Showing posts with label Big Stage 2026. Show all posts
Showing posts with label Big Stage 2026. Show all posts



Takkan pernah ku mungkiri

Takkan pernah ku mungkir janji

Bukankah kau tahu isi hatiku

Kau kata kau kenaliku


Ini cintaku cinta sampai mati 

Genggam janjiku semat dalam hati 

Tiada lewa dariku dalam meyakini cinta suciku


Takkan pernah ku khianati

Cinta kamu yang ku miliki

Walau jauh walau kelahi

Takkan bisa diusir pergi


Ini cintaku cinta sampai mati 

Genggam janjiku semat dalam hati 

Tiada lewa dariku dalam meyakini cinta cinta cinta... 


Takkan pernah menduakan diri kamu... 


Ini cintaku cinta sampai mati 

Genggam janjiku semat dalam hati 

Tiada lewa dariku dalam meyakini cinta cinta cinta... suciku


Ohhh....... 







*****


*Kalau salah lirik, boleh komen, saya betulkan ya. Terima kasih. 

Sumber gambar: Utusan Malaysia & Mstar











Langkah yang tak pernah sama

Kau berlari, ku bertanya

Di antara luka-luka yang membuat, membekas.


Perjalanan yang tak mudah

Aku hampir hilang arah

Di antara arus deras, kau tetap ada


Beribu malam ku jatuh

Tenggelam dalam keluhan dan kemarahan

Ku genggam


Harapan

Kucapai cahaya rembulan

Terus terang sinar bintang

Kembali ku pulang ke ruang khayalan

Terus terang sinar bintang


Perlahan waktu berganti

Yang retak mulai mengerti

Ku terima jalan ini yang kupilih


Beribu malam ku jatuh

Tenggelam dalam keluhan dan kemarahan

Ku genggam


Harapan

Kucapai cahaya rembulan

Terus terang sinar bintang

Kembali ku pulang ke ruang khayalan

Terus terang sinar bintang


Apa harus kulakukan untuk kekal terus berjalan?

Aku ingin tetap ingin tetap, bertahan


Apa harus kulakukan untuk kekal terus berjalan?

Aku ingin tetap ingin tetap, bertahan






Perasaan dibelenggu dengan rasa gelap

Awan menemani hujan, turunku tersentap

Adakah ini selamanya?

Tak mengapa kalau kau ada

Yang hadir bukanlah kamu

Walau menyapa beribu


Sungguh sudah ku mencari

Sungguh jiwa ini sepi

Kerana semuanya bukan namamu

Hanya kau saja yang aku tunggu

Dan bila malam sudah berganti

Hati ini setia menanti


Namun bila dihujani notifikasi

Sedih membasahi dalam diri

Kerana masih bukan namamu

Masih bukan namamu


Harapan yang kukuh

Jiwa kita bersatu

Capai tangan yang dihulur

Kata saja mahu


Dalam diam kau bersuara

Dan kita membawa ke mana

Hanya kita yang tersiksa

Namaku memanggil kamu


Sungguh sudah ku mencari

Sungguh jiwa ini sepi

Kerana semuanya bukan namamu

Hanya kau saja yang aku tunggu

Dan bila malam sudah berganti

hati ini setia menanti


Namun bila dihujani notifikasi

Sedih membasahi dalam diri

Kerana masih bukan namamu

Masih bukan namamu

Oh, masih bukan namamu, oh..







Hai malaslah wei nak kena bangun, nak kena mandi, nak kena get ready, kena buat kopi. Apa-apa jelah? I'm so lazy, bro.


Malas get ready, secawan kopi

Terpaksa pergi kerja cari rezeki

Hujan turun membasahi bumi

Aku naik lrt. Eh, salah itu actually MRT

dari Melawati ke Kota Damansara

Pasang earpod dengan lagu Hael & Alfa

Tengah cari semangat

Ah, aku dah lewat, nanti sampai-sampai confirm kena marah. Oh no.

Tak ada alasan kenapa ku begini

Kenapaku begini? Oh..

 

Sebab malas. Oh malas

Dah penat hidup, dah penat nak kerja.

Aku nak baring je, dapat duit free je, tak payah guna otak untuk fikirkan dunia.

Oh malas. Oh malas. Dah penat hidup, dah penat nak kerja.


I just nak baring je, scroll kat TikTok ke, maybe watch Netflix sampai I tertidur ke

Dah tengah hari

Perut berbunyi-bunyi macam biasa jalan-jalan cari makan lagi

Dah kenyang melantak nasi dengan kuah kari, aduh tertidur pula dalam MRT. Oh no no no.

Tak ada alasan, kenapa ku begini?

Kenapa ku begini? Oh no.


