Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

 TUNAS CIPTA:


SELANGOR KINI:



SEBARANG MAKLUMAT BOLEH RUJUK FACEBOOK: Hebahan Aktiviti Penulisan, Sastera, dan Perbukuan.





(Review) Apabila Alam Berbicara - Rozais al-Anamy | Mesti kita rasa teruja jika apa yang kita hajatkan tercapaikan? Siapa sangka, setelah bertahun. saya akhirnya dapat membeli dan memiliki sendiri buku antologi cerpen yang 9 tahun sebelum itu saya idamkan (beserta tandatangan Puan Rozais sendiri!).


Buku Antologi Cerpen: Apabila Alam Berbicara - Rozais al-Anamy

Perkara menarik yang saya suka tentang Puan Rozais al-Anamy ini adalah apabila beliau bijak meletakkan gambaran kisah sekeliling yang benar terjadi sebagai latar dalam karya-karya beliau. Seperti kejadian tanah runtuh, kisah penindasan wanita di Afrika dan ada juga cerpen tentang pokok Gharqad,dunia politik dan kempimpinan serta banyak lagi. Itu belum kita sentuh kepandaian beliau meletakkan unsur agama, sindiran dan satira lagi dalam cerpen beliau. Allahu. Nangis (nangis sebab kemahiran beliau tau, tapi cerita beliau banyak yang bernada 'garang' okay! Hehe. :)
Rozais al-Anamy; sentiasa tampil sebagai penulis lantang serta berani, berpegang pada perjuangan sendiri serta hampir selalu mewakili suara perempuan gagah.
 Antara cerpen-cerpen kesukaan saya adalah:
- Apabila Alam berbicara

"Kerana alam di mana-mana pun jua brkongsi rasa dan jiwa yang satu. Menanggung citra manusia yang sama walau tidak serupa."

Cerpen ini yang mengenalkan saya buat pertama kalinya dengan Puan Rozais al-Anamy. Saya membacanya menerusi surat khabar, dan sesuai dengan situasi ketika itu membuatkan saya terpaut. Bijaknya penulis ini, bagi saya. Di situ saya mula mencari dan membaca blog beliau.

- Renyai di Rendezvous

Ada kritikan dalam cerpen ini. Tentang pendirian dan keinsafan yang tak banyak, sikit telah membuatkan saya turut terfikir.

- Langkisau
"Tuhan tidak akan menenggelamkan seseorang itu ke lautan dalam hanya untuk melemaskannya, sebaliknya untuk meyedarkan betapa di manna sahaja, kehidupan tettap ada dan berterusan"
"Di sini hanya keimanan membentengi seseorang daripada kecuaian dan kealpaan. Pilihan adalah di tangan masing-masing."

Bahasa dalam cerpen ini bagi saya sangat puitis berbanding cerpen lain dalam buku ini, ya  mempesonakan!
- Ajaran Ketam

Kena dengan isu semasa hubungan antara murid dan guru, Puan Rozais yang memang lantang dan berani ini kelihatan bersahajaa menyampaikan isi ceritanya.

"Kerana tidak semua manusia boleh berfikir, undang-undang dan peraturan diwujudkan." - Cikgu Tipah
 
- Gema Laut Mati

Plot twist. Saya pun tak terfikir isu ini diketengahkan dengan bersahaja, tiada tanda dan angin-angin, namun saya baru perasan selepas melihat judul cerpen ini!
 
- Animo Adiratna 

Tentang persahabatan yang disampaikan dengan ringkas, namun dekat di hati saya. Saya rasa wajah saya bergula juga ketika habis membaca cerpen ini.

"Kebijaksanaan seseorang itu ialah dapat bersabar ketika dia sedang marah."

"Jika kita tidak berupaya melakukan kebaikan, janganlah kita menjadi batu penghalang kepada orang lain yang ingin melakukan kebaikan. Tiada istilah terlewat dalam mencari kebenaran."
- Gemerencing Neraca Sendeng

Tentang prinsip dan juga maruah, saya melihat isi cerita ini berani dan kuat seperti penulisnya.

- Jejak Nirmala

"Walaupun kemiskinan kadangkala menghampirkan seseorang kepada kekufuran, batas iman dan kufur wajib dibina dalam diri agar mehnah yang berlaku tidak menggoyahkan pendirian. Kerana ituah agama diturunkan untuk mendidik dan menyelesaikan masalah."

