Showing posts with label kes buli. Show all posts
Showing posts with label kes buli. Show all posts



Akhirnya, pada 23 Julai, Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Mari kita lihat bagaimana kes buli dan jenayah buli dan bunuh terhadap Zulfarhan Osman Zulkarnain ini terjadi!


Kronologi kes Zulfarhan Osman Zulkarnain 

Sebuah laptop hilang di UPNM. Khidmat bomoh digunakan untuk mengesan siapa pencuri laptop itu. Nama arwah disebut bomoh itu.

13 Mei 2017

Zulfarhan dipukul kali pertama di Bangunan Jebat, Asrama Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana disyaki mencuri komputer riba rakannya. Mangsa tak mengaku.

20 Mei 2017

Mangsa dipanggil pada jam 3.00 pagi ke bilik 4-10 Bangunan Jebat, Asrama UPNM untuk disoal siasat berkaitan kehilangan komputer.

Mangsa menafikan tuduhan dan telah dipukul beramai-ramai oleh 20 hingga 30 orang pelajar menggunakan objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sehingga 11 pagi 21 Mei.

27 Mei 2017

Mangsa dalam keadaan lemah dibawa mendapatkan rawatan menggunakan kenderaan persendirian di sebuah klinik swasta di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Mangsa dibenarkan pulang dan perlu menjalani rawatan lanjut pada 31 Mei.

30 Mei 2017

Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh dua suspek yang membulinya.

1 Jun 2017

Mangsa meninggal dunia pada jam 9.10 malam di kondominium berkenaan sebelum pengawal keselamatan memaklumkan kepada polis. Zulfarhan dihantar ke Hospital Serdang dengan ambulans sebelum kematiannya disahkan.

14 Jun 2017

Seramai 19 orang pelajar UPNM yang dipercayai terlibat dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan. Kesemuanya mengaku tidak bersalah.

Bagaimanapun enam daripada mereka dituduh membunuh dan bersubahat membunuh. Mereka dituduh menggunakan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan mendapat hukuman mandatori jika sabit kesalahan.

14 Ogos 2017

Perbicaraan kes sepatutnya diadakan ditunda pada 15 September 2017 setelah ditolak Jabatan Peguam Negara. Perbicaraan ini ditolak kerana representasi lima penuntut tidak lengkap.

.....

29 Januari 2018

Hari pertama perbicaraan di Mahkamah Tinggi namun tertuduh mengaku tidak bersalah.

23 Januari 2018. Perbicaraan disambung dan saksi terlibat iaitu rakan rapat Zulfarhan semasa di Sekolah Teknik Johor Bahru.

Saksi memberi keterangan seterika yang digunakan dalam kejadian adalah miliknya dan merupakan item utama dalam kes ini.

.....

Jun 2019

Mahkamah menetapkan 8 Julai 2019 sebagai tarikh mendengar hujah tentang pendakwaan 19 orang pelajar UPNM yang terlibat.

8 Julai 2019

Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Julai 2019 untuk keputusan kes.

31 Julai 2019

Seramai 18 orang penuntut UPNM yang berusia 25 tahun diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman.

Keputusan dibuat Hakim, Datuk Azman Abdullah yang mendapati pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Pertuduhan terhadap enam tertuduh dibuat di bawah Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Baki 12 yang lain pula dibicarakan di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Susulan itu, bapa Zulfarhan dilihat melakukan sujud syukur di luar kamar selepas mendengar keputusan hakim.

Hanya seorang tertuduh bebas mutlak iaitu Muhammad Akmal Akif Alias yang dilepaskan tanpa dipanggil membela diri bagi pertuduhan mencederakan mangsa.

2 Oktober 2019

Mahkamah mengarahkan 18 dari 19 tertuduh dalam kes kematian Zulfarhan membela diri. Kes membela diri bermula di mana 20 saksi memberi keterangan.

.....

8 April 2021

Pembelaan menutup kes.

29 dan 30 September 2021

Penghujahan akhir kes pembelaan.

2 November 2021

Keputusan akhir dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah yang mana enam tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat membunuh.

Seramai 12 yang lain pula didapati bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun ke atas enam penuntut UPNM yang didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat.

Keenam-enam tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika disabitkan bersalah.

