Showing posts with label SUMUD FLOTILLA. Show all posts
Showing posts with label SUMUD FLOTILLA. Show all posts


Greta Thunberg dikenali dunia sebagai aktivis alam sekitar muda dari Sweden. Dia mula terkenal sejak 2018 dengan gerakan Fridays for Future, yang membawa suara jutaan anak muda tentang krisis iklim.

Namun perjuangannya tidak terhenti di situ.
Greta melihat keadilan alam sekitar tidak boleh dipisahkan daripada keadilan manusia. Sejak 2023, dia semakin kerap menyertai kempen solidariti, termasuk menyuarakan sokongan terhadap masyarakat yang tertindas.

Pada 2025, Greta menaiki kapal Madleen dalam misi kemanusiaan antarabangsa yang membawa bantuan ke sebuah wilayah yang sedang diuji. Walaupun misinya disekat, keberaniannya menunjukkan bahawa seorang gadis bukan Islam dari Sweden pun sanggup bersuara dan bertindak untuk keadilan.


Seorang gadis bukan Islam dari Sweden sanggup bangun, tinggalkan zon selesa, malah berdepan risiko demi membela manusia yang ditindas. Sedangkan kita sebagai umat Islam yang satu akidah, kadang-kadang masih sibuk bergaduh sesama sendiri. Kisah Greta sepatutnya jadi cermin adakah kita sudah cukup bersatu membela saudara seagama?




Viral Topi Katak Greta Thunberg pakai - boleh cari di sini:- https://s.shopee.com.my/6prqwiKuzp





Sumber: TikTok Iniduniakita_


Gelombang ketiga menyusul membawa wartawan antarabangsa, pakar perubatan, ahli Parlimen serta aktivis kemanusiaan untuk masuk ke Gaza di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) and Thousand Madleens to G🍉 (TMTG), selepas Madleen yang dinaiki Greta Thunberg ditahan, kemudian inisiatif antarabangsa Global Sumud Flotilla..

Pada 27 September 2025 lepas, sebanyak 10 bot telah berlepas dari Itali di bawah FFC x TMTG manakala kapal Conscience telah dilancarkan di Porto Otranto, Itali dan para peserta telah berlepas pada 30 September 2025.

Antara delegasi Malaysia yang berada dalam misi ini:

Kapal layar Umm Saad (TMTG)
- Dr Maziah binti Mohammad (Doktor Perubatan)

Kapal Conscience
- Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (Ketua Delegasi Malaysia)
- Dr Fauziah Hassan (Doktor Perubatan) (*Pernah sertai 2016)
- Dr Hafiz Sulaiman (Doktor Perubatan)
- Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi (Doktor Perubatan)
- Syafik Shukri Abdul Jalil (Wartawan ASTRO Awani)
- Prof Dr Mohd Afandi Salleh (Pensyarah) (*Pernah sertai 2018)
- Dr Noorhasyimah Ismail (Pensyarah)
- Puan Norsham Abu Bakar (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE)




Doakan agar misi ini berjalan dengan lancar.




Untuk tracker update boleh ke sini:

























Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top