Showing posts with label apa berlaku di Palestin. Show all posts
Showing posts with label apa berlaku di Palestin. Show all posts

 


SERAMAI 16,000 RAKYAT PALESTIN TINGGAL DI SETIAP KILOMETER PERSEGI DI RAFAH


16,000 rakyat Palestin di Gaza kini tinggal di setiap kilometer persegi di Rafah atau sekitar 1.4 Juta rakyat Gaza. Mereka di sana kerana berpindah akibat impak perang dari Utara Gaza ke Khan Younis

Rafah hanyalah seluas 152 km persegi atau lebih besar sedikit sahaja dari Petaling Jaya

Jurucakap Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, Nabil Farsakh memaklumkan kini rakyat Gaza tiada tempat untuk melarikan diri lagi. 

Jika Tentera Israel melancarkan serangan darat ke atas Rafah maka rakyat Palestin di Gaza akan terkepungka Tentera Israel melancarkan serangan darat ke atas Rafah maka rakyat Palestin di Gaza akan terkepung.


DAH SAMPAI HUJUNG DAH RAKYAT GAZA LARI

Antara situasi di Rafah ketika ini

Di sebelah kanan itu adalah tembok sempadan antara Gaza dan Mesir. Maksudnya kini mereka dah berpindah sampai hujung Gaza dah

Kini ramai rakyat Palestin sedang mendirikan pelbagai jenis tempat perlindungan untuk berlindung selepas berpindah dari medan perang di seluruh Gaza. Seramai 1.4 Juta rakyat Gaza di sana sekarang tinggal di kawasan luas sedikit dari Petaling Jaya 

Kalau serangan ke atas Rafah terjadi. Rakyat Palestin tak boleh lari dan

IA ADALAH SATU BENCANA


12 FEBRUARI 2024

PEMBUNUHAN BERAMAI RAMAI RAFAH

77 rakyat Palestin disahkan terbunuh dalam Pengeboman Israel selama sejam setengah tanpa henti di Rafah, Gaza

230 lagi disahkan cedera


13 FEBRUARI 2024

PM Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan mengadakan perbincangan rahsia dengan Presiden US, Joe Biden

IDF akan menawan Rafah dahulu dan kemudian menekan Hamas untuk menerima syarat perjanjian gencatan senjata baru yang dikehendaki Israel dan IDF akan mengakhiri pertempuran skala besar ini dan berundur ke dalam zon penampan yang akan ditubuhkan di dalam Semenanjung Gaza


14 FEBRUARI

Rakyat Palestin di Rafah meminta agar Tentera Mesir yang mengawal Sempadan Mesir-Gaza agar memberikan senjata agar mereka dapat melawan Israel


15 FEBRUARK

MESIR BINA ZON PEMAMPAN DI SEMPADAN GAZA

Sinai Foundation memaklumkan Pihak Berkuasa Mesir sudah mula membina zon penampan keselamatan dikelilingi oleh tembok tinggi bagi menerima rakyat Palestin dari Gaza sekiranya serangan Israel ke atas Rafah menyebabkan ramai berpindah memasuki Mesir

Rakyat Palestin di Rafah memaklumkan melihat pembinaan tembok dijalankan oleh Mesir dalam beberapa minggu kebelakangan ini 

Zon itu akan menempatkan mereka yang meninggalkan Rafah jika berlaku kes pelarian beramai ramai ketika serangan itu.


16 FEBRUARI 

Jika Tentera Israel melancarkan serangan darat ke atas Rafah maka rakyat Palestin di Gaza akan terkepungka Tentera Israel melancarkan serangan darat ke atas Rafah maka rakyat Palestin di Gaza akan terkepung.


SITUASI PERANG TUFAN AL AQSA 2023-2024 14 DAN 15 FEBRUARI 2024

Di Utara Gaza. Pasukan Pejuang Palestin meningkatkan serangan balas bagi menawan semula beberapa kawasan yang dipertahankan IDF. IDF membalas dengan meningkatkan serangan artileri terutama di Tal Al Hawa, Jabalia dan Kejiranan Al Zaytoun 

Di Tengah Gaza. Menjelang persiapan fasa baru serangan oleh IDF. IDF bertindak menyerang penempatan awam yang tidak dikawal oleh Pasukan Pejuang Palestin. Banyak bangunan perumahan mengalami kerosakan signifikan di Deir Al Balah 

Di Khan Younis. IDF cuba memindahkan mereka yang terperangkap di Kompleks Perubatan Nasser Khan Younis memaksa mereka menuju ke Kem Al Mawasi di pesisir pantai Rafah. Namun begitu ramai rakyat Palestin masih terperangkap di sana dan ada ditembak IDF.


