Setelah lagu Kusedia, Ella mempromosikan pula lagu Sujud daripada album yang sama; Peace.Love. Rindu. Kebelakangan ini lagu ini selalu juga kedengaran di radio-radio. Jom dengarkan, lagu menarik ini!
Lirik lagu Sujud - Ella Setiap kelip di mataku
Setiap detik di jantungku
Perlu Kau tahu
Diriku lemah tanpamu
Setiap kata bahasaku
Setiap bait puisiku
Hanya untuk-Mu
Terangi hari-hariku
Dan jiwaku satu untuk semua
Terusku berdoa
Semua yang terindah
dan terbaik untuk kita
Dan aku mensyukuri kehadiran-Mu
kerana kutahu, kutahu tiada duanya
Andai ada duri gelora di depan sana
Perlu kutahu, kutahu sujudku.. sejujur terhadap-Mu
Oh oh selama-lama
Setiap langkah bersama-Mu
Terlepas cinta tanpa ragu
temani aku..
Temani aku selalu
Setiap kali merindu-Mu
Kumohon keampunan-Mu
Ampunkan aku
Diriku lemah tanpa-Mu
Dan jiwaku satu untuk semua
Terusku berdoa
Semua yang terindah
dan terbaik untuk kita
Dan aku mensyukuri kehadiran-Mu
kerana kutahu, kutahu tiada duanya
Andai ada duri gelora di depan sana
Perlu kutahu, kutahu sujudku.. sejujur terhadap-Mu
Oh oh selama-lama
Dan jiwaku
Satu untuk semua
Terusku berdoa
Semua yang terindah dan terbaik untuk kita
Kau lindungi imanku
Mogakan selalu...
Dan aku mensyukuri kehadiran-Mu
kerana kutahu, kutahu tiada duanya
Andai ada duri gelora di depan sana
Perlu kutahu kutahu sujud..
Dan aku mensyukuri kehadiran-Mu
kerana kutahu, kutahu tiada duanya
Andai ada duri gelora di depan sana
Perlu kutahu, kutahu sujud.. sejujur terhadap-Mu
Kali terakhir Ella muncul dengan album solo menerusi Rama-Rama pada 2007. Kemunculan album Peace. Love. Rindu memberikan satu keistimewaan tersendiri buat Ratu Rock negara, Ella. Menampilkan lagu-lagu Raguku, Abstraksi Hujan, Sujud, Comel, Ku Sedia, Istimewah, Peace Love dan trek bonus Peace. Love. Rindu, setiap lagu yang dimuatkan mempunyai sentuhan individu daripada komposernya. Karya-karya Datuk M. Nasir, Edrie Hashim, Lord, Sam Bunkface serta kolaborasi Omar K, Ezral Kong dan Faizal Tahir mendasari pilihan kali ini.