Showing posts with label Ashabul Kahfi. Show all posts
Showing posts with label Ashabul Kahfi. Show all posts

 



Surah Al-Kahfi dan Fitnah Dunia

==========

1. Dalam zaman yang penuh dengan tipu daya dunia ini, marilah sama-sama kita merenungi pengajaran daripada Surah al-Kahfi. Allah mempersembahkan kepada kita empat kisah yang mempunyai simbol kepada mesej yang ingin disampaikan.


2. Kisah Pemuda Kahfi pada permulaan surah ini menggambarkan bagaimana sekumpulan pemuda yang lari berusaha menyelamatkan agama mereka. 


3. Kisah kedua pula mengenai pemilik kebun yang dikurniakan oleh Allah harta dunia dan bagaimana harta dunia itu akhirnya menjadikan dia kufur dan jauh daripada Allah. Manusia terkadang berbangga dengan harta dan pengikutnya yang ramai. Firman Allah:


وَكَانَ لَهُۥ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَٰحِبِهِۦ وَهُوَ يُحَاوِرُهُۥٓ أَنَا۠ أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا


“Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai". (al-Kahfi: 34)


4. Perhatikan dalam ayat ini, bagaimana Allah menyebutkan bahawa harta yang banyak, pengaruh yang kuat serta pengikut yang ramai menjadikan manusia keliru dan akhirnya merasa tinggi diri, ego dan jauh daripada bimbingan Allah.


5. Kemudian Allah mendatangkan kisah Nabi Musa pula, yang menceritakan tentang ujian ilmu. Dalam sebuah hadis, Nabi Musa dikatakan tidak menyangka bahawa ada orang yang mempunyai ilmu yang lebih sedikit daripada dirinya. Lalu Allah wahyukan kepadanya tentang Nabi Khidir. Kisah ini dipaterikan dalam Surah al-Kahfi bagaimana ilmu yang tersemat dalam diri seseorang berupaya menjadikan mereka ego dan sombong.


6. Manakala kisah yang terakhir mengenai kisah Zulkarnain dan fitnah kuasa. Allah kurniakan kuasa kepada manusia bagi memelihara agama Allah dan bukan menjadi sombong kepadanya.


7. Menariknya di penghujung surah ini Allah menegaskan dengan satu amalan yang paling sia-sia. Manusia merasakan dia telah melakukan kebaikan, amalan atau sumbangan yang paling banyak sedangkan amalan itu pada hakikatnya sia-sia di sisi Allah. Firman Allah:


“قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالأَخْسَرِينَ أَعْمَالا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا”


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".


8. Ia pengajaran buat kita semua bahawa dalam segala kurniaan nikmat dan fitnah dunia yang Allah berikan kepada kita, janganlah dunia menyebabkan kita lari dan daripada petunjuk Allah, sombong dan ego dalam kehidupan dunia yang sementara. 


Semoga Allah membimbing kita.


Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi


https://t.me/MyHadithTime/1577


*


Tidak Mengendahkan Dosa Sendiri

=====

1. Dalam Surah al-Kahfi, Allah mengingatkan bahawa terdapat dua ciri hamba yang paling zalim iaitu mereka yang berpaling dari peringatan ayat-ayat Allah dan mereka melupakan dosa yang telah mereka lakukan sendiri. Firman Allah:


وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ فَأَعْرَضَ عَنْهَا وَنَسِيَ مَا قَدَّمَتْ يَدَاهُ


“Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya.” 


2. Kedua sifat ini telah menyebabkan Allah menutup pintu hati mereka disebabkan mereka tidak mengendahkan peringatan Allah malah mereka memandang kecil dosa-dosa mereka. Firman Allah lagi dalam ayat seterusnya:


إِنَّا جَعَلْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ أَكِنَّةً أَن يَفْقَهُوهُ وَفِي آذَانِهِمْ وَقْرًا ۖ 


“sesungguhnya (disebabkan sifat mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). 


3. Oleh yang demikian, ambil perhatian terhadap peringatan yang telah Allah berikan dalam al-Quran serta jangan memandang kecil dosa yang telah kita lakukan. Dosa menyebabkan pintu hati seseorang tertutup.


Semoga Allah membimbing kita.


Prof. Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://t.me/MyHadithTime/3385


*

Amalkan Doa Memohon Petunjuk

=======

1. Salah satu perkara menarik yang diajarkan oleh Allah dalam al-Quran melalui kisah pemuda kahfi ialah Allah merekodkan doa mereka yang memohon petunjuk daripada Allah dalam urusan mereka. Dalam doa ini, mereka menggabungkan dua elemen penting iaitu memohon rahmat dan (al-rusyd) iaitu petunjuk daripada Allah. Firman Allah:


إِذْ أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا


(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu, Dan persiapkan (permudahkan) urusan kami dengan PETUNJUK.”


2. Perhatikan perkataan “RASYADA” di sini yang membawa maksud hidayah atau petunjuk. Pemuda Kahfi yang lari menyelamatkan diri mereka ini memohon agar Allah memberikan petunjuk dalam setiap urusan kehidupan mereka.


