Showing posts with label Gerhana. Show all posts
Showing posts with label Gerhana. Show all posts


Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat dengan mata sendiri gerhana matahari cincin pada 26 Disember ini! Ya! Di Malaysia!! Bila gerhana matahari ini berlaku? Nantikan pada 26 Disember 2019. Gerhana akan bermula pada sekitar jam 11:30 pagi dan akan berakhir pada sekitar 3:17 petang.

Bagi sesiapa yang berada di kawasan sejajar dengan: Tanjung Piai, Johor. Bau, Serian, Kota Samarahan, Sri Aman, Lubok Antu, Sarawak. Anda beruntung kerana anda berada di kawasan yang sesuai untuk melihat gerhana matahari cincin!

NAMUN BEGITU, kemuncaknya, ya, dimana kawasan itu akan bergelap pada sekitar jam 1:20 (di Tg. Piai).
Tak semua tempat akan bergelap. Hanya di tempat yang disenaraikan tadi.
Gerhana Matahari Anulus dan Separa di Malaysia
Bagaimana pula dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia?

Lihat berapa % gerhana yang anda boleh cerap di kawasan anda di laman ini : https://www.timeanddate.com/eclipse/solar/2019-december-26

Awas! Jangan kecewa jika anda keluar rumah, renung matahari..macam tiada apa-apa berlaku. Sebab, bila bulan melindungi matahari melebihi ~90% barulah anda akan nampak perbezaan cahaya matahari di langit.

Gerhana Matahari Separa 26 Disember 2019
Jadi, anda memerlukan alat untuk mencerap gerhana matahari!

Cara mencerap gerhana:
Guna teleskop yg mempunyai penuras cahaya matahari. Cara yg lain ialah dapatkan cermin mata gerhana.

Selain menggunakan cara yg berteknologi tinggi, anda boleh sediakan bekas air yg besar, isi dgn air & lihat pantulan cahaya matahari pd permukaan air.

☠️AWAS. JANGAN LIHAT MATAHARI DENGAT MATA KASAR. ☠️ 

Habis tu bagaimana? Boleh rujuk https://twitter.com/tweetsains/ untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi perkongsian mengenai gerhana dan hal-hal sains yang lain!
Cara solat sunat kusuuf / solat sunat gerhana matahari
Bilakah gerhana matahari seterusnya yg boleh dicerap di Malaysia?

Set tarikh ni ya!

21 Mei 2031
Gerhana Matahari Cincin akan terbang di kawasan berikut:

Sarawak - Mukah, Kapit, Sibu, Sarikei
Terengganu - Dungun, KT.
DAN Hampir seluruh negeri Kelantan, P. Pinang, Kedah Perlis!

*****

Perkongsian asal:  https://twitter.com/tweetsains/

Gambar diambil daripada instagram Mufti Wilayah Persekutuan: Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri - https://www.instagram.com/drzulkifli.albakri.


http://news.nationalgeographic.com/content/dam/news/photos/000/307/30761.adapt.768.1.jpg

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010. Sekiranya terlepas menyaksikan fenomena kali ini, kita perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa sekali lagi di Malaysia.

Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur. Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi. Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari. Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.



Lintasan Gerhana Matahari Penuh pada 9 Mac 2016 Melalui Indonesia

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini.

Klik sini untuk lihat lokasi keadaan Gerhana Matahari Separa di Malaysia: http://planetarium.angkasa.gov.my/

Bagi kita di Malaysia, kita akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup(bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.


Gerhana Matahari Separa juga boleh ditonton secara LANGSUNG mulai 7:24 a.m. hingga 9:31 a.m. pada 9 Mac 2016. Bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.


Live Video Webcasting dari Planetarium Negara, Kuala Lumpur

Gerhana Matahari Separa  (Partial Solar Eclipse)

Tarikh : 9 Mac 2016
Masa Mula : 7.30 pagi
Masa Akhir : 10.00 pagi





Gerhana Matahari Separa di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2016


*Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.










Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top