Showing posts with label Sumud Flotilla to Gaza. Show all posts
Showing posts with label Sumud Flotilla to Gaza. Show all posts


Gelombang ketiga menyusul membawa wartawan antarabangsa, pakar perubatan, ahli Parlimen serta aktivis kemanusiaan untuk masuk ke Gaza di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) and Thousand Madleens to G🍉 (TMTG), selepas Madleen yang dinaiki Greta Thunberg ditahan, kemudian inisiatif antarabangsa Global Sumud Flotilla..

Pada 27 September 2025 lepas, sebanyak 10 bot telah berlepas dari Itali di bawah FFC x TMTG manakala kapal Conscience telah dilancarkan di Porto Otranto, Itali dan para peserta telah berlepas pada 30 September 2025.

Antara delegasi Malaysia yang berada dalam misi ini:

Kapal layar Umm Saad (TMTG)
- Dr Maziah binti Mohammad (Doktor Perubatan)

Kapal Conscience
- Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (Ketua Delegasi Malaysia)
- Dr Fauziah Hassan (Doktor Perubatan) (*Pernah sertai 2016)
- Dr Hafiz Sulaiman (Doktor Perubatan)
- Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi (Doktor Perubatan)
- Syafik Shukri Abdul Jalil (Wartawan ASTRO Awani)
- Prof Dr Mohd Afandi Salleh (Pensyarah) (*Pernah sertai 2018)
- Dr Noorhasyimah Ismail (Pensyarah)
- Puan Norsham Abu Bakar (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE)




Doakan agar misi ini berjalan dengan lancar.




Untuk tracker update boleh ke sini:



















Musa Nuwayri tak sempat bagi nasi lemak rendang pada Muntasir.

Haroqs tak sempat bagi coklat pada anak-anak di Ghazzah.

Ardell tak sempat bagi susu formula bayi pada ibu-ibu di sana. 

Ya Rabb, sedalam ini sakitnya melihat harapan dari jauh yang tidak kesampaian. 

Tapi kami yakin setiap rencana-Mu mampu mengatasi logik akal kerana Engkau adalah Tuhan yang tidak sama dengan sesiapa pun.

وَلَمْ يَكُن لَّهُۥ كُفُوًا أَحَدٌۢ (٤)
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya."

(Surah al-Ikhlas : Ayat 4)

--- Nota Nadia 

@sofyank96

Sama-sama kita berdoa agar semua sukarela Sumud Flotilla dibebaskan dengan selamat, dan semoga perjuangan ini terus menjadi api yang membakar semangat kebebasan untuk rakyat Palestine 🤲🏻 #SUMUDNUSANTARA #GLOBALSUMUDFLOTILLA #BREAKTHESILENCE #BREAKTHESIEGE

♬ original sound - Sofyank96 - Sofyank96

Senarai nama delegasi Malaysia yang sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa pada 2 Oktober 2025.

A - KAPAL ALMA - 3pagi
1. Iylia Balqis
2. Musa Nuwayri
3. Sul Aidil

B - KAPAL SIRIUS - 4pagi
4. Haikal Abdullah
5. Muaz Zainal
6. Zulfadhli Khairudin
7. Rusydi Ramli

C - KAPAL HUGA - 5.54pagi
8. Zizi Kirana

D - KAPAL GRANDE BLU - 8pagi
9. Norfarahin Romli (Farah Lee)
10. Danish Nazram

E - KAPAL HIO - 10pagi
11. Heliza Helmi
12. Hazwani Helmi

F - KAPAL FREE WILLY - 2.30ptg
13. Hareez Adzrami (Haroqs)
14. Haikal Luqman
15. Dr Taufiq Razif

G - KAPAL ESTRELLA Y MANUEL - 9.45mlm
16. Rahmat Ikhsan
17. Mohd Asmawi
18. Norazman Ishak
19. Norhelmi Ab Ghani

H. KAPAL MIKENO - 10.05mlm
20. Nurul Hidayah (Ardell Aryana)

I. KAPAL FAIR LADY - 11mlm
21. Muhammad bin Abdullah (Ust Mad)
22. Zainal Rashid Awang (ZRA)

J. KAPAL INANA - 11.16mlm
23. Awang Razali


*****


InshaAllah wira-wirawati Sumud yang ditangkap sudah mula sampai ke pelabuhan penjajah di Ashdod. Peguam-peguam GSF telah mula berhubung dengan mereka untuk diberikan khidmat guaman.
.
Menurut Tuan Nadir Nuri paling awal esok pagi (3 Oktober), merela akan kongsikan perkembangan aktivis. Sementara itu, teruskan aksi!

