Artikel sebelum ini saya ada menulis tentang Kugiran Masdo, Orkes A Hizadin, Oceanlights & Coraband. Kali ini saya senaraikan beberapa band indie yang lain serta lagu popular mereka. Jika ada pembetulan atau penambahan, boleh tulis di ruangan komen, terima kasih. Senarai lain lagu band indie (underground / atau mungkin dah ke mainstream):
Kumpulan Insomniacks terdiri daripada 4 orang anak muda yang meminati muzik iaitu Syed Mir Iqbal (Iqie) selaku vokalis dan gitaris utama, Wan Arif Iskandar (Iskandar, pemain bass & vokal), Gavin Wong (Gav, pemain dram) dan Ahmad Danial (Dan, pemain gitar ritma). Insomniacks Band ini terlebih dahulu dikenali dengan lagu Selalu yang menjadi OST drama bersiri adaptasi Korea berjudul My Coffee Prince.
Selepas klip video lagu Pulang mereka mendapat sambutan, Pulang seterusnya telah dijadikan drama web (bersiri) yang dilakonkan oleh anggota kumpulan Insomniacks sendiri bergandingan dengan Siti Hajjar selaku heroin. Boleh ditonton di channel Youtube rasmi Insomniacks (kesemuanya ada 8 episod): Insomniacks MY.
Lirik lagu Pulang - Insomniacks
Kenangan yang telah berlalu takkan kulupa
Hanya engkau yang aku mahu sudah tentu
Kisah cintaku bersamamu tidak sempurna
Walau apa pun kita tetap akan bersama
Hariku lebih indah pabila kau ada
Kumenunggu kau pulang...
Pulang sekarang...
Kurindu wajahmu
Senyuman manismu sayang
Hanya kau pemilik hatiku
Tiada yang dapat
Mengatasi cinta kita apa adanya
Hariku lebih indah pabila kau ada
Kumenunggu kau pulang...
Pulang sekarang...
Kurindu wajahmu
Senyuman manismu sayang
Pabila
Bila kau tiada
Kurenung gambarmu
Menunggu sampai kau tiba
Where
Where did you go
I’ve got so much to say
So you can’t go..go...go
Tak bisa kupercaya
Yang kau sudah tiada
Kutakkan menerima
Kenyataan
Kisah kita
Tolong...
Tolonglah pulang
Kurindu wajahmu
Senyummu yang sudah hilang
Pulang...
Pulang sekarang
Kurindu wajahmu
Senyuman manismu sayang
Pabila
Bila kau tiada
Kurenung gambarmu
Menunggu sampai kau tiba
*****
Lagu ciptaan: Iqie, Iskandar, Danial & Gavin
Lirik ciptaan: Iqie, Danial, Damilia & Iskandar
SamSonS adalah sebuah nama yang dipilih oleh lima anak muda yang terdiri daripada Irfan Aulia (gitar), Aldri Dataviadi (bass), Erik Partogi (gitar), Chandra 'Konde' Christanto (drum) dan Bambang 'Bams' Reguna (vokal) pada hari Isnin, 14 Julai 2003 sebagai nama sebagai nama band mereka. Menurut bahasa Hebrew nama SamSonS itu berarti “Man of The Sun.” Harapan di sebalik nama itulah yang membuat kelima anak muda tersebut sepakat dan yakin memilih nama SamSonS sebagai nama band mereka dengan tekad yang besar, kuat, bersahaja dan dapat menyinari dunia menerusi karya-karya muzik mereka.
Setelah 7 tahun dan menghasilkan 3 album, akhirnya pada akhir tahun 2010, Bams memutuskan untuk berpisah dengan SamSonS. Tempatnya digantikan oleh seorang vokalis asal Banjarmasin yang bernama Ariadinata, yang ditemukan oleh SamSonS melalui ujibakat tertutup pada akhir tahun 2011. Bersama Ariadinata, SAMSONS telah menghasilkan sebuah album bertajuk 'Perihal Besar', yang diancarkan secara rasmi pada November 2013.
Penulisan ini bukan satu ulasan, cuma pengenalan dan perkongsian ringkas sahaja. Dengan kemunculan begitu banyak kumpulan artis baru serta indie band yang mewarnai dunia hiburan kita, seolah-olah jiwa industri kita begitu bertenaga dan terisi. Saya fokuskan kali ini pada 4 kumpulan ini terlebih dahulu, namun saya akan kongsikan pautan lagu-lagu indie band terbaru dan artis lain di penulisan lain kelak. Moga diizinkan. Apapun jom kenali mereka!
Orkes A Hizadin
Sekumpulan anak muda yang memainkan muzik bergenre rock alternatif. Vokalisnya bernama Amirudin Hizadin. Seorang yang telus, berani dan tenang dalam menyampaikan lagu-lagunya. Lagu Kejayaan telah mula kedengaran di corong-corang radio. Namun lagu lainnya seperti Merajuk, dan Rezeki juga tidak kurang menariknya!
Siapa Kugiran Masdo? Kugiran MASDO! tiba-tiba diperkatakan ramai. Ramai anak-anak muda begitu teruja dengan kumpulan ini seperti di awal kemunculan Hujan dahulu. Albumnya laku keras dan "kenduri "(persembahan mereka) dikunjungi ramai. Mereka adalah sebuah band yang memainkan musik Pop berasaskan musik 60-an dan digubah mengikut citarasa masa kini. Antara lagu menarik kumpulan ini adalah Bunga, Teruna Dan Dara, Kecundangdan Ratu Hati.
