Showing posts with label Hari Arafah. Show all posts
Showing posts with label Hari Arafah. Show all posts

 



"Saya tak tahu nak doa apa sebab saya tak hafal banyak doa" 

Berdoalah apa sahaja yang terlintas di fikiran kita, walaupun bukan bahasa Arab, bukan menggunakan ayat puitis. Apa yang kita inginkan, jika ia baik untuk diri kita, tak bertentangan dengan agama, mintalah. 

Kita merayu, merintih benar-benar ikhlas kerana Allah. 

Yakinlah Allah akan membalas doa kita sebaiknya kepada diri kita. 

Doa-doa yang disebarkan, boleh diamalkan, tetapi bukanlah doa itu sahaja yang boleh dibaca. Berdoalah, jangan berhenti.

Tidaklah dikhususkan selepas zohor atau selepas asar, tetapi sepanjang hari Arafah adalah waktu mustajab doa. Bermula dari maghrib hari ini sehingga maghrib esok.


Antara Contoh Doa Hari Arafah


Ya Allah, ampunkan dosa kami, dosa ibu bapa kami dan sekalian umat Islam. 

Ya Allah, jadikan kami orang yang baik dan bertaqwa. Jadikan kami hambaMu yang berjiwa tenang. 

Ya Allah, jika ada dalam kalangan kami yang sedang sakit, maka sembuhkanlah. 

Jika ada dalam kalangan kami yang sedang diuji dengan masalah hidup, maka permudahkanlah urusan kami. 

Jika ada yang sedang mencari rezeki, maka kurniakan serta berkatilah. 

Ya Allah, jika ada dalam kalangan kami yang sedang mencari pekerjaan, maka permudahkan baginya urusan. 

Moga kerja kami semua halal, berkat dan membawa ke syurga. 

Ya Allah, jika ada dalam kalangan kami yang sedang mencari jodoh, maka permudahkan pencariannya. 

Moga semua bertemu jodoh yang baik, sekufu dan membawa ke syurga. 

Ya Allah, permudahkan semua penuntut ilmu dalam urusan mereka. Jadikan ilmu yang kami cari bermanfaat buat kami di dunia dan akhirat.

Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang mendapat kebahagian dan kebaikan di dunia dan akhirat. Kurniakanlah kami syurgaMu yang tertinggi dan peliharalah kami dari azabMu yang pedih. 


Sumber: Ustaz Muzuza

(Telegram The Garden of the Al-Quran)






Hari Arafah semakin mendekat, hari yang sangat hebat sebelum kita merayakan Eid al-Adha al-Mubarak. 


Hari Arafah menzahirkan kerdilnya kita sebagai hamba. 


Tak kira siapa pun kita, semuanya memakai ihram, berdebu tunduk sujud kepada Allah. 


Jika kita renung betul suasana orang berwuquf di Arafah, insya Allah jadi baik jiwa kita.


Apa yang ada pada Hari Arafah dan apa yang kita perlu buat? 


Hari Arafah merupakan hari disempurnakan agama Islam. Turunnya firman Allah ﷻ iaitu ayat 3 surah al-Ma'idah. 


Allah berfirman: 


ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ


"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu" (al-Ma'idah : 3)


Para ulama' tafsir menyatakan bahawa ayat ini turun pada hari Arafah, ini yang menjadi pendapat ulama' seperti al-Sya'bi dan lainnya. 


Lagi, Hari Arafah merupakan hari di mana menandakan dekatnya hari raya Eid al-Adha. Antara nikmat besar bagi seluruh umat Islam adalah hari raya. Maka kita perlu mensyukurinya dengan bertakbir dan melakukan ibadah korban. 


Hari Arafah juga menurut sebahagian ulama' adalah sebaik-baik hari berdasarkan satu riwayat.


Apakah amalan yang dianjurkan pada Hari Arafah? 


