Showing posts with label Ujian hidup. Show all posts
Showing posts with label Ujian hidup. Show all posts

Diuji bertubi-tubi setelah berdoa untuk dipermudahkan urusan, adakah tanda salah berdoa? 



[Photo by Renato]


Baru-baru ini saya terbaca tulisan di Thread tentang keadaan saudara kita yang diuji bertubi-tubi setelah berdoa kepada Allah.


Kemudian diberi komentar oleh saudara yang lain dengan “mungkin salah berdoa, bahasa tak betul”. 


Jadi isu ada 2 di sini. 


Sama-sama kita bincang insya Allah. 


1- Pertama, isu ujian setelah berdoa. Perlu kita fahami dahulu bahawa dunia memang tempat ujian. Silap jika kita menganggap kita akan aman tanpa ujian. 


Al-Quran menyatakan beberapa dalil terhadap perkara ini: 


ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ


“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” [al-Mulk: 2]


وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٥٥


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” [al-Baqarah: 155]


أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” [al-Ankabut: 2] 


Semua dalil ini menunjukkan kepada ujian sememangnya sinonim dengan kehidupan kita di dunia. 


2- Ujian itu antara tanda Allah kasih kepada hambaNya, maka jangan kita bersangka buruk kepada Allah bahawa diuji itu tanda Allah ingin menyukarkan kita semata-mata. Tidak begitu. Nabi ‎ﷺ bersabda: 


إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ


“Jika Allah menyukai suatu kaum, nescaya Allah akan menguji mereka” [HR Tirmizi]


3- Justeru, ujian bukan bererti keburukan secara mutlak. Bahkan sebenarnya kebaikan boleh hadir setelah itu. Hanya sahaja, kita perlu sentiasa kuat untuk bersabar, berusaha untuk bersangka baik terhadap ujian tersebut. Hikmahnya bakal terpancar jua. 


Allah berfirman: 


فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا ٥ إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا ٦


“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” [al-Sharh: 5 - 6]


Jika kita perhatikan, kalimah kesukaran (العسر) itu dalam bentuk kata nama khas iaitu Ism Ma’rifah. Kalimah kemudahan (يسر) pula dalam bentuk kata nama am iaitu Ism Nakirah. 


Kata nama khas biasanya membawa erti sedikit, sebab semakin khusus, semakin sikit. Jika am, maka ertinya banyak. 


Sebagai contoh, hospital. Kalimah umum, banyak. Boleh jadi hospital mana-mana pun di dunia ini. 


Adapun, kalau kita khususkan, terus jadi sedikit. Contohnya, Hospital Kuala Lumpur. Ada satu sahaja. 


Ertinya, kata nama khas membawa kepada erti sedikit, kata nama am pula membawa erti banyak. Ini kaedah secara umum. 


Maka, kesukaran yang ada itu sedikit, kemudahan yang Allah sediakan itu lebih banyak. 


Saya ada huraikan lagi tentang ayat ini dengan lebih panjang dalam buku saya, jemput baca di gambar di bawah. 


4- Apabila kita berdoa, lalu diuji oleh Allah, maka ini mungkin tanda bahawa Allah ingin menjawab doa kita dengan cara memberikan ujian. 


Kerana doa tidak semestinya dijawab dengan 100% cara yang kita kehendaki. Tetapi dijawab dengan cara yang paling baik buat kita. Allah Maha Mengetahui, sementara kita pula serba tidak tahu. 


Nabi ‎ﷺ bersabda: 


‎مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا


‏Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahmi, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya Kekurangan.” [HR Ahmad]


Maka, jika kita diuji setelah meminta dari Allah, mungkin itulah cara Allah menjawab doa kita. 


“kalau macam tu taknak lah berdoa, takut diuji” 


Berbalik semua kepada konsep ujian pada noktah 1 di atas. Kita tidak akan mampu lari dari ujian. Bahkan mungkin kita tidak tersedar bahawa kenikmatan juga boleh jadi ujian buat kita tanpa kita sedari. 


Jangan disangka bahawa ujian itu kesusahan sahaja, tetapi juga kesenangan. Al-Quran menyatakan sedemikian juga.


5- Berkenaan isu kedua pula iaitu “mungkin salah berdoa, bahasa tak betul”, ini perlu diluruskan. Kerana tiada istilah salah bahasa dalam berdoa. Gunalah bahasa apa sahaja, asalkan doa itu doa yang baik, insya Allah, akan dikabulkan oleh Allah. 


Kurang tepat kita katakan “jangan berdoa murahkan rezeki, tetapi doa dengan lapangkan rezeki”. Tidak ada larangan untuk menggunakan kalimah apa sekali pun, selagi membawa makna yang baik, silakan.