Ditubuhkan awal tahun 2015. MASDO! dianggotai oleh 4 orang iaitu, AliSariah (vokal/gitar), Azham Ahmad @ Ambobzeela (drummer), PutuCeri (bass/bv) dan Mawi (gitar). Sebelum ini, kugiran ini lebih dikenali dengan nama The Lipstik. Tetapi selepas rombakan ahli kumpulan, AliSariah sebagai ahli utama dalam band The Lipstik telah membuat keputusan untuk menukarkan nama The Lipstik kepada MASDO! (Diinspirasikan daripada filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee iaitu filem Do Re Mi). Muzik mereka pula berinspirasi daripada band seperti The Last Shadow Puppets, Arctic Monkeys, The Changcuters, The Wonders dan pelbagai lagi. (sumber: https://tapau.tv)
Oceanlights ditubuhkan pada 2014. Sebuah band Alternative Rock dari Shah Alam yang dianggotai oleh 5 orang anak muda ini (Arif selaku vokalis utama), yang merupakan bekas pelajar-pelajar jurusan muzik di sebuah institusi awam dan minat mereka yang mendalam terhadap muzik menjadi salah satu faktor utama kumpulan ini ditubuhkan. Kumpulan ini telah mengeluarkan single pertama mereka ‘Teratas’. Mereka juga ada lagu bertajuk Pulang. Kini tampil dengan lagu terbaru, Ini Cinta.
Coraband, Indie/Experimental rock band yang berasal dari Shah Alam ini, bermula dengan lima orang (kini 4), ditubuhkan sejak 1 Januari 2013. Terdiri daripada Muhammad Fariq Johari [Fariq], Kayrol Najmi [kayrol], Raja Mohd Farizal dan Khairul Izwan [Pap] yang datang dengan idea baru untuk memulakan band indie-rock secara serius. Ada yang mungkin memanggil mereka sebagai band rock moden, tetapi bagi Cora, mereka mempunyai pandangan yang berbeza mengenai seni dan muzik; segala-galanya tentang Cinta, Tuhan, Keluarga dan Planet Bumi. Kini telah pun muncul dengan album pertama! Antara lagu mereka adalah, Bahagia Itu Sederhana dan Sari-sari.
Menarik bukan mereka semua? Banyak lagi sebenarnya kumpulan yang berbakat dan mempunyai lagu-lagu menarik, anda pasti akan jumpa kalau cari (terutamanya di event yang melibatkan kumpulan muzik).
Jika mahu mendengar akustik persembahan pelbagai lagu-lagu indie band: Boleh ke youtube Kamar Seni Studio - Kamar Seni Studio
Jika mahu dengar lagu-lagu alternatif atau indie band yang lain boleh layari radioonline MyKampusradio: https://www.mykampusradio.com/.
Untuk sebarang aktiviti / persembahan nyanyian boleh jenguk twitter: @alambunyian.
Pada Disember tahun lalu (2017) kumpulan Old Automatic Garbage atau lebih popular dikenali sebagai OAG ini menyambut ulang tahun ke 25 dalam industri muzik tempatan. OAG antara band terawal yang berkecimpung dalam arena muzik “underground” pada awal tahun 1990an. Kemuncak kegemilangan OAG ialah apabila mereka telah mencipta rekod penjualan album Inggeris tempatan paling laku dalam sejarah industri muzik iaitu sebanyak 75,000 unit.
Kini OAG muncul dengan lagu baru Snowball dan lagu Sentuhan (nyanyian asal Desire)! Jom kita dengarkan.
Lirik Lagu OAG - Sentuhan
Pilu menyentuh hati
Aku dikejutkan oleh sentuhan cinta luka
Bagaikan taufan kau hempas cintaku
Sehingga aku terapungan
Sentuhan cintamu sayang
Panasnya membakar di hati
Hari-hari yang berlalu menyentuh sepi
Aku rindu sentuhan cintamu
Aku rindu sentuhan cintamu
Aku masih begini terkenang dirimu
Tiada pernah aku membenci
Bagaikan pantai sepi merindukan sentuhan ombak
Begitulah kasihku padamu sayang
Aku rindu sentuhan cintamu
Aku rindu sentuhan cintamu
Aku masih begini terkenang dirimu
Tiada pernah aku membenci
Bagaikan pantai sepi merindukan sentuhan ombak
Begitulah kasihku padamu sayang
Aku rindu sentuhan cintamu
Aku rindu sentuhan cintamu
*****
Lirik lagu Snowball - OAG
Please please please
Oh let me know
Is there any love nest
Inna between us?
Please please please
Oh let me show
The nu_manifesto
Inna circle us
Oh
please no
Dont' go
Oh
please slow
Don't blow
Now is the right time
for us to grow
You...
wanna be happy (happy happy)
and I just wanna agree
To love you
Why
snowball's on your face
Why
snowball's on your chest
Why snow's balling
in your hey Daze
Why
Snowball's on your face
Why
snowball's on your chest
Why snow's balling
in your hey Daze
*****
OAG pada awal kemunculannya sekitar tahun 1992 dianggotai oleh empat orang anak muda iaitu Radhi (vokalis), Qi Razali (dram), Ivan (gitar), dan Lam (bass). Beberapa tahun berlalu, kini mereka kekal dengan Qi Razali (dram), Muhamad Nizam (guitar - sejak 2005), Nazrin Zabidi (bass), Izmer Khasbullah (keyboard) serta terkini ada anggota baru; Amal (gitar / backing vocals). Perjalanan seni OAG bermula menerusi lagu 60’s TV daripada album sulung mereka pada 1994 dan terus menorak langkah mencipta nama di arus perdana (sumber: http://dimensinews.com.my).