telah diterbitkan dalam bentuk novel. Menarik bukan? Malahan banyak review menyatakan filem arahan Kabir Bhatia ini bagus dan menyentuh perasaan menerusi sinematografi, lakonan, skrip serta jalan ceritanya. Penuh penghayataan. Antara review menarik yang saya baca ada di sini: lunastory.com & siqahiqa.com.
Drama yang sedang disiar di TV3 ketika ini adalah Titian Cinta lakonan Zul Ariffin dan Fara Nabilah. Dan pelakon lain adalah Daler Yusof, Tisha Shamsir dan ramai lagi. Selain jalan cerita adaptasi novel Ridhya Iman ini dikatakan ada kelainan, drama arahan Heykal Hanifah selalunya menarik dan tersendiri. Di sini saya kongsikan lirik lagu tema drama Titian Cinta yang turut mendapat perhatian juga.
LIRIK LAGU SUMPAH CINTAKU - ASFAN SHAH (OST TITIAN CINTA)
Disaat saling mengenali
Ku tahu cinta mu memanggil
Dalam perasaan yang takku dengari
Lambaianmu di dalam mimpi
Bayangan senyum bidadari
Indah segenap rasa tak terbagi
Belahlah jasadku
Tirai kenanganku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala
Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cintaku tersimpul mati
Di syurga tetap kauku nanti
Sumpah cintaku hanya padamu
Di saat saling mengenali
Ku tahu cintamu memanggil
Dalam perasaan yang takku dengari
Belahlah jasadku
Tirai kenanganku
Pasti akan kau jumpa
Api cinta menyala
Hingga akhir nafas ini
Sayang sampai akhir pasti
Cinta tak bisa berganti
Sumpahku hanya kau di sisi
Genggam tanganmu yang suci
Sampai rambutku memutih
Cintaku tersimpul mati
Di syurga tetap kau kunanti
(Sumpah cintaku hanya padamu)
*****
Cerita ini adaptasi novel: Titian Cinta tulisan Ridhya Iman (Sinopsis dan review)
Sinopsis Titian Cinta: Kisah percintaan antara Rahadatul Aisy (Farah Nabilah) dan Umayr Harris (Zul Ariffin). Aisy pulang ke tanah air setelah empat tahun berada di kota London. Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya. (Sumber: myinfotaip)
Lagu-lagu penyanyi dan pencipta lagu baru, Ippo Hafiz begitu dikenali bermula semenjak ia menjadi lagu tema (OST) drama Teman lelaki Upahan (Rahsia dan Hujan Sepi) satu ketika dulu. Kemudian dikuti dengan lagu tema Hidayah-Mu Ramadhan (turut dikongsikan melalui blog ini.) Dan terkini selain beberapa lagunya menjadi lagu tema drama bersiri popular dan filem, dikhabarkan beliau akan keluarkan album penuh tidak lama lagi!
LIRIK LAGU DIA UNTUKKU - IPPO HAFIZ
(OST : Filem Kimchi Untuk Awak)
Saatku menanti wahai cintaku
Saatku lemah aku terbayang wajahmu
Di mataku dalam jiwaku
Kau melihat aku dalam senyumanmu
Kau bahagiakanku tulus, takdir temukan kita
Cinta aku dengan kamu
Meskipun kuharus bisa
Junjung langit-Nya
Meskipun harus aku
gapai bintang-Nya
Hanya kau yang satu tercipta untukku
aku takkan berpaling
Tuhan, yakinkan aku dia untukku
agar kutakkan luluh genggam tangannya
Suluhlah jalanku selama bersamanya
dia untukku
Takkan aku berpaling menjauhi cintamu
Hukumku bila terjadi
Meskipun kuharus bisa
Junjung langit-Nya
Meskipun harus aku
gapai bintang-Nya
Hanya kau yang satu tercipta untukku
aku takkan berpaling
Tuhan, yakinkan aku dia untukku
agar kutakkan luluh genggam tangannya
Suluhlah jalanku selama bersamanya
dia untukku