Showing posts with label covid-19. Show all posts
Showing posts with label covid-19. Show all posts

Kes positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan atau isolasi selama 5 hari dari tarikh bermula gejala. Kes juga dinasihati untuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak, dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.

Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan. 




Sumber:

https://twitter.com/KKMPutrajaya/







 Berikutan Sidang Media Berhubung Situasi Semasa COVID-19 yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi dikongsikan lima (5) strategi kesiapsagaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menghadapi peningkatan kes COVID-19



Sidang Media KKM YB Dr. Dzul 18/12


1. Tiada PKP

2. Tiada arahan wajibkan Dos Penggalak⁠

3. Tidak perlu scan MySejahtera 

4. Pakai Mask untuk yang bergejala. 

5. KKM berharap kita akan menghadapi situasi ini (kes Covid mendadak) tanpa perlu mengulangi sekatan seperti PKP⁠




Doktor,betul ke wap air bunga cengkih boleh merawat covid?

Salah seorang follower Dr. Ahmad Samhan bertanya memandangkan ramai berkongsi info bunga cengkih boleh merawat covid.


Ada juga yang sebarkan video dimana dikatakan kes covid di India semakin menurun setelah rakyatnya mengamalkan khasiat bunga cengkih.

Bunga cengkih, atau cloves adalah rempah ratus yang biasa kita gunakan dalam masakan.

Bunga cengkih mengandungi Eugenol merencat enzim 5- lipoxygenase. Enzim ini bertanggungjawab dalam penghasilan leukotrienes yang merupakan mediator pelbagai penyakit berkaitan keradangan.

Ini bermakna wap air dari bunga cengkih sangat bagus untuk mengurangkan keradangan dan melegakan simptom seperti batuk, sakit tekak dan selsema.

Tetapi, bunga cengkih TAK BOLEH merawat covid mahupun asma.

Setelah menghidu wap air atau minum air rebusan bunga cengkih, simptom memang akan kurang dan hilang tetapi virus covid masih ada.

Bagi pesakit covid, kalian boleh minum air rebusan bunga cengkih untuk melegakan sakit tekak dan batuk tetapi tak boleh matikan virus covid tersebut.

Cara yang betul adalah pesakit covid perlu dikuarantin untuk elak penyebaran kepada orang sekeliling dan pantau simptom.

Jika keadaan semakin teruk, segera dapatkan rawatan di hospital.

Tolong sebarkan info ini di group-group whatsapp agar ramai yang tak salah faham tentang info bunga cengkih.

Dr. Ahmad Samhan


Pautan asal: twitter: @DoktorSamhan


------

P/S: Selain bunga cengkih, lemon juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk hilangkan sakit tekak dn seumpamanya. Semoga cepat sihat buat semua. 

MAKLUMAT BERKENAAN SINDROM POST COVID (LONG COVID)



Pada 18 Disember 2020, The National Institute for Health and Care Excellence (NICE), United Kingdom telah mengeluarkan satu garis panduan mengenai Long COVID atau dikenali sebagai Sindrom Post Covid.

Sindrom ini merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit COVID-19 masih menunjukkan gejala-gejala bagi tempoh 12 minggu @ lebih dan gejala² tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif.

Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu. Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit COVID-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Post COVID. Menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh KKM melibatkan 1,004 pesakit dari kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan, didapati 66 peratus daripada pesakit ini mengalami Sindrom Post COVID.

Antara lima (5) simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit COVID-19 adalah kelesuan (fatigue), kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnea), sukar tidur malam (insomnia), batuk (cough) dan kegelisahan (anxiety).

Sehingga kini, rawatan yang ditawarkan adalah berdasarkan simptom yang dipamerkan pesakit (symptomatic relief) dan fungsi tubuh yang terlibat. Rujukan kepada bidang kepakaran yang berkaitan akan dilakukan bagi memastikan pesakit mendapat rawatan klinikal yang optimum.

Kajian klinikal akan terus dijalankan bagi memahami dan mengenalpasti kesan Sindrom Post COVID dan ianya akan dimaklumkan kepada masyarakat dari semasa ke semasa.

Oleh itu, pesakit-pesakit COVID-19 yang didiscaj dari hospital akan diberikan temujanji rawatan susulan dan mereka diingatkan untuk hadir mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Manakala bagi bekas pesakit COVID-19 masih mempunyai gejala, dinasihatkan mendapatkan nasihat perubatan & rawatan di klinik @ hospital berhampiran. Ini penting bagi mengekalkan tahap kesihatan bekas pada tahap terbaik & mengurangkan sebarang komplikasi jangka panjang.

