Perjalanan masih jauh menuju hatimu, Hingga tak terasa kehadiranku. Biarpun kau begitu, Usiaku setia menunggu. Kerna ku mahu kau jadi milikku.
Perasaan masih aku merindui kamu, Hingga tuhan selalu mendengar namamu. Biarpun kau begitu, Masih aku setia menunggu. Hingga kau mahu menjadi milikku.
Dipisah lautan dunia namun cintaku tetap ada dan bergelora, Untuk menjadi cahaya bahagia hidupmu. Biarpun kau begitu, Masih aku setia menunggu. Kerna ku mahu, Hingga kau mahu, Menjadi milikku.
Lirik lagu Menunggu - Orkes A.Hizadin ft Ainina Hasnul | Orkes A Hizadin bergandingan dengan Ainina Hasnul untuk lagu Menunggu. Buat kalian yang menunggu Orkes A Hizadin selama ini. Terimalah lagu ini sebagai simbolik penantian kita berdua. Lagu MENUNGGU adalah salah satu daripada 6 track lagu di dalam album Orkes A Hizadin VOL 2 #OrkesVol2.
Lirik lagu Menunggu - Orkes A.Hizadin ft Ainina Hasnul
Penulisan ini bukan satu ulasan, cuma pengenalan dan perkongsian ringkas sahaja. Dengan kemunculan begitu banyak kumpulan artis baru serta indie band yang mewarnai dunia hiburan kita, seolah-olah jiwa industri kita begitu bertenaga dan terisi. Saya fokuskan kali ini pada 4 kumpulan ini terlebih dahulu, namun saya akan kongsikan pautan lagu-lagu indie band terbaru dan artis lain di penulisan lain kelak. Moga diizinkan. Apapun jom kenali mereka!
Orkes A Hizadin
Sekumpulan anak muda yang memainkan muzik bergenre rock alternatif. Vokalisnya bernama Amirudin Hizadin. Seorang yang telus, berani dan tenang dalam menyampaikan lagu-lagunya. Lagu Kejayaan telah mula kedengaran di corong-corang radio. Namun lagu lainnya seperti Merajuk, dan Rezeki juga tidak kurang menariknya!
Siapa Kugiran Masdo? Kugiran MASDO! tiba-tiba diperkatakan ramai. Ramai anak-anak muda begitu teruja dengan kumpulan ini seperti di awal kemunculan Hujan dahulu. Albumnya laku keras dan "kenduri "(persembahan mereka) dikunjungi ramai. Mereka adalah sebuah band yang memainkan musik Pop berasaskan musik 60-an dan digubah mengikut citarasa masa kini. Antara lagu menarik kumpulan ini adalah Bunga, Teruna Dan Dara, Kecundangdan Ratu Hati.
Ditubuhkan awal tahun 2015. MASDO! dianggotai oleh 4 orang iaitu, AliSariah (vokal/gitar), Azham Ahmad @ Ambobzeela (drummer), PutuCeri (bass/bv) dan Mawi (gitar). Sebelum ini, kugiran ini lebih dikenali dengan nama The Lipstik. Tetapi selepas rombakan ahli kumpulan, AliSariah sebagai ahli utama dalam band The Lipstik telah membuat keputusan untuk menukarkan nama The Lipstik kepada MASDO! (Diinspirasikan daripada filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu filem Do Re Mi). Muzik mereka pula berinspirasi daripada band seperti The Last Shadow Puppets, Arctic Monkeys, The Changcuters, The Wonders dan pelbagai lagi. (sumber: https://tapau.tv)
Oceanlights ditubuhkan pada 2014. Sebuah band Alternative Rock dari Shah Alam yang dianggotai oleh 5 orang anak muda ini (Arif selaku vokalis utama), yang merupakan bekas pelajar-pelajar jurusan muzik di sebuah institusi awam dan minat mereka yang mendalam terhadap muzik menjadi salah satu faktor utama kumpulan ini ditubuhkan. Kumpulan ini telah mengeluarkan single pertama mereka ‘Teratas’. Mereka juga ada lagu bertajuk Pulang. Kini tampil dengan lagu terbaru, Ini Cinta.
Coraband, Indie/Experimental rock band yang berasal dari Shah Alam ini, bermula dengan lima orang (kini 4), ditubuhkan sejak 1 Januari 2013. Terdiri daripada Muhammad Fariq Johari [Fariq], Kayrol Najmi [kayrol], Raja Mohd Farizal dan Khairul Izwan [Pap] yang datang dengan idea baru untuk memulakan band indie-rock secara serius. Ada yang mungkin memanggil mereka sebagai band rock moden, tetapi bagi Cora, mereka mempunyai pandangan yang berbeza mengenai seni dan muzik; segala-galanya tentang Cinta, Tuhan, Keluarga dan Planet Bumi. Kini telah pun muncul dengan album pertama! Antara lagu mereka adalah, Bahagia Itu Sederhana dan Sari-sari.
Menarik bukan mereka semua? Banyak lagi sebenarnya kumpulan yang berbakat dan mempunyai lagu-lagu menarik, anda pasti akan jumpa kalau cari (terutamanya di event yang melibatkan kumpulan muzik).
Jika mahu mendengar akustik persembahan pelbagai lagu-lagu indie band: Boleh ke youtube Kamar Seni Studio - Kamar Seni Studio
Jika mahu dengar lagu-lagu alternatif atau indie band yang lain boleh layari radioonline MyKampusradio: https://www.mykampusradio.com/.
Untuk sebarang aktiviti / persembahan nyanyian boleh jenguk twitter: @alambunyian.