Showing posts with label Cukai. Show all posts
Showing posts with label Cukai. Show all posts

Mesti ada di antara korang yang belum pernah declare cukai, jadi mari kita baca perkongsian bermanfaat daripada Tuan Azrul Izzaham - seorang yang rajin berkongsi info-info berkaitan percukaian dalam bahasa mudah di media sosial. Mari kita baca.

Photo by Pixabay

Cara declare cukai:

Pertama kali nak declare cukai (makan gaji), ini ringkasan. Harap membantu tunjuk jalan nak mula dari mana. Korang follow jelah step ni ya

1. Kena ada nombor cukai dulu. Tak kisah LHDN daftarkan automatik ke, majikan dah daftar ke, belum daftar ke, buat semakan dekat website mytax.hasil.gov.my, klik pada e-daftar.



2. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk semak dah ada nombor cukai atau belum. Kalau belum ada nombor cukai perlu daftarlah

3. Jika dah ada nombor cukai, kena dapatkan login access untuk masuk ke sistem declare cukai secara online nanti. Kita akan declare cukai melalui website mytax.hasil.gov.my

4. Dekat website tadi, korang masukkan nombor pengenalan dekat sini.


5. Nanti dia akan keluar notification macam ini kalau korang belum pernah ada access ke sistem MyTax ni. Ada dua kaedah nak mohon access,

a. e-CP55D - Masukkan emel, upload salinan IC berwarna.

b. e-KYC - Selfie, snap gambar IC.


e-CP55D, lepas upload IC, nanti LHDN akan emelkan satu link URL dia panggil pengaktifan nombor pin. Klik link, setup password semua.

e-KYC kaedah ni kena pakai phone, kena download apps MyTax. Lepas selfie, akan keluar paparan untuk setup password. 

6. Settle setup password, baru boleh login ke sistem MyTax ni. Tak kisah login dekat website ke ataupun melalui phone. Untuk login kena masukkan nombor kad pengenalan dan password yang korang setupkan tadi. 

7. Nak declare cukai, kena ada maklumat gaji. Maklumat gaji ni kena dapat dari majikan. Majikan akan keluarkan borang EA (Pekerja Swasta) / EC (Agensi Kerajaan) untuk bagitau berapa gaji tahunan korang (Merangkumi semua bonus, elaun dan lain-lain).

Majikan kena keluarkan borang EA/EC ni selewatnya 28 Februari 2023 untuk cerita penggajian tahun lepas. Tahun 2022.

8. Nanti 1 Mac 2023, baru boleh mula declare gaji korang dalam sistem MyTax. Loginlah semula ke sistem MyTax tu dan pergi klik Perkhidmatan ezHasil - e-Filing - e-Borang - e-BE Tahun Taksiran 2022. (Sama untuk tahun berikutnya) 




9. Akan keluar paparan baru (Tak boleh tunjuk contoh sebab 1 Mac nanti baru ada borang cukai tahun 2022), dalam paparan baru tu korang isi maklumat yang diperlukan. Bahagian maklumat income, ambik dari borang EA/EC tadi transfer ke dalam borang cukai. Termasuk maklumat PCB.

Sebenarnya saya dalam perancangan untuk ajar isi borang cukai ni dalam Tiktok live nanti. Korang boleh follow Tiktok saya siap-siap. 1 Mac 2023 kita on terus beberapa siri live.

10. Dalam nak isi maklumat dalam borang e-BE tahun taksiran 2022, akan ada bahagian untuk tuntut pelepasan cukai yang korang layak. Ni lah bahagian yang orang dok cakap pasal resit boleh tolak cukai tu. Nak tuntut pelepasan wajib ada resit, dokumen bukti ya.

11. Lepas dah siap semua, pergi dekat rumusan, korang akan dapat paparan bagitau berapa cukai korang kena / tak kena cukai. Kalau korang ada PCB, nanti boleh set off samada kena topup cukai atau dapat refund. Kalau ada bayar zakat pun sama.

12. Tahun depan, repeat je step sama.

Benda senang je. Korang kena cuba declare cukai ni. Kalau dah lalui pengalaman tu baru senang lagi nak faham. Baca thread atau tengok video ni, tak sama pengalaman dengan feel kita buat sendiri.

Cubalah ya. 

*****

Nota tambahan:

Korang dah ada nombor cukai dengan LHDN mungkin disebabkan pernah didaftarkan secara automatik oleh LHDN. Next yang korang perlu buat adalah, dapatkan login access ke sistem MyTax. Maklumat percukaian korang semua boleh semak di sistem MyTax.

Kerja makan gaji ke ada bisnes Enterprise ke tak perlulah nak daftar nombor cukai berbeza. Walaupun ada perubahan income dari makan gaji ke bisnes Enterprise, pakai saja nombor cukai sama.


*****


Berapa gaji kena or tak kena cukai?

LHDN dah kirakan siap gaji berapa yang tak kena cukai. Dengan pecahkan kepada beberapa kategori,


1. Diri Sendiri (Bujang/ Janda/ Balu/ Duda/ Pasangan takda income)

2. Kahwin Taksiran Berasingan

3. Kahwin Taksiran Bersama


Perkongsian asal yang telah diizin kongsi. Terima kasih Tuan Azrul. 




