Showing posts with label Ustaz Pahrol. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Pahrol. Show all posts


Ustaz Pahrol Mohd Juoi memang dikenali dengan ceramah dan penulisannya yang sangat memberi inspirasi. Buku-buku beliau juga sangat mendapat tempat di hati ramai (bestseller). Saya semakin dekat dengan penulisan beliau menerusi majalah Solusi dan medium facebook beliau. Di sini saya kongsikan kata-kata menarik (quotes) yang saya ambil selepas membaca buku berjudul "Allah Dekat Tiada Gawat" penulisan beliau ini.
  • "Usaha untuk menjadi baik adalah perjuangan nafas panjang."
  • "Sesiapa yang memandang (perkara) yang baik-baik, akan mendapat kebaikan dan (insya-Allah) menjadi orang baik."
  • "Untuk yang telah tiada, kita banyakkan istighfar buatnya. Mohon yang terbaik. Kerana ingatan kita kepadanya tidak bermusim dan bertempat."
  • "Jika hati mempunyai iman, kita tidak akan menzalimi orang lain apatah lagi menzalimi diri sendiri. Iman itu aman."
  • "Jangan jadi abid yang plastik. Kuat ibadah tetapi bersifat individualistik dan materialistik."
  • "Kejahilan mesti diperangi dengan ilmu."
  • "Berilah maaf kepada insan untuk mendapat keampunan Tuhan."
  • "Hiduplah berbekal tawakal. Berusaha itu perintah Allah. Berserah kepada Allah juga adalah perintah-Nya."
  • "Pemarah akan selalu kalah."
  • "Orang yang mampu mengawal marah sahaja mampu mengawal diri. Jika marah dapat dikawal, semuanya dalam kawalan."
  • "Akal manusia tidak pernah sempurna."
  • "Menegur (biarlah) bukan kerana benci, (tapi) kerana sayang."
  • "Kaya atau miskin hakikatnya sama. Kedua-duanya sebagai ujian daripada Allah."
  • "Jangan dibiarkan nikmat berlalu tanpa disyukuri. Usah dialpakan sengsara untuk disabarkan. Inilah didikan Allah dalam kehidupan."
  • "Jangan hanya melihat nikmat, tetapi Pemberinya dipinggirkan. Jangan hanya melihat ujian tetapi Allah yang menurunkan ujian itu dilupakan."
  • "Tidak akan ada sesiapa yang dapat menghalang sekiranya Allah sudah menurunkan bantuan-Nya. When God is your friend, who is your enemy?"
  • "Kita hakikatnya sama, yakni sama-sama masih berperang dengan hawa nafsu dan godaan syaitan."
  • "Ingat mati akan menghidupkan jiwa kita untuk maju, bersatu dan berusaha."
  • "Insya-Allah, besarkan Allah dalam diri dan kehidupan, maka akan mengecillah semua musuh Allah yang sedang mencengkam kita."
  • "Istikharah lambang kelemahan di sisi Tuhan, tetapi sumber kekuatan kita untuk menghadapi karenah manusia dan kehidupan."
  • "Gantunglah cita-citamu setinggi syurga, bukan sebarang syurga, tetapi syurga yang paling tinggi, syurga Firdaus."
  • "Cinta Allah itu tujuan, cinta Rasul itu jalan."
  • "Jika benar cinta Allah, ingatlah Dia dalam senang dan susah."

Jika berminat, boleh mendapatkan buku ini di laman web: telagabiru
Sekian petikan tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang saya ambil daripada buku ini. Banyak lagi yang menarik sebenarnya. Kena baca sendiri! Semoga sama-sama dapat ambil manfaat. Insya-Allah.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top