16 FEBRUARI 

AL FATIHAH 

Seorang lagi pemimpin Briged Syahidin Fil Quds gugur dalam serangan udara Israel di Rafah

Dia dikenali sebagai Yousef Dhaib Abu Adi. 


18 orang disahkan terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Khan Younis dan Rafah

Antaranya ialah 9 daripada Keluarga Zorob di rumah mereka di Bandar Al Nasr dan 4 lagi terbunuh dalam Pengeboman Rumah Keluarga Jouda di Kem Shabboura

Bakinya Terbunuh di 5 kawasan berbeza di Khan Younis Gaza.


17 FEBRUARI


BRIGED AL QASSAM BERSIAP SEDIA PERTAHANKAN RAFAH

Briged Al Qassam sudah meletakkan 4 Batalion di Rafah atau sekitar 3,000 ke *4,000 anggota bagi mempertahankan Rafah

Sekaligus 4 Batalion ini ialah barisan pertahanan terakhir untuk Gaza seandainya Briged Al Qassam dan Pasukan Pejuang Palestin tewas di Khan Younis

Ini susulan IDF akan melancarkan serangan ke atas Rafah bagi menawan seluruh Gaza. 


21 FEBRUARI 

5 orang terbunuh dalam Pengeboman Israel ke atas Rumah Keluarga Abu Al Noor di Kejiranan Al Genina, Timur Rafah

Serangan IDF turut dilancarkan ke ayas Kejiranan Brazilian dan Al Salam di Rafah berhampiran Sempadan Mesir Gaza


22 FEBRUARI

Jam 4 dan 5 Pagi tadi waktu Malaysia

IDF melancarkan serangan udara tanpa henti di Rafah

Mereka menyerang Timur, Barat dan Utara Rafah

Mereka juga melancarkan serangan udara ke atas Selatan, Timur dan Barat Daya Khan Younis termasuk pinggir Hospital Eropah di Khan Younis

Serangan Artileri serentak bersama serangan udara turut dilancarkan ke Timur dan Selatan Bandar Gaza serta Jabalia Gaza




Nota:

*4000 ini untuk jaga Rafah sahaja

Masih ada yang lain bertempur di Khan Younis, Deir Al Balah dan Utara Gaza.

Serangan sedang dibuat di Utara Gaza dan pertempuran masih berlaku di Khan Younis

Cuma IDF ada kekuatan untuk Bypass pertahanan Pejuang Palestin di Khan Younis

Buat masa ini mereka masih tersekat di Khan Younis.


BATTLE OF RAFAH

PALESTINE LAST FRONTIER

MENANG ATAUPUN SYAHID


Mari doakan buat rakyat Palestin. 


Sumber telegram:

https://t.me/Irfan_Newboys



Kabinet Israel bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata bersama Hamas sebagai pertukaran pembebasan tawanan. 

Pegawai Israel berkata, sepanjang tempoh itu, tiada pertempuran membabitkan Israel ke atas Palestin. 

Genjatan Senjata ini berlangsung selama 4 hari bermula Jumaat. 

Diharap Israel mematuhi perjanjian. Moga akan ada sinar dan kejayaan buat rakyat Palestin akan datang. Insya-Allah. 





A child from Gaza expresses his happiness with the temporary ceasefire and wishes for a permanent one. 🥺 





*Their press said this is truce not a ceasefire. 

Gambar: Artortoise_full

Sumber lain: Astro Awani


Sangat dahsyat pengeboman rejim Zionis ke atas Kem Jibiliya, Gaza kelmarin (selain guna bom phosphorus di Lubnan). 

Setakat ini 195 orang disahkan terbunuh

Termasuk 15 orang sekeluarga terbunuh semua

Kawasan yang sangat padat dengan penduduk ini rata dibom dengan 6 bom yang setiap satunya seberat 1 tan.

Israel meratakan kawasan perumahan di Jabaliya seluas ini:

KENYATAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI GAZA SUSULAN SITUASI PENGEBOMAN DI KEM JABALIA

Kiraan awal mangsa pengeboman Israel ke atas Pembunuhan beramai-ramai Kem Jabalia dianggarkan seramai 400 orang termasu terbunuh dan cedera

Majoriti mangsa Pembunuhan beramai-ramai Kem Jabalia adalah wanita dan kanak kanak.

Kem Jabalia di Utara Gaza telah dibom di Utara Gaza oleh 6 buah bom setiap satu membawa kuasa 1 Tan bahan letupan. 

Penjajah telah memusnahkan sepenuhnya kejiranan di tengah tengah Kem Jabalia. 