Jika kita ingin melarang, maka perlu dibawakan dalil dan kalam ulama’. Setakat yang kita temui, yang melarang dengan alasan unsur positif begini adalah dari ajaran New Age Movement yang telah disebutkan sebagai menyimpang dari ajaran agama Islam. 


Maka, teruskan berdoa dengan doa yang baik, tidak kisahlah kalimah mana jua. Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah dengan cara yang terbaik dari Allah.


6- Sahabat-sahabat yang ingin mengeluarkan pandangan terhadap isu-isu, sama-sama kita menahan diri dan berwaspada jika kita tidak mempunyai sandaran dari sumber agama dan kefahaman ulama’ muktabar. 


Moga bermanfaat. 

Wallahu a’lam. 


#FawaidJawab




Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Mei 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.





Halaqah

"Sedih apabila lihat islam hari ini diambil sebagai ritual dan dirai hanya untuk sempena sempena sahaja. Sedangkan ia sepatutnya menjadi cara hidup." - Dr. Danial. 😔

Tanyalah Ustazah: Ustazah Ainun (Mei)

"Aku menurut sangkaan hamba-hambaKu."

Allah pilih kita diuji kenapa? Mungkin jika tak diuji kita rasa benda tu akan selesai dengan tangan kita sendiri. Kita jauh nak sujud dan kembali kepada-Nya.

Dia nak ingatkan;
"Wahai hambaku, aku ini Tuhan kamu. Tunduklah kepadaku. Bergantunglah padaku."

- Sangka baik dengan takdir Allah
- Segera bangkit dengan positif (Boleh menangis tapi jangan sampai negatif dengan Tuhan)
- Syukur atas apa Allah bagi (elak merungut).

Sangka baik (dengan takdir Allah) akan dapat baik walaupun orang nampak buruk. Tapi kita tahu itu terbaik buat kita. Kita yakin. Sebab Allah Maha Baik.

NLKO: SANTAU / SIHIR
  • Syaitan janji nak ganggu sampai bila-bila, takdak cuti. Relevan selamanya.
  • Baca Auzubillahi minal syaitanirajim min zamhi untuk elak.
  • Boleh dihantar jarak jauh.
  • Histeria ke perempuan mudah
  • Perempuan suka berubat tu kadang terlajak. Lelaki pula jenis tak percaya dia sakit tu tak berubat. Pun bahaya. Kena ambil jalan tengah.
Gangguan Syaitan
  • Syaitan goda ni kadang kita tak perasan. Rasa riak beramal contohnya.
  • Masa sakaratul ada godaan syaitan. Ini peluang terakhir syaitan. Dia tak putus asa.
  • Boleh baca An-Nas dan Auzubillahi minassyaitannirrajim. Baca al-Quran dapat pahala dah. Apa ayat kita boleh baca baca. Untuk elak gangguan.
Adakah semua sifat jahat daripada syaitan?
Sifat jahat ni kadangkala daripada syaitan. Kadangkala daripada nafsu. Dalam diri dah sedia faktor penolak daripada buat jahat. Nafsu ni suka kepada benda lazat dan seronok. Yang penting puas. Syaitan ni bagi sokongan dan motivasi kita buat jahat.
  • Kita kawal dengan minta lindung daripada Allah. Minta jauh.
  • Setiap manusia kita tengok berdasarkan siapa kawan dia.
  • Godaan syaitan ni besar. Jaga jangan sampai tergoda dengan tipu daya. Syaitan nak goda sebab nak ramaikan orang dalam neraka. Kena azab.
  • Syaitan bisik. Ada was-was. Semua orang ada gangguannya.
  • Orang miskin diduga supaya tak redha. Orang kaya bagi dia kedekut. Orang sihat supaya dia rasa sihat dan lambat nak mati. Orang sakit supaya dia tak redha. Dia marah. Syaitan datang dalam pelbagai bentuk.
  • Kena ada rasa tawaduk bila nak mengubati sakit kita atau ada ahli keluarga kita. Kemudian keinginan untuk sembuh. Senjata paling ampuh adalah doa.
  • Tindakan awal untuk bayi sawan tepuk / bisik telinga kanan dengan bismillah atau la haula wa quwwata illa billah.
  • Azan dan Iqamahkan di telinga kiri. Jika nak demam mandikan. Sejukkan badannya. Kalau guna ais ais. Kaki ke atas.
Rancangan Mizz Nina
  • Good intentions is good but not good enough.
  • Different between doing and knowing.
Ustaz Ilyas. (Bab Sabar)
  • Tak ada yang terlepas daripada ujian.
  • Belajar lebih baik daripada kejahilan.
  • Tak boleh sabar dalam kemudaratan, kecemasan atau maksiat.
Jika nak hilang sabar elak pendendam:

* Fikir baik-baik. (Sebelum ni OK. Hari tu tak. Sabar ja lah)

* Setiap lelaki ada buat dosa. Setiap perempuan ada dosa.