Oleh itu, adalah amat penting untuk menjaga diri kita dan ahli keluarga kita supaya kekal terlindung daripada bahaya COVID 19 dan mendaftar untuk mendapatkan vaksin agar dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit COVID-19 yang serius.

Ini kerana kesannya boleh berpanjangan & mengurangkan kualiti hidup serta produktiviti seseorang. Harus diingatkan bahawa golongan muda adalah merupakan kumpulan utama warga kerja bagi pelbagai sektor di negara kita. Golongan muda sihat adalah kunci kepada produktiviti negara.



 
Perhatian, selepas disahkan posif c-19 & telah tamat kuarantin anda TIDAK perlu mengulang melakukan sample swab semula.

Jangan buang masa dan duit anda. Virus mungkin masih ada, tetapi ia TIDAK lagi boleh membiak dan tidak lagi menyebabkan penularan.

Gejala yang masih ada seperti batuk, selsema dan badan lesu selepas tamat tempoh kuarantin biasa berlaku. Memang orang akan pandang apabila anda batuk batuk dalam pejabat, tetapi anda tidak lagi menyebabkan penularan jangkitan.
 

 
Selepas dijangkiti C-19, ramai yang mengaku berasa penat dan cepat letih. Ini adalah kerana kesan parut yang ditinggalkan oleh jangkitan.

Lakukan senaman ini untuk kembalikan fungsi dan kapasiti paru paru ke tahap optimum. Ia juga mampu membuat anda lebih tenang dan membantu untuk mengurangkan gejala anxiety.
 
Moga kalian dan kita semua terus dipermudahkan, sihat, kuat, jaga diri dan pemakanan. Insya-Allah.

-------


Sumber:

Bermula 1 April 2022, aktiviti solat jemaah di masjid/surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal. Walaubagaimanapun, pelaksanaan tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri. Dalam ertikata lain tak semua negeri memberi kebenaran atau menggunakan SOP yang sama, boleh rujuk Jabatan Agama Islam negeri masing-masing. 



FASA PERALIHAN KE ENDEMIK akan bermula 1 April 2022 ini. 

🕌 Seterusnya, Ramadan pula bakal menjelang dan kita semua sedia maklum, virus COVID-19 masih berada di sekeliling kita.

Mereka yang berumur 60 tahun ke atas serta yang mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan kematian akibat COVID-19. Lindungi mereka, pastikan mereka mengambil dos penggalak.

✔️ Amalkan semua ingatan tentang langkah-langkah kesihatan yang telah dikeluarkan oleh KKM.

✨ Semoga kita semua dapat menjalani fasa peralihan ke endemik dan menyambut bulan Ramadan yang mulia dengan penuh keberkatan dan rasa selamat.

Dekat Wilayah dan KL
Di Perak
Di Selangor
Selain beberapa negeri di atas, negeri-negeri lain juga ada yang sudah membenarkan rapatkan saf. Alhamdulillah.

PUISI
(H1N1/Covid)


Hari semalam,
ketidakhadiranmu tidak pernah diteladani

Hari ini,
kau berbisik menggegar kalbu kami

Kau mula mengusik saudara-mara kami seisi,
Kau beri tanda untuk dirasai,
Kau mampu buat kami lemah sendi,

Kau.. Pergilah dari sini,
Pelbagai manhaj kami selongkari,
Untuk kau nyah dan tak hadir lagi,

Dengan rasa raja' kami benci kau disini,
Kami iringi zikrullah di hati,
Kami pinta kami tabah melalui

Mendengar tentangmu di duniawi,
Jiwa mula khauf kami akui kelemahan diri,

Jika diduga cara begini bertubi ,
Berbekal istiqamah, kami pohon ampun Ya Rabbi!


Risau dapat tahu kawan-kawan demam, rasa sedih jika kejiranan kalian ada yang terkena H1N1/COVID-19 (mahupun simptom), jaga diri baik-baik tau! Sakit makin ubat, jangan takut makan ubat, jumpa doktor, Nanti-nanti kalian makin mengusarkan hati tersayang- jadi, jaga dan doa sama-sama.


Ini pembunuh senyap covid!
Tahu tak apa itu Happy Hypoxia?
Happy bukan maksudnya gembira?

Hypoxia pula bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

Kenapa dipanggil Happy Hypoxia?

Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah.

Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas. 

Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini. 

tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia. Jadi, bagaimana ingin mengesan Happy Hypoxia? Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter(gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.