"Setiap amalan bergantug kepada niat, Fir. Tapi jangan pula kau berniat baik di sini, dan menyeleweng perbuatan kau di sana. Itu memang tak betul. Salah sama sekali. - Ros

 Tentang hijrah diri dan peperangan nafsu sendiri. Saya suka ceritera begini. Dekat dan sesuatu.

Lain-lain quotes dalam buku ini:

  • "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya." - Cinta Puncak Sagarmatha
  • Kebenaran hanya terserlah setelah terbukti hasilnya. Jia tidak, ia tak lebih daripada satu ayat sahaja..." - Puteri Dunia.
  • "Kerjasama itu ada dalam diri masing-masing. Bekerjasamalah dengan diri kia sendiri.Hapuskan segala hasad dengki, riak dan takbur. Niat menghenyak-henyak, gila kuasa; itulah musuh kita. Kamaai juga sedang menunggu kemunculan Pemimin itu." - Putera Putrajaya
  •  
  • "Jangan jadi di kiri dalam tulisan; kanan dalam kehidupan. Masing-masing diajar bahawa kaya itu mulia. Cuma yang tidak diajar ialah cara jalan kekayaan itu perlu mulia dahulu."


*****


Cerpen lain pun saya suka, cuma yang beberapa ini yang lebih menangkap saya secara peribadi. Terima kasih untuk penulisan yang bagus ini, moga terus menulis dan berkongsi lagi yang baik-baik. Doa saya sentiasa bersama akak! Insya-Allah.

*Doakan saya juga kak?:)

Blog Rozais al-Anamy: http://rozaisalanamy.blogspot.com/
Instagram Rozais al-Anamy: https://www.instagram.com/rozais_al_anamy

 



Berikut adalah senarai pertandingan puisi, cerpen dan novel sepanjang tahun 2020 (akan dikemaskini dari semasa ke semasa, insya-Allah). Di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih buat rakan twitter saya: Khadijah Hamdi dan RinnRamianz yang banyak berkongsi tentang pertandingan berkaitan di laman twitter serta buat sahabat-sahabat penulis lain juga. Moga diberkati semuanya, insya-Allah.
  •  Sayembara Penulisan MASTERA (tarikh tutup 28 Februari 2020)
 
Pertandingan puisi dan cerpen.
Laman web rasmi untuk lebih jelas:


  •  Pertandingan (Lomba) menulis puisi Islam ASEAN (sebelum 15 Mei 2020)



Para penyair di seluruh negara ASEAN dialu-alukan menyertai pertandingan (Lomba) menulis puisi Islam ASEAN yang dianjurkan sempena Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara Ke-9, 2020, di Membakut, Sabah, di mana majlis kemuncaknya dijangka diadakan pada 2-4 April 2020 ini. Bagaimana pun puisi boleh dihantar kepada saya di alamat email jasnimatlani@yahoo.com atau kepada hidayahjuri226@gmail.com sebelum 15 Mei 2020 dan majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan pada awal Jun 2020.

  • Sayembara Penulisan KLWBC 2020 (Tarikh tutup penyertaan: 31 JULAI 2020. (Jumaat) )



1. Kategori Puisi — 40 sajak (dalam 1 manuskrip) | tema bebas

2. Kategori Novel — tiada had mukasurat | tema bebas

Muat turun info & borang penyertaan:- http://bit.do/borangKLWBC2020


Selamat menulis dan maju jaya semua! Moga dipermudahkan. Insya-Allah.

*****

Boleh rujuk laman web berikut untuk sebarang pertandingan atau aktivti berkaitan penulisan: 


Alhamdulillah. Dua buah buku ini ada tulisan saya (cerpen) di dalamnya. Tapi yang saya ingin cerita di sini adalah tentang cerpen kawan-kawan lain yang menjadi pilihan saya. Tidak mahu menjadi pemilih membaca apa saja yang kita suka, saya tertarik dengan cerpen rakan-rakan sebuku saya. Saya pasti ramai yang beli buku apapun ada kegemaran tersendiri.

Kedua-dua buku ini adalah terbitan Khairy Tajudin Resources (terima kasih juga untuk beliau).

