Showing posts with label Kronologi kes. Show all posts
Showing posts with label Kronologi kes. Show all posts

Zara Qairina Mahathir iaitu pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada 3 pagi, 16 Julai lalu.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.


Berikut adalah kronologi berkaitan kes ini:


16 Julai:

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada 3 pagi. Mangsa dilaporkan jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

17 Julai:

Zara Qairina disahkan meninggal dunia dan kemudiannya dikebumikan di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.

18 Julai:

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan memberi ruang kepada pihak terbabit menjalankan siasatan tanpa gangguan.

21 Julai:

Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat menggesa siasatan yang telus, adil dan saksama terhadap kematian anak perempuannya. Wanita itu mendedahkan kali terakhir melihat anak tunggalnya adalah semasa program gotong-royong sekolah pada 12 Julai.

28 Julai:

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan teliti sedang dijalankan daripada semua sudut. Beliau menggesa orang ramai untuk bertenang dan mengelakkan spekulasi.

30 Julai:

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud menafikan sebarang pembabitan dalam kes itu, sama ada oleh dirinya atau isteri, Cikgu Rosnih Nasir iaitu bekas pengetua sekolah yang berkhidmat dari 20 Mac hingga 22 November 2024, sebelum bersara. Beliau menyifatkan dakwaan yang dibangkitkan di Parlimen sebagai tidak berasas dan merosakkan reputasi.

31 Julai:

Polis mengesahkan mereka berada di peringkat akhir siasatan. Pesuruhjaya Jauteh Dikun berkata kertas siasatan diserahkan kepada Bukit Aman untuk semakan akhir sebelum dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Seramai 60 individu direkod keterangan.

1 Ogos:

Ibu Zara Qairina memohon mayat anaknya digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan, demi mendapatkan jawapan dan keadilan. Peguam diarah memulakan proses undang-undang bagi penggalian semula mayat.

6 Ogos:

Peguam yang mewakili ibu mangsa menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi, yang boleh menyebabkan tekanan kepada keluarga dan mungkin membawa kepada akibat jenayah.

AGC memulangkan laporan siasatan awal kepada pihak polis dengan arahan melengkapkan siasatan. AGC menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau berkongsi imej kanak-kanak yang didakwa terbabit kes itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memberi amaran bahawa penyebaran kandungan yang tidak tepat boleh menjejaskan siasatan dan menafikan keadilan.

7 Ogos:

Ibu Zara Qairina akan menyerahkan telefon bimbitnya yang mengandungi rakaman audio perbualan antara dirinya dan arwah anak perempuannya, kepada polis untuk membantu siasatan.

Kementerian Pendidikan membuat lebih 10 laporan polis berhubung penyebaran hantaran dan video yang mengelirukan berkaitan kes itu, dengan alasan kebimbangan terhadap potensi gangguan awam yang ditujukan kepada guru dan pelajar.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis untuk memastikan siasatan teliti. SKMM turut memberi amaran terhadap penyebaran maklumat tidak sahih.

Ibu Zara Qairina memberi keterangan di balai polis Sipitang.

Kementerian Pendidikan memberi jaminan kepada ibu bapa mengenai komitmen meningkatkan keselamatan di sekolah berasrama, dengan menyatakan bahawa 72 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negara ini kekal menjadi pilihan utama keluarga.

8 Ogos:

AGC memulangkan kertas siasatan kepada polis dengan mengarahkan tindakan lanjut termasuk penggalian semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.

9 Ogos:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus tanpa ada tolak ansur.

Prosedur bedah siasat dan menggali semula mayat pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir akan dilakukan dengan kadar segera oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Proses menggali semula mayat Zara Qairina bagi prosedur bedah siasat dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol.

Penggalian semula kubur mengambil masa lebih satu jam sebelum selesai pada 7.31 malam.

Jenazah Zara Qairina Mahathir dibawa ke Hospital Queen Elizabeth dan tiba pada 10.30 malam.

10 Ogos:

Proses bedah siasat bermula pada kira-kira 11 pagi.

Empat pakar patologi menjalankan bedah siasat termasuk pakar Perunding Patologi Forensik dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor.

Peguam, tiga polis turut memerhati proses bedah siasat Zara Qairina.

Peguam yang mewakili keluarga Zara Qairina menafikan jeritan meminta tolong dalam sebuah video yang tular di media sosial adalah suara arwah.

