Showing posts with label Terkini Palestin. Show all posts
Showing posts with label Terkini Palestin. Show all posts


Sangat dahsyat pengeboman rejim Zionis ke atas Kem Jibiliya, Gaza kelmarin (selain guna bom phosphorus di Lubnan). 

Setakat ini 195 orang disahkan terbunuh

Termasuk 15 orang sekeluarga terbunuh semua

Kawasan yang sangat padat dengan penduduk ini rata dibom dengan 6 bom yang setiap satunya seberat 1 tan.

Israel meratakan kawasan perumahan di Jabaliya seluas ini:

KENYATAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI GAZA SUSULAN SITUASI PENGEBOMAN DI KEM JABALIA

Kiraan awal mangsa pengeboman Israel ke atas Pembunuhan beramai-ramai Kem Jabalia dianggarkan seramai 400 orang termasu terbunuh dan cedera

Majoriti mangsa Pembunuhan beramai-ramai Kem Jabalia adalah wanita dan kanak kanak.

Kem Jabalia di Utara Gaza telah dibom di Utara Gaza oleh 6 buah bom setiap satu membawa kuasa 1 Tan bahan letupan. 

Penjajah telah memusnahkan sepenuhnya kejiranan di tengah tengah Kem Jabalia. 



KEMENTERIAN DALAM NEGERI GAZA

31 OKTOBER 2023


Kita berdoa moga kekejaman rejim Zionis ini berakhir. Teruskan berdoa untuk Palestin. 



 

Sumber:





 


Terkini Palestin (2910) - Internet dan jaringan komunikasi kembali aktif di Gaza. 

Pengerusi Hamas, Yahya Sinwar memaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk membebaskan semua tawanan Israel di Gaza dengan pertukaran kepada pembebasan semua tawanan Palestin di Israel. 

Seramai 250 ditawan di Gaza berbanding 8,000 ditawan Israel. 

Keluarga Para Tebusan di Gaza sudah berhimpun di Tel Aviv mendesak agar Kerajaan Benjamin Netanyahu mengikut permintaan Hamas

Jurucakap IDF, Laksamana Madya Daniel Hagari membalas kenyataan Sinwar dengan menyatakan ia satu perang psikologi untuk memberi tekanan kepada rakyat Israel

Pihak Qatar memaklumkan sedang berusaha sebagai orang tengah untuk menyelesaikan rundingan pertukaran tawanan ini.


Untuk uodate berkaitan Palestin: https://t.me/hadispalestin

---

Terkini Palestin (2810) - It's heartbreaking. Gaza dibom oleh pesawat Israel tanpa henti. Semua komunikasi dan internet terputus. Lebih 7,000 nyawa terkorban, yang tertinggi dalam peperangan moden. Ini lebih teruk daripada 20 hari yang lalu. - [@/mffislamil

Selepas talian internet diputuskan, Israel melakukan pengeboman secara besar-besaran ke atas Gaza. 

Mereka asingkan Gaza daripada dunia dan lakukan pembunuhan.

Di timur Gaza, wartawan merakamkan bahawa mereka diserang dengan bom fosforus putih!

Selepas Israel memutuskan talian telefon, pihak kesihatan Gaza tidak lagi dapat menerima panggilan kecemasan.

Mereka hanya bergantung dengan suara teriakan dan bunyi letupan bom untuk mengenal pasti mangsa.

Kita tidak dapat bayangkan suasana ketakutan dan keresahan ini.



Untuk update dalam BM berkaitan Palestin - https://t.me/Irfan_Newboys


Update:

PBB meluluskan draf resolusi yang dimohon Jordan iaitu Gencatan Senjata Kemanusiaan Segera di Gaza

120 buah negara bersetuju termasuk China dan Rusia , 14 menentang termasuk US dan Israel dan 45 berkecuali. 

Malaysia juga turut undi bersetuju dengan Resolusi ini. 

Tahniah Delegasi Malaysia di PBB

Teguh bela Palestin. Alhamdulillah. 

-

14 negara menolak resolusi @UN untuk gencatan senjata kemanusiaan di Gaza.


14 negara menyokong pembunuhan beramai-ramai.


  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Austria
  • Croatia
  • Czechia (Republik Czech)
  • Fiji
  • Guatemala
  • Hungary
  • Marshall Islands
  • Micronesia
  • Nauru
  • Papua New Guinea
  • Paraguay
  • Tonga


For: 120

Against: 14 

Abstain: 45


----

Update:

Jika masih masih ada wakil keluarga di Gaza, mereka sudah mula asingkan ahli keluarga ke few tempat berbeza. Jika berlaku apa-apa, sekurang-kurangnya ada lagi wakil yang masih selamat & bawa nama family. Allahu Musta'an. 


Allah. Turunkanlah bala yang maha dasyat kepada zionis! Teruskan berdoa, semua. Moga Allah beri kemenangan kepada Palestin. 🤲🏻🇵🇸


Sumber update:









Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top