Showing posts with label Keretapi. Show all posts
Showing posts with label Keretapi. Show all posts


Sebanyak 295,608 tiket ditawarkan untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity bagi perjalanan dari 5 April hingga 16 April 2024 sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memaklumkan, jualan tiket akan dibuka bermula Isnin ini bagi tempoh perjalanan sehingga 30 April 2024.

Tambahnya, KTMB turut menawarkan tren ETS tambahan sempena cuti persekolahan penggal ketiga bermula 15 Disember sehingga 1 Januari 2024 bagi laluan Padang Besar-KL Sentral-Padang Besar.

“Ia akan mula dijual bermula 1 November pada jam 10 pagi iaitu tawaran sebanyak 630 tiket sehari menjadikan jumlah keseluruhannya 11,340 termasuk koc kelas perniagaan. 

“Masa berlepas tren dari Padang Besar ialah jam 11 pagi dan tiba di KL Sentral pada 4.36 petang manakala KL Sentral ke Padang Besar pula akan berlepas jam 5.05 petang dan tiba pada jam 10.34 malam,” ujarnya

Penambahan tersebut untuk menampung permintaan tiket kereta api yang tinggi semasa musim cuti sekolah dan juga sambutan Hari Natal.

Untuk semak perjalanan boleh ke laman web: https://online.ktmb.com.my/

Untuk tiket online boleh install aplikasi KTMB Mobile - https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ktmb.user.mobile



 

Sumber berita:

https://www.sinarharian.com.my/article/631943/berita/nasional/ktmb-tawar-295608-tiket-sempena-hari-raya-aidilfitri-2024



 Laluan MRT Putrajaya line Fasa 2 

Projek MRT Putrajaya Fasa 2 sepanjang 57.7 kilometer itu mempunyai 36 stesen bermula dari Stesen Kwasa Damansara hingga stesen Putrajaya Sentral.

(Berita baik buat pengguna, YAB Perdana Menteri umumkan tambang percuma laluan MRT Putrajaya bermula 16 Mac sehingga 31 Mac) 


MRT Laluan Putrajaya fasa 2 ini akan memulakan operasi sepenuhnya pada 16 Mac 2023.

Operasi Fasa Dua tersebut melibatkan beberapa lokasi atau stesen 'hot spot' antaranya Sungai Besi, Chan Sow Lin dan Ampang Park yang merupakan tempat tumpuan warga kota yang bekerja.

Fasa 1 projek tersebut sebelum ini telah bermula 16 Jun tahun lalu dari Stesen Kwasa Damansara sehingga Stesen Kampung Batu
 







Rujukan:
- Infografik Bernama









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top