Showing posts with label lagu raya baru. Show all posts
Showing posts with label lagu raya baru. Show all posts

 




(Verse 1)

Syawal terindah kini menjelma

Manis berseri rai semua

Jauh di mata dekat di jiwa 

Takkan dilupa sepanjang masa


(Verse 2)

Kasih bersemi sesama insan 

Tidak mengira miskin dan kaya 

Selagi hayat dikandung badan 

Kita terangi jalan bersama


(Pre-Chorus)

Senyum manis menjadi jalinan bahagia 

Rumah berseri ceria

Leraikan segala sengketa yang lama

Mohon maafkan segala

Anak berlari

Senyum menyapa

Bersatu dalam tawa gembira


(Chorus)

Inilah pertemuan 

Menghimpun jauh dekat 

Membawa kasih sayang 

Mengharap keberkatan 

Makanlah sepuasnya 

Hidangan Hari Raya 

Tak cukup di sini 

Di sana menanti 


(Bridge)

Cinta hati ku sayang 

Engkau anugerahku

Hari penuh bererti

Raikan dengan hati yang suci 


(Music Interlude)

Marilah teman teman marilah, semua!


(Bridge)

Cinta hati ku sayang 

Engkau anugerahku

Hari penuh bererti

Raikan dengan hati yang suci 


(Outro)

Marilah teman-teman

Marilah sama-sama

Bertepuk dan menyanyi

Seloka Aidilfitri 


Marilah teman-teman

Marilah sama-sama

Walau sejenak saja

Ku ingat selamanya


Marilah teman-teman

Marilah sama-sama

Bertepuk dan menyanyi

Seloka Aidilfitri 


Bergurau dan bersenda

Hingga malam tiba

Walau sejenak saja

Ku ingat selamanya






Lirik:

Artis : Khalifah

Lagu : Kini Syawal Menjelma


Bertahun di rantauan

Rindunya kampung halaman

Teringat ayah bonda 

Rasa rindu nak bersua 

Terkenang masa silam 

Air mataku bergenang

Rindu rasa kampung halaman


Sebulan berpuasa 

Dan kini syawal menjelma 

Hari yang bahagia 

Kita raikan bersama 

Di pagi yang mulia

Sujud di kaki bonda 

Ampun maaf dari anakanda


Selamat hari raya

Salam untuk semua 

Hari yang bahagia

Lupakan segalanya


Di pagi yang mulia

Kunjungi sanak saudara

Bermaaf dan maafan

Sesama kita semua

Tak lupa yang tiada

Ku pohon dan berdoa

Semoga kekal tenang di sana


Selamat hari raya

Salam untuk semua

Hari yang bahagia

Lupakan segalanya

Selamat hari raya


Salam untuk semua

Hari yang bahagia

Lupakan segalanya




 



Di hari mulia

Di kala semua bergembira

Kumasih terbayang wajahmu


Bemain dalam memori

Bersinar bagaikan pelita

Kau hadir dalam hatiku


Bersyukur kepada Ilahi

Terasa kau masih di sini


Berhari raya di saat kau tiada

Bersalam-salaman namun tak sama engkau tiada

Di hari raya masih terasa hiba

Sayang tak mungkin kau hilang dari rayaku


Hari muliaku

Ku doakanmu


Berhari raya di saat kau tiada

Bunga-bunga api mengunjung diri

Senyum sahaja


Di hari raya walau kau tiada

Sayang tak mungkin kulupakan senyuman

Sayang tak mungkin kulupa waktu bersama

Sayang kau tak mungkin kau hilang dari rayaku





[Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi meninggalkan kita]

 



Taqabbalallah minna wa minkum 

Moga diterima amalan kita 

Minal 'aeidin wal faizin 

Salam lebaran maaf zahir batin 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya 


Alhamdulillah tanda kesyukuran 

Dipertemukan hari yang mulia 

Berkat usia dalam ketaatan 

Kita hamba-Nya 


Taqabbalallah minna wa minkum 

Moga diterima amalan kita 

Minal 'aeidin wal faizin 

Salam lebaran maaf zahir batin 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya 