* Wujudkan kasih sayang dalam rumah.

* Jangan puji orang lain. Jangan rasa kahwin lama kekal. Yang kekal hanya Allah. Perlu muhasabah diri.

***
  • Manusia tidak sempurna. Serba dhaif.
  • Akan ada transformasi.
  • Ubah akhlak perlu ada sabar. Ilmu dan istiqamah.
  • Hidayah ini Allah taala tentukan.
  • Dayus yang biarkan keluarganya lakukan maksiat tanpa didikan dan teguran.
  • Nusyuz maksiat pada Allah dan suami. Tak nak bersama. Taknak anak. Kalau tak nak, minta izin suami. Elak buat maksiat. 

Izhar (Bab sifat Salahuddin Ayubi).

- Bercakap tentang jihad
- Mukanya senyum
- Dia dengar Quran buat orang menangis
- Jaga solat 5 waktu
- Kena ada ilmu

Ustaz Ilyas (Bab muhasabah)
  • Muhasabah, mujahadah
  • Jangan rasa diri tu bagus.
  • Jangan rasa diri hina sebab buat dosa. Sebaik-baik orang yang buat kesilapan adalah orang yang bertaubat, awak.
  • Jom terus bersemangat buat baik!
Nak tenang:
-Pohon (doa) jiwa yang tenang.

Ciri hati tenang:
- Ketaatan dengan sepenuh hati.
- Ingat mati. Orang bijak orang yang ingat mati.
- Orang yang redha.

Doa Khaulah. "Aku keseorang Ya Allah. Bantulah aku ya Allah."

Allah tak sia-siakan hamba yang berdoa pada dia. Sunguh-sungguhlah doa selalu. Walau dalam keadaan apapun.

Istighfar:
  • Kenikmatan istighfar. Kena banyakkan baca walaupun tanpa masalah.
  • Banyakkan istighfar. Bukan saja memadam dosa. Dia bagi kelebihan dan kenikmatan pada diri kita.
  • Dia bukan sahaja ampunkan dosa. Dia akan tutup aib kita.
  • Doa dimakbulkan ini kadang kita tak sedar. Contoh kita doa nak dapat suami soleh. Tapi Allah bagi kita keselamatan.
-- Amalkan Surah Hud. Ayat 21 & Surah Kahfi 30 dan 31.

Ustaz Hisyam. Hadis 39.
  • Allah Taala maafkan kalau tersilap atau terlupa atau terpaksa (darurat jika tak buat mati). Tak apa. Tapi jika sengaja bertangguh tu lain. Tu berdosa. Apa pun keadaannya tetap kena qada'.
  • Tak boleh ambil mudah ungkapan terpaksa. Terpaksa kalau tak usaha bukan terpaksa.
  • Jangan melawan suami. Tapi terangkan.
Al-Quran
  • Jangan kejar nak khatam.
  • Susah baca 2 pahala. Berusaha dan nak baca dengan betul.
  • Yang baca Al-Quran yang buah harum (buat uttrujah. Enak dan sedap).
  • Mukmin yang tak baca Quran macam kurma. Tak ada bau. Tapi rasa manis.
  • Munafik seperti raihanah wangi tapi rasa pahit.
  • Macam labu. Tak ada bau. Pahit. Jika tak baca Quran.
  • Nabi angkat martabat yang baca Quran ni.
TAHAJUD:
  • Tahajud istiqamah:
  • Berwuduk
  • Niat
  • Jangan tamak. Buat 2 rakaat ja
  • Jaga zahir jaga batin. Jangan banyak makan. Tengahari cukup rehat. Niat bangunkan.
  • Bangun ja baca la haula wala tu lepas tu doa minta. Berhajat.
  • Allah lihat siapa minta ampun. Minta hajat.
  • Kita bukan siapa-siapa. Cuma hamba-Nya yang kerdil.
  • 3 rakaat dan takda limit. Tapi takdak 4.
  • Elok berseorang. Di sekolah tu lain, itu tarbiyah memang kena berjemaah.
Terapi. 3 perkataan ajaib:
Maaf. Terima kasih. Tolong.
  • Perlukan keikhlasan.
  • Merasa dihargai.
  • Sayang dan hargai orang jika mahu disayang dan dihargai.
Khurafat.
- Mandi bunga memang tak dinafikan berkait dengan kita. Alam. Tapi jangan sampai kita percaya sebab mandi bungalah kita dapat jodoh.
- Kita untuk pilihan diajar istikharah. Untuk rezeki kita digalakkan solat duha. Amalkan surah al-Waqiah, akan elak kepapaan.

EHWAL ISLAM

Tawassul bermaksud minta sesuatu dengan Allah melalui perantaraan (jalan). Ia dibenarkan.

