Showing posts with label Doa qunut. Show all posts
Showing posts with label Doa qunut. Show all posts

Qunut Subuh - Bazli UNIC 




اللّهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ (Allahhummah Dini Fiiman Hadait)

(Ya Allah tunjukkanlah aku sebagaimana mereka yang telah Engkau beri petunjuk)


وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ (Wa’ Aa Fini Fiiman ‘Aafait )

(Berilah kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan).


وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ (Watawal-Lanii Fiiman Tawal-laiit)

Peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau lindungi.


وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ (Wa Barik li Fi ma A’thait)

Berikanlah keberkahan kepadaku pada apa yang Engkau berikan.


وَقِنِيْ شَرَّ مَاقَضَيْتَ (Wa qini Syarra Ma Qadhait)

Selamatkanlah aku dari bahaya kejahatan yang telah Engkau tentukan.


فَاِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ (Fa Innaka Taqdhi Wala Yuqdha ‘Alaik)

Engkaulah yang menghukum dan bukan dihukum.


وَاِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ (Wa Innahu La Yazillu Man Wa Lait)

Tidak hina orang yang Engkau jadikan pemimpin.


وَلاَ يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ (Wa La Ya’izzu Man A’dait)

Tidak mulia orang yang Engkau musuhi.


تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ (Tabarakta Rabbana Wa Ta’Alait)

Maha suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi


فَلَكَ الحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ (Fa Lakal Hamdu A’la Ma Qadhait)

Bagi-Mu segala pujian di atas segala Engkau tentukan.


أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ ( Wa Astagfiruka Wa Atubu Ilaik)

Aku memohon ampun kepada-Mu dan bertaubat kepada-Mu.


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ (Wa Shallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi


وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ (Wa ‘Ala Alihi Wa Shahbihi Wa Sallam)

Semoga Allah mencurahkan rahmat dan kurnia atas junjungan kami nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.




📲 Ikuti Bazli UNIC di media sosial:

Instagram:    / bazliunic  

Facebook:    / kakasiahcookingvillage  

TikTok:    / bazli.unic  


Terima kasih atas sokongan anda! Semoga lagu ini membawa keberkatan kepada semua. 💖✨



Perkongsian Puan Farah Ked. Klik gambar untuk lebih besar. Terima kasih untuk beliau. 




Sumber: IG @/Farahked



𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐀 𝐐𝐔𝐍𝐔𝐓 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐖𝐈𝐓𝐈𝐑 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄- 𝟏𝟔 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍

1- Mulai malam 16 Ramadan, kita disunatkan membaca doa qunut di dalam solat witir.

2- Imam Al-Nawāwi rahimahullah (w. 676 h.) berkata :

‏يُسْتَحَبُّ الْقُنُوتُ فِي الْوَتْرِ فِي النِّصْفِ الْأَخِيرِ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ

Terjemahan : Disunatkan qunut dalam solat witir pada separuh terakhir bulan Ramadan.


Rujuk Raudah Al-Tālibin, Al-Nawāwi (1/330)

Separuh terakhir bermula dari malam yang ke- 16 Ramadan


3- Ini termasuk bahagian dari usaha untuk mendapatkan malam Al-Qadr (Lailat Al-Qadr), dengan berhujahkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah Ibn Unais R.A, beliau bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang malam Al-Qadr, lalu baginda menjawab :


فَتَحَرّهَا فِي النِّصْفِ الآخِر


Terjemahan : Maka carilah ia (malam Al-Qadr) pada separuh yang terakhir (dari bulan Ramadhan).

Riwayat Al-Tabarani (347) dalam Al-Mu’jam Al-Kabīr (13/141)


4- Imam Ibn Rajab Al-Hanbali (w. 795 h.) berkata :

ولهذا المعنى والله أعلم كان أبي بن كعب يقنت في الوتر في ليالي النصف الأواخر لأنه يرجى فيه ليلة القدر 


Terjemahan : Atas tujuan itulah - wallahu a’lam - Ubai Ibn Ka’b R.A dahulu membaca doa qunut dalam solat witir pada malam-malam separuh yang terakhir (dari bulan Ramadan) kerana diharapkan berlaku padanya malam al-Qadr.


Rujuk Latā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab (1/176)


✍🏻 Muhammad Fahmi bin Rusli


Sumber:

https://t.me/ustazfahmirusli


Bacaan doa qunut dalam solat sunat witir sama sahaja seperti qunut yang dibaca dalam solat subuh. 

Cara bacaan doa qunut witir:


Maksud doa Qunut


Bila perlu qunut? 

Pada rakaat terakhir solat sunat witir, sebelum sujud. Selepas rukuk iaitu selepas bangkit daripada rukuk — yakni ketika iktidal.

Solat sunat witir pula dilakukan selepas solat sunat terawih. 


Rujukan untuk bacaan lain: https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/800-irsyad-al-hadith-siri-ke-200-qunut-witir-di-bulan-ramadhan


Gambar: pexels, ecentralmy, X 








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top