12 lagi tertuduh yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Allahyarham Zulfarhan dikenakan hukuman penjara tiga tahun.

.....

3 Januari 2024

Dalam satu temu ramah portal berita tempatan, ibu Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman menyatakan beliau bukan tidak reda namun tidak boleh terima cara arwah didera.

Malah sehingga ke saat itu beliau dan suami, Zulkarnain Idros trauma menggunakan seterika untuk menggosok pakaian mengenangkan penderitaan dilalui anak sulung mereka. Zulkarnain berkata, selepas kematian anaknya itu, beliau 'mengharamkan' keturunannya tidak kira anak atau cucu untuk memasuki UPNM.

14 Mei 2024

Timbalan Pendakwa Raya, Solehah Noratikah Ismail selaku responden dalam rayuan silang ini berkata, dapatan hakim Mahkamah Tinggi menyatakan berlaku kecederaan terhadap Zulfarhan menunjukkan ia dilakukan oleh perayu-perayu berkenaan.

Beliau menghujahkan bahawa, elemen pertuduhan telah dibuktikan, yang mana ia adalah berdasarkan kehilangan komputer riba sehingga menjurus kepada kejadian pukul.

Katanya, tiada sebarang percanggahan material yang menunjukkan keterangan melimpah ruah terhadap semua perayu, melibatkan kecederaan kepada Zulfarhan.

Bagi kes pemerasan pula, Zulfarhan dituduh mencuri dan kejadian mencederakan tubuh mangsa, berlaku bagi mendapatkan pengakuannya.

Mahkamah mendengar rayuan silang 12 orang pelaku yang menyebabkan kecederaan kepada Allahyarham Zulfarhan.

16 Mei 2024

Mahkamah menyampaikan keputusan terhadap rayuan 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang dihukum penjara tiga tahun kerana mencederakan Zulfarhan mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.

23 Julai 2024

Hukuman penjara 18 tahun ditolak, 6 tertuduh digantung sampai mati

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula tuduhan bunuh terhadap mereka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.

"Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak," kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.


Senarai nama tertuduh kes Zulfarhan:

1) Muhammad Akmal Zuhairi Azmal

2) Muhammad Azamuddin Mad Sofi

3) Muhammad Najib Mohd Razi

4) Muhammad Afif Najmudin Azahat

5) Mohamad Shobirin Sabri dan

6) Abdoul Hakeem Mohd Ali (mastermind) 

Lagi 12 tertuduh yang sebelum ini dijatuhkan hukuman 3 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi, kini dihukum penjara 4 tahun. S 330 KK.

12 tertuduh ini masih belum dipenjarakan sebelum ini.


Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail menyifatkan kes Zulfarhan Osman merupakan satu kes yang bersifat jahat, zalim dan jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.

Terima kasih daripada rakyat Malaysia kepada panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Hakim Mohamed Zaini Mazlan (gambar tengah) dan Hakim Datuk Azmi Ariffin kerana memberikan keadilan yang sewajarnya kepada keluarga Allahyarham Zulfarhan Osman.




Adakah tertuduh kes Zulfarhan masih boleh merayu? 

Ada satu peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan lagi.

Kemudian permohonan untuk penggantian hukuman gantung.

Kemudian rayuan untuk Pengampunan Diraja.

Barulah tertuduh boleh digantung jika masih kekal hukuman gantung selepas selesai peringkat Pardon Board. 


Moga Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Moga keluarga beliau sentiasa diberi ketabahan dan kekuatan. Al-Fatihah. 


..... 

Sumber berita: https://www.bharian.com.my/

https://x.com/kamarul14/

https://x.com/ZackAvaricious/


Gambar dan berita: https://www.hmetro.com.m

https://x.com/SinarOnline/











Dengan adanya media sosial, semakin banyak perkongsian, pendapat dan luahan yang dapat kita baca. Perkembangan semasa begitu cepat tersebar. Terpulang pada kita mahu percaya atau tidak. Mahu terima atau enggan. Kebelakangan ini tiga perkara ini begitu diperkatakan. Jadi saya memilih ruangan ini untuk memperkatakannya sedikit sahaja.