Peguam turut menafikan ada membuat kutipan sumbangan bagi membiayai yuran guaman.

Prosedur bedah siasat selesai sebelum jam 8 malam. 

11 Ogos:

Jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, selamat dikebumikan semula di tanah perkuburan sama jam 1.15 pagi.

Pengebumian semula jenazah Zara dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang mengambil masa selama setengah jam selepas prosedur bedah siasat dilakukan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE), selama lapan jam, semalam.

Selepas prosedur bedah siasat selesai, kenderaan yang membawa jenazah Zara meninggalkan HQE pada jam 9.20 malam dan tiba di tanah perkuburan di sini jam 12.41 tengah malam.

Walaupun hujan, ia tidak menghalang orang ramai termasuk keluarga dan kenalan Zara menunggu di sekitar kawasan perkuburan sehingga pengebumian selesai.

Klik untuk lebih jelas

Berkaitan Laporan Bedah Siasat Zara Qairina

Peguam, Shahlan Jufri berkata, Saya boleh beritahu perjalanan post-mortem sangat baik. Tidak ada unsur-unsur seperti yang di media sosial, seperti dakwaan ada 'tangan-tangan' tertentu, semua itu tiada.

"Saya sendiri lihat dan saksikan bagaimana arwah Zara diperiksa sehingga selesai, termasuk dengan semua prosedur yang diperlukan," katanya ditemui pemberita di pekarangan HQE, di sini, malam tadi.

Katanya, setelah proses bedah siasat siap, laporannya akan disediakan oleh pasukan forensik dan disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

Mengenai berapa lama laporan itu boleh disiapkan, beliau berkata, perkara itu tidak dapat ditentukan dengan tepat, namun paling lewat boleh sampai dua bulan.

"Kalau tanya proses itu berapa lama, saya tidak tahu dengan tepat. Biasanya, paling cepat atau paling minimum mungkin dalam tempoh tertentu, tetapi paling lambat mungkin dua bulan.

"Ini kerana ia membabitkan beberapa orang pakar dan semua pakar ini akan berbincang sebelum memuktamadkan post-mortem report itu," katanya.

Mengulas mengenai perjalanan bedah siasat, Shahlan berkata, beliau melihat sendiri doktor memeriksa jenazah arwah Zara secara menyeluruh.

"Di dalam bilik forensik, doktor itu saya tengok macam mana dia (jenazah arwah) diperiksa, diperiksa secara menyeluruh.

"Beberapa orang anggota polis juga masuk, tetapi yang masuk ke dalam bilik bedah hanya saya dengan pasukan forensik. Sebab memang itu keinginan keluarga arwah Zara.

"Saya berada di situ dari jam 11 pagi sampai jam 7.30 malam tadi. Kalau tanya berapa lama periksa post-mortem bagi keluarga, saya tidak pasti sebab bergantung kepada pihak berkaitan," katanya.

Beliau berkata, proses bedah siasat jenazah arwah Zara dijalankan empat orang pakar, termasuk Pakar Perunding Patologi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Dr Khairul Anuar Zainun.

Katanya, mereka dibantu jurufoto forensik dan jurufoto polis.

Selepas selesai bedah siasat, jenazah arwah Zara dihantar semula ke Sipitang untuk dikebumikan semula di lokasi yang sama.







Al-Fatihah buat Zara Qairina. Moga kes ini dapat pembelaan sewajarnya dan moga Allahyarham Zara Qairina ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.


Sumber:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/08/1431501/tiada-tangan-ghaib-ganggu-bedah-siasat-zara-qairina-laporan-paling

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/08/1250406/kronologi-kes-zara-qairina

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/08/1431509/jenazah-zara-qairina-selamat-dikebumikan-semula





Nidza Afham yang merupakan abang kepada penyanyi Aufahanie, 23 tahun, dilaporkan hilang selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang pada malam 13 Ogos 2024. Beliau meninggalkan rumah sekitar jam 7.45 malam menggunakan perkhidmatan e-hailing, InDrive dan sampai di Stadium Klang pada jam 8.17 malam.

Usaha mencari
Keluarga dan pihak berkuasa menjalankan usaha mencari, termasuk melaungkan azan di Jambatan Sungai Klang pada 3.31 petang oleh bapanya sebagai ikhtiar mengesannya.

