Showing posts with label e-wallet. Show all posts
Showing posts with label e-wallet. Show all posts


Baru-baru ini, saudara Haikal Hisham ada berkongsi cara mudah membayar zakat menggunakan aplikasi Boost di twitter beliau. Zaman teknologi di hujung jari ini, amat mudah kita untuk membayar zakat fitrah sendiri secara dalam talian (online).

Untuk pengetahuan semua, hukum sah bayaran zakat 2 sahaja sebenarnya. Niat dan berlaku perpindahan harta. Pembayaran online zakat dah bermula sejak awal tahun 2000 lagi.



 

Terdapat lima waktu pembayaran zakat fitrah
Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal


Sebelum itu: Kalau nak bayarkan zakat fitrah bagi pihak ayah, mak, kena MINTA IZIN terlebih dahulu. Lai-lagi kalau mereka masih ada pendapatan. Jika berkemampuan, fitrah ibu dan adik-adik masih tanggungjawab bapa. Mohonlah izin dari beliau. Kalau tak, ia jadi sekadar sedekah sahaja.

Baik. Jom kita lihat langkah-langkah bayar zakat menggunakan aplikasi Boost:

1. Login ke akaun Boost anda. 
2. Pilih Option "Zakat".


 
3. Add Zakat Account anda 
4. Pilih institusi zakat anda. Buat masa sekarang, hanya ada Lembaga Zakat Selangor, Wilayah Persekutuan, PPZ dan Zakat Kedah. Ada dua jenis zakat yang ada dekat situ. Zakat Harta & Zakat Fitrah. So aku nak fokus pada zakat FITRAH dulu  



5. Isi no ic hampa. 
6. Isi nama, no phone, dan pilih jenis beras yang hampa makan. 
7. Kemudian kalau nak bayar untuk sorang, pilih satu pax saja, kalau nk tolong bayar untuk satu family, kira lah berapa ramai. Nota : Rujuk gambar kedua untuk detail pasal beras tu. 




*Orang yang makan beras premium/mahal, mereka sepatutnya membayar jumlah Zakat Fitrah yang lebih tinggi berdasarkan 2.6kg beras yang mereka makan.

8. Kemudian klik bayar macam biasa. Mudah kan? Tahniah diucapkan pada Lembaga Pejabat Zakat yang sudi adaptasi Teknologi, untuk mudahkan urusan orang lain. 



Mudah bukan? Saudara Hisham juga ada berkongsi tips kewangan dan emas di telegram beliau http://t.me/mhaikalhisham


Rujuk juga: ADAKAH SAH PEMBERIAN ZAKAT TANPA MELAFAZKAN AKAD


Install antara aplikasi yang terlibat, untuk dapat insentif RM30 e-Tunai Rakyat yang akan mula diberi pada 15 Januari 2020 nanti. Maksudnya jumlah itu akan dikreditkan dalam akaun e-wallet anda. Tapi pastikan dah install serta daftar (register) dahulu melalui aplikasi terlibat! Nanti cara tebus, akan diberitahu pada tarikh berkenaan.

Penebusan boleh dibuat bermula 15 Januari 2020 dan program ini akan tamat pada 14 Mac 2020. Ini akan diberitahu kemudian. Antara aplikasi ewallet terlibat (dompet digital) yang terpilih bagi perlaksanaan program ini ialah Touch n Go eWallet, Boost dan juga GrabPay (link untuk download aplikasi ini ada dinyatakan di  penghujung artikel ini).
Syarat penerima etunai Rakyat 2020:
1- Warganegara Malaysia.
2- 18 tahun ke atas (pada 31 Disember 2019).
3- Pendapatan tahunan kurang RM100,000.

- Tidak kira anda pelajar atau tidak, jika 18 tahun ke atas dapat e-Tunai RM30.00.
- Penebusan bermula 15 Januari 2020. Kaedah penebusan, tunggu sekitar awal tahun 2020.
- RM30 hanya sekali sahaja dan hanya terhad pada SATU eWallet sahaja.

Cara untuk dapatkan etunai tersebut, anda hanya perlu download, daftar dan buat pengesahan IC untuk menggunakannya.

Aplikasi terlibat:



*Kalau nak install TNG e-wallet boleh guna code ni.(*Use this referral code and enjoy 3 times 100% Toll Rebates).



Rujukan:
- https://semakanonline.com/etunai-rakyat/
- https://twitter.com/XavierNaxa/
- https://twitter.com/diy_rahim








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top