Sebab malas, oh malas

Dah penat hidup, dah penat nak kerja

Aku nak baring je, dapat duit free je, tak payah guna otak untuk fikirkan dunia.

Oh malas, oh malas. 

Dah penat hidup, dah penat nak kerja.

I just nak baring je, scroll kat TikTok ke, maybe watch Netflix sampai I tertidur ke...


Malas get ready. Secawan kopi lagi, terpaksa pergi cari rezeki.






Bila jiwa ditiup semboyan

Sukmaku yang lena bagai membangkit

Maraku dahagakan kemenangan

Berbekal cahaya terunggul dari bintang di angkasa berganda sinarannya


Aku tempuh hingga tergugur titisan darah yang terakhir bersama-samamu 

Aku gempur segala ragu di jiwa menakluk dunia

Takkan menyerah, kan terus melangkah


Bila jiwa ditiup semboyan

Sukmaku yang lena bagai membangkit

Maraku dahagakan kemenangan

Berbekal cahaya terunggul dari bintang di angkasa berganda sinarannya


Aku tempuh hingga tergugur titisan darah yang terakhir bersama-samamu 

Aku gempur segala ragu

Di jiwa menakluk dunia

Tak akan menyerah, kan terus melangkah


Walaupun gunung setinggi

Bersama kita mendaki ke puncak, ke langit

Walaupun lembah berapi

Tak gentar kita hadapi sehidup, semati


Aku tempuh hingga tergugur titisan darah yang terakhir bersama-samamu

Aku gempur segala ragu di jiwa menakluk dunia

Tak akan menyerah, Kan terus melangkah

 

Aku tempuh hingga tergugur titisan darah yang terakhir bersama-samamu 

Aku gempur segala ragu

Di jiwa menakluk dunia


Tak akan menyerah, dan terus melangkah

Tak akan menyerah, kan terus melangkah..... 






Dalam sunyi aku berjalan

Ramai yang datang hulur perhatian

Kata mereka mampu bahagiakan

Tapi hati masih tak terikat


Senyuman datang silih berganti

Janji manis semua diberi

Setiap kali ku cuba pergi

Bayang kau datang kembali


Entah kenapa masih sama

Nama kau aku sebut saja

Walau cuba kuubah cerita

Hatiku tetap kembali padamu


Ramai yang datang cuba ambil tempat kau

Tapi hati aku tetap cari kau

Dalam ramai yang lalu di hidup aku

Entah kenapa aku pilih kau


Pilih kau

Aku pilih kau

Entah kenapa aku pilih kau


Aku cuba buka lembaran baru

Tiap kenangan jauh berlalu

Tapi setiap langkah yang kutuju

Masih terbayang wajahmu

Mungkin hati sudah terbiasa semua tentang kita

Walau masa cuba memisahkan rasa ini masih sama


Entah kenapa masih sama

Nama kau aku sebut saja

Walau cuba kuubah cerita

Hatiku tetap kembali padamu


Ramai yang datang cuba ambil tempat kau

Tapi hati aku tetap cari kau

Dalam ramai yang lalu di hidup aku

Entah kenapa aku pilih kau


Pilih kau

Aku pilih kau

Entah kenapa aku pilih kau

Pilih kau

Aku pilih kau


Entah kenapa aku pilih kau


Entah kenapa masih sama 

Nama kau aku sebut saja

walau cuba kuubah cerita

Tak kembali padamu


Ramai yang datang cuba ambil tempat kau

Tapi hati aku tetap cari kau

Dalam ramai yang lalu di hidup aku

Entah kenapa aku pilih kau


Kau

Aku pilih kau

Entah kenapa aku pilih kau

Yeah... 






Kau mahukan awan

Kugapaikan bulan

Tetap tak memuaskan ku di matamu

Apakah ini cara kau buatku pergi?


Kutunaikan semua segala permintaan

Kurela segalanya, walau terluka

Apakah ini cara untukku diganti?


Perpisahan ini melukai diriku

Tegarnya kau membuangi aku untuk nikahi dia

Percintaan ini hanya untuk temani

Di saat kau merasakan sepi ingin dikasihi


Kau memilih dia

kerana dia bisa penuhi khayalanmu

Yang ku tak mampu berikan

Semua itu untuk dirimu


Perpisahan ini melukai diriku

Tegarnya kau membuangi aku tuk nikahi dia

Percintaan ini hanya untuk temani

Di saat kau merasakan sepi ingin dikasihi


Perpisahan ini melukai diriku

Tegarnya kau membuangi aku tuk nikahi dia

Percintaan ini hanya untuk temani

Di saat kau merasakan sepi ingin dikasihi











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top