Takbir bergema hari kebesaran 

Rai bersama erat persaudaraan 

Saling ziarah menjamu hidangan 

Alangkah indahnya 


Hei Hari Raya 

Bergembira janganlah leka sampai terlupa 

Yang tiada, yang jauh di mata 

Dekat di hati memori terindah 

Tetap bersama walau di mana 

Kenang dalam doa 


Taqabbalallah minna wa minkum 

Moga diterima amalan kita 

Minal 'aeidin wal faizin 

Salam lebaran maaf zahir batin 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya 

Eidun Mubarak, Selamat Hari Raya





 


Pejam celik tiba malam raya

Sedar sedar habis sebulan puasa

Rindu teringatkan ayah bonda

Apa khabar orang tuaku di sana

Ingin bersama di hari mulia 


Dah tak sabar cepat nak balik raya

Tunggu tunggu dari buka puasa

Siap siap dah pakai baju raya

Cepat cepat ah hai naik kereta


Ala sayang, osahlah mongolintin

Sibuk an nak copek copek

Jangan tak menyompek

Kan an dah bilang

Tongah ngomehkan sayang

Tunggulah sokojap

Jangan mombising tangtungtang


Dah tak sabar cepat nak balik raya

Tunggu tunggu dari buka puasa

Siap siap dah pakai baju raya

Cepat cepat ah hai naik kereta


Saye saye saye 

Bilo kito nyo nak jale

Saye saye saye 

Bilo kito nyo nak jale


Hai kojaplah abang

Jangan tinggalkan an sorang

Hai kojaplah abang

Jangan tinggalkan an sorang


Siap doh semuo sedio

Nok kelik rayo


Ingin bersama di hari mulia...


Dah tak sabar cepat nak balik raya

Tunggu tunggu dari buka puasa

Siap siap dah pakai baju raya

Cepat cepat ah hai naik kereta


Dah tak sabar cepat nak balik raya

Tunggu tunggu dari buka puasa

Siap siap ahai dah pakai baju raya

Cepat cepat ah hai naik kereta


Siap sedio nok kelik rayo







 




Dah makin dekat,

Semua dah huru-hara,

Mana nak beli kuih,

Nak cari baju raya,

Nak hijau pekat,

Atau merah menyala,

Kepala naik pening,

Asal Raya Bergaya,


Yeah yeah esok Raya!


Nak Raya Bergaya,

Pakai yang Hijau ke Putih,

Atau Merah Saga.


Yeah yeah esok Raya!


Nak Raya Bergaya,

Pakai nampak segak cantik,

Atau macam saya..


Sempat tak sempat,

Cari nak cari,

Bukan yang kita je ya,

Yang satu Family,

Dah lompat-lompat,

Ke sana Ke mari,

Yang mana satu,


Jadi nak,

Pakai mana yang mak,

Suka yang ni ke tak,

Sama je warna kita semua nak bergaya,

Kak,

Rasa dah jumpa jap,

sapu seblum lesap “soop sapp”

Semua kena lengkap “soop sapp”

Malam ni,

Dah boleh gosok baju sambil layan TV,

Tonton semua rancangan raya-raya,

Moreh masak-masak,

Sebelum nak bergaya,

Kena gasak-gasak.


Bulan mulia kembali,

Ke fitrah sirah kita semua pada ilahi,

Mana bergesel bahu boleh salam serasi,

Moga lepas ni hubungan kekal abadi,

Hati-hati nanti bila pandu,

Jika penat mata usah paksa

Boleh minta bantu,

Untuk yang berteman,

Biar perlahan asal selamat,

Sampai ke destinasi buah hati,

Tuk ucapan keramat,


Yea, Yea, Esok Raya!

Yea, Yea, Esok Raya!

Yea, Yea, Esok Raya!

Yea, Yea, Esok Raya!






 


Lirik Nyam Nyam Ketupat


Intro (Kids)


Nyam nyam ketupat (8x)


Verse 1

Wani Kayrie:

Daun dilipat, anyamnya tepat

Isi yang manis bagai senyuman

Dinda:

Kemana tempat kita melawat,

Mari bermaaf dan bersalaman

Pre-Chorus

Alvy:

Puas berpuasa sepurnama

Menantikan hari yang mulia

Wani Kayrie:

Usahlah resah ukuran pinggang

Makanlah makan berpinggan-pinggan


CHORUS 1


Nyam nyam ketupat (16x)

Verse 2

Dinda:

Mercun dicucuh, anak dihempuk

Oh ibu tenang banyak bersabar

Wani Kayrie:

