Lirik lagu Tujuh Nasihat - Siti Nurhaliza ft Kmy Kmo & Luca Sickta | 20 Februari 2020, penyanyi nombor satu negara; Siti Nurhaliza muncul dengan lagu baru berjudul Tujuh Nasihat (7 Nasihat). Lagu itu ciptaan ‘rapper’, komposer dan penerbit yang semakin meningkat naik iaitu pasangan duo Kmy Kmo dan Luca Sickta (turut popular dengan lagu Gong Nekara, Nekad & Zuhud - ft M.Nasir) yang turut membuat penampilan istimewa dalam lagu ini.
Kmy Kmo dan Luca Sickta yang memperjuangkan muzik hip hop berkonsepkan ritma atas puisi cukup dikenali dengan karya ciptaan yang sarat dengan tradisi kemelayuan dari segi bunyi dan bahasanya.
Bertunjangkan konsep sama, 7 Nasihat berpaksikan kepada elemen muzik kemelayuan dan bait-bait lirik turut melambangkan kesantunan orang Melayu dalam memberi kritikan sosial menggunakan bahasa kiasan.
Menurut Kak Rozi, 7 nasihat itu terdiri daripada 3 Nasihat daripada Luca Sickta + 3 Nasihat daripada Kmy Kmo + 1 Nasihat daripada Siti Nurhaliza sendiri.
Single ini juga bertujuan untuk mengubat kerinduan peminat Siti sebelum muncul dengan album penuh pada April depan. 7 Nasihat adalah terbitan Siti Nurhaliza Productions dengan kerjasama Universal Music Malaysia ini boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini.
Lirik lagu 7 Nasihat - Siti Nurhaliza ft Kmy Kmo & Luca Sickta
Lirik lagu Nekad - Kmy Kmo & Luca Sickta (The Seventh Flower OST) | Selepas lagu Gong Nekara, gandingan mantap Kmy Kmo & Luca Sickta muncul pula dengan lagu Nekad yang menjadi OST The Seventh Flower.
Lirik lagu Nekad - Kmy Kmo & Luca Sickta (The Seventh Flower OST)
*Pre Chorus*
Tapak-tapak makan hari tunggu masa putus tali,
Biar luar kaki ayam dalam berbekalkan taji,
Lepas purnama mengambang naik merah itu pasti,
Mahu ikut nafsu sama atau sambung tidur lagi,
*Chorus*
Taji nak dituju,
Perlukan aturan,
Tak nak salah hala pekaka yang dihunuskan,
Tidur ku bertapa, Berlayar satu dekad,
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad,
Jadi nekad, Jadi Nekad,
Bila cukup lapar semua jalan jadi nekad, ( ulang 2x ),
( Kmy Kmo )
Sedekad dah belayar,
Berbakul trapi dah dihadap,
Bagaikan kudrat sepuluh gajah meresap masuk tuk mengadap,
Adaptasi sejengkal sarap,
Permudahkan kau ke perangkap,
Emosi si nafsu nafsi lahap,
Adap asal yang dah ke arab,
Aku rabiah daripada Enam,
Bawa rabiah dalam Bunga Tujuh,
Aku tarbiah siapa berani pejam,
Dengan tarbiah ramai kena suluh mamai miang buluh perindunya Ramai dilibas bak badai Buluh tumpat sadai,