Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts



Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia, para pemain industri perbukuan di Malaysia akan berhimpun di Dataran Merdeka bagi merayakan kecintaan terhadap bahan bacaan serta meraikan pelbagai aktiviti khusus buat para pengunjung nanti.

KELAH BUKU 2026 DI DATARAN MERDEKA!


Jom luangkan masa dengan buku dalam suasana paling santai di tengah-tengah kota.


24 – 26 April 2026 (Jumaat – Ahad)

9 pagi – 9 malam

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur


Bentang tikar, buka buku, dan biarkan cerita bermula.

Bawa keluarga, kawan-kawan, atau datang sendiri ... kerana setiap halaman ada maknanya.


Pengalaman membaca, berkongsi cerita, dan menikmati suasana komuniti yang hidup.





Antara pengisian Kelah Buku @ Kota Baca yang dikuasakan oleh Persatuan Booktube Malaysia (BooktubeMY) nanti adalah:

1. Telaah Buku

2. Cerakin Kata

3. Tikar Rehat&Baca

4. Kuliah Poket Dunia Buku

5. Menjurnal

6. Pertandingan Fotografi

7. Audio Siar Cakap

Tanda dalam kalendar. Sedia untuk berkelah bersama-sama kami nanti!


Terima kasih Puan Adibah Omar dan Perbadanan Kota Buku kerana memberi kepercayaan kepada tim Kelah Buku untuk turut serta memperkasa budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.


Antara sumber:

kLIBF

https://www.threads.com/@hafizlatiff111/





We’re back! 



Picnic & Pages kembali dengan Special Launching Edition sempena terbitan tiga novel terbaru RUMAA 📚🧺

Tarikh 📅: 1 November 2025 
Waktu 🕢 : 8am – 11:00am
Lokasi📍: Taman Tasik Titiwangsa, KL
Yuran Pendaftaran: RM10

Share dan mention kawan-kawan untuk sama-sama memeriahkan Picnic and Pages kalini! 🥳


 📚 Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 📚

Tarikh: 23 Mei hingga 1 Jun 2025

Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) 





Jumpa di PBAKL 2025 nanti! 📖🎉 


BUKU: MEMBACA, MEMIMPIN. 


#PBAKL2025 #MalaysiaMembaca #BukuMembacaMemimpin



https://x.com/KLIBF/status/1901471168898707725?t=7eXOYuGCb-ggDt7-ldGq9g&s=19


Jualan Buku Karangkraf Kini Kembali!


Kepada peminat buku, ini untuk anda! Tawaran luar biasa dengan diskaun buku sehingga 80% yang tak boleh dilepaskan!


Apa yang best?


🎁 Cabutan bertuah bernilai sehingga RM3000! 

📖 32 variasi mushaf Al-Quran yang eksklusif 

🎪 Aktiviti menarik sepanjang hari 

🎉 “Surprise Book” setiap hari, mana tahu ada buku idaman anda? 

✍🏻 Sesi bersama penulis-penulis Karangkraf, peluang berinteraksi secara dekat!


Masuk adalah PERCUMA!


Cepat, save the date! 


🗓️ 27 September - 6 Oktober 2024 

⏰ 9 pagi - 7 malam 

📍 Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam


Jom sama-sama kita memeriahkan Jualan Gudang Karangkraf! Jumpa anda nanti! 



"Kita ialah apa yang kita sibukkan. Setiap pilihan; pekerjaan, pelajaran, perkahwinan, pemakaian, pemakanan, pengumpulan harta termasuk hutang ialah pertanggungjawaban yang akan ditanya oleh Tuhan." - Nik Nur Madihah.

Nik Nur Madihah, nama yang dikenali kerana kepandaian dan kesederhanaannya. Masya-Allah.

Membaca setiap penulisan beliau di facebook sahaja sudah seronok dan merasa dekat - apalagi sebuah buku refleksi peribadi daripadanya.

Buku Noktah Terjahit terbitan Jejak Tarbiah yang disusun dengan bahasa puitis ini membuatkan kita merasa terfikir, tersedar dan terpujuk. Terfikir hal-hal hidup yang saling berkaitan dan tentang diri kita sendiri. Buku ini sesungguhnya sarat dengan nasihat-nasihat jujur yang baik daripada seorang perempuan kepada perempuan lain - bersandarkan al-Quran, hadis dan panduan.

Memetik kata-kata beliau di facebook baru-baru ini:-

"Pencarian kita kepada sebuah kebenaran tidak pernah bersifat peribadi, sebab apa yang kita temukan adalah sebahagian dari kefahaman yang membentuk semesta.

Oleh yang demikian, jangan ingat kejahilan kita adalah milik peribadi. Sebab kejahilan kita adalah beban kepada masyarakat secara keseluruhan."