Pukul lah rendang, jadinya empuk

Lemang pula jangan biar terbakar


Pre-Chorus

Alvy:

Puas berpuasa sepurnama

Menantikan hari yang mulia

Wani Kayrie:

Usahlah resah ukuran pinggang

Dinda:

Makanlah makan berpinggan-pinggan


CHORUS 2


RAP (Zizan)

Malam semalam cucuh meriam

Mana la reti nak duduk diam

Cukup sebulan dah kena rantai

Mungkin ada yang geram nak mengilai

Ku toleh kiri, ku toleh kanan

Ketupat dibedal jadi sarapan

Ibu di dapur, belum berpupur

Mula la nanti kalut menggelupur


Eyy

Yang memandu jangan laju-laju

Kang ditahan abang baju biru

Konon nak saaaalam yang dirindu

Sekali auta jumpa bini baru

Tapi tadi bukan kisah aku

Raya aku masih macam dulu

Jangan ditanya di mana teman

Ini urusan Dia yang tentukan

Dinda:

Puas berpuasa sepurnama

Wani Kayrie:

Menantikan hari yang mulia

Dinda:

Usahlah resah ukuran pinggang

Alvy:

Makanlah makan berpinggan-pinggan




 

Lirik:




Puas dah sebulan berpuasa

Penangan Raya makin dirasa

Pesanan dari ayah dan bonda

“Pelita jangan lupa”


Selatan hingga utara

Tersekat di lebuhraya

Karaoke dalam kereta

Tahu-tahu dah sampai ke desa


Raya sempoi

Kita enjoy

Cantik segak semua on point

Putar-putar, pakat konvoi

Kita gegar, Arau ke Tampoi

Raya sempoi

Sama enjoy

Gelak sakan meriah, amboi

Silap salah yang terkantoi

Bermaafanlah, baru sempoi!


Tibanya di halaman orang tua

Terasa riang ria di dada

Tak sabar untuk kunjung-mengunjung

Saudara-mara semua


Selatan hingga utara

Tersekat di lebuhraya

Karaoke dalam kereta

Tahu-tahu dah sampai ke desa







TUM TUM Raya (Lirik)


Dengarlah dendangan lagu ini di hari raya

Lagu yang di cipta untuk di raikan bersama-sama

Marilah menyambut hari raya

Menari dan berdendang, bersuka gembira di Hari Raya 


Bersalaman, bermaafan

Lupakan sengketa antara kita


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Berdendang dan berirama

Raya lebih sempurna


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Nyanyikan untuk semua

Hari raya...TUM TUM Raya


Rap

Dendang berdendang mari kita berdendang,

Lagu raya yang baru oh sambil kita merendang

Ikut rentak irama tari menari riang

Raikan hari raya bersama keluarga tersayang


Ikut rentak bertingkah oh paluan rebana

Susun langkah lenggang sama sama

Bersalaman, bermaafan

Lupakan sengketa antara kita


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Berdendang dan berirama

Raya lebih sempurna


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Nyanyikan untuk semua

Hari raya...TUM TUM raya


Bridge kecoh


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Berdendang dan berirama

Raya lebih sempurna


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Nyanyikan untuk semua

Hari raya...


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Berdendang dan berirama

Raya lebih sempurna


Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Nyanyikan untuk semua

Hari raya...TUM TUM raya (Tum Tum)

 



Ayuh!

Mari balik kampung kita

Bersama keluarga yang tercinta

Letak ke tepi semua kerja

Sambut hari yang mulia bersama-sama

Eh


Baju raya check

Kuih-muih check

Duit raya check

Hatiku senang check

Siap packing letak dalam bonet

Kanak-kanak duduk belakang 

Dah sedia nak rileks


Alamak! 

