Rasululllah S.A.W Bersabda: Sebaik-baik manusia ialah yang bemanfaat di antara mereka daripada manusia . (Riwayat At-Tabrani)
Apabila belayar ke lautan kenangan, pasti hati sedikit tercuit. Paling mengharukan diri Anem, malah agak geli hati apabila melibatkan ketinggian Anem (lebih kurang 148cm atau 149cm begitulah).
DI BUTIK
Pernah sewaktu umur masuk 20an, Anem pun baru melangkah ke alam universiti, cita-cita nak bergaya itu cukup kuat. Emak yang beketinggian 160cm itu, mengajak ke butik Firs* ****. Sampai di sana. Kami meninjau-ninjau. Lantas Emak bertanya kepada gadis yang bekerja di situ.
"Dik, baju saiz dia ada tak?"
"Oh, baju untuk kanak-kanak ada kat luar, tu kak,"
Tanpa befikir si Chantek itu berkata kepada ibuku! "Agaknya usia akak lagi tua dik" - kubebicara dalam hati.
Sejak itu, tak kira, di mana outlet mereka pun, jika ingin membeli, mungkin tudung, pin sahaja di situ, cukup! Baju? Jubah? - wallahua'lam , mungkin one day kelak. Hakak terasa okay! Hehe.
TEKSI
Belum habis lagi - baru-baru ini, Anem menaiki teksi ke tempat kerja.
Driver itu bersahaja bertanya, "Dik, ni ponteng sekolah ke, ni?"
Allah hai.
BAS
Satu ketika, dalam bas masa balik kerja:
Konduktor tu bersahaja usha-usha awek yang sebaya Anem di belakang.
Sewaktu Anem hampir turun bas, dia tegur Anem pula,
"Cuti sekolah tak habis lagi ya, dik?" ^^
Itu belum lagi diminta pass pelajar walaupun dah habis belajar (Jangan buat ni!).
Kelebihan wujud dalam banyak perkara.
Tapi bila Anem 'make-up, touch-up sikit-sikit', tanggalkan spek,
di internet, ramai menegur pula, MACAM MAK BUDAKLAH, ANAK DAH BERAPA?
Subhanaallah - indahkan hidup yang sekali ini, macam-macam yang boleh dikutip.
Nak buat apa-apa pun, buatlah, yang penting buat kerana ALLAH, bukan kerana insan. Kan?
p/s: Anem dah jumpa 'kembo tinggi' Anem secara berdepan tau, umur kami pun sebaya - wazzup-wazzup. Gitu.