KEMENTERIAN DALAM NEGERI GAZA

31 OKTOBER 2023


Kita berdoa moga kekejaman rejim Zionis ini berakhir. Teruskan berdoa untuk Palestin. 



 

Sumber:





 


Terkini Palestin (2910) - Internet dan jaringan komunikasi kembali aktif di Gaza. 

Pengerusi Hamas, Yahya Sinwar memaklumkan bahawa mereka bersetuju untuk membebaskan semua tawanan Israel di Gaza dengan pertukaran kepada pembebasan semua tawanan Palestin di Israel. 

Seramai 250 ditawan di Gaza berbanding 8,000 ditawan Israel. 

Keluarga Para Tebusan di Gaza sudah berhimpun di Tel Aviv mendesak agar Kerajaan Benjamin Netanyahu mengikut permintaan Hamas

Jurucakap IDF, Laksamana Madya Daniel Hagari membalas kenyataan Sinwar dengan menyatakan ia satu perang psikologi untuk memberi tekanan kepada rakyat Israel

Pihak Qatar memaklumkan sedang berusaha sebagai orang tengah untuk menyelesaikan rundingan pertukaran tawanan ini.


Untuk uodate berkaitan Palestin: https://t.me/hadispalestin

---

Terkini Palestin (2810) - It's heartbreaking. Gaza dibom oleh pesawat Israel tanpa henti. Semua komunikasi dan internet terputus. Lebih 7,000 nyawa terkorban, yang tertinggi dalam peperangan moden. Ini lebih teruk daripada 20 hari yang lalu. - [@/mffislamil] 

Selepas talian internet diputuskan, Israel melakukan pengeboman secara besar-besaran ke atas Gaza. 

Mereka asingkan Gaza daripada dunia dan lakukan pembunuhan.

Di timur Gaza, wartawan merakamkan bahawa mereka diserang dengan bom fosforus putih!

Selepas Israel memutuskan talian telefon, pihak kesihatan Gaza tidak lagi dapat menerima panggilan kecemasan.

Mereka hanya bergantung dengan suara teriakan dan bunyi letupan bom untuk mengenal pasti mangsa.

Kita tidak dapat bayangkan suasana ketakutan dan keresahan ini.



Untuk update dalam BM berkaitan Palestin - https://t.me/Irfan_Newboys


Update:

PBB meluluskan draf resolusi yang dimohon Jordan iaitu Gencatan Senjata Kemanusiaan Segera di Gaza

120 buah negara bersetuju termasuk China dan Rusia , 14 menentang termasuk US dan Israel dan 45 berkecuali. 

Malaysia juga turut undi bersetuju dengan Resolusi ini. 

Tahniah Delegasi Malaysia di PBB

Teguh bela Palestin. Alhamdulillah. 

-

14 negara menolak resolusi @UN untuk gencatan senjata kemanusiaan di Gaza.


14 negara menyokong pembunuhan beramai-ramai.


  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Austria
  • Croatia
  • Czechia (Republik Czech)
  • Fiji
  • Guatemala
  • Hungary
  • Marshall Islands
  • Micronesia
  • Nauru
  • Papua New Guinea
  • Paraguay
  • Tonga


For: 120

Against: 14 

Abstain: 45


----

Update:

Jika masih masih ada wakil keluarga di Gaza, mereka sudah mula asingkan ahli keluarga ke few tempat berbeza. Jika berlaku apa-apa, sekurang-kurangnya ada lagi wakil yang masih selamat & bawa nama family. Allahu Musta'an. 


Allah. Turunkanlah bala yang maha dasyat kepada zionis! Teruskan berdoa, semua. Moga Allah beri kemenangan kepada Palestin. 🤲🏻🇵🇸


Sumber update:



Wahai netizen dan tentera bawang semua,
Teruskan menyerang page utama Bangsa Laknatullah seperti IDF.

Tapi kali ini kita tukar strategi.

Kita guna peluru yang jauh lebih baik.

KEBENARAN.

1) Boleh save gambar-gambar ini. Dan guna sebanyak mungkin di page mereka.

2) Biar gambar berbicara.

3) Kita bagi awareness apa yang sedang berlaku (keadaan semasa yang betul, yang kita tahu). 

4) Laknatullah play victim? Kita kasi expose story sebenar. Kita cerita, ada video lagi okay. 

Peluru- peluru ni boleh guna di Twitter dan Facebook sebab boleh komen gambar.

Kalau di Instagram, tulis sahaja

" Watch @(org yg korang tahu share pasal Palestine) for the truth."

Ramai sebenarnya tidak tahu tentang Palestin dan kita perlu kasi tahu.

*****

Sumber: Twitter @cintasyria
 








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top