1. Antologi Akhirnya Aku

Cerpen saya di dalam buku ini berunsur persahabatan lelaki dan perempuan namun saling menghormati dan tiada unsur cinta satu sama mereka. Sentiasa saling menyokong. Tajuknya, Akhirnya Aku Masih Begini.

Cerpen pilihan:

Saya cuba memilih sedikit sahaja untuk menjadi pilihan hati. Namun gagal. Banyak yang menarik hati. Namun berdasarkan tajuk saya cuba untuk melihat kelainan setiap cerita.
  • Akhirnya Aku Meletop – Siti Aksara
Penulisan Siti Aksara ini paling saya minati kali ini. Sedikit laju. Namun saya suka kerana ceritanya tentang penulis yang berani.
  • Akhirnya Aku Nekad – Norillah Abdulllah Hassim
Seorang yang berkerja dalam bidang dia suka namun di tengahnya menjumpai titik berbelah bagi. Pembahagian rasa di sini saya juga boleh rasa.
  • Akhirnya Aku Pulang – Harith Hakeem
Mengingatkan saya pada drama kekeluargaan di hari raya. Namun hujungnya menyentuh. Dan bukan biasa-biasa.
  • Akhirnya Aku Temui Cinta Sejatiku – Asyiqin Adir
Ini sedikit lucu dan agak diluar jangka. Seakan mengenakan pembaca namun sangat boleh diterima.

Pilihan lain: Akhirnya Aku Tahu (Kecu) & Akhirnya Aku Kembali (Rozalia Rajali)

Yang lain-lain tetap penulisan yang baik namun jika anda mahu membaca bolehlah dapatkan sendiri di kedai-kedai.

2. Antologi Bebas

Cerpen saya dalam buku Bebas ini pula mengisahkan persahabatan dan hidayah yang hadir dalam hidup seorang perempuan. Bertajuk Asbab.

Cerpen pilihan:
  • Perjuangan - Sa'adiah Shuib
Siapa sangka kita akan tertarik jauh tenggelam dalam ceritera berbentuk sejarah ini. Malahan semangat wataknya buat kita kagum dan turut bersemangat. Bagi saya ceritanya membuka mata (saya) juga.
  • Busuk Harum Durian - eartHDance
Manis-manis selepas perkahwinan jarang sekali diceritakan. Dan cerita sebegini adalah sebuah bacaan yang wajar diselalukan.
  • BRIM Oh BRIM - Nidra
Cerita ini sangatlah dekat dengan masyarakat kita. Memilih kepercayaan dan kewangan sebagai isu utama, cerpen ini kelihatan sangat berjaya menangkap pembaca.
  • Lorong - Tun Teja
Cerita ini adalah tentang persepsi dan semangat. Yang di awal tak semestinya sama seperti akhir.

Pilihan lain: Jangan Prejudis (Manja lela) & Lutsinar (Qay Elfansuri).

Apa lagi paling indah jika bukan suka pada apa yang kita ada? :)

Untuk yang sudah baca, boleh komen di goodreads: Akhirnya Aku & Bebas. Di sana, tulislah komen yang anda suka.

Oh ya, jika ingin beli, buku-buku ini ada dijual di kedai buku, atau boleh beli terus pada penerbitnya, saudara Khairi Tajudin di facebook dan mungkin juga boleh terus pada penulis-penulisnya yang lain (melalui hashtag antologiAkhirnyaAku & hashtag AntologiBebas) di laman sosial facebook, atau instagram.

Untuk yang suka membaca, teruskan menambah ilmu. Untuk yang suka menulis, jangan pernah jemu. Sekian. Terima kasih.


Sebagai seorang yang suka menulis, kadangkala kita rasa mahu juga (pastinya seronok) karya kita disiar dan dibaca oleh orang lain, serta dikritik untuk penambahbaikan. Malahan membaca kebanyakan yang berpengalaman katanya; elok sebagai permulaan menulis cerpen atau puisi dan hantar ke Majalah Tunas Cipta kerana kerana majalah ini khusus menerima karya penulis generasi baru.

Sebelum itu, jika mahu hantar cerpen atau sebarang karya ke Berita Harian boleh rujuk: https://birungu.wordpress.com.

Syarat menulis dengan Tunas Cipta:

CERPEN

1. Umur: kurang daripada 35 tahun

2. Kisah selain daripada cinta melankolia (boleh cerita cinta, tapi biar membawa kepada pemikiran atau idea yang ilmiah dan bijak).