Menurut Tuan Syahril Abdul Kadir pula, MEDIA 'di sana' melaporkan yang kesemua aktivitis Global Sumud Flotilla yang ditahan akan dibawa ke Penjara Ketziot yang terletak di sebuah gurun dekat selatan Israel sebelum proses pengusiran.

Penjara ini memang terkenal dengan keadaannya yang teruk, rekod hak asasi yang buruk dan sebagainya.

Semoga mereka tidak akan berada lama di sini.

Bersamalah kita berdoa agar semuanya dapat segera di bawa keluar dan seterusnya pulang ke negara masing-masing, Ameen ya Rabb.

---------------
Berita semasa:


REUTERS
"Suhad Bishara, the organisation's legal director, told Reuters on Thursday that her team was awaiting the arrival of those detained overnight in the port of Ashdod, 40 km (25 miles) north of the Gaza Strip.

She said once the flotilla crews arrived, they would be identified and transferred to the immigration authority to process them for anticipated deportation, before being moved into custody, likely in Ketziot Prison in southern Isra-hel

Omer Shatz, an Israeli international law expert at Paris' Sciences Po University in Paris, said unlike where flotilla activists were held last time, Ketziot was a high-security prison that did not normally hold immigration detainees.

He said the activists may be held there because processing 500 people would be logistically difficult for Isra-hel. Shatz, however, described Ketziot Prison as being known for its harsh conditions." 

YNETNEWS

*****

Terkini (2 Oktober)

INSYAALLAH PESERTA MALAYSIA DITAHAN IDF DIJANGKA DIBEBASKAN SEHARI DUA LAGI BERDASARKAN PEMAKLUMAN TERBARU OLEH PERDANA MENTERI
MOHON DOA RAKYAT MALAYSIA AGAR URUSAN RUNDINGAN DIPERMUDAHKAN
- PENGARAH PUSAT PEMERINTAH MISI MALAYSIA FLOTILA, DATUK SANY AL ARABI 

Proses Deportation akan bermula sebaik sahaja para peguam dibenarkan masuk dan akses kepada semua 23 peserta Malaysia.



Sumber maklumat rasmi boleh diikuti di akaun Sumud Nusantara Official:


حسبنا الله ونعم الوكيل










 





APA ITU SUMUD NUSANTARA?

Sumud Nusantara ialah sebuah gerakan solidariti rentas negara yang digerakkan oleh rakyat Asia Tenggara dan Asia Selatan — dari Malaysia, Indonesia, selatan Thailand, hingga ke Pakistan dan Maldives — demi membela nasib rakyat Palestin yang dizalimi.

Kempen ini digerakkan oleh MyAqsa Defenders dan Cinta Gaza Malaysia, dengan kerjasama strategik daripada Cinta Syria Malaysia dan rangkaian NGO serantau serta antarabangsa. Ia merupakan konvoi darat, udara dan laut yang membawa misi bantuan kemanusiaan, suara advokasi, dan desakan global agar dibuka laluan kemanusiaan kekal ke Gaza.

Diinspirasikan oleh Sumoud Convoy dari Tunisia, inisiatif ini menjadi suara kolektif dari Nusantara yang akan bergema di pentas antarabangsa — dari jalanan kota ke kedutaan dunia. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini berperanan penting untuk memimpin solidariti ini dan mencatat sejarah sebagai pembela hak Palestin di peringkat dunia Islam.

Sumud Nusantara juga merupakan sebahagian daripada pakatan global dikenali sebagai Global Sumud Flotilla, bersama Global March to Gaza, Freedom Flotilla Coalition, dan rakan-rakan kemanusiaan antarabangsa lain.