Tengok ig story

Jem merata jangan susah hati

Yang penting kita drive safely

Pandu selamat jumpa di kampung nanti


Tak sabar nak main bunga api

Tak sabar nak makan rendang cili api

Tak sabar nak dapat duit raya

Let me say sorry

Kita sambut bersama famili

Eh


Tak kira berapa jauh perjalanan

Hatiku tetap penuh keriangan

Bawa perlahan-lahan

Ada lagu raya di radio teman

Eh


Syawal tiba berseri-seri

Bersama doa di dalam hati

Senyum tawaku tak terhenti

Ampun maaf setulus hati


Aidilfitri kita harmoni

Hati gembira tak terperi

Sanak saudari bertemu lagi

Mengukuh kasih indah berseri


N to the S to the E

Kedah all the way to JB

N to the S to the E

Speed limit hati-hati


I woke up in the morning

Tak lupa gosok gigi

Pakai baju baru yang abah beli

Sebulan puasa penuh erti

Menahan nafsu mensuci diri

Zakat diberi tanda bakti

Kini syawal menjelma lagi


Mari kita sambut 

Mari mari kita sambut

Mari kita sambut

Hari yang mulia ini


Syawal tiba berseri-seri

Bersama doa di dalam hati

Senyum tawaku tak terhenti

Ampun maaf setulus hati


Aidilfitri kita harmoni

Hati gembira tak terperi

Sanak saudari bertemu lagi

Mengukuh kasih indah berseri


Hati bahagia (bahagia)

Kini syawal tiba (syawal tiba)

Bersyukur sentiasa

Aman sentosa


Sanak saudari bertemu lagi

Mengukuh kasih indah berseri


(Selamat hari raya

Tak kira kita di mana

Keluarga tetap di hati kita

Merantau mencari cita

Walau sering terpisah

Ingatlah pulang di hari bahagia)


Hati bahagia 

Kini syawal tiba

Bersyukur sentiasa

Aman sentosa


Sanak saudari bertemu lagi

Mengukuh kasih indah berseri


Syawal tiba berseri-seri

Bersama doa di dalam hati

Senyum tawaku tak terhenti

Ampun maaf setulus hati


Aidilfitri kita harmoni

Hati gembira tak terperi

(moga rahmat-Nya hingga ke syurga)

Sanak saudari bertemu lagi

Mengukuh kasih indah berseri


Syawal tiba berseri-seri

Bersama doa di dalam hati

Senyum tawaku tak terhenti

Ampun maaf setulus hati


Aidilfitri kita harmoni

Hati gembira tak terperi

Sanak saudari bertemu lagi

Mengukuh kasih indah berseri




 





Raya raya telah tiba

Sudah sudah sebulan berpuasa

Penuh penuh semua baru dapat duit raya


Raya raya telah tiba

Kelam kabut balik kampung bersama

Abang polis tahan

Aduh kena saman pula


Hari raya kunjung tiba lagi

Disambut gembira setahun sekali

Panggillah atuk nenek

Ramai kawan-kawan semua happy


Hari raya huru hara lagi

Ke sana ke sini semuanya busy

Di hari yang mulia

Ucapkan selamat hari raya

 

Raya raya telah tiba

Baju lawa comel comel semua

OOTD (selfie), selfie (lagi)

Posing posing sampai jadi


Pinta ampun maafkan 

Semua di hati


Raya telah tiba, 

Selamat Hari Raya


Panggil-panggil semua 

Bagitau raya telah tiba




 




Gedebang gedebung (3)

Terpecah perut lenggang lenggok


Dah bergema suara takbir

Tiba sudah hari raya

Adik abang lekas siap

Tolong bonda masak serba lengkap


Ohhhh

Bagai serai kita serumpun

Bagai sirih tersusun


Ada ketupat ada rendang

Nasi himpit dan kuah kacang

Kuih muih sudah terhidang

Kita jemput sekampung datang

Duit raya di dalam sampul

Adik beradik sama berkumpul

Ada bunga api ada mercun

Biar meletup, pom pom pom pom!


Pak Long menyakat

Mak Long melatah

Adik terpeleot

Sedapkan? Ya ya ya ya


Mak Su membawang

Menghiris bawang

Mata bergenang

Sakitkan? Ya ya ya ya


Pak Tam lenguh perah santan

Adik sibuk nak berdandan

Sibuk nak raya

Siapa nak raya

Ging gang ging guli guli wacha


Hooo

Bagai serai kita serumpun

Bagai sirih tersusun

Hooo

Di hari raya kumohon ampun

Sama-sama berhimpun


Ada ketupat ada rendang

Nasi himpit dan kuah kacang

Kuih muih sudah terhidang

Kita jemput sekampung datang


Duit raya di dalam sampul

Adik beradik sama berkumpul

Ada bunga api ada mercun

Biar meletup, pom pom pom pom!