3. Halaman: Tidak melebihi 10 muka surat (Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5 / 2).

PUISI

- Jenis tulisan; Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5 / 2
- Tema bebas tapi biar berpada-pada

Setiap kali menghantar karya, sila sertakan juga biodata ringkas seperti nama penuh, nama pena, alamat lengkap, nombor kad pengenalan, nombor telefon, e-mail dan nombor akaun bank bagi urusan pembayaran mengikut media percetakan (apabila karya anda tersiar, sedikit honorarium atau saguhati yang berupa wang ringgit akan diberikan sama ada dalam bentuk cek atau bank-in ke akaun bank anda, selalunya akan ambil masa 3 bulan dari tarikh siar dan akan diberi surat pengesahan selepas itu).
Hantar ke emel: yusaida@dbp.gov.my (editor terkini: Puan Yusaida Yusof). Subjek pada emel tuliskan cerpen atau puisi berserta tajuk. Kemudian tuliskan kata-kata aluan dan pengenalan diri yang baik dalam emel tersebut. Jika ada surat iringan itu lebih baik.
*Karya kita akan dinilai terlebih dahulu. Sabarlah menanti jawapan. Namun jika sehingga tiga bulan masih tiada jawapan, maksudnya belum lagi berjaya. Namun selalunya walaupun gagal tetap akan dijawab balas.


NOTA SAYA

Ikut daripada komen dia bagi pada cerpen saya yang tersiar (Puisi Dari Korea - Tunas Cipta edisi Mei 2016), pihak editor (waktu itu, Puan Zaharahanum) tidak mahu dialog atau pengajaran unsur yang negatif. Dan jika dialog tidak ada relevan (lewah) dalam cerita atau plot lain / pengakhiran, tak perlu letak. Letak dialog atau plot yang memang bertujuan. Dan jika mahir memperkayakan bahasa, itu lebih baik.

Dan alhamdulillah, selepas beberapa kali disuruh sunting sebelum tersiar, kritikan untuk cerpen itu oleh S.M Zakir (Tunas Cipta edisi Jun 2016) adalah baik; terutama dari segi sudut bahasa dan jalan ceritanya.

Untuk puisi anda boleh lihat contoh-contoh puisi yang pernah disiar (di sini antaranya). Jika belum pernah membeli tunas cipta, boleh dapatkan di kedai buku / majalah berhampiran atau terus beli menerusi talian di bukuDBP.com.

Oh ya, selain ini, jika mahu tahu perkembangan pertandingan menulis / cerpen yang lain boleh rujuk di halaman facebook Tips Motivasi dan Penulisan Pena VR yang dikendalikan juga oleh seorang penulis berpengalaman; Salleh Kausari. Di sini banyak juga beliau berkongsi.

***
Untuk penyertaan cerpen ke majalah lain:
(lebih baik rujuk majalah berkenaan terlebih dahulu untuk melihat sasaran pembaca dan cerpen yang lalu):
  • Dewan Sastera (khairul@dbp.gov.my)
  • Mingguan Malaysia (hafizahrilmm@gmail.com)
  • Berita Minggu (bhsastera@bharian.com.my)
  • Dewan Siswa (lutfi @dbp.gov.my / suhaila@dbp.gov.my) 
  • Utusan Sabtu - Untuk cerpen, lebih kurang 1500 patah perkataan; (cerpen.s2@gmail.com) Untuk puisi: (puisi.s2@utusan.com.my)
  • Majalah Wanita (wanitauksb@yahoo.com)
  • Majalah Solusi (majalahsolusi@gmail.com), cerpen lebih kurang 1300 patah perkataan.

Dalam talian boleh cuba:
Jika rasa mahu mencuba menulis suka-suka / meluah rasa / melihat sasaran pembaca karya kita, boleh mula menulis juga di wattpad.com. Jika rezeki, selain akan ada pengikut sendiri dan dapat memperbaiki karya melalui kritikan, mungkin berpeluang menghasilkan buku sendiri nanti. Insya-Allah.