44 buah negara yang menyertai Misi Global Sumud Flotila digabungkan atas nama kemanusiaan, bukan negara. Ini membolehkan peguam mempertahankan hak atas satu kapal tanpa menonjolkan bendera tertentu. Strategi ini juga memanfaatkan kelebihan di mana kehadiran rakyat dari pelbagai negara yang dekat dengan Israel yang mempunyai hubungan diplomatik atau rapat dengan Israel akan memudahkan rundingan peserta misi ditahan.


Tujuan pelayaran Sumud Sumantara diwujudkan:

Kenapa perlu belayar ke Gaza?


MATLAMAT GERAKAN

1. Menamatkan Pembunuhan Beramai-Ramai di Gaza

Kami bangkit untuk menghentikan genosid berterusan terhadap rakyat Palestin.

2. Menyatukan Suara Asia Tenggara & Asia Selatan

Dari Malaysia ke Indonesia, Pakistan ke Maldives — kami menghimpunkan suara masyarakat untuk membela hak Palestin, dipimpin oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.

3. Menghantar Bantuan & Memecahkan Sekatan

Bantuan akan digerakkan ke Gaza melalui pelbagai laluan — darat, udara dan laut — sebagai usaha menyampaikan keperluan penting kepada mereka yang sedang dikepung dan dizalimi.

4. Menyerahkan Memorandum Sokongan di Pentas Dunia

Memorandum sokongan akan diserahkan kepada kedutaan dan institusi antarabangsa sebagai tuntutan untuk membuka laluan kemanusiaan yang kekal ke Gaza.


Pusat Sumud Nusantara:

Kerajaan Malaysia , Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia MAPIM dan Cinta Gaza Malaysia telah menubuhkan satu Pusat Pemerintah Bersama Misi Flotila Malaysia berpangkalan di Gudang MAPIM Sepang, Selangor 

Pusat ini bertanggungjawab memantau peserta misi Global Sumud Nusantara dan Flotila 24 Jam 7 Hari seminggu sehinggalah semua peserta misi terutama dari Malaysia pulang ke semula ke tanah air.

Penubuhan pusat ini telah dipersetujui oleh PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim maklum Jurucakap Rasmi Global Sumud Nusantara, Datuk Dr Sami Al Arabi.


Macam mana atau bagaimana nak join dan sertai Sumud Nusantara?

Ada form yang perlu diisi, dan ada soalan perlu dijawab serta training, namun ada syarat untuk keperluan lain - namun kemaskini boleh rujuk telegram rasmi Sumud Nusantara jika tarikh baru dibuka, akan dimaklum di situ. Setakat ini belum ada tarikh baru, malah ramai sedang menunggu untuk join.


Kenapa perempuan sertai pelayaran ini?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Dato Seri Dr Naim memaklumkan bahawa hukum untuk wanita menyertai Misi Global Sumud Flotila ini adalah Harus dan Tidak Salah

Sebab mereka membantu menjalankan peranan yang membantu kejayaan misi Jihad sepertimana yang Saidatina Aisyah R.a lakukan dalam Perang Uhud.



Kalau tak dapat sertai, boleh sumbang apa lagi?

Malah boleh juga menyumbang dengan update berita sahih menerusi akaun rasmi Sumud, (boleh juga lihat live aktivis terlibat), sebarkan tentang pelayaran Sumud ini serta terus berikan sokongan kepada Palestin. Teruskan berdoa dan cakap hal-hal baik. Insya-Allah sama-sama kita terus menyokong.


Track pergerakan kapal atau boat Sumud Nusantara sampai mana: ini untuk tracker kapal:

https://tracker.sumudnusantara.com

Atau

https://globalsumudflotilla.org/tracker/



Kemaskini Sumud Nusantara:

(Akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

9 September

TERKINI 

Dr Nadir An Nuri dilantik menjadi Ketua Misi atau Chief De Mission Global Sumud Nusantara. Beliau akan mengkoordinasi segala pergerakan konvoi Global Sumud Flotila menuju ke Gaza . 

