Showing posts with label Teater. Show all posts
Showing posts with label Teater. Show all posts

 


NASKAH SENIMAN NEGARA YBHG.DATO' SYED ALWI BIN SYED HASAN : "KARYA AGUNG : ALANG RENTAK SERIBU"

Majlis Kebudayaan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak akan menganjurkan Pementasan Karya Agung oleh YBhg Dato' Syed Alwi Bin Syed Hasan iaitu Teater "Alang Rentak Seribu"- arahan dan olahan Ard Omar. 

Temui pelakon hebat antaranya Azizah Mahzan, Nesa Idrus, Faha Azhar, Pak Chu (Raja Lawak), Rosli Rahman Adam, Faris Jamhari, dan ramai lagi dalam teater ini.

Dapatkan dan tempah tiket kome sekarang ! 

πŸ“Œ 8 & 9 November 2024 (Jumaat & Sabtu) 

πŸ“Œ Auditorium, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perak 

🏷 Tiket : Harga RM 20 : Hanya penonton berumur 15 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk - Awam / Pelajar / OKU / Warga Emas)

Mengisahkan tentang Alang seorang pemuda kampung yang memiliki banyak kebolehan dan bijak mengawal segala permasalahan yang timbul. Kisah bermula apabila sekumpulan rombongan dari Filem Negara datang ke kampung untuk tujuan penggambaran filem yang mengisahkan kehidupan di kampung pada ketika itu. Pelbagai kejadian berlaku disebabkan pertembungan nilai dan pendapat di antara penduduk kampung dan juga krew filem yang datang dari Kuala Lumpur. Saksikan lebih lanjut nanti.... 


Pembelian Tiket: πŸ“ž https://www.wassap.my/60175485188 (Masni)

 Maklumat Lanjut: πŸ“ž https://www.wassap.my/60183895305 (Zaiton) πŸ“ž https://www.wassap.my/60139939091 (Fairus) 



Sumber:

https://www.instagram.com/reel/DA8Ujzbxpin/?igsh=eXNjanBjaXVnNzc5





Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) akan menganjurkan Pementasan Teater Tradisional Mak Yong ‘Raja Tangkai Hati’ πŸ“Œ 9 & 10 November 2024 (Sabtu & Ahad) πŸ“Œ 8.30 Malam πŸ“Dewan Tuanku Canselor ( DTC) Kampus Sultan Azlan Shah Proton City, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak Pementasan ini mengisahkan pelayaran Raja Tangkai Hati yang pulang ke negeri Sekota Batu bersama-sama isterinya, Puteri Cempaka Emas serta dua orang anaknya iaitu Malim Bisnu dan Malim Bongsu. Pelbagai halangan dan tipu muslihat telah dibuat atas kuasa Puteri Bota. Apakah nasib yang bakal menimpa ke atas Raja Tangkai Hati dalam pelayaran tersebut? Ayuh! saksikan bagaimana pengakhiran kisah Raja Tangkai Hati ini. 


Hantar penyertaan anda sekarang melalui pautan di bawah:- πŸ‘‡πŸ» https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSd7JKXggxeCAvPWx7iz1E2npT6i2fl7aWjd9z7ejE1XDidqGA/viewform?usp=send_form 


Sumber:

 https://www.instagram.com/p/DBdUXIPT_bC/?igsh=MXIyODRkcmZmYmN3OA==


Dicurangi suami,

Diikhianati anak-anak,

Rumah dirampas,

Maruah dipijak-pijak.


Sejauh manakah malangnya nasib Aci Patmabi?


Bak pantun orang lama


Pulau Pinang bandar baharu,

Kapitan Light jadi raja,

Kalau dikenang zaman dahulu,

Jatuh menitik air mata.


Sempena 25 Tahun Pusat Pengajian Seni USM & 25 Tahun Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara


PPSeni USM, DBPWU & Dewan Budaya USM

mempersembahkan


Teater 'ACI PATMABi'

dari novel Azmi Iskandar Merican

arahan Azrul Azizi Amirul

adaptasi ke skrip oleh Fatimah Manaf


πŸ—“️ 24, 25 & 26 Oktober 2024

πŸ•€ 8.30 malam

πŸ“ Dewan Budaya USM


MASUK PERCUMA


✏️ Sila daftar di https://bit.ly/teaterACIPATMABI


Maklumat lanjut

πŸ“± Instagram : pesta_teater_usm







Dondang Dongeng ialah persembahan seni Melayu klasik yang menggabungkan penceritaan menggunakan lagu dan muzik. Dondang Dongeng adalah satu usaha untuk mewariskan, mengikut cara kita sendiri, kisah-kisah cerita rakyat Malaysia yang dihargai, seperti Sang Kancil yang licik dan nakal dan lagenda puteri tempatan yang cantik, lengkap dengan moral yang penting untuk dibawa pengajaran.

Lagu-lagu ini adalah perayaan tradisi kita, yang berkaitan dengan siapa kita, sejarah kita, masa kini dan masa depan.

Diterajui oleh pasukan kreatif yang dihormati seperti Irena Taib, komposer dan ahli The Impatient Sisters; Mia Palencia, penyanyi dan penulis lagu terkenal; Melina William, pemuzik dan penerbit serta bakat tempatan lain yang sangat dicari dalam persada muzik, Dondang Dongeng dengan licik dianyam ke alam mimpi, dipenuhi dengan cerita yang kurang perkatakan tetapi diharapkan tidak lama dilupakan. Cerita setua zaman, dipersembahkan dalam bentuk lagu dengan sentuhan moden.

Instagram rasmi Dondang Dongeng:

https://instagram.com/dondangdongeng


Lokasi persembahan dan waktu:


Stage 1, PJPAC, 1 Utama E


Friday, 25 August: 8:30pm

Saturday, 26 August: 3pm and 8:30pm


Beli tiket:

https://onetix.com.my/events/dondang-dongeng-retelling-folklores-in-songs/208


Tiket boleh dibeli bermula dari RM68 manakala pertunjukan malam bermula dari RM48. Tempahan untuk kumpulan dan sekolah juga boleh dibuat melalui WhatsApp di +6011-2626 2744.


Sumber:

https://zafigo.com/news/dondang-dongeng-malaysian-folklore-in-song/

https://baskl.com.my/listing/dondang-dongeng/








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top