Showing posts with label IAMFaithmen. Show all posts
Showing posts with label IAMFaithmen. Show all posts


Faizal Tahir (FT) yang telah memenangi banyak anugerah dan terkenal dengan lagu-lagunya yang penuh kelainan dan keunikan tersendiri ini kembali tampil dengan lagu baru beliau berjudul Ragaman. Perkataan Ragaman ini bermaksud pelbagai ragam / perihal yang berubah-ubah. Dalam lagu ini juga ada suara anak-anak beliau! Comel betul. Jom kita dengarkan!
Pautan untuk mendengar lagu Ragaman di semua platform atas talian:  https://lnk.to/RAGAMAN



Lirik Lagu Ragaman - Faizal Tahir

Hari Isnin kau berkata nak makan lasagna
Dah sampai kedai nak tomyam pula
Oh My God

Petang Rabu nak cendol pula
Biar betik
Nasib kau baik mood aku baik

Bulan puasa baru nak mula
Dah minta langsir macam nak raya
Ragamanmu hanya aku yang tahu
Ohh (Oh sayang!)

Hanya kita berdua kekal sampai tua
Bagai bulan di pagar bintang
Tetapkan bersama ohh ohh
Hanya kita berdua kekal bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya

Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)

Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)

Makan malam sudah dihidang
Kau masih melaram
Time tengok bola, kau ajak keluar
Ya Allah...
Masuk kereta, baru gear dua
Kau nak balik
Nasiblah baik muka kau cantik

Bulan puasa baru nak mula
Dah minta langsir macam nak raya
Ragamanmu hanya aku yang tahu
Ohh

Hanya kita berdua kekal sampai tua
Bagai bulan di pagar bintang
Tetapkan bersama ohh ohh
Hanya kita berdua kekal bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya

Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)

Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)

Hanya kita berdua kekal bahagia sampai hari tua
Bagai bulan di pagar bintang
Tetapkan bersama ohh ohh ohh

Hanya kita berdua kekal bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya

Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya

Walau gila dibuatnya......
Aku sayang padanya.......

*****
 https://store.iamfaithmen.com


Akaun media sosial Faizal Tahir:
Instagram Faizal Tahir: @faizal_tahir
Twitter Faizal Tahir: @faizal_tahir
Facebook Faizal Tahir: Faizal Tahir


Faizal Tahir memang dikenali dengan lagu-lagu berkualiti dan misi kemanusiaannya. Pernah beberapa kali lagu dan albumnya mendapat tempat di beberapa anugerah seperti AIM, AJL, ABP, APM dan banyak anugerah lain. Kali ini beliau tampil dengan lagu baru, Starfeather. Lagu Starfeather diinspirasikan oleh iamFAITHMEN dan Hand4Hand dalam misi kemanusian ke Cox's Bazar, Bangladesh (untuk pelarian Rohingya). Muzik video diarahkan oleh Beedee Creative.




Lirik lagu Starfeather - Faizal Tahir

Bilaku pejam mata
Kumendoakan dirimu
Tabah dengan ujianmu

Bilaku hilang arah
Kau sedarkan diri aku
bersyukur pada Yang Satu

Kau tetap tabah dalam mengharungi
Hidup yang penuh dengan onak duri

Andai kau pejam mata
Duniakan bersamamu
Kamu tahu

Andai kau hilang arah
Tuhan tetap bersamamu
Aku tahu

If you feel like you've got 
the weight of the world on your shoulders
Look around, you're alive
Alhamdulillah

Kau tetap tabah dalam mengharungi
Hidup yang penuh dengan onak duri

Andai kau pejam mata
Duniakan bersamamu
Kamu tahu

Andai kau hilang arah
Tuhan tetap bersamamu
Aku tahu

I will be with you
I will not leave you

Andai kau pejam mata
Duniakan bersamamu
Kamu tahu

Andai kau hilang arah
Tuhan tetap bersamamu
Aku tahu

If you feel like you've got 
the weight of the world on your shoulders
Look around, you're alive

If you feel like you've got 
the weight of the world on your shoulders
Look around, you're alive

Alhamdulillah.



*****
DENGARKAN STARFEATHER DI PELBAGAI MEDIA SOSIAL: https://wmm.lnk.to/STARFEATHER

INSTAGRAM: @faizal_tahir
TWITTER: @faizal_tahir
TARIKH LAHIR:  26 Oktober 1978
STATUS: Berkahwin (mempunyai 6 orang anak)


Teruskan perjuangan, FT! All the best!









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top