Pada 14 Ogos 2024, mayat seorang lelaki
dewasa ditemui di sungai sekitar Jambatan Sungai Klang dan disahkan sebagai Nidza Afham oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Ditemui
Mayat mangsa ditemui oleh seorang pemancing yang kemudian segera melaporkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.

Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, di sini, pada 6.40 petang, 15 Ogos.

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Puncak. 

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Nidza Afham. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. 


Lirik lagu Rindu Setengah Mati - Nidza Afham (cover) - nyanyian asal D'Masiv


Aku ingin engkau ada di sini

Menemaniku saat sepi, menemaniku saat gundah

Berat hidup ini tanpa dirimu

'Ku hanya mencintai kamu, 'ku hanya memiliki kamu, oh


Aku rindu setengah mati kepadamu

Sungguh 'ku ingin kau tahu

Aku rindu setengah mati


Meski telah lama kita tak bertemu

'Ku selalu memimpikan kamu, 'ku tak bisa hidup tanpamu, oh


Aku rindu setengah mati kepadamu

Sungguh 'ku ingin kau tahu

Aku rindu setengah mati

Aku rindu


Aku rindu, hey


Aku rindu (setengah mati kepadamu)

Kurang keras suaranya!

(Sungguh 'ku ingin kau tahu)

(Aku rindu) Setengah mati, oh


Aku rindu setengah mati kepadamu

Sungguh 'ku ingin kau tahu

Aku rindu setengah mati


Aku rindu setengah mati kepadamu

Sungguh 'ku ingin kau tahu

Aku rindu setengah mati

Aku rindu



- Lagu-lagu lain Mencintaimu (Cover) 


Lagu Nidza Afham sendiri (single) 


Aufahanie dan abangnya Nidza Afham
Gambar: X aufaamokhtar


Sumber berita:

https://thereporter.my/kronologi-kes-nidza-afham-apa-yang-kita-tahu-setakat-ini/




Akhirnya, pada 23 Julai, Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Mari kita lihat bagaimana kes buli dan jenayah buli dan bunuh terhadap Zulfarhan Osman Zulkarnain ini terjadi!


Kronologi kes Zulfarhan Osman Zulkarnain 

Sebuah laptop hilang di UPNM. Khidmat bomoh digunakan untuk mengesan siapa pencuri laptop itu. Nama arwah disebut bomoh itu.

13 Mei 2017

Zulfarhan dipukul kali pertama di Bangunan Jebat, Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencuri komputer riba rakannya. Mangsa tak mengaku.

20 Mei 2017

Mangsa dipanggil pada jam 3.00 pagi ke bilik 4-10 Bangunan Jebat, Asrama UPNM untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer.

Mangsa menafikan tuduhan dan telah dipukul beramai-ramai oleh 20 hingga 30 orang pelajar menggunakan objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingga 11 pagi 21 Mei.

27 Mei 2017

Mangsa dalam keadaan lemah dibawa mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan persendirian di sebuah klinik swasta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Mangsa dibenarkan pulang dan perlu menjalani rawatan lanjut pada 31 Mei.

30 Mei 2017

Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh dua suspek yang membulinya.

1 Jun 2017

Mangsa meninggal dunia pada jam 9.10 malam di kondominium berkenaan sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis. Zulfarhan dihantar ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum kematiannya disahkan.

14 Jun 2017

Seramai 19 orang pelajar UPNM yang dipercayai terlibat dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. Kesemuanya mengaku tidak bersalah.

Bagaimanapun enam daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat membunuh. Mereka dituduh menggunakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman mandatori jika sabit kesalahan.

14 Ogos 2017

Perbicaraan kes sepatutnya diadakan ditunda pada 15 September 2017 setelah ditolak Jabatan Peguam Negara. Perbicaraan ini ditolak kerana representasi lima penuntut tidak lengkap.

.....

29 Januari 2018

Hari pertama perbicaraan di Mahkamah Tinggi namun tertuduh mengaku tidak bersalah.

23 Januari 2018. Perbicaraan disambung dan saksi terlibat iaitu rakan rapat Zulfarhan semasa di Sekolah Teknik Johor Bahru.

Saksi memberi keterangan seterika yang digunakan dalam kejadian adalah miliknya dan merupakan item utama dalam kes ini.

.....

Jun 2019

Mahkamah menetapkan 8 Julai 2019 sebagai tarikh mendengar hujah tentang pendakwaan 19 orang pelajar UPNM yang terlibat.

8 Julai 2019

Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Julai 2019 untuk keputusan kes.

