Dilantik sebagai Ikon Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Floor 88 mempersembahkan buat pertama kalinya lagu 'Chikadun' di majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah Kebangsaan 2020 yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah, beserta YB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin, di Puspanitapuri De' Seri Endon, Putrajaya, pada 18 Februari 2020.
Lirik lagu Chikadun - Floor 88
Anak Pak Pandir
Dia pulang balik rumah
Dia sangat rajin
Cita-cita jadi professor
Kawan-kawan dia
Pergi ke bulan
Bukan pakai roket NASA
Lain diajar
Lain pula yang dia bawa
Salah sendiri
Cikgu pula yang ditampar
Dulu mata satu
Kini jadi mata tiga
Kau yang jadi hantu
Lain pula yang Te Te Tu La La Lar
Zaman aku getah paip tali pinggang
Zaman kamu surat layang duit terbang
Ada kata ikut kawan
Itu confirm perangai syaitan
Pilih bukan-bukan
Duduk Tanjung Rambutan
Tan tan tut eh keladi we we
Kau dah tersedut confirm melayang kepala
Hisap rokok eh tembakau cina
Salah kome, orang yang lain pun kena
Ikan kekek eh mak iloi iloi
Baru kau terpekik, padan muka kau terkantoi
Jentik-jentik eh mandi dalam kolam
Ingat adik-adik jangan buat macam-macam
Kap kun kap
Masuk pintu keluar tingkap
Zaman aku getah paip tali pinggang
Zaman kamu surat layang duit terbang
Ada kata ikut kawan
Itu confirm perangai syaitan
Pilih bukan-bukan
Duduk Tanjung Rambutan
Tan tan tut eh keladi we we
Kau dah tersedut confirm melayang kepala
Hisap rokok eh tembakau cina
Salah kome, orang yang lain pun kena
Ikan kekek eh mak iloi iloi
Baru kau terpekik, padan muka kau terkantoi
Jentik-jentik eh mandi dalam kolam
Ingat adik-adik jangan buat macam-macam
Lirik lagu Yang Benar - Floor 88 | Berakhir sudah penantian peminat band Floor 88, yang menantikan lagu ini setelah melihat video muzik Hutang, yang memperdengarkan suara Ayie (vokalis) mendendangkan bait lirik "Terlalu Panjang kisah yang kita karang" di akhir video muzik tesebut.
Malahan Floor 88 yang kini dilantik menjadi ikon untuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ini juga muncul dengan lagu baru berjudul Chikadun. Terkini, Floor 88 juga dikatakan telah menemui penyanyi kedua mereka, sebagai penyanyi bersama dengan Ayie yang dilanda masalah kesihatan atas nasihat doktor.
Lirik lagu Hutang - Floor 88 | Selepas Zalikha, Aqilah dan Roadblock Hatiku, Kumpulan yang dianggotai 6 orang pemuda berbakat ini muncul dengan lagu baru berjudul Hutang. Klip video lagu ini juga mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan apabila menjadi trending di youtube.
Sedikit trivia: Berkongsi mengenai nama kumpulan, Zai berkata, Floor 88 bermaksud 88 tingkat Menara Kembar Petronas Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur City Center (KLCC). (Sumber: https://www.mstar.com.my)
Lirik lagu Hutang - Floor 88
Kau nak cepat kaya
Macam jual unta
Tapi kau sendiri
Malas nak usaha
Cerita sana sini
Gebang kau merata-rata
Pantang depan mata
Ada saja cerita
Tipu belit kawan
Macam ular sawa
Bila dah tahu kau lari berbatu
Macam kau nampak hantu
Cerita zaman dulu
Pak Kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya
Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Alakazam!)
Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu kemana
Buai laju-laju buai sampailah pokok sena
Duitku beribu semua entah kemana
Memanda Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah kutaboh kau pun tak apa
Rampo ngiseng semar tilem
(Solo..)
La la la la la..
Cerita zaman dulu
Pak Kaduk gadai tanah
Dia laga ayam bukan kepunyaannya
Cerita zaman sekarang
Kau yang guna duit orang
Pabila pecah tembelang
Lari lintang pukang
Kau tak mampu bayar sekupang-pang
(Ram pang-pang!)
Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu kemana
Buai laju-laju buai sampai pokok sena
Bayar hutang itu takut nanti kau merana
Memanda Fasola tikam di tapak kakinya
Dah memang kau salah kutaboh kau pun tak apa
Rampo ngiseng semar tilem
Rampo ngiseng semar tilem
Lagu: Zai Hamzah
Lirik: Achoi Floor 88
Susunan: Harry Khalifah