Showing posts with label Belanjawan 2020. Show all posts
Showing posts with label Belanjawan 2020. Show all posts


Install antara aplikasi yang terlibat, untuk dapat insentif RM30 e-Tunai Rakyat yang akan mula diberi pada 15 Januari 2020 nanti. Maksudnya jumlah itu akan dikreditkan dalam akaun e-wallet anda. Tapi pastikan dah install serta daftar (register) dahulu melalui aplikasi terlibat! Nanti cara tebus, akan diberitahu pada tarikh berkenaan.

Penebusan boleh dibuat bermula 15 Januari 2020 dan program ini akan tamat pada 14 Mac 2020. Ini akan diberitahu kemudian. Antara aplikasi ewallet terlibat (dompet digital) yang terpilih bagi perlaksanaan program ini ialah Touch n Go eWallet, Boost dan juga GrabPay (link untuk download aplikasi ini ada dinyatakan di  penghujung artikel ini).
Syarat penerima etunai Rakyat 2020:
1- Warganegara Malaysia.
2- 18 tahun ke atas (pada 31 Disember 2019).
3- Pendapatan tahunan kurang RM100,000.

- Tidak kira anda pelajar atau tidak, jika 18 tahun ke atas dapat e-Tunai RM30.00.
- Penebusan bermula 15 Januari 2020. Kaedah penebusan, tunggu sekitar awal tahun 2020.
- RM30 hanya sekali sahaja dan hanya terhad pada SATU eWallet sahaja.

Cara untuk dapatkan etunai tersebut, anda hanya perlu download, daftar dan buat pengesahan IC untuk menggunakannya.

Aplikasi terlibat:



*Kalau nak install TNG e-wallet boleh guna code ni.(*Use this referral code and enjoy 3 times 100% Toll Rebates).



Rujukan:
- https://semakanonline.com/etunai-rakyat/
- https://twitter.com/XavierNaxa/
- https://twitter.com/diy_rahim


11 Oktober lalu, Menteri Kewangan Malaysa, Lim Guang Eng telah membentangkan belanjawan 2020. Berikut saya highlightkan tentang Malaysia Kerja yang diperkatakan.

MALAYSIA KERJA

#MalaysiaKerja (Malaysians@Work) 

Menyedari cabaran-cabaran yang dihadapi, Kerajaan akan melancarkan inisiatif #MalaysiaKerja (Malaysians@Work) bertujuan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik untuk belia dan wanita sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah. Secara ringkasnya, #MalaysiaKerja dibahagikan kepada empat program yang disasarkan kepada pekerja dan majikan dengan menyediakan pelbagai insentif seperti berikut:

 
GRADUAN KERJA

Pertama: #GraduanKerja (Graduates@Work) direka khusus untuk pengambilan graduan yang menganggur melebihi 12 bulan. Graduan yang menerima tawaran kerja akan menerima insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan sebagai tambahan kepada gaji yang diterima. Manakala majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja sebanyak RM300 sebulan juga bagi tempoh yang sama;

WANITA KERJA

Kedua : #WanitaKerja (Women@Work) bertujuan mewujudkan 33 ribu peluang pekerjaan setahun untuk wanita berusia di antara 30 hingga 50 tahun yang telah berhenti bekerja selama setahun atau lebih. Wanita yang kembali bekerja akan diberi insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM500 sebulan, manakala majikan pula akan diberi insentif pengambilan pekerja Belanjawan 2020 27 sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh yang sama. Sebagai tambahan, pengecualian cukai pendapatan bagi wanita yang kembali bekerja akan dilanjutkan empat tahun lagi sehingga tahun 2023;

WATAN KERJA

Ketiga : #WatanKerja (Locals@Work) adalah program kesamarataan kos pengambilan pekerja yang bertujuan mengalihkan kebergantungan terhadap pekerja asing berkemahiran rendah. Warganegara yang menggantikan pekerja asing akan diberikan insentif gaji selama dua tahun sebanyak RM350 atau RM500 sebulan mengikut sektor. Manakala, majikan pula akan menerima insentif pengambilan sebanyak RM250 sebulan dalam tempoh yang sama; dan 

PERANTS KERJA

Keempat : #PerantisKerja (Apprentice@Work) adalah program insentif Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam bentuk elaun tambahan sebanyak RM100 sebulan untuk pelajar semasa menjalani latihan industri dalam kursus TVET bertujuan menggalakkan lebih ramai belia menyertai kursus TVET. Justeru, Kerajaan juga akan melanjutkan potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat yang menyertai Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi tempoh dua tahun lagi. Sebagai tambahan, potongan cukai dua kali yang telah diberikan kepada syarikat yang melaksanakan Program Internship Berstruktur (SIP) yang diluluskan oleh TalentCorp bagi pelajar yang mengikuti bidang kejuruteraan dan teknologi akan diperluaskan kepada semua bidang akademik yang lain.

Kerajaan percaya menerusi program #MalaysiaKerja, warga Malaysia yang menganggur akan menguasai kemahiran dan kecekapan yang diperlukan bagi memastikan kelangsungan pekerjaan dengan syarikat yang relevan serta peratusan pengekalan pekerja selepas tempoh dua tahun insentif tamat adalah melebihi 90 peratus. Ini akan membina modal insan dari kalangan penganggur untuk menjadi pekerja yang berdikari dan menyumbang secara produktif kepada pasaran buruh.

Inisiatif #MalaysiaKerja akan disediakan oleh Kerajaan dan diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di mana insentif gaji tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP kecuali bagi program #PerantisKerja. Inisiatif ini juga akan diintegrasikan dengan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) serta program pasaran buruh aktif yang lain. Kerajaan menjangkakan program #MalaysiaKerja akan mewujudkan tambahan peluang pekerjaan sebanyak 350 ribu untuk rakyat Malaysia dalam masa lima tahun. Program ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada seramai 130 ribu orang pekerja asing. #MalaysiaKerja dijangka melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

Kerajaan juga akan melaksanakan langkah-langkah selanjutnya untuk menambah baik persekitaran kerja bagi para wanita dan ibu bapa secara amnya. Sejajar dengan usaha ini, Kerajaan pada tahun 2019 telah berjaya menyediakan 66 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) baharu di bangunan Kerajaan dengan peruntukan RM10 juta berbanding sasaran awal 50 TASKA. Bagi tahun hadapan, Kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM30 juta untuk menyediakan lebih banyak lagi TASKA terutamanya di hospital dan sekolah. Sebagai tambahan, bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang menghantar anak untuk pendidikan awal ke TASKA dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) berdaftar, pelepasan cukai individu bagi yuran yang dibayar akan dinaikkan daripada RM1 ribu kepada RM2 ribu.
Sumber maklumat: PDF Belanjawan 2020 
Sumber gambar:

Antara berita: https://www.mstar.com.my









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top