31 Julai 2019

Seramai 18 orang penuntut UPNM yang berusia 25 tahun diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.

Keputusan dibuat Hakim, Datuk Azman Abdullah yang mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Pertuduhan terhadap enam tertuduh dibuat di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Baki 12 yang lain pula dibicarakan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Susulan itu, bapa Zulfarhan dilihat melakukan sujud syukur di luar kamar selepas mendengar keputusan hakim.

Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias yang dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan mangsa.

2 Oktober 2019

Mahkamah mengarahkan 18 dari 19 tertuduh dalam kes kematian Zulfarhan membela diri. Kes membela diri bermula di mana 20 saksi memberi keterangan.

.....

8 April 2021

Pembelaan menutup kes.

29 dan 30 September 2021

Penghujahan akhir kes pembelaan.

2 November 2021

Keputusan akhir dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah yang mana enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh.

Seramai 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut UPNM yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat.

Keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.

12 lagi tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham Zulfarhan dikenakan hukuman penjara tiga tahun.

.....

3 Januari 2024

Dalam satu temu ramah portal berita tempatan, ibu Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman menyatakan beliau bukan tidak reda namun tidak boleh terima cara arwah didera.

Malah sehingga ke saat itu beliau dan suami, Zulkarnain Idros trauma menggunakan seterika untuk menggosok pakaian mengenangkan penderitaan dilalui anak sulung mereka. Zulkarnain berkata, selepas kematian anaknya itu, beliau 'mengharamkan' keturunannya tidak kira anak atau cucu untuk memasuki UPNM.

14 Mei 2024

Timbalan Pendakwa Raya, Solehah Noratikah Ismail selaku responden dalam rayuan silang ini berkata, dapatan hakim Mahkamah Tinggi menyatakan berlaku kecederaan terhadap Zulfarhan menunjukkan ia dilakukan oleh perayu-perayu berkenaan.

Beliau menghujahkan bahawa, elemen pertuduhan telah dibuktikan, yang mana ia adalah berdasarkan kehilangan komputer riba sehingga menjurus kepada kejadian pukul.

Katanya, tiada sebarang percanggahan material yang menunjukkan keterangan melimpah ruah terhadap semua perayu, melibatkan kecederaan kepada Zulfarhan.

Bagi kes pemerasan pula, Zulfarhan dituduh mencuri dan kejadian mencederakan tubuh mangsa, berlaku bagi mendapatkan pengakuannya.

Mahkamah mendengar rayuan silang 12 orang pelaku yang menyebabkan kecederaan kepada Allahyarham Zulfarhan.

16 Mei 2024

Mahkamah menyampaikan keputusan terhadap rayuan 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

23 Julai 2024

Hukuman penjara 18 tahun ditolak, 6 tertuduh digantung sampai mati

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.

"Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak," kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.


Senarai nama tertuduh kes Zulfarhan:

1) Muhammad Akmal Zuhairi Azmal

2) Muhammad Azamuddin Mad Sofi

3) Muhammad Najib Mohd Razi

4) Muhammad Afif Najmudin Azahat

5) Mohamad Shobirin Sabri dan

6) Abdoul Hakeem Mohd Ali (mastermind) 

Lagi 12 tertuduh yang sebelum ini dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi, kini dihukum penjara 4 tahun. S 330 KK.

12 tertuduh ini masih belum dipenjarakan sebelum ini.


Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail menyifatkan kes Zulfarhan Osman merupakan satu kes yang bersifat jahat, zalim dan jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.

Terima kasih daripada rakyat Malaysia kepada panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan (gambar tengah) dan Hakim Datuk Azmi Ariffin kerana memberikan keadilan yang sewajarnya kepada keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman.




Adakah tertuduh kes Zulfarhan masih boleh merayu? 

Ada satu peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan lagi.

Kemudian permohonan untuk penggantian hukuman gantung.

Kemudian rayuan untuk Pengampunan Diraja.

Barulah tertuduh boleh digantung jika masih kekal hukuman gantung selepas selesai peringkat Pardon Board. 


Moga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Moga keluarga beliau sentiasa diberi ketabahan dan kekuatan. Al-Fatihah. 


..... 

Sumber berita: https://www.bharian.com.my/

https://x.com/kamarul14/

https://x.com/ZackAvaricious/


Gambar dan berita: https://www.hmetro.com.m

https://x.com/SinarOnline/










Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah pada 15 Julai 2024 yang sebelum itu dilaporkan hilang pada 10 Julai. 