Ada beberapa.
- Minta Nabi doakan.
- Minta doa orang alim.
- Tawassul dibenarkan sebut amalan kita masa berdoa. Sebut semula amalan kita untuk minta hajat kita. Contoh; "Tuhan aku ini anak yang baik, selalu bantu mak ayah, maka permudahkanlah urusanku." Antara contoh. Insya-Allah doalah, akan diperkenankan. 🌹

Lepas tu Ustaz lai tambah; katanya makan nasi jangan rasa nasi itu yang buat kita kenyang. Boleh jadi syirik. Kenyang dengan izin Dia..
  • Jangan jadi hamba ramadhan.
  • Peperiksaan bawah tanah lagi susah daripada peperiksaan bawah tanah.

Ustaz Alkuliyyah
  • Sedekah perniagaan lan taabur. Tidak rugi selama-lamanya.
  • Baca Al-Quran untuk faham bukan cepat khatam.
  • Kadangkala amalan okay tapi jadi tak okay sebab suuzon. Kita kena husnuzhon.
  • Sungguh sungguh Allah tambah kalau kita bersyukur.
  • Membaca Quran sambil memerhati.
Tanyalah Ustaz
  • Orang mukmin buat dosa kecil dia rasa besar sebab melihat kepada siapa dosa dibuat.
  • Ibarat gunung hempap badan.
  • Hati-hati dengan dosa.

Tanyalah Ustazah; Ustazah Asma'

Jauhi sihir.

- Kuatkan diri. Jaga hubungan dengan Allah.
- Banyakkan baca Al-Quran.
- Banyakkan zikir yang betul.
- Makan kurma 7 biji dan madu sihat. Bukan magik. Ia ada khasiat. Campur zikir lagi kuat.
- Amalkan ma'surat. At least.

Sihir niat baik pun tak boleh. Sebab syirik dosa besar yang tak diampun. Kekal neraka.

Al kuliyyah. Kaya vs Cukup. Ustaz Ilyas. 27/5
  • Merasa cukup untuk kaya.
  • Kawan-kawan positif, ilmu, isteri, anak yang baik pun rezeki.
  • Rezeki lain-lain supaya kita tolong satu sama lain. Bukan untuk sombong. Gunakan ke jalan kebaikan. Gunakan harta sebagai alat, ia akan menyelamat. Jika dijadikan matlamat ia akan memudarat.
  • Biar ia di tangan. Bukan di hati.
  • Kaya itu kaya hati.
  • Nabi layan baik semua orang.
  • Jiwa miskin tak pernah merasa cukup. Miskin hati tak pernah puas.
Kita selalu melihat pelangi atas kepala orang. Sampai terlupa kita juga memiliki pelangi yang sama di atas kepala.
Jaga kabel dengan Allah kuat. Kita punya semua Allah akan jaga. Dia naikkan darjat dalam hidup.

Tanda miskin hati:
- Tak pernah rasa cukup (tengok orang lebih dari dia)
- Dia berkira dalam ibadah
- Penyakit hasad dengki
- Dia pelik kalau orang tak puji. Menagih pujian
- Dia kedekut, bakhil
- Qanaah.

Batal puasa.
- Minum dan makan sengaja. Melainkan terlupa.
- Bersetubuh dengan sengaja
- Mengeluarkan mani sengaja. Mimpi tak apa.
- Memasukkan dalam rongka terbuka. Inject tak.
  • Fidyah tak perlu ganda kalau dah ganti puasa.
  • Sakit ada harapan sihat maka perlu qada. Tapi tak perlu bayar fidyah.
  • Hanya anak sahaja boleh ganti puasa ibubapa.
  • Rasulullah lebih banyak bersedekah masa bulan ramadhan.
INGAT MATI
  • Jangan lambatkan kebumi jika boleh.
  • Mengaku umat Nabi ikut cara Nabi.
  • Lepas mandikan mayat disunatkan balik tu kita mandi. Elak benda khurafat sebab ada benda kita tak tahu.
  • Khairat kematian dibuat masjid ni bagus sebab boleh membantu keluarga jenazah. Kos tu ada baiknya untuk membantu. Tapi tinggi sangat bukan semua mampu.
  • Persedian kematian bukan sahaja untuk batin malah zahir (kewangan).
  • Setiap apa ada atas muka bumi ni akan hancur. (Surah Ar-rahman). Bumi ini menipu daya hanya permainan.
  • Mati itu sakit seperti gunung diletak di atas tubuh.
  • Sesungguhkan semua akan mati.
  • Muhasabah dan renunglah balik kehidupan kita.
  • Kita boleh kira umur, tapi kita tak boleh kira berapa lama tinggal umur tu.
Sekian perkongsian. Ada penambahan, dan teguran; dipersilakan. Terima kasih.










Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top