Sambut raya dikota

Juga yang sambut raya didesa

Semua sama sama selesa

Dingin dan nyaman hari yg sempurna


Hari raya dingin selesa

Hari raya ohh..yeah yeah yeah

Hari raya segar dirasa

Hari raya (Ohhhhh)


Lebaran terasa indah jua rasa bahagia

Hapuskan segala gundah dihati

Raikanlah jiwa dengan penuh cinta dan kasih

Gembira..keluarga bersama..Ini hari raya


Hari raya dingin selesa

Hari raya segar dirasa

Hari raya kita gembira

Hari raya indah terasa


Yeah yeah hari raya

Yeah yeah raya kita

Tak kira tua dan muda

Kita raikan bersama

Hari raya


Lebaran terasa indah jua rasa bahagia

Hapuskan segala gundah dihati

Raikanlah jiwa dengan penuh cinta dan kasih

Gembira..keluarga bersama..

Ini hari raya


Hari raya dingin selesa

Hari raya segar dirasa

Hari raya kita gembira (indah terasa)

Hari raya indah terasa

Hari raya dingin selesa (Woooo..ooo)

Hari raya segar dirasa


Gembira..keluarga bersama

Ini hari raya




 



Selamat hari raya kami ucapkan kepada semua

Muslimin dan muslimat bermaafan berjabat

Meraikan hari yang mulia


Selamat hari raya

Suasana yang sungguh meriah 

Warna-warni gemilang

Semua bergembira

Kesedihan luputlah sudah


Yang jauh dan dekat semuanya

Yang tiada janganlah dilupa


Teman baik dan sanak saudara

Bersama-sama merayakannya


Selamat hari raya

Jangan lupa pada yang berduka

Esok lusakan tiba

Kita doa bersama

Semangat untuk kita semua


Yang jauh dan dekat semuanya

Yang tiada janganlah dilupa


Teman baik dan sanak saudara

Bersama-sama merayakannya


Bersama-sama merayakannya


 




Lirik : Zapin Raya


Intro

Zapin Raya (ramai2)

Mari kita beraya (ramai2)

Zapin Raya (ramai2)

Menari zapin bersama (ramai2)


Berzapin raya! (ramai2)


Verse 1:

Bukan langkah sebarang langkah

Langkah bertingkah di hari raya

Manis rupa geraknya indah

Tak sengaja bertentang mata


Jangan bermain mata! (ramai2)


Verse 2:

Bukan rentak sebarang rentak

Rentak dari warisan bonda

Sampai hati kakiku kau pijak

Nampak perempuan kawan kau dah lupa


Itu memang biasa! (ramai2)


Pre-chorus 1:

Jangan simpan dalam hati

Hilangkan hasad dan dengki

Di hari mulia aidilfitri (aidilfitri..)


Bersama kita menari

Hilangkan rindu dihati

Ade rezeki.. 

Kita jumpe lagi! (ramai2)


Chorus 1

Zapin Raya (ramai2)

Mari kita beraya

Zapin Raya (ramai2)

Menari zapin bersama


Zapin Raya (ramai2)

Lenggok kiri ke kanan

Zapin Raya (ramai2)

Jaga-jaga pandangan


Berzapin raya! Ha! (ramai2)


Music Bridge

Zapin raya...

Zapin raya...

Raya Zapin Raya (Ramai2)


Chorus 2 (ulangan)


Pre-chorus 2

Jangan simpan dalam hati

Hilangkan hasad dan dengki

Di hari mulia aidilfitri (aidilfitri..)


Bersama kita menari

Hilangkan rindu dihati

Ade rezeki.. 

Hei! Kita jumpe lagi! (ramai2)


Chorus 3 (perc n clap)

Zapin Raya (ramai2)

Mari kita beraya

Zapin Raya (ramai2)

Menari zapin bersama


Zapin Raya (ramai2)

Lenggok kiri ke kanan

Zapin Raya (ramai2)

Jaga-jaga pandangan


Chorus 4 (modulate)

Zapin Raya (ramai2)

Mari kita beraya

Zapin Raya (ramai2)

Menari zapin bersama


Zapin Raya (ramai2)

Lenggok kiri ke kanan

Zapin Raya (ramai2)

Jaga-jaga pandangan


Berzapin Raya! Ha! (ramai2)