*****

Bantu saya sebarkan dalam semua platform media sosia tentang info ini agar kes kematian di rumah disebabkan Covid-19 takkan berlaku lagi. Saya jemput semua untuk join channel telegram saya. Dalam ini, saya banyak kongsikan ilmu kesihatan dan kecemasan secara PERCUMA.

Lebih 80,000 yang dah join. Mereka semua dah banyak belajar. Rugi tak join!

Klik t.me/drsamhan Jom singgah juga di tiktok saya untuk dapatkan tips tips yang bermanfaat! Klik




-----


Tamat sudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 4 Mei 2020 dan berakhir 9 Jun lalu (selama 37 hari).  10 Jun 2020 pula merupakan hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Tempoh PKPP adalah pada 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020. Banyak sektor dah mula dibuka secara berperingkat dan ramai orang telah mula bekerja. Untuk rekod: Hari pertama PKPP merupakan hari ke-85 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu secara keseluruhan.

*Boleh klik pada gambar-gambar di bawah untuk lebih jelas.

Apa yang berubahnya ketika PKPP ini?

• Rentas negeri dibenarkan

Sumber
• 10 Jun 2020 - Kedai Gunting Rambut / Salon dibenarkan

• 15 Jun 2020 - Pasar pagi, Pasar malam, Pasar Tani, Bazar dibenarkan (berperingkat mengikut kelulusan negeri masing-masing dan perlu ikut SOP).

 SOP KEDAI GUNTING RAMBUT DAN SOP PASAR
Sumber

• Solat Aidiladha mengikut keluasan masjid dibenarkan, perlu ikut SOP. Ini masih lagi ada penambahbaikan.

Baru-baru ini, Menteri Pendidikan mengumumkan sekolah akan dibuka untuk pelajar SPM, SVM, STPM, STAM pada Rabu 24 Jun 2020 ini.

Perlu ikut SOP, jaga jarak dan waktu rehat pun berperingkat. Makanan akan dibungkus dan makan dalam kelas dalam pemantauan guru.

 SOP PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

Untuk PROSEDUR OPERASI STANDARD atau Standard Operating Procedure (SOP) sektor lain boleh jenguk twitter: https://twitter.com/MKNJPM atau telegram rasmi Majlis Keselamatan Negara: https://t.me/MKNRasmi. 
Moga dipermudahkan urusan semuanya. Insya-Allah. Alhamdulillah, sikit saja lagi, kita pasti menang. Teruskan patuhi peraturan, dan ingat kita kena terus jaga kita. Terima kasih semua barisan hadapan kita! Kini kita kena terus berjuang, untuk sama-sama!


YAB Perdana Menteri pada 10 Mei 2020 mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Ini bermakna, semua peraturan dan Standard Operational Procedure (SOP) yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB sebelum ini akan kekal berkuat kuasa menjelang Syawal 1441H.

YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyarankan umat Islam supaya menyambut Hari Raya Aidilfiri pada tahun ini secara sederhana pada hari raya pertama di rumah masing-masing sahaja dengan menangguhkan sambutan berbentuk tradisi.

Justeru, Kit Panduan Sambutan Aidilfitri Di Rumah Semasa PKPB ini disediakan sebagai panduan umum kepada umat Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah masing-masing denga amalan-amalan yang dituntut dalam syariat Islam.

1. TAKBIR RAYA


2. ZAKAT FITRAH
3. MANDI
4. PAKAIAN TERBAIK

5. MAKAN
6. UCAPAN


7. CARA SOLAT SUNAT AIDILFITRI

Untuk video: https://www.youtube.com/watch?v=WaxFAg72Kvg&feature=youtu.be






PANDUAN KHUTBAH HARI RAYA



ZIARAH KUBUR



DISEDIAKAN OLEH:


PAUTAN ASAL SOLAT RAYA & KHUTBAH UNTUK DOWNLOAD (pdf): Kit panduan sambutan aidilfitri di rumah semasa Covid 19


- PAUTAN UNTUK PANDUAN SOLAT SUNAT RAYA - JAIS: https://drive.google.com/file/d/1PC2n8KiU7E_4hEbqpjHWzW3dVGnVx1VH/view


 Berikut adalah senarai SOP perlaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat terawih dan solat sunat Aidilfitri yang perlu dipatuhi masjid, surau Solat Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan dan empat negeri di bawah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam.
  • Melaksanakan jarakan sosial di dalam dan luar masjid 
  • Jarak antara ahli jemaah adalah satu meter dan wajib memakai penutup hidung dan mulut 
  • Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga jarakan 
  • Jemaah menghidap penyakit kronik, warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di  bawah umur 15 tahun, tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid
  • Semua jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah  masing- masing ke masjid
  • Jemaah hendaklah terus bersurai dalam keadaan tenang; 
  • Tidak dibenarkan berkumpul di dalam atau luar masjid, selesai solat
Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menggariskan saranan tambahan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri, seperti berikut:
  • Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah 
  • Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat 
  • Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa
  • Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang 
  • Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran 
  • Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan 
Sumber: BERNAMA - https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1841678

