Abdul Aziz Ali • Aliff Awan • Azmi Ismail • Faiz Hanip • Hanif.Nour • Haqim Ankeni • Jasad Bersiong • Petak Daud • Wan Syafiqah
Sebuah eksperimen gandingan puisi dan kearifan geografi; menjalin ikatan antara lokasi sebagai kaedah seni.
Para pemuisi dan peserta akan bergerak dari lokasi berkumpul di Kinta Zine Club, B-13, Aras B, Pasar Besar Ipoh, dan kemudiannya mengelilingi pasar bersama persembahan puisi di lokasi-lokasi yang telah menghembus semangat seni.
Daftar kehadiran; scan QR di slide ketiga, atau melalui pautan tinyurl.com/ttppbi25.
Pakai pakaian yang selesa, bawa air minuman dan juga kipas!
"Kemerdekaan bererti setiap usus perut rakyat berisi nasi, vitamin dan zat besi."
Berlegar-legar kenangan dan cerita baik-baik yang dikongsikan rakan-rakan penulis, penggiat seni malah menteri tentang beliau ini.
Saya mengenali beliau dari jauh sebagai seorang penyair sejati yang aktif sejak bertahun lalu, selain tahu beliau juga seorang penulis yang berani serta pelakon yang dikenali.
Terkejut dengan pemergiannya, saya mengambil sedikit masa membelek beberapa artikel di internet mengenai beliau.
*****
Allahyarham Pyanhabib atau nama sebenarnya, Mohd Supyan Abdul Rahman, 66, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Hulu Kelang, malam ini, selepas seminggu menyambut ulang tahun ke-66.
Pyanhabib lahir pada 27 Mei 1958 dan berasal dari Taiping, Perak.
Berita pemergiannya dikongsikan oleh isterinya (Zurina Zakariya) menerusi laman Facebook Pyanhabib malam tadi.
“Suami saya Pyanhabib yang anda kenal sudah tiada. Kembali kepada pencipta-Nya. Maafkan kesalahannya, doakan yang baik-baik untuknya,” katanya
Allahyarham aktif menulis dan membaca puisi sejak 1976 bersama Anak Alam dan mencetuskan fenomena baca puisi di bawah tiang lampu 10 tahun kemudian.
Beliau juga terbabit dalam teater dan lakonan filem, serta menulis beberapa buah buku.
Anak Alam ialah kumpulan seni yang diasaskan pada dekad 1970-an oleh sekumpulan seniman tanah air yang disertai penyair, pemain teater, penulis dan pelukis.
Tidak hanya berkarya menerusi ekspresi seni, kumpulan itu juga mengulas isu masyarakat seperti kemiskinan menerusi karya mereka.
Pada tahun 2023, Allahyarham dianugerahkan Tokoh Penyair Kuala Lumpur 2023 oleh Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA).
"Bagi saya menulis ini sebagai terapi kepada diri sendiri. Tidak pernah terlintas untuk menerima apa-apa anugerah," katanya.
Selain dikenali sebagai pemuisi dan pelakon, beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan selama 20 tahun dan penyunting selama 10 tahun.
Dalam dunia penulisan, Pyanhabib telah melahirkan beberapa buah karya, antaranya termasuklah Balada Pyanhabib (2012), Melukis Puisi: Sebuah Pencitraan Puisi-puisi Pyanhabib (2015) dan terakhir, Politikus Tikus. Tikus (2017).
Selain aktif menulis dan membaca puisi sejak 1976, Allahyarham juga terbabit dalam pementasan teater dan lakonan filem.
Antara filem lakonannya termasuklah Kembara Seniman Jalanan, Tsu Feh Sofiah, Rozana Cinta 87, Tak Kisahlah Beb dan Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium.
Dalam dunia lakonan filem, beliau amat dikenali sebagai Osman Tikus dalam filem arahan Nasir Jani, Kembara Seniman Jalanan (1986).
Beliau juga pernah memenangi trofi Pelakon Pembantu Filem Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-7 menerusi filem Tsu Feh Sofiah arahan Datuk Rahim Razali - tetapi beliau bertindak memulangkan kembali trofi terbabit.
Osman Tikus dan M. Nasir dalam filem Kembara Seniman Jalanan
2024: Saudara Pyanhabib akan muncul dalam filem pendek untuk promosi Konsert Dato' M. N45ir Cipta
*****
Al-Fatihah untuk seorang legenda, anak seni, atuk, ayah, abang dan suami serta sahabat yang setia dan baik ini. Dikenali sebagai seorang yang mudah didekati, merendah diri, bersahaja, kreatif, berani dan sentiasa menyokong kawan-kawan, kehilangan beliau sangat dirasai ramai orang.
Takziah buat keluarga, moga seniman Pyanhabib ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.
Allahuma maghfirlahu warhamhu.
- Terima kasih Tuan untuk semua pesan, serta karya-karyanya.