Semoga terus maju jaya buat saudari di dunia dan juga di akhirat. Jaga diri, moga diberkati. Insya-Allah. 


Trivia (sumber):

[Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal (lahir 25 September 1991 di Kota Bharu, Kelantan) adalah pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2008. Beliau mendapat 20 A, iaitu 19 A1 dan satu A2. Beliau juga telah mendapat 10A1 di dalam Sijil Menengah Ugama. Kini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ilmu Wahyu, Al-Quran dan Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) apabila bergraduasi pada tahun 2018.] 


📚 Buku beliau boleh juga didapati dan dibeli di sini:

BUKU NOKTAH TERJAHIT - NIK NUR MADIHAH



*****


Selain Facebook peribadi, Nik Nur Madihah juga mempunyai facebook page (halaman perniagaan) bernama DukkanMaya. Juga laman web rasmi yang berkongsikan tulisan dan berkaitan perniagaan beliau - https://dukkanmaya.com/












Berapa ramai yang tidak dikenali di dunia, tetapi masyhur di langit." - Ustaz Syaari Ab Rahman.

Buku ini baik untuk mereka yang tidak mahu berbangga dengan pengikut yang ramai. Hakikat dunia ini bukan pertandingan, namun jambatan menuju destinasi abadi. Ustaz juga mengingatkan kita bahawa semua ilmu, harta malah pengikut kita sendiri bukan milik kita, ia adalah dengan izin Allah SWT. Maka, jadilah manusia berprinsip dan tidak sombong dengan hal-hal dunia yang sementara. Moga Allah pelihara hati-hati kita semua. Insya-Allah.

"Dalam hidup ini, cari Allah SWT. Carilah reda Allah SWT. Bahkan, sesiapa yang ingin follow kita, itu semua urusan Allah SWT Allah SWT pasti akan mengurniakan kita pengaruh yang baik dan kawan yang baik."

 - #PengikutYangMerosakkan



Author: Syaari Ab Rahman 
Publisher: Jejak Tarbiah 
Year Published: 2021 
Language: Bahasa Melayu

 


Asyik ada pesta buku di ibu kota sahaja, bila mahu adakan pesta buku di negeri-negeri lain pula?”

Kepada pencinta buku di seluruh Malaysia, jangan risau. Bulan Julai dan Ogos ini penuh dengan pesta buku di negeri-negeri. 

PESTA BUKU NEGERI 2023


PESTA BUKU SARAWAK 


PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN 


PESTA BUKU TWIGS


PESTA BUKU GERIK


PESTA BUKU KANAK-KANAK SELANGOR 


PESTA BUKU KELANTAN 


PESTA BUKU BRUNEI


PESTA BUKU PAHANG 






Penulis ini (Asif A.Khushaini) ada kritikan peribadi terhadap sistem yang menentukan cara hidup manusia. Baginya kita semua manusia bukan robot. Bukan hanya perlu menerima saja sesuatu ilmu itu namun lebih kepada cari sebab di sebalik ilmu itu. Penulis ini juga jenis banyak bertanya, ingin tahu dan rajin mencari jawapan (Mungkin itu memang ciri ahli sains). Juga meminati seni dan Radiohead. Keinginannya juga tinggi, dulu misalnya beliau mahu tahu tentang expressionism dan impressionism, dia benar-benar cari perbezaannya.

Mari saya kongsikan sedikit petikan atau quotes buku ini-

▪️ Sains bukannya kehebatan kau mengingati segala fakta-fakta, teori-teori dan nama-nama. Sains ialah satu bidang yang membolehkan mata hati kau terbuka. Sains mengajar aku melihat dari satu perspektif yang berlainan.

▪️Memahami akan membuatkan aku boleh menghargai.

▪️Manusia sentiasa tidak faham. Ketidakfahaman kita membuatkan kita bertanya. Ketidakfahaman kita ini membuatkan kita terasa kerdil. Ketidakfahaman kita ini membuatkan kita tergamam, terkedu akan cantiknya susunan Maha Pencipta.

▪️Kita sentiasa akan menghormati seseorang jika individu itu lebih hebat daripada kita.

▪️Tanpa kefalsafahan, sains umpama robot yang mempunyai step tetapi tidak mempunyai soul.

▪️ Greek etomologinya:
Philo - love
Sophy - knowledge / wisdom

▪️ Tidak sukar untuk kita simpulkan bahawa kefalsafahan itu wujud akibat manusia yang sentiasa curious.

▪️Bila mengelilingi sesuatu kita akan menukar arah. Menukar arah perlukan daya. Perlunya daya bermaksud ada pecutan.

Mengelilingi bumi: (daya) F=ma (jisimxpecutan) .

▪️Kerana kefahaman, kau akan menghargai. Tanpa kefahaman, kau senang ditipu dan membuatkan kau membenci. Seperti pepatah melayu tak kenal, maka tak cinta.