UNTUK NEGERI PERAK:  
 
Berikut senarai garis panduan bersyarat bagi pelaksanaan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri sepanjang PKPB seperti yang dikeluarkan oleh MAIPK:

  1. Hanya dihadkan 12 orang jemaah bagi satu-satu masjid termasuk imam dan khatib.
     
  2. Pengerusi Jawatankuasa Kariah hendaklah mengenal pasti, dan menetapkan bahawa jemaah yang dibenarkan hadir terbatas kepada kalangan Ahli Jawatankuasa Kariah dan Pegawai masjid/surau.
     
  3. Warga yang berusia lebih daripada 60 tahun untuk hadir berjemaah tidak digalakkan.
     
  4. Setiap jemaah hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran.
     
  5. Mengambil wuduk sebelum hadir ke masjid dan membawa sejadah masing-masing.
     
  6. Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema tidak dibenarkan hadir.
     
  7. Mereka yang mempunyai sejarah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah, dan sebagainya, juga tidak dibenarkan hadir.
     
  8. Jawatankuasa Kariah Masjid dan surau diri Jumaat dibenarkan untuk menggunakan pembesar suara luar semasa bacaan teks khutbah dan takbir untuk manfaat ahli-ahli kariah di sekitar masjid dan surau.
     
  9. Tempoh masa bermula azan, khutbah hingga selesai Solat Jumaat, begitu juga tempoh mula bertakbir hingga selesai khutbah Solat Aidilfitri di dalam masjid dan surau dihadkan tidak melebihi 20 minit.
     
  10. Penyusunan saf dan kedudukan dalam masjid atau surau diri Jumaat hendaklah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
     
  11. Para jemaah hendaklah bersurai dan tidak mengadakan sebarang jamuan makan minum di masjid/surau selepas selesai urusan Solat Sunat Aidilfitri.
     
  12. Teks khutbah hendaklah ringkas dan padat, dengan masa penyampaian tidak melebihi 10 minit, disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK).
Sumber:  http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkpb-kebenaran-solat-jumaat-dan-aidilfitri-di-perak-ini-garis-panduan-perlu-diikuti-242904

*****

Panduan umum SOP untuk masjid dan jemaah:

PROSEDUR SOLAT JEMAAH DI MASJID & SURAU DALAM TEMPOH PKPB
# Merangkumi solat Jumaat, jemaah setiap waktu, sunat Tarawih & Aidilfitri
# Masjid dan surau dalam zon hijau
# Tertakluk kelulusan pihak berkuasa agama negeri
# Adanya kawalan oleh polis dan penguat kuasa agama

Tanggungjawab pengurusan masjid & surau
# Sediakan kaunter periksa suhu badan & sanitasi tangan
# Ambil rekod maklumat kehadiran jemaah
# Arah jemaah pulang jika gagal bawa kad pengenalan
# Dapatkan kerjasama polis dan penguat kuasa agama
# Patuhi SOP ditetapkan MKN dan KKM
# Sanitasi ruang solat, kawasan sekitar, tandas & tempat wuduk sebelum & selepas solat
# Had penggunaan tandas mengikut jumlah bilik yang ada
# Jumlah 3 hingga 30 jemaah setiap sesi solat tidak termasuk imam
# Satu sesi solat jemaah setiap waktu sahaja
# Pintu masjid dibuka sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selesai solat

Tanggungjawab setiap jemaah
# Bawa kad pengenalan setiap kali hadir
# Berwuduk di rumah
# Bawa sejadah sendiri ke masjid
# Wajib memakai pelitup muka
# Pastikan penjarakan sosial ketika berada dalam dan luar masjid
# Jarak 1 meter di antara jemaah ketika solat
# Penghidap penyakit kronik dan warga emas berusia lebih 70 tahun dilarang hadir
# Kanak-kanak bawah usia 15 tahun tidak dibenarkan hadir

Sumber - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/688832/prosedur-solat-berjemaah-perlu-diketahui-pengurusan-masjid-jemaah 

Gambar:  https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/691817/1050-masjid-di-sabah-ada-solat-jumaat


Kali ini twitter Kewangan Graduan kongsikan pautan/potal atau laman web bayar zakat online untuk negeri-negeri di Malaysia.