Raya sekarang pelbagai ragam

Dari makanan aneka macam

Hingga ke pakaian

Tengok pun pitam


Raya sekarang semua cepat

Sekali kelip nak terus dapat

Paling penting wifi

Ada semua tempat


Tak kira walau semuanya

Mana raya kita

Tetap beringat

Hargai hari raya


Salam salam lebaran

Saling berkunjung kunjungan

Eratkan perhubungan

Yang jauh kita dekatkan Salam salam lebaran

Sama sama meraikan

Oh hari raya

Hari kita pusing raya

Sampai hujung dunia


Tradisi kita jangan dilupa

Hormat budaya tak kira bangsa

Barulah hidup aman bahagia


Di atas jalan jangan berlumba

Biar selamat jumpa keluarga

Saling nasihat sesama kita


Berilah senyuman dan bantuan

Pada mereka yang

Serba kekurangan


Syawal tiba bersama

Rahmat dan kasih sayang

Untuk semua untuk semua


Salam salam lebaran

Saling berkunjung kunjungan

Eratkan perhubungan

Yang jauh kita dekatkan


Salam salam lebaran

Sama sama meraikan

Oh hari raya

Hari kita pusing raya

Sampai hujung dunia


Salam salam lebaran

Saling berkunjung kunjungan

Eratkan perhubungan

Yang jauh kita dekatkan


Salam salam lebaran

Oh hari raya

Hari kita pusing raya

Sampai hujung dunia




Sumber:- https://kanvasdakwat.blogspot.com


 



Lirik lagu Raya Nak Ke Mana - Dato' Seri Siti Nurhaliza


Raya... Nak Ke Mana...


Anyam anyamlah jangan tak anyam

Anyam ketupat biarlah cepat

Bangunlah abang bangunlah sayang

Pergilah bersiap marilah kita raya yang


Raya raya nak ke mana

Raya raya nak bersua

Rumah mentua jangan dilupa

Selepas pulang rumah bonda


Hai selamat berhari raya

Jalan-jalan kita sekeluarga

Hai selamat hari raya

Satu dunia meraikannya

Mari marilah bersalaman

Bermaaf maafanlah 

Maafkan kami maafkan kami


Dendangkan dinda dendangkan sayang

Dendangkan rentak zapin lebaran

Alunkan nada gambus lebaran

Semoga bertenang dengar lagu raya ni yang


Raya raya nak ke mana

Raya raya nak bersua

Rumah mentua jangan dilupa

Selepas pulang rumah bonda


Hai selamat berhari raya

Jalan-jalan kita sekeluarga

Hai selamat hari raya

Satu dunia meraikannya

Mari marilah bersalaman

Bermaaf maafanlah 

Maafkan kami maafkan kami


(Selamat hari raya)

Satu dunia meraikannya

(Selamat hari raya)

Raikan dengan teman tercinta

Maaf kasih

Kasih dipinta beraya...


Hai selamat hari raya

Jalan-jalan kita sekeluarga

Hai selamat hari raya

Satu dunia meraikannya

Mari marilah bersalaman

Bermaaf maafanlah 

Maafkan kami maafkan kami

Maafkan kami maafkan kami


Maaflah yek












Executive Producer: SN Legacy Sdn Bhd & Universal Music Sdn Bhd 

Composer: Aisha Retno ,RADi

Lyrics: Aisha Retno,Amylea Azizan

Producer: Aisha Retno, RADi, Jaysontxp 

Arranger: Aisha Retno, RADi, Jaysontxp 

Strings arranger: Zaiff Sharqil, RADi, Jaysontxp

Backing Vocals: 

Aisha Retno, RADi, Ellya Keesha , Jaysontxp, zain zainuddin, Tasya Rickman, Adam eiman