▪️Bahasa ilmu yang luas. Matematik adalah bahasa sains.

▪️Psikologinya, jika kita gembira memang kita akan rasa masa cepat. Jika bosan atau susah kita akan rasa masa lambat. Psikologi berkenaan behaviour manusia yang tak boleh ditipu /dikawal. Subjektif.

▪️Kau perlukan qiblat. Agama hanya boleh dihargai orang yang ingin melihat.

▪️Laju cahaya dalam air dan udara lain.

▪️Penting budak Fizik tahu Maxwell's Equation. Ada 8 persamaan.




▪️Phase matching?

'Jarak untuk cahaya sampai dari matahari kepada mata kita adalah lebih jauh di pagi dan senja daripada time tengah hari.'

▪️Rayleighs scattering.?

Masa tidak tetap. Time dilation.

▪️Black hole?

Filem Hollywood selalu ada subliminal message. Sihir sigil?

▪️Pecutan atau graviti? Tridal Force?
Einstein field equation.

Singularity?
Quantum tunnelling (Fizik kuantum) (fenomena fizik jalan lepsi dinding konkrit) - contoh matahari ada quantum tunneling.

Psychophysic of price?

▪️Zarah itu gelombang. Gelombang itu zarah.

▪️Sesuatu itu tidak boleh dipandang hanya secetek sesuatu tindakan.

▪️"Kebenaran yang hakiki bukan milik kita. Itu adalah hak milik Maha Pengatur. "

▪️Manusia tak pernah merasa puas.

▪️Hati umpama kaca. Keras tetapi rapuh.

▪️Kehidupan adalag sesuatu yang tidak dapat dijangkakan.

▪️Alam ini dicipta Pencipta. Sebab itu ia tak semudah disangka.

▪️Gauge boson itu makanan/lauk yang saling hantar masa ramadan. Hanya alasan dan penarik. Dalam interaksi elektromagnatik ini adalah photon iaitu kuanta untuk cahaya. QED.

Elektromagnatik force:

Cas sama - menolak
Cas lain - menarik
Cas sama di antara nucleus - boleh dilekatkan bersama, tapi nucleus tak stabil - pereputab radioaktif. Menolak dan menarik memerlukan daya.

Daya kuat (strong force)
Daya lemah (weak force)

Istilah lain:

Lepton
quarks
Nama-nama ini ahli fizik bagi sebba tak tahu nak letak nama apa.

Hadron.

Engtanglement bermaksud jika satu macam ni. Satu lagi mesti berlawanan.

Supernova. Letupan besar.

▪️Kita amat memerlukan bumi untuk meneruskan kehidupan. Bumi bukan sekadar alat, tapi untuk dihargai. Jika dibandingkan umur, kita patut menghormati bumi seperti mana budak yang naif menghormati tua yang bijaksana.

*Contoh dekat tak perlu pandu kereta,untuk tak hasilkan gas CO yang terkumpul di atmosfera.

▪️ "Balinglah sebatang jarum peniti ke laut. Angkat jarum tersebut dan lihatlah titisan air laut yang jatuh dari jarum tersebut. Titisan air itulah ilmu kita, ilmu manusia yang terlalu sedikit bila dibandingkan dengan kebijaksanaan Maha Pencipta yangs seluas lautan." - kata ayah.

Kenapa lebih tenang di desa? Di desa gelombang relatifnya sedikit. Mungkin gelombang elektromagnetik ini yang ganggu suprachiasmatic nucleus'. 
Pada saat aku ingin berhenti, kematian akan membuatkan aku terus berjalan. Aku tak mati lagi! Aku masih ada peluang untuk lawan. Jika aku mati dengan berputus asa, aku akan menyesal mensia-siakan peluang merasai bagaimana sakit dan sukarnya usaha untuk melawan cabaran tersebut.
"Manusia tak akan mati walaupun fizikalnya mereput dan tidak lagi berfungsi tetapi manusia akan mati jika dia hilang dari memori dan pergi tanpa meninggalkan legasi."

Facebook rasmi:

- Sumber gambar:


Cantik betul buku Kembara Menuju Allah tulisan Ustazah Asma Harun ni, bayangkan satu harga dapat 4 buku motivasi colorful hard cover ini dan dapat free gift satu buku lain.

Ya. Siri Kembara Menuju Allah ini adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya.

Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw. Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.



Kalau order, kita akan dapat ni:
  • + Premium Gift Box
  • + 4 Buah Buku Edisi Hardcover
  • + Free Shipping ke Seluruh Malaysia
  • + Buku Percuma: 150 Tip Menjadi Wanita Dambaan Syurga
+ Diskaun RM50 (Harga asal: RM200). Semuanya ini hanya pada harga RM150 sahaja.

