Showing posts with label Naufal Isa. Show all posts
Showing posts with label Naufal Isa. Show all posts

 

✍️ JOM SOLAT LYRICS : 





Ingatlah ibu ayah selalu berpesan 

Solat jangan pernah ditinggalkan 

AI…jom solat, AI…jom Zohor, AI…jom Asar, Maghrib, ‘Isya dan Subuh 


Orang solat Allah suka 

Orang malas Allah murka 

Lima waktu bukanlah beban 

Janganlah cari alasan 


Rabighfirli warhamni wajburni,

Warfa’ni warzuqni wahdini wa‘afini waqfuanni


Rasul utusan bawa berkat 

Islam datang bersama rahmat 

Untuk selamat dunia akhirat 

Solat jangan tak buat 


Rabighfirli warhamni wajburni,

Warfa’ni warzuqni wahdini wa‘afini waqfuanni


Ya! Tuhanku 

Ampuniku kasihiku 

Tutuplah aibku 

Angkatlah darjatku 

Kurniakanku rezeki 

Berikan pentunjuk

Juga kesihatanku







BILA SUDAH JATUH CINTA


Hati mana tak berbunga

Disapa cinta dari-Nya

Bila terbit rasa sesal berdosa


Hati mana tak gembira

Bila dilabuhkan rasa

Ingin bersendirian bersama-Nya


Rasa ini tanda cinta-Nya

Bagi semua sang pencinta

Adilkah cinta bertepuk sebelah tangan saja?


Bila sudah jatuh cinta

Tiada yang lebih sengsara

Jika hati mula menjauhi cinta-Nya

Kerana pernah ku terasa indah cinta-Nya

 

Mengapa harus mencari

Cinta yang sedia ada?

Carilah hambatan yang menghalangnya


Hancur semua hambatan itu

Penuhilah relung hatiku

Cinta nan indah tak terjangkau di gapaian mata


Bila sudah jatuh cinta

Rindu tak lagi bermakna

Bukankah rindu hanya untuk yang tiada?

Kerana di hatiku sudah hadir cinta-Nya












Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top