Showing posts with label rock. Show all posts
Showing posts with label rock. Show all posts




LIRIK


KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA ANDA

YANG LUAR BIASA YANG TELAH MENDENGAR LAGU INI

KERANA ANDA LAGU INI MENJADI MUNGKIN 

KEPADA SEMUA YANG DILUAR SANA 

SAYA MUSS, AINOL, ROZAIMI, ADI, JOE

 DAN KAMI BARBARIK 

TAK LUPA JUGA ARTIS UNDANGAN KAMI 

PADA LAGU INI, KARL FROM CROMOK-


1234


INTERLUDE


Janji digemam erat 

Percaya sepenuh hati 

Kongsi mimpi 

Tapi tak percayakan terpisah 

Oleh angkaranya Berbayang..

yang datang Berbayang 

yang datang semula ha ha ha 

Kerosakkan sekali lagi 

Merosakkan Merosakkan sekali lagi...


Intro guitar jo/karl/adi


1st VERSE


Hilangnya pedoman untuk kali kedua 

Ikatan berdekat temui noktahnya 

Kenangan yang indah Dicemari dengan dusta 

Hati kau hitam kelam Tak akan berubah

Bilakah berubah..


2nd VERSE


Tapi aku disini diberi cahaya 

Jalan yang ku lalui telah ditentukan


BRIDGE


Ku pandu dan pergi 

Seorang diri 

Ke destinasi 

Yang menyinar didepan mata...


Mungkin tak seindah 

Bintang di angkasa 

Padanya aku tetap bersyukur 

Pedulikanlah 

Maju kita jalan terus..


SOLO DUET


CHORUS


Angkuh terbawa... 

Tampan tertinggal 

Bagai tagar dipulau sembilan... 

Belum lepas tali uri... 

Mau bangkit sendiri.. 

Dilambai tidak nampak.. 

Diseru tidak dengar.. 

Biarkan siluncai... Terjun dengan labu labunya


SOLO 2 (KARL)


LAST VERSE


Hati kau hitam kelam tak akan berubah 

Tapi aku disini diberi cahaya 

Jalan yang ku lalui telah ditentukan 

Ku pandu dan pergi..


Ku pandu dan pergi.. Kedestinasi... Kedestinasi






Tergelincirku di dalam mata rindumu 

Menjadikan ku sebegini  

Tiada apa lagi nak aku kesahkan 

Dunia memangnya duri 

 

Kau puja nama 

Kau puja rupanya 

Asal hidup 

Bisa diatur 

 

Kerana dirimu 

Sukar nak diubah 

Keranamu 

Cinta yang mudah  

 

Teori kehidupan  

Masih sama rentak 

Apa yang dilihat benar 

Hanya wayang(an) pacak  

 

Ku cuba meleraikan 

Fahaman yang usang 

Apa yang ku dapat 

Hanya mimpi songsang 

 

Keluar sarang  

Jiwaku kental bagaikan hero 

Ohh…   

Keluar sarang  

Jangan percaya si tukang karut 


Tak rela lagi hidup  

Di zaman yang sulit  

Bagai vaksin  

Tembusi kulit  

Hanyaku mampu berserah 

Pada pemilik 

Yang lebih tahu segala 

Apa di sebalik 




Instagram: Ella Aminuddin
Setelah lagu Kusedia, Ella mempromosikan pula lagu Sujud daripada album yang sama; Peace.Love. Rindu. Kebelakangan ini lagu ini selalu juga kedengaran di radio-radio. Jom dengarkan, lagu menarik ini!



Lirik lagu Sujud - Ella

Setiap kelip di mataku
Setiap detik di jantungku
Perlu Kau tahu
Diriku lemah tanpamu

Setiap kata bahasaku
Setiap bait puisiku
Hanya untuk-Mu
Terangi hari-hariku

Dan jiwaku satu untuk semua
Terusku berdoa
Semua yang terindah
dan terbaik untuk kita

Kau lindungi imanku
Mogakan selalu... Teguh hatiku

Dan aku mensyukuri kehadiran-Mu
kerana kutahu, kutahu tiada duanya
Andai ada duri gelora di depan sana
Perlu kutahu, kutahu sujudku.. sejujur terhadap-Mu
Oh oh selama-lama

Setiap langkah bersama-Mu
Terlepas cinta tanpa ragu
temani aku..
Temani aku selalu

Setiap kali merindu-Mu
Kumohon keampunan-Mu
Ampunkan aku
Diriku lemah tanpa-Mu

Dan jiwaku satu untuk semua
Terusku berdoa
Semua yang terindah
dan terbaik untuk kita

Dan aku mensyukuri kehadiran-Mu
kerana kutahu, kutahu tiada duanya
Andai ada duri gelora di depan sana
Perlu kutahu, kutahu sujudku.. sejujur terhadap-Mu
Oh oh selama-lama

Dan jiwaku
Satu untuk semua
Terusku berdoa
Semua yang terindah dan terbaik untuk kita

Kau lindungi imanku
Mogakan selalu...

Dan aku mensyukuri kehadiran-Mu
kerana kutahu, kutahu tiada duanya
Andai ada duri gelora di depan sana
Perlu kutahu kutahu sujud..