Untuk semua, jangan takut menangis untuk menulis. Setiap langkah yang jauh bermula dengan langkah pertama. Jangan takut ditolak, sebab ditakuti kita menyesal pula kerana tidak mencuba. Teruskan menulis, kerana bakat itu tak semua ada. Jika gagal, jangan putus asa. Cuba lagi! Bakat juga amanah. Selamat maju jaya! Terima kasih. 
Rujukan lain:



Pasti di luar sana ramai berminat untuk menulis, tapi tidak tahu bagaimana mahu bermula dan cara. Dan apa pula tips untuk menulis dalam genre fantasi thriller? Jadi inilah peluangnya, untuk sama-sama terlibat dalam bengkel ini (sijil dan makanan disediakan) dengan bayaran yuran yang berpatutan (boleh rujuk poster di bawah).

Bengkel Penulisan Fantasi Thriller
bersama Nor Liana Omar (Mantan Editor DBP).

Jika anda berminat menulis atau membaca genre ini (lain sekalipun) bolehlah menyertai bengkel ini.

Merujuk acara itu di: Facebook Nooradelia

Sabtu 24 September 2016

Bertempat di:
Babylon Homestay, Sungai Petani, Kedah



*Rujuk gambar poster sebagai rujukan dan cara mendaftar. Apa lagi, jom!

Untuk pengalaman bengkel sebelum ini, boleh baca di blog: Diyanah Rahmat

Terima kasih, selamat berbengkel dan menimba ilmu, semua.



-- Liana Omar boleh dihubungi melalui: 




Membaca kisah mengenai hari raya; hal kerja rumah, penginapan, pembahagian duit raya, jalan sesak dan pertembungan soalan-jawapan popular di hari raya kebelakangan ini, benar-benar membuatkan saya rindu dan teringat satu kenangan raya sewaktu kecil-kecil dahulu. Dengan seadanya, kami dulu begitu aktif mengunjungi rumah-rumah di kampung. Tanpa segan dan takut dengan pelbagai perkara. Bukan hendak apa sangat, namun seronok berjalan bersama kawan-kawan.

Keadaan sekarang mungkin ada yang berubah, namun nikmat dan rasa seronok hari raya itu tetap indah. Berikut adalah salah satu kenangan waktu kecil (pengalaman sebenar) yang menetap dalam ingatan. Namun digarap (sedikit diubah untuk disesuaikan) menjadi sebuah nukilan pendek.

***

"Rumah ni kau rasa boleh tak?" Nana bertanya kepada Leman, Ali dan Ipin. Ani yang dibonceng di belakang basikalnya diam sahaja. Kelihatan kanak-kanak lelaki bertiga itu berbincang dalam bahasa dan isyarat sendiri sebelum setuju untuk masuk bersama.

"Assalamualaikum.. kami datang nak raya." Ali memberi salam dengan kuat sekali. Kemudian sekali lagi mereka beramai-ramai memberi salam. mereka tidak mengetuk pintu kerana tidak mahu mengganggu. Cukuplah salam sebagai isyarat.

"Waalaikummussalam." Seorang nenek membuka pintu. Wajarlah agak terlewat. Kerana dia kelihatan perlahan-perlahan pergerakannya.

“Ramainya! Masuklah cu. Duduk minum.” Nenek itu menjemput dengan mata yang bercahaya. Senyumnya panjang.

“Dari mana semua ni?” Nenek itu kembali dengan beberapa coklat dan keropok di tangan dari arah dapur. Dan kelihatan seorang lelaki tua tersenyum sama memandang mereka semua.

“Dekat-dekat sini ja, nek!”
“Kampung sebelah!”
“Lorong sana!” Seorang demi seorang menjawab, tak nak kalah. Nenek dan atok ketawa kecil; seronok melihat gelagat-gelagat anak kecil sebaya cucu mereka ini tergopoh-gopoh makan. Selepas satu, satu balang dibuka. Kemudian asyik menambah air. Tak cukup air merah, mereka minum air berwarna oren pula. Gaya macam lapar sungguh, sedangkan itu bukan rumah pertama mereka berkunjung pada hari tersebut.

“Cucu atok dan nenek lebih kurang umur cucu semua ni,” Atok bersuara setelah sekian lama hanya memandang sahaja.

“Mereka mana?” Nana bertanya; jujur.

“Belum balik sini lagi.” Atok menjawab perlahan. Kelihatan nenek memandang jauh ke arah suaminya.

“Nanti baliklah tu!” Ali spontan menjawab. Kelihatan atok dan nenek kembali senyum. Habis saja sesi soal-jawab dan berbual dengan atok dan nenek yang suka bercerita itu, mereka berlima pun memohon untuk pulang.

