Showing posts with label Keka Nizam. Show all posts
Showing posts with label Keka Nizam. Show all posts

 Lirik 'Ayoyo Raya' - Keka Nizam, Lia Aziz, Iera Milpan





(Verse)

Oh riangnya hati

Menyambut raya,

Tak sabarnya rasa suasana,

Akhirnya dapat balik beraya bersama, kita bertiga,

Oh tidak, bas sudah jalan,

Macam mana nak ke kampung,

Tiket dah habis, tak guna beratur,

Aiyo (aiyo) aiyo (aiyo) aiyoyo


(Chorus)

Ini cerita

Hari raya

Takkan ku lupa

Nak bergembira

Sama sama

Nak buat macam mana

Asalkan kita beraya


(Verse)

Rindu, nak jumpa ayah bonda,

Namun, namun apakan daya,

Mesti suram bila malam raya,

Kita tiada (tiada)


(Chorus)

Ini cerita

Hari raya

Takkan ku lupa

Nak bergembira

Sama sama

Nak buat macam mana

Kita bersama usahlah berduka

Asalkan kita beraya

Aiyo aiyo aiyoyo

Aiyoyo


(Bridge)

Terima kasih, cik abg budiman,

Nasib baik ada org tumpangkan,

Dah boleh balik raya!

Ini cerita hari raya takkan ku lupa,


(Chorus)

Akhirnya kita balik raya,

Riang hati gembira

Dapat cium tangan ayah dan bonda,

Gelak ketawa bersama saudara,

Inilah cerita takkan ku lupa,

Akhiranya kita beraya

Aiyoyo aiyoyo aiyoyo



Lirik Lagu Dia Imamku (OST Dia Imamku - Asfan Shah ft Keka Nizam) 



L

Dalam tangis aku bersujud

Aku memohon di dalam hati

Jiwaku meratap jiwaku merintih

Aku redha takdir yang tertulis


Maafkanlah andai aku tak sempurna

Janji aku pasti berimu bahagia

Jadikanlah aku imammu sayang

Walau hati ini terguris luka


P

Maafkan aku hatimu merana

Andai cintaku tak sempurna 

Akan aku beri kau seribu cinta

Namun akulah yang mungkirinya


Di dalam doaku dan air mataku

Kumohon cintamu kan selalu bertakhta

Dialah imamku peneman sujudku

Berdua kita hingga hujung nyawa


L

Kasih maaf tak sempurna


L&P

Sujud kepada Yang Esa

Kumohon cinta oh terindah

Buat selamanya...


L

Maafkanlah andai aku tak sempurna

Janji aku pasti berimu bahagia

Jadikanlah aku imammu sayang

Walau hati ini terguris luka


P

Di dalam doaku dan air mataku

Kumohon cintamu kan selalu bertakhta

Dialah imamku peneman sujudku


L&P

Berdua kita hingga hujung nyawa


L

Akulah imammu



Sinopsis Dia Imamku

Sombong! Berlagak! Itulah diri Cempaka Humairah. Dia benci dengan cucu angkat neneknya. Amiruddin, lelaki kampung yang tak dipandang sebelah mata.

Amiruddin itu kekasih Dahlia, sepupu Humairah. Dahlia ni tak adalah baik mana. Mata duitan.

Amiruddin dianiaya oleh pak longnya. Nenek Bunga dapatkan dia kerja sebagai pemandu Humairah. Kesian Amiruddin, hari-hari kena marah, kena maki. Sabar aje dia. Kalau orang lain, dah naik pelempang kat muka.

Datin Orkid ibu Humairah, kecewa dengan suaminya, Dato’ Malik kerana menjadi wali pernikahan Lily, anak sulungnya. Demi cinta, Lily sanggup dibuang keluarga. Lily hidup menderita, apatah lagi bila dia disahkan mengidap kanser.

Dahlia bersubahat dengan Razak mengenakan sepupunya. Amiruddin menyelamatkan Humairah dari niat jahat mereka.

Malangnya Rafiq tak percaya. Dia menuduh Humairah curang! Kesucian Humairah dipertikai!

Demi maruah Humairah dan keluarga, Amiruddin seikhlas hati menerimanya sebagai isteri.

Humairah hanya pura-pura mencintainya. Rafiq menagih cinta Humairah semula. Amiruddin dibuang dari hidupnya!

Humairah sangka cinta Rafiq, cinta sejati. Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Perkara berlaku di luar jangkaan. Saat ini baru Humairah kenal cinta yang sebenar.


Beli novel Dia Imamku di sini:-https://s.shopee.com.my/qUlRvuU9t





sumber:- https://www.myinfotaip.com/2024/12/dia-imamku.html












Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top