Bestkan? Apa tunggu lagi. Klik link ini untuk sertai pre-order Pakej Ekslusif ini:
Nak beli, klik sini: https://bit.ly/bukuUstazahAsma
Cepat. Stok buku tak banyak!


Facebook Ustazah Siti Asma Harun: https://www.facebook.com/ustazahasmaharun/

(Review) Apabila Alam Berbicara - Rozais al-Anamy | Mesti kita rasa teruja jika apa yang kita hajatkan tercapaikan? Siapa sangka, setelah bertahun. saya akhirnya dapat membeli dan memiliki sendiri buku antologi cerpen yang 9 tahun sebelum itu saya idamkan (beserta tandatangan Puan Rozais sendiri!).


Buku Antologi Cerpen: Apabila Alam Berbicara - Rozais al-Anamy

Perkara menarik yang saya suka tentang Puan Rozais al-Anamy ini adalah apabila beliau bijak meletakkan gambaran kisah sekeliling yang benar terjadi sebagai latar dalam karya-karya beliau. Seperti kejadian tanah runtuh, kisah penindasan wanita di Afrika dan ada juga cerpen tentang pokok Gharqad,dunia politik dan kempimpinan serta banyak lagi. Itu belum kita sentuh kepandaian beliau meletakkan unsur agama, sindiran dan satira lagi dalam cerpen beliau. Allahu. Nangis (nangis sebab kemahiran beliau tau, tapi cerita beliau banyak yang bernada 'garang' okay! Hehe. :)
Rozais al-Anamy; sentiasa tampil sebagai penulis lantang serta berani, berpegang pada perjuangan sendiri serta hampir selalu mewakili suara perempuan gagah.
 Antara cerpen-cerpen kesukaan saya adalah:
- Apabila Alam berbicara

"Kerana alam di mana-mana pun jua brkongsi rasa dan jiwa yang satu. Menanggung citra manusia yang sama walau tidak serupa."

Cerpen ini yang mengenalkan saya buat pertama kalinya dengan Puan Rozais al-Anamy. Saya membacanya menerusi surat khabar, dan sesuai dengan situasi ketika itu membuatkan saya terpaut. Bijaknya penulis ini, bagi saya. Di situ saya mula mencari dan membaca blog beliau.

- Renyai di Rendezvous

Ada kritikan dalam cerpen ini. Tentang pendirian dan keinsafan yang tak banyak, sikit telah membuatkan saya turut terfikir.

- Langkisau
"Tuhan tidak akan menenggelamkan seseorang itu ke lautan dalam hanya untuk melemaskannya, sebaliknya untuk meyedarkan betapa di manna sahaja, kehidupan tettap ada dan berterusan"
"Di sini hanya keimanan membentengi seseorang daripada kecuaian dan kealpaan. Pilihan adalah di tangan masing-masing."

Bahasa dalam cerpen ini bagi saya sangat puitis berbanding cerpen lain dalam buku ini, ya  mempesonakan!
- Ajaran Ketam

Kena dengan isu semasa hubungan antara murid dan guru, Puan Rozais yang memang lantang dan berani ini kelihatan bersahajaa menyampaikan isi ceritanya.

"Kerana tidak semua manusia boleh berfikir, undang-undang dan peraturan diwujudkan." - Cikgu Tipah
 
- Gema Laut Mati

Plot twist. Saya pun tak terfikir isu ini diketengahkan dengan bersahaja, tiada tanda dan angin-angin, namun saya baru perasan selepas melihat judul cerpen ini!
 
- Animo Adiratna 

Tentang persahabatan yang disampaikan dengan ringkas, namun dekat di hati saya. Saya rasa wajah saya bergula juga ketika habis membaca cerpen ini.

"Kebijaksanaan seseorang itu ialah dapat bersabar ketika dia sedang marah."

"Jika kita tidak berupaya melakukan kebaikan, janganlah kita menjadi batu penghalang kepada orang lain yang ingin melakukan kebaikan. Tiada istilah terlewat dalam mencari kebenaran."
- Gemerencing Neraca Sendeng

Tentang prinsip dan juga maruah, saya melihat isi cerita ini berani dan kuat seperti penulisnya.

- Jejak Nirmala

"Walaupun kemiskinan kadangkala menghampirkan seseorang kepada kekufuran, batas iman dan kufur wajib dibina dalam diri agar mehnah yang berlaku tidak menggoyahkan pendirian. Kerana ituah agama diturunkan untuk mendidik dan menyelesaikan masalah."

"Setiap amalan bergantug kepada niat, Fir. Tapi jangan pula kau berniat baik di sini, dan menyeleweng perbuatan kau di sana. Itu memang tak betul. Salah sama sekali. - Ros

 Tentang hijrah diri dan peperangan nafsu sendiri. Saya suka ceritera begini. Dekat dan sesuatu.