3. Menariknya dalam surah al-kahfi ini juga, lafaz yang sama (iaitu perkataan al-rusyd ini) turut diungkapkan oleh Nabi Musa yang memohon daripada Nabi Khadir agar mendidiknya supaya beliau boleh mendapat petunjuk. Kata Nabi Musa:


قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰ أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا


“Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku daripada apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi PETUNJUK bagiku?" (Surah al-Kahfi: 66)


4. Bukan sahaja para Nabi, golongan Jin juga mengungkapkan perkataan ini apabila mereka menggambarkan bahawa al-Quran memberikan petunjuk kepada manusia. Kata golongan Jin:


قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar Al-Quran yang menakjubkan! Kitab yang memberi panduan (PETUNJUK) ke jalan yang betul. (Surah al-Jin)


5. Malah Allah turut menyifatkan Nabi Ibrahim sebagai seorang yang diberikan petunjuk dengan menggunakan perkataan yang sama iaitu perkataan al-Rusyd (rasyada - rusydahu). Firman Allah:


وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ


Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim PETUNJUK (sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid) dan Kami adalah mengetahui akan halnya. (Surah al-Anbiya: 51)


6. Oleh itu, amalkanlah doa yang dilafazkan oleh Pemuda Kahfi ini. Allah telah menceritakan kepada kita bagaimana Nabi Musa turut menuntut perkara yang sama menggunakan perkataan yang sama, Nabi Ibrahim disifatkan sebagai lelaki yang mempunyai petunjuk (melalui perkataan ini juga). Bahkan golongan jin turut menyifatkan al-Quran sebagai Kitab yang memiliki petunjuk melalui perkataan ini juga.


Semoga Allah membimbing kita dengan petunjuk-Nya.


Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Follow IG MyHadithTime: https://www.instagram.com/myhadithtime/


Telegram:

https://t.me/MyHadithTime








Kumpulan Nasyid Ashabul Kahfi (AK) adalah sebuah kumpulan yang pada asalnya bertapak dan berpusat di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). AK ditubuhkan secara rasminya pada 21 Mac 2017 dan pada masa itu lebih banyak menerima jemputan-jemputan persembahan dari dalam dan luar kampus di Sarawak.

Nama Ashabul Kahfi diambil sempena nama persatuan Islam kami di Sarawak dimana persatuan tersebut merupakan persatuan mahasiswa / mahasiswi muslim berdasarkan generasi yang juga dianggap sebagai keluarga angkat disana.

Semenjak penubuhannya, AK juga banyak mengeluarkan video-video berbentuk cover secara acapella / harmoni dan dimuat naik di Facebook dan juga YouTube.

Disamping melakukan cover dan persembahan nasyid, AK mengorak langkah dari tahun ke tahun dengan cara mengeluarkan tiga (3) buah filem pendek dibawah Ashabul Kahfi Production iaitu “Lafaz yang Tersimpan” pada tahun 2017, “Layar Keinsafan” pada tahun 2018 dan “Damba Kasih” pada tahun 2019.

Dalam masa yang sama, AK juga mengeluarkan jenama T-Shirt sendiri versi muslimin dan muslimat bermula dari tahun 2017, 2018 dan 2019 dibawah Ashabul Kahfi Apparel.

Tersiri daripada lima (5) orang ahli, iaitu Herman AK, Hanif AK, Syahrin AK, Izzat AK dan Taufik AK. Tagline AK ialah “Rejuvenasi Suara” yang bermaksud “Suara Alaf Baharu”. AK mengekspresikan suara melalui pendekatan kemampuan-kemampuan vokal yang berbeza dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Daripada gabungan suara itu, tercetuslah satu paduan suara yang direjuvenasikan secara vokal.
Kini, AK bukan lagi dibawah universiti, tetapi bersifat universal dan berfokus di seluruh Malaysia.
(*Penerangan ini diambil menerusi  ruangan deskripsi di video rasmi lagu Mahligai)




Lirik lagu Mahligai - Ashabul Kahfi (AK)

Tak perlu aku merasa sangsi,
Cinta terputik dihati mu tulus dan suci.

Engkau dan aku sama menanti,
Doaku agar semuanya dipermudahkan ilahi...

Akan ku bimbing mu setulus hatiku,
Bila kita berdua sudah diijabkabulkan...

[Korus 1]
Kasih suci yang indah nan abadi,
Bukannya lagi misteri,
Ku harap di mahligai bersatu...

Ketentuan yang esa telah terpatri,
Kita berdua akan jalani,
Detik bahagia bersama...

Ya Allah aku bersyukur pada-Mu,
Kau kurniakan dia untukku,
Semoga cinta ini sentiasa diredhai...

Akan ku bimbing mu setulus hatiku,
Bila kita berdua sudah diijabkabulkan....

[Korus 2]
Kasih suci yang indah nan abadi,
Bukannya lagi misteri,
Ku harap di mahligai bersatu...

Ketentuan yang esa telah terpatri,
Kita berdua akan jalani,
Detik bahagia bersama...Ahh...Ahh...Ahh...

[Korus 3]
Kasih suci yang indah nan abadi,
Bukannya lagi misteri,
Ku harap di mahligai bersatu,

Ketentuan yang esa telah terpatri,
Kita berdua akan jalani,
Detik bahagia bersama...

Tak perlu aku merasa sangsi,
Cinta terputik dihati mu tulus dan suci...

Ohhh...Ohh...




Produksi
Artis: Ashabul Kahfi (AK)
Pencipta Lagu: Herman Hassan / Herman AK
Penulis Lirik: Herman Hassan / Herman AK
Label Produksi: Soutul Amal Records

Barisan Munsyeed/ Anggota Kumpulan:
1. Herman AK / Herman Hassan
2. Hanif AK / Hanif Mohd Jais
3. Syahrin AK / Syahrin Murdalin
4. Izzat AK / Izzat Zulkifli
5. Taufik AK / Taufik Badruddin

Facebook  Ashabul Kahfi (AK):
https://www.facebook.com/ashabulkkahfi/

Instagram Ashabul Kahfi (AK):
https://instagram.com/ashabulkkahfi









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top