Showing posts with label Solar Eclipse. Show all posts
Showing posts with label Solar Eclipse. Show all posts

Gerhana Matahari Hibrid ialah gerhana yang sangat jarang berlaku, iaitu dianggarkan sekali setiap dekad di mana kedua-dua jarak Bulan dan Matahari ke Bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku.

Gerhana Matahari Hibrid hanya berlaku 7 kali pada abad ke-21, iaitu pada tahun 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067. Ia dipanggil ‘hibrid’ kerana melibatkan ketiga-tiga kawasan bayang-bayang Bulan iaitu umbra, penumbra dan antumbra.

A solar eclipse occurs when the Moon passes between the Sun and Earth, casting a shadow over parts of Earth and blocking the face of the Sun for observers in those locations. Credits: NASA's Goddard Space Flight Center

Fenomena ini boleh disaksikan di Malaysia. Pemerhati di Semenanjung Malaysia akan menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa bermula jam 11:00 pagi hingga sekitar jam 1:00 petang manakala pemerhati di Sarawak sehingga sekitar jam 1:30 petang dan di Sabah sehingga sekitar jam 2:00 petang.

Photographer Nafe Alamri took this photo of the hybrid eclipse of Nov. 3, 2013, taken from Al Qunfudhah, Saudi Arabia, at 5:29 pm local time. (Image credit: Nafe Alamri)





Rujukan:

Twitter- MYSAagensi

https://twitter.com/officialmosti/status/1646337418960990208?t=dwct9O7ardig27EAEswv_w&s=19

https://www.space.com/hybrid-solar-eclipse-april-2023

https://solarsystem.nasa.gov/eclipses/about-eclipses/types/

http://news.nationalgeographic.com/content/dam/news/photos/000/307/30761.adapt.768.1.jpg

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010. Sekiranya terlepas menyaksikan fenomena kali ini, kita perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa sekali lagi di Malaysia.

Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur. Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi. Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari. Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.



Lintasan Gerhana Matahari Penuh pada 9 Mac 2016 Melalui Indonesia

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini.

Klik sini untuk lihat lokasi keadaan Gerhana Matahari Separa di Malaysia: http://planetarium.angkasa.gov.my/

Bagi kita di Malaysia, kita akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup(bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.


Gerhana Matahari Separa juga boleh ditonton secara LANGSUNG mulai 7:24 a.m. hingga 9:31 a.m. pada 9 Mac 2016. Bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.


Live Video Webcasting dari Planetarium Negara, Kuala Lumpur

Gerhana Matahari Separa  (Partial Solar Eclipse)

Tarikh : 9 Mac 2016
Masa Mula : 7.30 pagi
Masa Akhir : 10.00 pagi





Gerhana Matahari Separa di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2016


*Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.










Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top