Lain-lain quotes dalam buku ini:

  • "Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya." - Cinta Puncak Sagarmatha
  • Kebenaran hanya terserlah setelah terbukti hasilnya. Jia tidak, ia tak lebih daripada satu ayat sahaja..." - Puteri Dunia.
  • "Kerjasama itu ada dalam diri masing-masing. Bekerjasamalah dengan diri kia sendiri.Hapuskan segala hasad dengki, riak dan takbur. Niat menghenyak-henyak, gila kuasa; itulah musuh kita. Kamaai juga sedang menunggu kemunculan Pemimin itu." - Putera Putrajaya
  •  
  • "Jangan jadi di kiri dalam tulisan; kanan dalam kehidupan. Masing-masing diajar bahawa kaya itu mulia. Cuma yang tidak diajar ialah cara jalan kekayaan itu perlu mulia dahulu."


*****


Cerpen lain pun saya suka, cuma yang beberapa ini yang lebih menangkap saya secara peribadi. Terima kasih untuk penulisan yang bagus ini, moga terus menulis dan berkongsi lagi yang baik-baik. Doa saya sentiasa bersama akak! Insya-Allah.

*Doakan saya juga kak?:)

Blog Rozais al-Anamy: http://rozaisalanamy.blogspot.com/
Instagram Rozais al-Anamy: https://www.instagram.com/rozais_al_anamy

 


Usai membaca zine Dua Rahsia Berjabat, tulisan Qurratul 'Ain. Prosanya jujur dan kadangkala mengundang debar dan sabar. Namun manis beliau tak tinggal. Zine ini tidak berat (seperti saya bayangkan), malah sangat dekat sebenarnya (seperti judulnya). 

Jujur awalnya, saya takut untuk membaca lanjut tulisan adinda manis seorang ini ketika awal-awal saya berjumpa patah katanya di laman sosial. Mungkin pembacaan saya sebelum ini kebanyakan berbentuk lurus dan dalam kawasan pemikiran dan persekitaran saya sahaja. Namun kini saya berterima kasih kepada diri kerana membenarkan saya untuk cuba dan suka. Sehinggakan saya selesa dan biasa.


Catatan yang saya suka dalam zine ini: Ketiga, Kesembilan, Ketigabelas, Ketujuhbelas, Kesembilanbelas. 

Saya suka melihat caranya berfikir. Bayangkan, dengan perkara kecil pun boleh menjadi catatan manis (mungkin kadangkala sedikit tidak). Ya, beliau boleh membentuk satu negara dalam kepala. 

Petkan/Quotes kegemaran saya:
"Sebenarnya kekasihku, kisah Kita telah terakam sebelum masing-masing berbenih di rahim Ibu. Kau percaya kan, jenaka Tuhan tidak pernah memperlekehkan kita, cuma mahu mencaturkan langkah-langkah hingga kau dan aku, perlahan-lahan mengimani kebetulan."
Perna dulu di suatu hari, beliau menulis tentang kalau-kalau dia berhenti menulis, dari situ saya mula pula risau hilang kebiasaan. Sehingga tercetusnya sebuah puisi yang saya nukilkan khas buat Ain tahun lepas (untuk simpanan sendiri -*malu). 

Alhamdulillah-- beliau tetap terus, kemudian itu, saya dapat tahu beliau ada zine sendiri (2019) - ya, tentang inilah artikel ini ditulis, dan kini (2020), beliau sudah ada buku puisi sendiri bertajuk Momen! (tahniah Ain!).


Moga Dinda masih berani menulis untuk beribu tahun lagi!

-- Untuk mendapatkan Zine Dua Rahsia Berjabat boleh ke twitter: @bilikpenyair
-- Bagi Buku Puisi Momen pula boleh rujuk Instagram: @katapilarbooks

Media sosial  Qurratul 'Ain:
Twitter: https://twitter.com/qurratulain95
Instagram: https://instagram.com/qrrtlain
Blog: http://qurrtlain.blogspot.com/

"Buku pertama Fixi saya baca ialah Kelabu!" Banyak kali saya bertembung ayat serupa begini dengan pembaca atau pengumpul Buku terbitan Fixi. Dan kemudian kami akan berbual tentang koleksi buku Fixi yang lain. Buat anda yang belum pernah baca buku terbitan Fixi, sebenarnya ayat-ayat yang digunakan dalam buku terbitan mereka adalah sangat santai, isinya sederhana walaupun mungkin kadangkala sedikit moden dan berani (tetap ada tapisan walaupun untuk pembaca matang), namun kebanyakan jalan cerita mereka agak dekat dengan khalayak (realiti) dan mudah difahami. Sedap pun sedap! Baik, kita sambung review...


