Showing posts with label JKKN. Show all posts
Showing posts with label JKKN. Show all posts




Temasya Oghang Kedah kembali lagi hangpa !! 

πŸ—“️ 7-10 November 2024 

⏰ 9.00 Pagi -11.00 Malam 

🏟️ Perkarangan Stadium Darul Aman, Kedah

Pelbagai aktiviti menarik sedang menanti anda !! Jangan lepaskan peluang anda untuk berjumpa dengan artis-artis popular seperti Usop, Floor 88 dan ramai lagi. Terdapat pelbagai pameran mengenai warisan budaya Kedah yang kaya dan unik malah terdapat juga persembahan kebudayaan yang akan disajikan kepada orang-orang Kedah. Jumpa anda di sana! Pakat mai noh 

 


NASKAH SENIMAN NEGARA YBHG.DATO' SYED ALWI BIN SYED HASAN : "KARYA AGUNG : ALANG RENTAK SERIBU"

Majlis Kebudayaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak akan menganjurkan Pementasan Karya Agung oleh YBhg Dato' Syed Alwi Bin Syed Hasan iaitu Teater "Alang Rentak Seribu"- arahan dan olahan Ard Omar. 

Temui pelakon hebat antaranya Azizah Mahzan, Nesa Idrus, Faha Azhar, Pak Chu (Raja Lawak), Rosli Rahman Adam, Faris Jamhari, dan ramai lagi dalam teater ini.

Dapatkan dan tempah tiket kome sekarang ! 

πŸ“Œ 8 & 9 November 2024 (Jumaat & Sabtu) 

πŸ“Œ Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak 

🏷 Tiket : Harga RM 20 : Hanya penonton berumur 15 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk - Awam / Pelajar / OKU / Warga Emas)

Mengisahkan tentang Alang seorang pemuda kampung yang memiliki banyak kebolehan dan bijak mengawal segala permasalahan yang timbul. Kisah bermula apabila sekumpulan rombongan dari Filem Negara datang ke kampung untuk tujuan penggambaran filem yang mengisahkan kehidupan di kampung pada ketika itu. Pelbagai kejadian berlaku disebabkan pertembungan nilai dan pendapat di antara penduduk kampung dan juga krew filem yang datang dari Kuala Lumpur. Saksikan lebih lanjut nanti.... 


Pembelian Tiket: πŸ“ž https://www.wassap.my/60175485188 (Masni)

 Maklumat Lanjut: πŸ“ž https://www.wassap.my/60183895305 (Zaiton) πŸ“ž https://www.wassap.my/60139939091 (Fairus) 



Sumber:

https://www.instagram.com/reel/DA8Ujzbxpin/?igsh=eXNjanBjaXVnNzc5





Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Pementasan Teater Tradisional Mak Yong ‘Raja Tangkai Hati’ πŸ“Œ 9 & 10 November 2024 (Sabtu & Ahad) πŸ“Œ 8.30 Malam πŸ“Dewan Tuanku Canselor ( DTC) Kampus Sultan Azlan Shah Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak Pementasan ini mengisahkan pelayaran Raja Tangkai Hati yang pulang ke negeri Sekota Batu bersama-sama isterinya, Puteri Cempaka Emas serta dua orang anaknya iaitu Malim Bisnu dan Malim Bongsu. Pelbagai halangan dan tipu muslihat telah dibuat atas kuasa Puteri Bota. Apakah nasib yang bakal menimpa ke atas Raja Tangkai Hati dalam pelayaran tersebut? Ayuh! saksikan bagaimana pengakhiran kisah Raja Tangkai Hati ini. 


Hantar penyertaan anda sekarang melalui pautan di bawah:- πŸ‘‡πŸ» https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd7JKXggxeCAvPWx7iz1E2npT6i2fl7aWjd9z7ejE1XDidqGA/viewform?usp=send_form 


Sumber:

 https://www.instagram.com/p/DBdUXIPT_bC/?igsh=MXIyODRkcmZmYmN3OA==








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top