Dr Nadir akan duduk di kapal pemerhati dan kapal pemerhati bertanggungjawab merekodkan segala kejahatan yang Zionis lakukan dan bukti itu akan dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa ICJ dan pihak berkaitan supaya Israel dikenakan tindakan undang-undang dibawa ke muka pengadilan 

Datuk Dr Sami Al Arabi akan menjadi Pengarah Pusat Pemerintah Global Sumud Nusantara yang akan berpangkalan di Malaysia dan bertanggungjawab menguruskan segala hal ehwal keselamatan berkenaan misi ini. Datuk Sami juga dilantik sebagai Jurucakap Rasmi Global Sumud Flotila 

Buat masa ini misi kekal berjalan mengikut jadual di mana mereka akan bertolak esok. Meskipun terdapat serangan dron ke atas Kapal Family yang dinaiki Greta Thunberg 

Dr Nadir masih menunggu laporan rasmi dari Tunisia berkenaan situasi pagi tadi.


****

Semua ahli Delegasi Misi Global Sumud Flotila Malaysia di Sepanyol selamat tiba di Tunisia. Seorang sedang dirawat.

22 daripada 24 buah kapal tiba di Tunisia.


10 September

TERKINI 

Bot Iylia dan Sul yang dinaiki Pengerusi Cinta Salam Malaysia, Musa Nuwayri menjadi sasaran serangan dron di Tunisia sebentar tadi.

Misi Global Sumud Flotila mengeluarkan kenyataan bahawa Bot Alma telah terkena serangan dron itu pada Jam 7 Pagi waktu Malaysia.


Update Sumud Nusantara 27 September


Terkini

28 September

Selepas berhenti seketika di perairan Crete bagi penyusunan teknikal dan logistik, Global Sumud Flotilla kini kembali meneruskan pelayaran menuju Gaza pada hari ini.

Flotilla kini berada kira-kira 420 batu nautika dari Gaza. Laluan seterusnya dikategorikan sebagai zon kuning iaitu zon yang memerlukan tahap kesiapsiagaan tinggi dalam kalangan peserta, susulan risiko ancaman dan gangguan taktikal.

Walaupun begitu, semangat para peserta kekal utuh dan tidak tergoyah.


No More Silence. No More Siege.


#SumudNusantara #BreakTheSiege #NusantaraForGaza




Laman media sosial rasmi Sumud Nusantara:-

Facebook: https://www.facebook.com/sumudnusantaraofficial

Threads: https://www.threads.com/@sumudnusantaraofficial

Twitter: Cinta Gaza Malaysia (@cintagaza_my)

Instagram: https://www.instagram.com/sumudnusantaraofficial

TikTok: https://www.tiktok.com/@sumudnusantaraofficial

Laman web rasmi: https://www.sumudnusantara.com/


Laman web rujukan:

https://sumbangan.cintasyriamalaysia.com/donations/gerakan-sumud-nusantara/



 MALAM HIMPUNAN & SELAWAT – MALAYSIAKU BERSAMA GAZA SEMPENA SUMUD NUSANTARA 2025





Tempat:

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Tarikh

Ahad, 24 Ogos 2025


Masa

10pagi hingga 12mlm. 


Malam kemuncak bermula dengan Solat Maghrib & Hajat Perdana berjemaah, diteruskan dengan majlis selawat & qasidah bersama Kumpulan Azzahir, dan Syarahan Perdana khas oleh YAB Perdana Menteri Malaysia selaku penaung Sumud Nusantara. 





*3 HARI KARNIVAL SUMUD NUSANTARA DI DATARAN MERDEKA*

22 sehingga 24 Ogos 2025

(Jumaat-Sabtu-Ahad)



Anjuran: 

MAPIM Malaysia & Cinta Gaza Malaysia

Dengan rakan strategik: Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), JAKIM, MyAqsaDefender

dan, Zus Coffee


🇲🇾🤝🇵🇸 

Satukan Solidariti. Bebaskan Gaza. Palestin Merdeka


#WakeUpForGaza

#GazaBangkit

#MalaysiaKuBersamaGaza

#SumudNusantara

_____________________


SOKONGAN ANDA DIPERLUKAN UNTUK SAMA-SAMA HEBAHKAN INFO INI AGAR KESATUAN INI DAPAT KITA BINA BERSAMA DEMI PEMBEBASAN GAZA








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top