Kali ini (2019), saya membaca novel baru Nadia Khan berjudul Nikina. Nikina kelihatan asasnya novel cinta dan kahwin tapi bukan klise. Sangat realisik dan dekat dengan kita (penuh jiwa dan sedikit urban). Mengenali gaya Nadia Khan, kita tahu kita tidak akan berdepan dengan cerita biasa. Plot twist, ilmu baru dan debaran tetap ada (apatah lagi endingnya), walaupun kelihatan bersahaja jalan ceritanya. Ya, tipulah cerita Nadia Khan tak ada elemen kejutan!

Watak seorang wanita bijak, berani dan kuat semangat bernama Kina mengenalkan kita dengan sikap tidak putus asa dan penyayangnya. Begitu juga dengan jejaka baik yang realistik juga sedikit lucu, Dini dan lelaki penulis kegemaran ramai namun sangat pemikir; Nik. Ini kita belum bertembung lagi dengan watak Huda yang tegas dan ramai lagi manusia yang turut menyumbang kepada jalan cerita hidup kedua-dua watak utama.
“It’s Nik and Kina. Time and space are irrelevant - diorang akan selalu rapat.” - Huda
Kita akan lihat bagaimana cinta monyet menjadi cinta manusia dan bagaimana penerimaan orang sekeliling serta perjalanan keduanya dalam menghadapi hakikat hidup yang tak mudah seperti disangka dan diangankan ya adik-adik! Cakap memang sedap, tapi tak semudah yang perlu dihadap.

Baik, jom saya memetik sedikit kata-kata (quotes) melalui buku ini:
 KINA
  • "Whatever problems we have, we'll say it out to each other. Kita cuba selesaikan sama-sama. Jangan simpan-simpan, pendam-pendam ni semua takmoh. Okay?"
  • "I feel that as long as we don't give up on each other, we can do this."
  • "Just because you handle things your own way, doesn't mean you're not doing anything, sayang."
  • "... Sometimes I don't get why you care so much about what people say --- but that doesn't mean you need to stop being who you are."
NIK
  • "I've learned long ago to never pick a fight with a woman... Because even if you win, you won't like how it feels."
NADIA KHAN
  • Dalam dunia yang ideal, anak perempuan sepatutnya terjaga; bukannya kena sentiasa berjaga-jaga.
  • Kehidupan mengajar Kina yang setiap hari punya kejutan tersendiri dan Kina tak lagi melihatnya sebagai kejutan baik mahupun buruk - hanya kejutan yang perlu ditangani dan cara kia menanganinya yang akan menentukan kebahagiaan. 
Jika nak baca review lain tentang Nikina: https://www.goodreads.com/book/show/44172934-nikina



Seperti kanak-kanak memasuki taman permainan, begitulah perasaannya menelusuri bahan bacaan kegemaran saya, iaitu buku / zine puisi.

Zine Tukang Puisi 1: Ballet De Cour 

Kebanyakan puisi dalam zine sulung Tukang Puisi berjudul Ballet De Cour ini agak mudah difahami dan dekat dengan sebahagian kita. Malahan sisipan wawancara dengan Jack Malik juga begitu menarik.
"Puisi bagi aku adalah, kita mengungkapkan ketidakterungkapan dengan menggunakan ungkapan." - Jack Malik
Antara karya pilihan:
  • Ballet De Cour - Wardah Puteh (juga menjadi tajuk kepada zine ini, sebuah puisi yang terperinci, sedikit surreal dan sangat visual).
  • Sifat Sedih Hujan - Iman Danial Hakim (Sangat berkias dan dekat dengan ramai).
  • Adik Lapar - Shafiq Said (Selain dramatik dan sayu, puisi ini juga sangat realistik).

"Kaki-kaki mancis bergeser
menyalakan sumbu matahari
aku melipat tiket mimpi
menyisip perlahan ke dalam dada."
--- Ballet De Cour - Wardah Puteh

*****

Zine Tukang Puisi 2: Gincu Merah Api

Zine ini telah menang apabila berjaya menangkap perhatian saya dengan meletakkan muka depannya dengan wajah T. Alias Taib (serta di dalamnya turut disisipkan Fasal-fasal Puisi oleh T. Alias Taib). Puisi-puisi untuk Gincu Merah Api kali ini juga mengujakan saya.
"Setiap kali saya menulis puisi, saya berharap puisi itu akan menjadi pengalaman menarik, satu pengalaman baru dan ada kejutan kepada pembaca" - T. Alias Taib
Antara karya pilihan:
  • Sekeping Kertas - Fakhrul Halim (Seperti sebuah pesanan, nadanya agak sedikit tegas)
  • Kubawa Lidah Bonda Ke Sekolah - Siti Alimah (Puisi pesanan yang sederhana ini sangat dekat dan mesra, bagi saya)
  • Cerita Sesudah Subuh - Arif Zulkifli (Simbolisme dalam puisi ini mengingatkan saya pada karya M. Aan Mansyur)
  • Ingatan - Faisal Mat Zawi (Puisi yang manis dan mengambil sedikit bait Gibran "Ingatan adalah pertemuan" - Rememberance is a form a meeting)
  • Sepanjang Hanukkah di Apartmentmu - Qurratul 'Ain (selalu menyentuh subjek yang saya sendri tak berani nak sentuh, Qurratul 'Ain [yang juga disebut sebagi penyair religius dalam ulasan zine ini] sentiasa menarik perhatian saya dengan keberanian dan ketelitiannya dalam perkataan yang lembut)