“Kami balik dulu ya, nek!” Leman memohon izin untuk pulang. Masing-masing bersalam sambil mencium tangan mereka berdua; sayu.

“Maafkan Nek ya cu, nenek tak ada duit raya nak bagi.” Jawapan nenek membuatkan mereka berlima mendongak memandang wajah tua itu.

“Kami datang nak raya ja nek! Kuih nenek sedap.”
“Kerepek pun!” Ayat Nana tadi disambung cepat oleh Ali.
“Terima kasih Nek, Atok.” Ipin berkata mewakili kawan-kawannya.

"Sama-sama. Bila-bila datang lagi ya, Cu." Nenek mengajak.
"Insya-Allah nek, atok." Nana mewakili kawan-kawannya.

Setelah bersalaman dan memeluk tuan rumah yang begitu istimewa itu, mereka kembali mengayuh basikal.

“Kau rasa anak dan cucu atok dan nenek bila balik?” Tanya Nana sambil mengira bilangan hari raya yang sudah beberapa hari berlalu.

“Nanti baliklah tu. Kita doalah sama-sama.” Leman menjawab selamba sambil mereka semua kembali sambung untuk beraya. Mencari rumah-rumah yang sudi menerima dengan hati terbuka. Namun tidak boleh berlama, kerana hari sudah menjelang senja.

***

Kenangan sungguh. Untuk rindu yang tidak berjawab, kita doakanlah.








Artikel ini mungkin ada tentang perkara yang anda suka. Jemput baca sampai habis. Terima kasih.

Amboi! Dengarnya kali ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (di Maeps, Serdang) selain harga buku-bukunya yang sangat berpatutan, difahamkan ada beberapa penerbitan (boleh berjalan ke semua reruai, untuk melihat) yang hadiahkan kereta, tiket ke luar negara, barangan elektrik dan pelbagai hadiah menarik lain untuk pembaca bertuah mereka. Apa lagi, untuk semua yang berkesempatan, serbu!

MASUK ADALAH PERCUMA!
29 April 2016 hingga Isnin, 9 Mei 2016. Selama 11 hari.
Isnin - Khamis (10 pagi - 7 malam) | Jumaat - Ahad & Cuti Umum (10 pagi - 9 mlm)

  • BAUCER BUKU DITERIMA.
  • BAS SHUTTLE DARI KTM SERDANG BERMULA JAM 9.

Rujuk Facebook: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk maklumat lanjut.

Gambar : http://kualalumpurbookfair.my/

*Cari hashtag #‎PBAKL‬ | #‎PBAKL2016‬ | #‎KLIBF2016‬ di media sosial seperti facebook, twitter dan instagram untuk melihat perkembangan terkini.

Peta lokasi ke Maeps (sumber) :



Tips dan panduan membeli buku di Pesta Buku Maeps: Arief Hakim Sani


Bengkel Penulisan Fantasi Thriller
bersama Nor Liana Omar Penulis Undangan Ahmad Patria Abdullah

Jika anda berminat menulis atau membaca genre ini bolehlah menyertai bengkel ini.
Merujuk acara itu di: Facebook

Sabtu 14 MEI 2016
9 PAGI - 5 PETANG

Bertempat di:
Rumah PENA, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, Malaysia

*Rujuk gambar poster di bawah sebagai rujukan. Apa lagi, jom!

 Bersama Liana Omar : Facebook Doktor Buku  |  Cheritera



Ahmad Patria Abdullah


Siapa Ahmad Patria Abdullah?

Ahmad Patria Abdullah dianggap sebagai pelopor penulisan novel fantasi dan sains fiksyen di negara ini. Kemampuannya menghasilkan novel-novel fantasi berkonsepkan kehidupan dan perjuangan seorang pahlawan, Artakus, membuka mata pembaca, terutama peminat novel fantasi. - Goodreads



Buku terbaru beliau Aristokra (kronika nashan) terbitan penerbit X
Boleh dibeli melalui:  Gapuraloka Enterprise.

*MAJLIS PELANCARAN ARISTOKRA: 8 Mei 2016 ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (MAEPS, Serdang). Boleh rujuk butiran di Facebook.

*Juga siri Saga Artakusiad

Facebook: Ahmad Patria Abdullah


Sekian, teruskan membaca dan menulis, manis! :)








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top