Showing posts with label Mimifly. Show all posts
Showing posts with label Mimifly. Show all posts




Langkah sudah diperkemas

Niat sudah diperhalus

Cakap hias dan berkias

Adab tinggi kekal tulus


Dayung sudah di tangan sayang

Perahu di air sudah

Biar putih tulang sayang

Jangan sekali putih mata 


CHORUS

Terbang tinggi tinggi

Tinggi lagi

Dari pangkal ke hulu

Awanan jadi saksi

Ahaa.. 

Terbang tinggi tinggi

Sekali lagi

Perkasa jiwamu

Jadi bintang di langit

Ahaa... 


Rempuh, tawan, tempuh, lawan

Suara hati jadi bekalan

Apa ada di mata minda

Galas sampai jadi kenyataan


Dayung sudah di tangan sayang

Perahu di air sudah

Biar putih tulang sayang

Jangan sekali putih mata


CHORUS 

Terbang tinggi tinggi

Tinggi lagi

Dari pangkal ke hulu

Awanan jadi saksi


Terbang tinggi tinggi

Sekali lagi

Perkasa jiwamu

Jadi bintang di langit

Ahaa


(Aman Ra)

Hidup tak kerana kau

Mati tak kerana sumpah


Hendak berjuang


Adat periuk berkerak


Adat lesung berdedak


Hendak berwang


Bertentang muka


Menghadap kawan


Jangan sampai berkeris


Bercekak pinggang


Menghadap lawan

Jangan sampai mengemis


Jika tiada
 tangan diikat di langit

dan kaki dipasak di bumi


Maka tiada perlu
mengoyak langit


dan menterbalikkan bumi


Yang berat sama diangkat


Hanya bersama yang
sebangsa denganku


Yang jauh sama diperdekat hanya bersama yang
 selangkah denganku


Dayung sudah di tangan sayang

Perahu di air sudah

Biar putih tulang sayang

Jangan sekali putih mata


CHORUS

Terbang tinggi tinggi

Tinggi lagi

Dari pangkal ke hulu

Awanan jadi saksi


Terbang tinggi tinggi


Terbang tinggi tinggi

Sekali lagi

Perkasa jiwamu

Jadi bintang di langit




*****



Antara sumber: shahbanaherman4329



TEMBERANG

Tak payah tak payah nak temberang
Berbolak balik berdolak dalik, lidah bercabang
Apa kau fikir ku budak budak tak cukup garam?
Kau memang suka jaga tepi kain orang
Makin dilayan makin meliar

Meludah ke langit, muka sendiri basah
Jangan jadi langau ha ha di ekor gajah
Duduk tinggi tinggi, orang direndah rendah
Silap silap, buruk muka cermin dibelah

Temberang kaki temberang
Temberang kaki temberang

bukan nak temberang
buat apa ku suka tak kacau orang
Aku berdendang daga-ding daga-dang
Semua tengok tepuk tangan

Cantik (ewah)
Molek (ewah)
Lawo (ewah)
Baik (Iye!)
Takkan tengok je dik
Haaaa bak singgit

Meludah ke langit, muka sendiri basah
Jangan jadi langau ha ha di ekor gajah
Duduk tinggi tinggi, orang direndah rendah
Sudah sudah, buruk muka cermin dibelah

Temberang kaki temberang
Temberang kaki temberang



 


Kau Sahabat
Kau Kekasih
Aku Ucapkan
Terima Kasih

Ada Suka
Ada Duka
Oh Perjalanan
Masih Panjang

Tak Ingin Melawan Arus
Ku Rela Terapung
Dalam Cintamu

Ku Doakan Yang Terbaik
Ku Serah Segala
Di Tanganmu

Selamat Tinggal
Beratnya Rasa
Jangan Lupa
Memori Kita

Selamat Tinggal
Datang Purnama
Kita Renung
Bulan Bersama

Jika Ada
Terkasar Bahasa
Terambil Hati
Terguris Rasa

Maafkanlah
Manusia Ini
Yang Tak Sempurna
Berjiwa Muda

Tak Ingin Berkata-Kata
Selesa Di Dalam
Pelukanmu

Selamat Tinggal
Beratnya Rasa
Jangan Lupa
Memori Kita

Selamat Tinggal
Datang Purnama
Kita Renung
Bulan Bersama

Pejamkanlah Mata
Bila Rindu Menjelma
Sejauh Mana Kita Berpisah
Hati Ini Tak Akan Lupa