Dan aku mensyukuri kehadiran-Mu
kerana kutahu, kutahu tiada duanya
Andai ada duri gelora di depan sana
Perlu kutahu, kutahu sujud.. sejujur terhadap-Mu

Oh oh selama-lama
Selama-lama


Tentang Ella:
Facebook: Ella Aminuddin
Youtube Ella: http://bit.ly/EllaOfficialVEVO
Instagram: @ellaaminuddin

Untuk mendapatkan album Ella Peace. Love. Rindu yang terkini beserta tandatangan boleh di beli di: https://www.lazada.com.my/signed-album-ella-peace-love-rindu

Antara sumber: 



Melihatkan kemunculan dan kegilaan minat generasi kini dengan lagu Aiman Tino, Khai Bahar, Tajul Ariff, Hazman, Projector Band serta (terlebih dahulu) Chomel yang bergenrekan muzik balada syahdu ala 90-an menimbulkan sedikit pertanyaan. Adakah muzik juga sedang melalui fasa kembali ke masa lalu? (Seperti fesyen yang sedang melalui fasa pusingannya semula).

Itu belum lagi melihatkan kumpulan-kumpulan atau artis lama yang popular zaman dahulu itu yang kini masing-masing sibuk tampil dengan lagu baru. Sedikit segar namun masih sama signaturenya rock kapak atau jiwang seperti kumpulan Khalifah dan Data (dengan lagu "sayangku"). Menariknya ini menimbulkan persaingan yang sihat dan mungkin akan membuatkan kita lebih kreatif dalam meraih kelainan dan mutu yang lebih baik.

Kenapa zaman 90-an begitu rapat dengan kebanyakan kita? Kerana waktu itu ramai yang bersemangat untuk menawar kerana permintaan juga banyak. Sebab waktu itu jualan kaset sangat laku, jadi produk pun banyak, dan kita ada banyak pilihan. Malahan persaingan juga hebat.

Mungkin jika ingin memberi sedikit pendapat pada perkembangan muzik sebegini pada zaman sekarang, saya rasa pada lirik. Kembalikan lirik-lirik berjiwa, makna yang dalam dan bersemangat seperti dulu juga. Mungkin akan lebih indah. Siapa tahukan? Wallahua'lam.

(Klik untuk lirik)



Lirik lagu Sedalam Dalam Rindu - Tajul Arif 



Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku

Biar pun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam-dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu

Sungguhku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang tertakhta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang kuharapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi kuberasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku diuji
Namun kau tetap di hati

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang tertakhta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang kuharapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi kuberasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku diuji
Namun kau tetap di hati

Tajul, Adik Allahyarham Achik Spin (Gambar: Metro).
***

Kredit: GambarBerita

Oh ya cakap tentang rock dan tahun 90-an, filem Rock juga telah mengakhiri sekuelnya dengan Rock Bro: Kembali Ke Pangkal Jalan (filem ini juga menjadi pelengkap kepada dua judul sebelum ini iaitu Rock (2005) dan Rock Oo! (2013). Sewaktu saya menulis ini, filem Rock Bro masih lagi ditayangkan.

“Jika filem Rock menceritakan permulaan sebuah kumpulan muzik dalam mengejar cita-cita menjadi kumpulan Rock ternama, sekuel kedua, Rock Ooo pula menceritakan zaman transisi dan kejayaan kumpulan rock untuk meneruskan perjuangan muzik mereka ketika itu.

“Manakala, francais terakhir, Rock Bro pula memaparkan zaman kejatuhan irama rock dalam berdepan pelbagai kesukaran dengan kemasukan genre muzik baru dalam industri muzik tempatan,” kata Mamat Khalid selaku pengarahnya.

Di bawah ini adalah salah satu OST (Soundtrack / lagu tema) Rock Bro: Sekelip Mata Kau Berubah. Rujuk lirik (sini). Selain itu, di youtube ada juga video lagu Bayangan Gurauan Gemuruh. 



Apapun, selera muzik adalah hak masing-masing. Terpulanglah mahu mendengar yang bagaimana. Namun diharap agar penulis dan pemuzik akan sentiasa bersemangat dan jujur dalam menampilkan sesuatu yang lebih baik di masa-masa akan datang. Selamat maju jaya! Terima kasih.

P/S: Sometimes history tends to repeat itself
- Dan saya apa saja layan, namun masih peminat lagu balada & nasyid.


Gambar: pixabay
Lirik: Ohlirik.com




Bersama janji kau sentuh rasa percaya

Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa

Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu


Hanya ku yang mencari

Rembulan masih ada

Mungkin seketika


Walau ku bahagia mengejar bayanganmu

Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu

Hanya aku, hu-uu, hu-uu


Apakah mungkin berulang janji setia?

Apa 'kan kekal ataupun menyambut duka?

Dan dirimu di janji Sang Sempurna

Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu


Hanya ku yang mencari

Rembulan masih ada

Mungkin seketika


Walau ku bahagia mengejar bayanganmu

Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu

Hanya aku, hu-uu, hu-uu


Hu-uu, hu-uu

Hu-uu, hu-uu

Hu-uu, hu-uu

Hu-uu


Dihuni rasa rindu

Hanya ku yang mencari

Rembulan masih ada

Mungkin seketika


Walau ku bahagia mengejar bayanganmu

Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu


Dingin rasa kasihmu

Bagai bintang bersemi

Rindu janji bicara

Kekal selamanya


Walau sekadar mimpi

Tak pernah ku peduli

Selamanya 'kan ku pasti merindui dirimu

Hanya aku, hu-uu, hu-uu











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top