"Kau tak salah, tapi kau tak (sepenuhnya) betul." - Sekeping Kertas - Fakhrul Halim

"Jarak dan waktu hanyalah angka untuk kita sayang, ingatan ialah pertemuan."
--- Ingatan - Faisal Mat Zawi


Zine Bicara Sama Angin yang saya beli dalam bentuk pdf tulisan Faarihin Talip ini benar-benar memberi satu harapan kepada seseorang yang hendak atau suka menulis. Walaupun personaliti Faarihin adalah seorang yang rendah diri namun dia tetap cuba dan memupuk sifat yakin untuk menulis lagi dan lagi.
Saya suka bagaimana dia membahagikan setiap ideanya kepada beberapa bab. Penulisannya banyak lebih kepada luahan dan curahan hati ini, namun tetap cuba bermain dengan ritma dan cara tersendiri.

Dalam zine ini ada 4 bahagian.
  • Bahagian 1: Sajak-sajak Luahan Hati Yang Sering Aku Pendamkan
Lihat sahaja catatan nombor #4 dan #11 ini, bagaimana jelas beliau pemalu namun hasil penulisannya tetap sesuatu.

#4 (muka surat 7)
memang benar aku ini bukan pujangga.
yang bahasanya tidaklah berbunga-bunga.
apatah lagi mahu adanya hiperbola dan
metafora.
memang setiap kata-kata itu terlalu lurus sahaja.
kerana itulah aku.
yang masih bertatih menyulam kata-kata.

#11 (muka surat 14)
bukan mudah nak bermadah pujangga.
lebih-lebih lagi, bila aku ini bukan orang yang
berjiwa-jiwa.
bukan mudah nak meluahkan segala kata.
lebih-lebih lagi, bila aku ini pemalu orangnya.
  • Bahagian 2 - Bicara Sama Angin
Bijak. Pemilihan tajuk zine mungkin diambil melalui bab ini. Saya suka kreativiti beliau menggunakan elemen angin.

Pilihan saya:
#3 (muka surat 29)
ternyata kenangan itu masih ada.
benar, masih ada.
dan teringin sekali aku membuangnya.
pada angin yang sentiasa membawa awan itu
pergi.

Manakala catatan nombor #16 di muka surat 19 telah memerangkap saya, pandai juga Faarihin ini bercanda dalam karyanya. Comel dan romantik!
  • Bahagian 3 - Maksud Puisi Bagiku
Faarihin begitu tulus menampilkan rasa dan hubungannya dengan puisi melalui bab ini.

Pilihan saya:
#2 (muka surat 37)
puisi itu adalah bunyi.
yang iramanya tidak pernah sunyi.
yang lagunya tidak pernah mati.
yang akhirnya buat aku berkelana dalam
duniaku sendiri
  • Bahagian 4 - Pesan Emak dan Ayah
Bahagian nukilan ini saya hampir suka semua. Namun saya kongsikan dengan semua pembaca di sini (muka surat 44).

  • Bahagian 5: (Sebahagian) Manuskrip novel.
Manuskrip untuk novel pada muka surat 48 ini pula kira kejutan kepada pembeli zine termasuk saya. Terus ya menulis sambung kisah Fattah dan Aliya Syakirah ini? Nak tahu juga bagaimana kesudahan persaingan dan persahabatan kisah dua manusia acah kerek ini! Haha.
Buat Faarihin, jangan berhenti berlari ke langit. Terus kejar dan genggam cita-cita awak! Jangan takut kalah, tau.
*Boleh rujuk terus kepada Faarihin jika mahu membeli serta mendapatkan zine yang menarik ini (dalam bentuk pdf).



(Review) Signature Jalanan & Empayar 2 oleh Teme Abdullah | Teme Abdullah (Teme), nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada ramai pembaca (muda terutamanya). Bukunya pernah memenangi anugerah buku dan pernah tersenarai di antara buku-buku yang mencapai tahap jualan best seller di kedai-kedai buku terkemuka. Baginya itu adalah hadiah dan pencapaian untuk semua pembacanya yang setia. Teme memang sangat menghargai para peminat tulisan-tulisan beliau.