Ini perkara yang anda perlu tahu: 

1. Nur Farah Kartini Abdullah, 25, bekas penuntut UPSI hilang 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa. 

2. Laporan polis dibuat hari yg sama mengenai kehilangan mangsa.

3. Operasi mengesan mangsa dilakukan, termasuk penyebaran gambar mangsa oleh kenalan. 

4. Misteri kehilangan Nur Farah akhirnya terjawab selepas mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada 6 petang Isnin.

5. Kali terakhir mangsa dilihat berpakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

6. Polis percaya mangsa dipercayai dibunuh individu dikenalinya. 

16 Julai

7. Timb. OCPD Hulu Selangor sahkan seorang lelaki, 26 tahun ditahan.

8. Suspek seorang penjawat awam direman selama 7 hari di Mahkamah Kuala Kubu Bharu bermula hari ini. 

9. Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yg membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

10. Jenazah Nur Farah Kartini dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sg Buloh dibedah siasat malam tadi.

12. Nur Farah Kartini anak bongsu dari 7 beradik. 

13. Menurut keluarga, Allahyarham nekad bekerja sambilan selepas tamat pengajian dari UPSI bagi membantu ibu dan neneknya di kampung. 

- Suspek yang ditahan dan reman adalah anggota polis, perkara itu disahkan 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan 

- Suspek seorang anggota polis yang bertugas di Perak

Suspek dibawa ke lokasi kejadian oleh polis. Beberapa kenderaan dilihat memasuki kawasan ini kira-kira jam 2.33 petang. 

Suspek memakai baju lokap berwarna oren dibawa keluar dari salah sebuah kenderaan. 

Setengah jam kemudian, suspek dibawa beredar. 

17 Julai

Operasi mencari bahan bukti dijalankan. Beberapa anggota Bomba Sukarela Felda Gedangsa dilihat tiba di lokasi kejadian.

Polis berjaya menemui telefon dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini di tali air di jalan Sri Kledang, Felda Gedangsa sebentar tadi.

Penemuan itu kira-kira jam 12.21 tengahari selepas hampir sejam penyelam menjalankan pencarian

18 Julai

● Polis sahkan keputusan hasil ujian sampel DNA yang diperoleh adalah milik Nur Farah Kartini.

● Jenazah Nur Farah Kartini dituntut keluarga dan dibawa keluar dari Hospital Sungai Buloh (HSB). Kenderaan milik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang membawa jenazah bergerak keluar diiringi kereta polis jenis Honda Civic pada jam 2.05 petang.

● Abang mangsa, Mohd Farriza Amir Abdullah, 28, memaklumkan jenazah akan disolatkan di Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis di Bentan, Pekan, Pahang. 

22 Julai

Kunci kereta dan dompet dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini ditemui.

Dua petunjuk baharu ini ditemui 11.20 pagi dan 12.20 tengahari tadi di lokasi kedua pencarian Sg Trolak, Kg Batu 4, Trolak Perak.

Pencarian di lokasi kedua telah dimulakan pada 18 Julai lalu. Ketika itu arus deras, serta paras air Sungai Slim yang tinggi menyukarkan operasi anggota penyelam. 

Dua kunci kereta dipercayai jenis Perodua dan Proton ditemui penyelam sekitar jam 11.20 pagi.

Lokasi penemuan kira kira 58 meter dari jambatan Sg Trolak. 

2. 5 meter dari lokasi penemuan kunci kereta, anggota penyelam sekali lagi berjaya menemui barangan dipercayai milik Allahyarham. 

Kali ini, dompet berwarna hitam terkandung kad pengenalan dan gambar passport dipercayai milik Allahyarham ditemui jam 12.20 tghari. 

24 Julai

Polis dah nak selesai dah buat kertas siasatan untuk kes pembunuhan Nur Farah Kartini 

Polis akan serah kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat

Selepas itu terserah kepada Pasukan Pendakwa Raya untuk membela arwah. 

26 Julai

Lans Koperal Muhammad Alif Monjani didakwa mengikut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan. 

Kes Farah Kartini akan disebut semula 30 Ogos 2024 di Mahkamah Kuala Kubu Bharu. 


Moga keadilan buat arwah. Al-Fatihah. 



Sumber:

https://x.com/FareezAzmann/

(Wartawan TV3) 












Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top