Showing posts with label Contoh Doa Hari Arafah. Show all posts
Showing posts with label Contoh Doa Hari Arafah. Show all posts

 



"Saya tak tahu nak doa apa sebab saya tak hafal banyak doa" 

Berdoalah apa sahaja yang terlintas di fikiran kita, walaupun bukan bahasa Arab, bukan menggunakan ayat puitis. Apa yang kita inginkan, jika ia baik untuk diri kita, tak bertentangan dengan agama, mintalah. 

Kita merayu, merintih benar-benar ikhlas kerana Allah. 

Yakinlah Allah akan membalas doa kita sebaiknya kepada diri kita. 

Doa-doa yang disebarkan, boleh diamalkan, tetapi bukanlah doa itu sahaja yang boleh dibaca. Berdoalah, jangan berhenti.

Tidaklah dikhususkan selepas zohor atau selepas asar, tetapi sepanjang hari Arafah adalah waktu mustajab doa. Bermula dari maghrib hari ini sehingga maghrib esok.


Antara Contoh Doa Hari Arafah


Ya Allah, ampunkan dosa kami, dosa ibu bapa kami dan sekalian umat Islam. 

Ya Allah, jadikan kami orang yang baik dan bertaqwa. Jadikan kami hambaMu yang berjiwa tenang. 

Ya Allah, jika ada dalam kalangan kami yang sedang sakit, maka sembuhkanlah. 

Jika ada dalam kalangan kami yang sedang diuji dengan masalah hidup, maka permudahkanlah urusan kami. 

Jika ada yang sedang mencari rezeki, maka kurniakan serta berkatilah. 

Ya Allah, jika ada dalam kalangan kami yang sedang mencari pekerjaan, maka permudahkan baginya urusan. 

Moga kerja kami semua halal, berkat dan membawa ke syurga. 

Ya Allah, jika ada dalam kalangan kami yang sedang mencari jodoh, maka permudahkan pencariannya. 

Moga semua bertemu jodoh yang baik, sekufu dan membawa ke syurga. 

Ya Allah, permudahkan semua penuntut ilmu dalam urusan mereka. Jadikan ilmu yang kami cari bermanfaat buat kami di dunia dan akhirat.

Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang mendapat kebahagian dan kebaikan di dunia dan akhirat. Kurniakanlah kami syurgaMu yang tertinggi dan peliharalah kami dari azabMu yang pedih. 


Sumber: Ustaz Muzuza

(Telegram The Garden of the Al-Quran)




 BANYAKKAN BERDOA PADA HARI ARAFAH


Rasulullah SAW bersabda:


خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


"Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah:


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan hanya milik-Nya dan segala pujian hanya untuk-Nya, Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu."


(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. 3585)


Tidak dikhususkan kehebatan dan kemustajaban doa Hari Arafah pada selepas waktu Asar sahaja, sepanjang hari adalah mustajab doa kita, insya Allah. 


‎Kata Nabi ﷺ : 


‎خير الدعاء دعاء يوم عرفة 


‎"Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah" (HR Tirmidzi : 3509)


‎Teruskan berdoa.

Semoga Allah menerima segala doa kita.

https://t.me/MyHadithTime/2671













Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top