Showing posts with label PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI. Show all posts
Showing posts with label PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI. Show all posts



Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19. Geran Khas PRIHATIN disediakan kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

Sistem permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) akan dibuka kepada orang ramai mulai jam 9 pagi mulai 1 Mei 2020.
Permohonan Geran Khas PRIHATIN boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my)

Melalui HASiL Live Chat, disediakan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

"Selain itu, melalui media sosial rasmi LHDNM, iaitu Facebook - https://www.facebook.com/LHDNM, Twitter https://twitter.com/LHDNMofficial," kata LHDN.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas dengan melayari portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my atau klik pada pautan soalan lazim/soal jawab (FAQ) GKP di http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/FAQ_GKP_1.pdf.

Siapakah yang layak memohon Geran Khas PRIHATIN? 

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020. Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020, dan akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.





Pertama sekali saya berterima kasih kepada saudara Mohd Amir Farhan yang sudi berkongsi cara bagaimana untuk memohon untuk mengeluarkan wang melalui akaun 2 KWSP (I-Lestari). Baik berikut adalah cara-caranya. Pertama sekali perlulah ada akaun KWSP (I-Akaun).
Untuk pengetahuan, mengikut PRE yang diperkatakan baru ini, wang akaun 2 KWSP ini boleh dikeluarkan secara maksimum berjumlah RM 500 sebulan, selama 6 bulan. Kira RM 500 bulan ni, bulan depan RM 500 lagi, begitulah - sampai 6 bulan. Tiada syarat duit kita ada berapa dalam tu. Cuma cukuplah dengan mengikut syarat asal.

KEMASKINI: Sekarang boleh buat akaun KWSP (i-Lestari secara dalam talian sahaja, mudah bukan?). Jadi sebelum mengeluarkan duit KWSP akaun ni, jom buat akaun dulu bagi yang belum!


Sumber: Facebook KWSP

Cara keluarkan duit KWSP Akaun 2 (i-Lestari)

1. Pergi ke laman web KWSP (https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login). Ada app juga.

2- Dah log in, tekan dekat option atas tu belah kanan.


3- Tekan new application.

4 - Tekan pada withdraw type



5- Pilih i-Lestari



6 - Tekan pada (x)


7 - Massukkan jumlah amount RM500


8 - Kemaskini detail anda



9 - Klik


10 - Pada kotak tu, bla TAC dah dpt,mskn dlm tu dan hantar



11- sUBMIT DAN HANTAR





Jika tiada akaun KWSP, kena mohon dulu:

- (KLIK) Download dulu borang ahli untuk memohon pendaftaran i-akaun

Atau boleh rujuk: https://blog.maukerja.my/ms/23353/Ini-Cara-Buat-Pendaftaran-i-Akaun-Melalui-Email-Panduan-Isi-Borang-Pengeluaran-i-Lestari

Jika ada soalan lain berkaitan KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/faq-i-lestari


--- Rujukan asal, dengan izin: @mohdamirfarhan


Cara Tebus 1GB Internet Percuma Yang Diumumkan Kerajaan Selama Tempoh PKP bermula 1 April 2020 (Untuk Pengguna Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, ONEXOX, Tune Talk, YooDo). 8 pagi hingga 6 petang setiap hari.
  • Celcom – Penebusan Tidak Diperlukan
  • Maxis – Perlu Ditebus Setiap Hari
-Aplikasi MyMaxis – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
-Aplikasi MyMaxis Biz – Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
-Aplikasi Hotlink RED – Klik banner utama –> pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi tab ‘Shop’
  • UMobile – Daftar & Terima Secara Automatik
*118*6*7# untuk pengguna prabayar
*118*7*6# untuk pengguna pascabayar
  • Digi – Internet dan Panggilan Percuma
Tebus data melalui aplikasi MYDIGI
  • YooDo – Tiada Had Penggunaan
  • Unifi Mobile – Pas Hotspot 999GB
  • TuneTalk – Hantar SMS & Data Diaktifkan Secara Automatik
Akaun perlu aktif (Tambah nilai & dapatkan kredit tambahan sebanyak 20%)
SMS STAYHOME dan hantar ke talian 2222
Notifikasi akan dihantar untuk setiap pengaktifan yang berjaya.
  • ONEXOX – Hantar SMS & Data Diaktifkan Secara Automatik
Tebus melalui aplikasi ONEXOX BLACK atau redeem USSD *150#


Sumber: 
Selamat menggunakannya secara bermanfaat!








Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top