Artikel ini mungkin ada tentang perkara yang anda suka. Jemput baca sampai habis. Terima kasih.
Amboi! Dengarnya kali ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (di Maeps, Serdang) selain harga buku-bukunya yang sangat berpatutan, difahamkan ada beberapa penerbitan (boleh berjalan ke semua reruai, untuk melihat) yang hadiahkan kereta, tiket ke luar negara, barangan elektrik dan pelbagai hadiah menarik lain untuk pembaca bertuah mereka. Apa lagi, untuk semua yang berkesempatan, serbu!
MASUK ADALAH PERCUMA!
29 April 2016 hingga Isnin, 9 Mei 2016. Selama 11 hari.
Isnin - Khamis (10 pagi - 7 malam) | Jumaat - Ahad & Cuti Umum (10 pagi - 9 mlm)
- BAUCER BUKU DITERIMA.
- BAS SHUTTLE DARI KTM SERDANG BERMULA JAM 9.
*Cari hashtag #PBAKL | #PBAKL2016 | #KLIBF2016 di media sosial seperti facebook, twitter dan instagram untuk melihat perkembangan terkini.
Peta lokasi ke Maeps (sumber) :
Bengkel Penulisan Fantasi Thriller
bersama Nor Liana Omar Penulis Undangan Ahmad Patria Abdullah
Jika anda berminat menulis atau membaca genre ini bolehlah menyertai bengkel ini.
Merujuk acara itu di:
Facebook
Sabtu 14 MEI 2016
9 PAGI - 5 PETANG
Bertempat di:
Rumah PENA, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, Malaysia
*Rujuk gambar poster di bawah sebagai rujukan. Apa lagi, jom!
Ahmad Patria Abdullah
Siapa Ahmad Patria Abdullah?
Ahmad Patria Abdullah dianggap sebagai pelopor penulisan novel fantasi dan sains fiksyen di negara ini. Kemampuannya menghasilkan novel-novel fantasi berkonsepkan kehidupan dan perjuangan seorang pahlawan, Artakus, membuka mata pembaca, terutama peminat novel fantasi. -
Goodreads
*MAJLIS PELANCARAN ARISTOKRA: 8 Mei 2016 ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (MAEPS, Serdang). Boleh rujuk butiran di
Facebook.