1- Berpuasa. Nabi ﷺ bersabda:


  صِيَامُ يَومِ عرفة أَحْتَسِبُ عَلَى الله أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ التي قَبْلَهُ والسنة التي بَعْدَهُ 


"Puasa pada hari Arafah,Aku berharap pada Allah agar dihapuskan dosa yang sebelum dan selepas tahun itu.” (HR Muslim : 1162)


2- Memohon keampunan. Nabi ﷺ bersabda:


  مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ


“Tiada hari yang Allah banyak membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka kepada para malaikat. Allah berfiman, 'Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR Muslim : 3354)


3- Berzikir. Nabi ﷺ membacakan zikir ini pada Hari Arafah: 


 لا إلهَ إلاَّ اللَّه وحْدهُ لاَ شَرِيكَ لهُ، لَهُ المُلْكُ، ولَهُ الحمْدُ، وَهُو عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيرٌ (HR Tirmidhi)


4-Bagi mereka yang tidak mampu berpuasa kerana uzur, bagi boleh berzikir dan berdoa atau mengingatkan orang lain tentang kelebihan Hari Arafah. 


#FawaidHadith



Sumber: Usta

z Muzuza

(Telegram The Garden of the Al-Quran)


 BANYAKKAN BERDOA PADA HARI ARAFAH


Rasulullah SAW bersabda:


خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


"Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah. Dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku ucapkan adalah:


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan hanya milik-Nya dan segala pujian hanya untuk-Nya, Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu."


(Hadis Riwayat al-Tirmizi, no. 3585)


Tidak dikhususkan kehebatan dan kemustajaban doa Hari Arafah pada selepas waktu Asar sahaja, sepanjang hari adalah mustajab doa kita, insya Allah. 


‎Kata Nabi ﷺ : 


‎خير الدعاء دعاء يوم عرفة 


‎"Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah" (HR Tirmidzi : 3509)


‎Teruskan berdoa.

Semoga Allah menerima segala doa kita.

https://t.me/MyHadithTime/2671






 Amalan Jika Uzur Di Hari Arafah



"Saya uzur, jadi tak boleh puasa, apa amalan yang boleh saya lakukan pada hari Arafah?" 


1- Kita kena faham bahawa tindakan kita tidak berpuasa itu sebenarnya juga ada pahala, kerana itu juga ketaatan kepada Allah. Kita tak berpuasa kerana agama larang, maka ini juga pahala.


2- Berzikir


3- Berdoa kerana Hari Arafah adalah hari dimustajabkan doa


4- Memohon ampun, hari Arafah adalah hari yang diberikan keampunan seluasnya


5- Menyebarkan supaya orang lain berbuat baik, kita akan mendapat pahala jika seseorang melakukannya 


#FawaidJawab


Sumber: Ustaz Muzuza

(Telegram The Garden of the Al-Quran)



Gambar

 

Soal Jawab Hari Arafah 





1- "Boleh ke saya puasa sunat hari Arafah, walaupun ada puasa ganti yang masih berbaki?" 


Boleh, kerana puasa sunat Hari Arafah ini sangat besar kelebihannya. Tambahan pula, puasa ganti diberikan keluasan waktu, maka boleh kita puasa suant Hari Arafah walau masih ada puasa ganti berbaki


2-"Boleh ke saya puasa sunat bersekali dengan puasa ganti?"


Berdasarkan huraian ulama', kita sarankan supaya diasingkan antara puasa sunat dan puasa ganti. 


3-"Betul ke waktu yang khusus disebarkan di whatsapp?" 


Tidaklah dikhususkan selepas zohor atau selepas asar, tetapi sepanjang hari Arafah adalah waktu mustajab doa. Bermula dari maghrib hari ini (selasa) sehingga maghrib esok (rabu). 


#FawaidJawab


Sumber: Ustaz Muzuza

(Telegram The Garden of the Al-Quran)



Sumber: Gambar












Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top