Tuan Azrul Izzaham merupakan pengasas bersama Zortax. Beliau boleh dihubungi melalui https://linktr.ee/AzrulIzzaham









Berkuatkuasa 1 September ini Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan bagi mengantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Walaupun bermula 1 September 2018 ini, namun menurut Menteri Kewangan (Lim Guan Eng); *Senarai barangan SST akan disemak semula hujung tahun.

Apa itu SST? Cukai SST (Sales and Services Tax / Cukai Jualan dan Perkhidmatan) adalah cukai satu aras yang mana cukai ini hanya dikenakan kepada pengilang sahaja dan tidak boleh dituntut. Cukai ini dianggap sebagai kos kepada perniagaan. Kadar SST berbeza-beza antara 5-10% sehingga kadar tertentu.

Berbeza dengan GST pula, GST (Goods and Services Tax / Cukai Barangan dan Perkhidmatan) adalah cukai yang dikenakan kepada pengguna yang menggunakan barang dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian sehingga pengguna.

Cukai jualan hanya akan dikenakan ke atas produk yang dibuat di kilang (pengilang kena bayar), sementara cukai perkhidmatan hanya dikenakan untuk perkhidmatan (pihak yang menawarkan perkhidmatan perlu bayar). 
- Laman web rasmi SST untuk maklumat lanjut atau jika mahu daftar (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) di:  https://mysst.customs.gov.my/GeneralGuide
Untuk senarai penuh, senarai barangan yang dikenakan SST (SST list) boleh muat turun Proposed Sales Tax Rates for Various Goods (Fail PDF). Boleh juga muat turun versi Microsoft Excel yang telah Majalah Labur sediakan di sini.


Gambar: sinarharian.com.my

Melalui gambar atau infografik yang dibuat oleh My Personal Finances yang saya sertakan di bawah ini, adalah senarai barangan yang dikenakan cukai GST (peratusan berbeza-beza). Boleh lihat kemaskini di lawan web rasmi SST.


CUKAI JUALAN 2018


Kegiatan pengilangan berikut telah dikecualikan daripada pendaftaran SST:
  • Menjahit
  • Penginstalan barang-barang ke dalam bangunan
  • Jeweler, optik

Malaysian Sales Tax Guide

Penulisan asal untuk gambar (infografik) cukai jualan di bawah: https://mypf.my/2018/08/24/malaysia-sales-tax-guide/




CUKAI  PERKHIDMATAN 2018

Perkhidmatan kena cukai berikut adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan:
  • Hotel (termasuk rumah penginapan, pangsapuri servis, homestay, penginapan, rumah rehat, rumah tumpangan)
  • Insurans dan Takaful
  • Perkhidmatan penyediaan makanan dan minuman (termasuk restoran, kafe, katering, pengambilan makanan, trak makanan, kedai runcit, penjaja dan lain-lain) -- Restoran yang jualan tahunan lebih RM1.5 juta sahaja yang  boleh mengenakan caj SST kepada pelanggan.
  • Kelab (termasuk kelab malam, kelab persendirian, kelab golf)
  • Permainan (termasuk Kasino, peluang permainan, cabutan bertuah, mesin permainan, loteri, pertaruhan)
  • Telekomunikasi
  • Pay-TV
  • Agen penyemakan
  • Undang-undang
  • Perakaunan
  • Ukur
  • Seni bina
  • Penilai
  • Kejuruteraan
  • Agensi pekerjaan
  • Keselamatan
  • Perkhidmatan pengurusan
  • Tempat letak kenderaan
  • Perkhidmatan kenderaan bermotor atau pembaikan
  • Kurier
  • Sewa dan memandu kereta
  • Mengiklankan
  • Penerbangan domestik kecuali domestik dalam Sarawak, Sabah dan Perkhidmatan Luar Bandar
  • Kad kredit atau kad caj
  • Perkhidmatan IT
  • Elektrik
Walau bagaimanapun, cukai perkhidmatan tidak boleh dikenakan ke atas mana-mana perkhidmatan yang tidak ada dalam senarai perkhidmatan yang dikenakan cukai.

Malaysian Service Tax Guide

Penulisan asal untuk gambar (infografik) cukai perkhidmatan di bawah: https://mypf.my/2018/08/24/malaysia-service-tax-guide/


Pengecualian untuk perkhidmatan tertentu.



*Klik pada gambar untuk lebih jelas.
Talian Aduan SST kini dibuka. Untuk membuat aduan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-886-800.
Twitter @saifnasution

Antara bacaan rujukan lain:
- Laman web rasmi SST
Senarai Lengkap Barang Yang Dikecualikan Cukai SST

CUKAI JUALAN DAN PERKHIDMATAN (SST) DI MALAYSIA
My Personal Finances
The Finalized List of Businesses And Items Affected By SST – 10% For Sales And 6% For Services And Exempted List
- Sidang Media Cukai Jualan SST
'Usah keliru, SST bukannya 16 peratus'
GST vs SST: What’s the difference? [UPDATED]
SST bermula 1 September
@MauKerjaMY


*Senarai dalam artikel ini tidak tetap, kemungkinan akan ada perubahan dari semasa ke semasa oleh Menteri Kewangan dan Jabatan Kastam.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top