Publisher: Faithful Music Publishing

Mixing: Zain zainuddin

Mastering: zain zainuddin





Setahun menunggu kini tiba

Hari raya yang bahagia

Sebulan sudah kita berpuasa

Kini masa untuk raikannya


Tahun ini kau pakai baju apa

Aku pakai eh teluk belanga

Aku pula pakai baju kebaya

Cantik memikat 

Pasti ramai terpesona


Hari raya

Kena la style gila gila

Makcik pakcik tengok

Lawanya anak siapa


Stylo stylo raya

Ini baru raya

Biar poket kosong 

Asalkan bergaya

Tapi jangan sampai eh

Papa kedana lepas raya

Makan mi segera 


Stylo stylo raya

Ini baru raya

Jangan sembang saja

Jom makan kuih raya

Gembira bersama

Tapi jangan sampai

Lupa pada yang tiada


Yo yo yo

ini dia stylo raya 

gaya penuh pesona 

semua orang nyala

aku melangkah 

di jalan raya

lakuku penuh gaya

malamku di temani 

lampu neon nyala

baju penuh killer 

langkah penuh makna

aku bersinar bagai 

bintang langit bercahaya


Hari raya

Kena la style gila gila

Makcik pakcik tengok

Lawanya anak siapa


Stylo stylo raya

Ini baru raya

Biar poket kosong 

Asalkan bergaya

Tapi jangan sampai eh

Papa kedana lepas raya

Makan mi segera 


Stylo stylo raya

Ini baru raya

Biar poket kosong 

Asalkan bergaya

Tapi jangan sampai eh

Papa kedana lepas raya

Makan mi segera 


Stylo stylo raya

Ini baru raya

Jangan sembang saja

Jom makan kuih raya

Gembira bersama

Tapi jangan sampai

Lupa pada yang tiada


Stylo stylo stylo 

Stylo stylo raya

Stylo stylo stylo 

Stylo stylo raya




Sumber:- Malay Kord

 https://www.malaykord.com/2025/03/akhil-mikail-eriq-fikri-qal-daienish.html?m=1#google_vignette












 




Pum Pang Pum Pang Pum Pang


Kalau sudah hari raya

Cerita panas pun bermula

Banyak bersembang tak tentu hala

Ingat ingat jangan sampai menghina


Masing-masing ada nak luah

Bercerita pasal masalah

Duduk bersila tak mahu kalah

Jangan sampai membawa fitnah


Asyik cakap sana, cakap sini

Diminta tolong berhenti

Pum pang pum pang pum pang


Sembang sembang

Raya Pum Pang Pum Pang

Tak cukup masa sampai petang

Berhati-hatilah bila berkata

Jangan sampai terleka


Sembang sembang

Raya Pum Pang Pum Pang

Kadang terlajak sampai malam

Berikan tumpuan pada hari lebaran


Cukup sebulan kita sudah berpuasa

Tiba masa untuk kita meraikannya

Walaupun baju langsir pakai yang lama

Yang penting masih boleh raya


Sudah-sudahlah baik kita duduk rumah

Raikan raya dan menikmati juadah

Makan ketupat dari mengumpat

Belum terlambat kau masih sempat


Asyik cakap sana, cakap sini

Diminta tolong berhenti

Pum pang pum pang pum pang


Sembang sembang

Raya Pum Pang Pum Pang

Tak cukup masa sampai petang

Berhati-hatilah bila berkata

Jangan sampai terleka


Sembang sembang

Raya Pum Pang Pum Pang

Kadang terlajak sampai malam

Berikan tumpuan pada hari lebaran


Bila kita beraya

Janganlah main phone ya ampun

Takut mata rabun


Sembang sembang

Raya Pum Pang Pum Pang

Tak cukup masa sampai petang

Berhati-hatilah bila berkata

Jangan sampai terleka


Sembang sembang

Raya Pum Pang Pum Pang

Kadang terlajak sampai malam

Berikan tumpuan pada hari lebaran


Berikan tumpuan pada hari lebaran




 



Angin malam yang berbisik

Buat hatiku terusik

Alahai indah suasana

Jika terjumpa jodohku di hari raya


Sambil menjamu selera

Matamu mencuri jiwa

Alahai indah suasana

Kalau terjumpa jodohku di hari raya


Sudah sekian lama

Menanti hati yang tulus setia

Kekasih yang bakal menyempurnakan

Hari yang mulia


Andainya kaulah pujangga

Usah tunggu lama-lama

Alahai indah suasana 

Kalau terjumpa jodohku di hari raya


Sudah sekian lama

Menanti hati yang tulus setia

Kekasih yang bakal menyempurnakan

Hari yang mulia

Ohh yang mulia


Sudah sekian lama

Menanti hati yang tulus setia

Kekasih yang bakal menyempurnakan

Hari yang mulia


Andainya kaulah pujangga

Usah tunggu lama-lama

Alahai indah suasana 

Kalau terjumpa jodohku di hari raya


Terjumpa jodohku di hari raya

Terjumpa jodohku di hari raya












Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top