Drama Andainya Takdir di TV3

Saya rasa ramai menontontonnya. Sehingga menjadi bual mulut (percakapan) ramai dan trending di twitter. Adaptasi kisah benar, dan dilakonankan dengan penuh jiwa oleh para pelakonnya, cerita yang mengisahkan lelaki yang mempunyai cemburu melampau dan suka cari sendiri alasan pasangannya curang yang sebenarnya tiada (dinamakan: othello syndrome), dan isteri yang bertahan walaupun begitu teruk dibelasah kerana rasa sayang dan percaya masih ada harapan (dinamakan: stockholm syndrome). Lebih menarik emosi penonton adalah orang di sekitar watak itu. Sikap yang terlalu menyibuk hal orang sehingga tak perasan hal sendiri. Dan budaya menghasut (batu api) dan mengumpat yang mampu menggugat masyarakat sebenarnya. Kisah ini begitu realiti dan asli. Mungkin kerana itu ia berjaya menarik ramai mengikuti perkembangannya.

Antara pelakon dalam cerita ini adalah Syukri Yahaya, Nina Iskandar, Balqis, Sheila Mambo dan ramai lagi.

Klik untuk: Menonton andainya takdir online

- Antara pendapat yang menarik:


Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, ad-Daruqutni. Hadits ini dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ no:3289).

Isu liberal: tudung dan wuduk 

Tiba-tiba sahaja isu tudung dibangkitkan. Hujah tentang aurat dan tudung boleh dibaca di facebook Firdaus Wong Wai Hung & Ulasan saudara Muhammad Yusof.

Wuduk pula memang banyak sangat air membazir, namun sunnah tiga kali untuk meratakan anggota badan yang berkenaan. Isunya kena atau tidak. Ya, sekali sudah bersih cukup, namun lebih menyakinkan dan tiga kali Nabi buat, kita ikut dapat pahala insya-Allah.


Liberal bermaksud menekankan hak peribadi dan kesamarataan peluang. Namun bagi fahaman liberal barat dan sesetengah pejuang liberalisme, ia mungkin berbeza. Malah liberalisme mempunyai aliran-aliran yang pelbagai. Manakala islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri ,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam. (Rujuk: https://fastnote.wordpress.com).
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.(QS. Al-Maaidah (Al-Maidah) [5] : ayat 87).

Kes buli

Kes Zulfarhan dan T. Nhaveen begitu menyentuh emosi kita. Buli, begitu menjadi-jadi kebelakangan ini. Buli bermaksud: mengasari orang lemah dengan tujuan atau maksud menunjukkan kekuatan masing-masing.

Kes Zulfarhan Osman: Pada awal Jun lalu dilaporkan  jenazah penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang meninggal dunia selepas mengalami kecederaan dipercayai akibat didera (dipercayai dengan seterika), selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru. (Sumber)

Update Terkini: 
Lima penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM, didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh pegawai kadet laut universiti itu, Mei lalu. Seorang lagi penuntut UPNM didakwa bersubahat membunuh mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, yang juga pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik universiti itu. Kes ini akan disebut semula pada 14 Ogos 2017. (Sumber)

Kes T. Nhaveen: Nhaveen dilaporkan dipukul oleh sekumpulan lelaki berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh, Jalan Kaki Bukit, George Town. Remaja itu dipukul sehingga menyebabkan dia mengalami mati otak dan pemeriksaan hospital mendapati duburnya turut terkoyak dipercayai akibat kemasukan objek keras. Sewaktu kejadian, beliau bersama rakannya, namun rakannya cedera dan sempat melarikan diri.

Update Terkini:
Empat lelaki termasuk dua daripadanya remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret George Town, hari ini atas tuduhan membunuh seorang remaja lelaki, T. Nhaveen, 9 Jun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid. (Sumber)

*****

Moga dipermudahkan buat mereka yang diuji. Dan biar nanti jawapan terungkai. Insya-Allah.

Moga kita semua dipelihara jiwanya dan menjaga hati orang lain juga. Hidup adalah sementara, jadi tuntutlah ilmu baik-baik dan amalkan dengan cara yang Tuhan redha. Insya-Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan kebenaran karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum membuatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah karena ia lebih mendekati ketakwaan.”
- (Al-Maidah ayat 8)







Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top