Selamat Tinggal
Beratnya Rasa
Jangan Lupa
Memori Kita

Selamat Tinggal
Datang Purnama
Kita Renung
Bulan Bersama

Selamat Tinggal
Selamat Tinggal
(Moga Bercanda Lagi)



Sumber: https://kanvasdakwat.blogspot.com/2025/06/lirik-lagu-sahabat-mimifly.html




 




Gedebang gedebung (3)

Terpecah perut lenggang lenggok


Dah bergema suara takbir

Tiba sudah hari raya

Adik abang lekas siap

Tolong bonda masak serba lengkap


Ohhhh

Bagai serai kita serumpun

Bagai sirih tersusun


Ada ketupat ada rendang

Nasi himpit dan kuah kacang

Kuih muih sudah terhidang

Kita jemput sekampung datang

Duit raya di dalam sampul

Adik beradik sama berkumpul

Ada bunga api ada mercun

Biar meletup, pom pom pom pom!


Pak Long menyakat

Mak Long melatah

Adik terpeleot

Sedapkan? Ya ya ya ya


Mak Su membawang

Menghiris bawang

Mata bergenang

Sakitkan? Ya ya ya ya


Pak Tam lenguh perah santan

Adik sibuk nak berdandan

Sibuk nak raya

Siapa nak raya

Ging gang ging guli guli wacha


Hooo

Bagai serai kita serumpun

Bagai sirih tersusun

Hooo

Di hari raya kumohon ampun

Sama-sama berhimpun


Ada ketupat ada rendang

Nasi himpit dan kuah kacang

Kuih muih sudah terhidang

Kita jemput sekampung datang


Duit raya di dalam sampul

Adik beradik sama berkumpul

Ada bunga api ada mercun

Biar meletup, pom pom pom pom!










Aku sudah tidak percaya padamu lagi

Lebih baik engkau segera angkat kaki

Aku sudah tidak percaya padamu lagi

Lebih baik engkau segera angkat kaki


Ayyyy

Kau berlagak berlagak pandai

Sengih sengih macam sang keldai

Mulut mungil rupanya murai

Sibuk nak ikut perangai syai***


Biar berlubang terlebih subang

Biar sumbing jangan kau sumbang

Jangan bergebang gedebung gedebang

Nanti terjatuh ke dalam longkang


Dah terhantuk baru tengadah

Cubalah beringat 

Sekarang nasi dah jadi bubur 

Cubalah beringat

Kau telefon aku tak ANGKAT

Ingat jangan tak ingat

Sepuluh kali bila mengukur

Sekali saja dikerat


Aku sudah tidak percaya padamu lagi

Lebih baik engkau segera angkat kaki

Aku sudah tidak percaya padamu lagi

Lebih baik engkau segera angkat kaki


Ayyyyy,

Diam diam,

Salah orang dicari cari

Salah sendiri dikemam kemam

Depan depan takda pun bunyi


Rah

Mengata di belakang

Rah

Sebab masih dibelakang

Rah

Jerat leher sendiri

Belum bertarung sudah pun kecundang


Ya

Bila masuk panggung ramai panas punggung

Bara bara boom bara boom boom

Ya

Ramai ramai tonton mana tak terpegun

Ini memang siaran langsung

Ya

Mana? mana lagi?

Mana lagi cun tapi tak macam ni

Ya

Dan Aku tak peduli

Ya

Senyum tapi berduri


Aku sudah tidak percaya padamu lagi

Lebih baik engkau segera angkat kaki

Aku sudah tidak percaya padamu lagi

Lebih baik engkau segera angkat kaki











Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top