Ini mungkin kali pertama kiita membayar Zakat Fitrah melalui portal, selalunya bayar melalui Amil yang dilantik. Sebab COVID-19, ambil pendekatan bayar secara atas talian. Lagipun rekod Zakat boleh dilihat semula di Portal PPZ (cara biasa tiada rekod dalam portal dan hanya dapat resit sahaja).

Untuk pengetahuan semua, hukum sah bayaran zakat 2 sahaja sebenarnya. Niat dan berlaku perpindahan harta. Pembayaran online zakat dah bermula sejak awal tahun 2000 lagi.

Lafaz Akad Fitrah:
- Diri Sendiri 
- Diri dan Tanggungan 
- Bagi Pihak Kalau bayar melalui Portal ni, 
Niat Bayar Zakat berbeza mengikut tangungan. 1 org = "bagi diriku" 2 org / lebih = "bagi diri dan tanggunganku"

Orang yang makan beras premium/mahal, mereka sepatutnya membayar jumlah Zakat Fitrah yang lebih tinggi berdasarkan 2.6kg beras yang mereka makan.

 
Sebelum itu: Kalau nak bayarkan zakat fitrah bagi pihak ayah, mak, kena MINTA IZIN terlebih dahulu. Lai-lagi kalau mereka masih ada pendapatan. Jika berkemampuan, fitrah ibu dan adik-adik masih tanggungjawab bapa. Mohonlah izin dari beliau. Kalau tak, ia jadi sekadar sedekah sahaja. 


Di bawah ini disertakan laman web untuk bayar zakat online mengikut negeri:
 
WILAYAH PERSEKUTUAN
 i. Portal PPZ fitrah.zakat.com.my 
ii. Perbankan Internet (14 bank) 
iii. PayHalal payhalal.my/bayarzakat 
iv. Portal MyEG 
v. Pos Online 
vi. Aplikasi e-dompet Boost
SELANGOR
i. Portal eZakatPay fpx.zakatselangor.com.my/v2/ 
ii. Aplikasi e-dompet GoPayz 
iii. Aplikasi e-dompet Boost 
iv. Perbankan Internet (9 bank) 
v. Portal MyEG vi. Pos Online

PERAK
- http://ezakat.maiamp.gov.my/v4/
NEGERI SEMBILAN
i. Portal Pembayaran Zakat zakatns2u.biz/fitrah/ 
ii. Aplikasi PBMaiNS MAINS 
iii. SnapNPay snapnpay.my/pay/NSNFITRAH/ (Aplikasi pun ada) 
iv. Portal MyEG 
v. JomPay (Biller code: 76497)
MELAKA
i. Zakat Melaka pay2.izakat.com/online_payment 
ii. QR Pay (Perbankan Mudah Alih i-Muamalat atau Bank lain yang telah melancarkan DuitNow QR)
JOHOR
i. Zakat Johor Online Payment epayment.maij.gov.my 
ii. FAST PAY fitrah.maij.gov.my 
iii. Johor Online Payment onlinepayment.johor.gov.my 
iv. SnapNPay snapnpay.my/pay/JHRFITRAH/ (Aplikasi pun ada)
PAHANG
i. Zakat Pahang ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/ 
ii. SnapNPay snapnpay.my/pay/PHGFITRAH/ (Aplikasi pun ada)
KELANTAN
i. e-Zakat Payment e-maik.my/v2/index.php/m 
ii. QRCode / QRPay 
iii. Perbankan Internet (16 bank) 
iv. SnapNPay snapnpay.my/pay/MAKFITRAH/ (Aplikasi pun ada)
PERLIS
****
 
Kaedah pembayaran Zakat Fitrah Negeri selebihnya boleh rujuk adalah di bawah:

Boleh juga cuba membuat pembayaran melalui: 
- SnapNPay snapnpay.my/zakat (ada 11 Negeri, yang tiada hanya Melaka, Kedah dan Selangor). 
- Aplikasi e-dompet Boost (Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kedah)

Terdapat lima waktu pembayaran zakat fitrah
Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal

Kadar zakat fitrah (rujukan: https://semakanonline.com/kadar-zakat-fitrah-malaysia/)




Sekian, selamat dan tahniah kerana menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.

Ini untuk mengetahui laman web negeri lain untuk membayar zakat:
- https://twitter.com/drzul_albakri/status/1252147041955790849
- https://twitter.com/acaiijawe/status/1254668433863524352

Untuk pelbagai tips dan maklumat berkaitan ekonomi dan kewangan terkini boleh mengikuti telegram Kewangan Graduan - https://t.me/KewanganGraduan.







Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top