Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

 

🌸 Royal Floria Putrajaya 2024 🌸

Kembali dengan lebih hebat dan memukau! Alami keindahan taman bunga yang menawan dan acara-acara menarik yang bakal memeriahkan Putrajaya.

Raikan Bersama keajaiban ini bersama kami!

📅 Tarikh: 22 Ogos - 1 September 2024

📍 Lokasi: Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya

🕒 9.00 pagi - 10.00 malam





Antara aktiviti lain yang diadakan:-










Boleh lihat sini untuk pelbagai lagi info dan aktiviti: - https://floria.putrajaya.my/

Perkhidmatan Bas Perantara (shuttle bus) percuma sempena Royal Floria Putrajaya. 




Jom ke Royal Floria Putrajaya 2024 dengan menaiki Shuttle Bus secara PERCUMA! 💰

✨Tak perlu fikir susah-susah nak fikir pasal parking atau traffic jammed, naik je Shuttle Bus yang disediakan 🚌


Teksi Air (Water Taxi) di Cruise Putrajaya 




Jom naik teksi air untuk ke Royal Floria Putrajaya! 8 jeti disediakan untuk pick-up dan drop-off dari jam 8.00 pagi bermula 22 Ogos hingga 1 September ini.

📍Jeti Taman Botani
📍Jeti Kelab Tasik Putrajaya
📍Jeti Cruise Tasik Putrajaya
📍Jeti Zenith Hotel
📍Jeti Monumen (Lokasi Royal Floria Putrajaya 2024)
📍Jeti JAKIM
📍Jeti Anjung Floria
📍Jeti Marina Putrajaya




Selamat berkunjung! Jangan lepaskan peluang. 


Rujukan:

https://www.instagram.com/perbadananputrajaya

https://x.com/MalaysianFoods/







NASIONAL | Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) sedang melaksanakan tempoh percubaan operasi Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) atau trem tanpa landasan, bermula 13 Mei hingga 31 Julai ini.

Projek rintis di Putrajaya itu merupakan usaha PPj bagi mengetengahkan ART sebagai satu daripada mod pengangkutan yang boleh melengkapkan rangkaian sistem sedia ada.





Gambar: Perbadanan Putrajaya 

https://x.com/putrajayacorp?s=09




📷 Facebook Jabatan Penerangan WPKL 

https://x.com/Media_Selangor/status/1793224712543478150?s=19 











Cuti sekolah bakal menemui kita semua. Anda masih belum ada perancangan, destinasi/aktiviti yang hendak dilakukan bersama keluarga?


Jangan bimbang kerana kami akan bantu anda semua. Ini ideanya:


Pada 14-20 Disember ini akan diadakan satu pameran ORKID PUTRAJAYA 2023 bertempat di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya.




Terdapat pelbagai jenis orkid

yang berwarna-warni bakal dipamerkan (psst.. peminat orkid ini masanya nak cari/tambah koleksi orkid di rumah tu).











Pelbagai aktiviti dan jualan yang ada serta mengujakan anda semua! Datang tau!




NAK KE ORKID PUTRAJAYA 2023 TAPI TIDAK TAHU PARKING DI MANA?


Ada beberapa Parkir Awam di situ. Apa yang best nya di kawasan parking tersebut merupakan laluan shuttle bas yang akan membawa korang ke Taman Botani, Putrajaya.


Jom ramai-ramai kita serbu Taman Botani, Putrajaya bersempena Orkid Putrajaya 2023!


Sumber: Instagram Perbadanan Putrajaya 




Tahun ini Sambutan Hari Kemerdekaan dibuat di Dataran Putrajaya. Persoalannya bagaimana cara nak pergi Dataran Putrajaya itu? Jadi jom kita tunjuk cara yang mungkin boleh membantu. 



Naik MRT, Turun Putrajaya Sentral dan naik shuttle bas (bas ulang-alik) disediakan.

Ada 2 tempat bas ini disediakan:

1. (Rapid Rail) MRT laluan Putrajaya, ke destinasi Stesen Putrajaya Sentral

2. Turun di PICC, Putrajaya (juga shuttlebus disediakan) 

3. (ERL) KLIA Transit, ke destinasi Stesen Putrajaya & Cyberjaya 

3. Shuttle bus ke lokasi sambutan dari Pick Up Terminal Putrajaya Sentral disediakan. 


******

Lokasi Pick Up & Drop Off Dua Laluan disediakan seperti berikut:

1. Pick Up Point di Terminal Putrajaya Sentral, Presint 7

Drop Off Point di Jalan Tun Abdul Razak. Kiblat Walk, Perbadanan Putrajaya, Presint 3

2. Pick Up Point di Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Drop Off Point di Jalan Tun Hussein (Belakang Istana Kehakiman), Presint 3

MASA OPERASI | 4 PAGI HINGGA 2 PETANG

Kekerapan (10 minit) (Waktu Puncak) 4.00 hingga 8.00 pagi | 10.30 hingga 2 Petang

Kekerapan (30 minit) (Waktu Bukan Puncak) 8.01 hingga 10.29 pagi


*****


JUMLAH & LOKASI TEMPAT LETAK KERETA AWAM HARI KEBANGSAAN 2023

1) 27 lokasi tempat letak kereta awam di sepanjang core island di Presint 1, 2, 3 dan 4 - 4,000 petak

2) Pick Up Zon di Terminal Putrajaya Sentral (i) Bangunan Park & Ride Presint 7 - 1,300 petak (ii) TLK Terbuka Lot 7MD6, Presint 7 - 290 petak

3) Pick Up Zon di Putrajaya International Convention Centre (PICC) (i) Basement Bangunan PICC, Presint 5-1,100 petak (ii) TLK Terbuka di University Heriot Watt, Presint 5-300 petak (iii) TLK Terbuka Taman Empangan, Presint 5 - 50 petak

4) Tempat Letak Kereta Kompleks El dan E2 Presint 1 (berhadapan Kompleks F) - 662 petak




***** 

Bagaimana ke Putrajaya dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) 

 1. Tren: KLIA Transit (ERL) tren ke Cyberjaya and Putrajaya. Bas ulang-alik dari stesen Cyberjaya dan Putrajaya ke seluruh Putrajaya dan Cyberjaya 

 2. Bas: KTM Komuter (garisan Seremban) ke Stesen Serdang RapidKL bas U42 dari KTM Komuter Serdang ke Putrajaya Sentral


 Laluan MRT Putrajaya line Fasa 2 

Projek MRT Putrajaya Fasa 2 sepanjang 57.7 kilometer itu mempunyai 36 stesen bermula dari Stesen Kwasa Damansara hingga stesen Putrajaya Sentral.

(Berita baik buat pengguna, YAB Perdana Menteri umumkan tambang percuma laluan MRT Putrajaya bermula 16 Mac sehingga 31 Mac) 


MRT Laluan Putrajaya fasa 2 ini akan memulakan operasi sepenuhnya pada 16 Mac 2023.

Operasi Fasa Dua tersebut melibatkan beberapa lokasi atau stesen 'hot spot' antaranya Sungai Besi, Chan Sow Lin dan Ampang Park yang merupakan tempat tumpuan warga kota yang bekerja.

Fasa 1 projek tersebut sebelum ini telah bermula 16 Jun tahun lalu dari Stesen Kwasa Damansara sehingga Stesen Kampung Batu
 







Rujukan:
- Infografik Bernama









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top