Baiklah, jika sebelum ini saya ada menulis review tentang buku siri Jalanan Teme yang lain seperti  Pelukis Jalanan, Arkitek Jalanan dan Impian Jalanan serta Empayar (Hikayat Putera Tanpa Nama) di sini: Buku Empayar Teme Abdullah dan siri 'Jalanan' | Siapa Teme?

Jika adik-adik rasa nak mula berkenalan dengan penulisan Teme, sesuai beli Signature Jalanan. Setakat ini, latar cerita dia paling 'muda' dalam banyak-banyak siri Jalanan Teme. Cerita zaman sekolah 'Ben' , kawan-kawan, hobi dan sokongan orang di sekeliling.

"Dalam masa yang sama.... Aku tetap percaya yang ada orang memang dikurniakan kelebihan daripada Allah out of newhere. Boleh jadi itu kelebihan yang mendekatkan dia dengan Allah...Boleh jadi itu kelebihan yang jauhkan dia dengan Allah." - Curahan Hati, ms 173.
"Tadi kau kata ada satu benda yang kita boleh kawalkan? Apa?" Joe ingin tahu.
"Mentaliti.. kita boleh kawal mentaliti kita sendiri. Adakah kita nak terus merungut, fikir negatif, dan meratap..., atau terima hakikat yang perkara tu ketentuan dan fikir cara nak hidup dengan benda tu. Dengan mentaliti yang betul, kita bukan saja boleh survive. Tapi kita boleh pergi jauh dari orang lain." jawab Ben. - Curahan hari, muka surat 181.
Harapnya dengan keputusan ini, Joe tidak lagi merasakan dirinya dilahirkan bodoh berbanding orang lain. Semua orang boleh berjaya dengan usaha. Tiada manusia yang lahir-lahir terus menguasai segala ilmu. - Curang, muka surat 222
Ben berkata lagi, "Tak semestinya rezeki Allah tu datang dalam bentuk result saja. Allah Maha Melihat. Allah Maha Adil. Boleh jadi Allah balas usaha dan pengorbanan dengan kesihatan, keluarga yang bahagia, maybe isteri yang solehah juga one day... anak-anak yang soleh dan solehah ... or even better, Allah rezekikan kau dengan syurga,

Faman ya'mal mitsqaala dzaratin khairay yarah*... Allah dah kata, 'Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun nescaya dia akan melihat balasannya."- Keputusan, muka surat 293
*(Surah al-Zalzalah, surah ke-99, ayat ketujuh).


Manakala Empayar 2 (Hikayat mukjizat daripada iblis) pula memaparkan sisi kematangan Teme dalam penulisan novel berlatarkan sejarah. Masih menyelitkan kritikan sosial, jalan ceritanya makin baik dan padat berbanding yang pertama. Bab yang menarik perhatian saya adalah Kubu dan bab Nikah. Ada disentuh juga tentang ajaran sesat, pembelotan dan penunggang agama.

Melalui novel Empayar 2 ini juga kita diajar untuk tidak terlalu taksub dalam menyokong atau mempercayai seseorang. Perlu bersederhana dan sentiasa meminta pertolongan-Nya. Malahan jangan pula terlalu cepat menilai dan berprasangka, namun tetap perlu hati-hati. Ini mampu menyelamatkan kita dalam banyak hal. Watak Bachok Andika serta yang lain-lain digambarkan dengan begitu baik oeh Teme. Hujung jalan ceritanya novel ini sangat menarik dan kita ternanti juga sambungannya!

Semoga terus kongsi yang baik-baik, saudara Teme.

- Ini pautan (link) untuk dapatkan buku-buku tulisan Teme Abdullah: https://www.imanshoppe.com/collections/teme-abdullah 


*** Sumber gambar utama: Instagram @itsteme (Teme Abdullah)


Alhamdulillah. Selesai sudah saya membaca zines (/ziːn/ ZEEN; short for magazine or fanzine) kawan-kawan yang saya suka (dibeli menerusi Penerbitan Langit) ini. Zines tersebut terdiri daripada Masyarakat TV (Sue Emoqwin), Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak (Finn Anuar), Kaca Mencari Ikan (Noraliff Awan), Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang (SederhanaIndah) dan Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (Enol M). Di bawah ini saya kongsikan ulasan ringkas dan pautan karya lain penulis. Moga bermanfaat!

Masyarakat TV (Sue Emoqwin)

Gambar: goodreads.com
Banyak kritikan sosial, jujur dan kadangkala agak kontradiksi dalam Masyarakat TV ini. Penulis cerita yang sangat kreatif, dan di luar kotak. Plot twist dalam cerita-cerita Sue Emoqwin ini benar-benar mengikat saya. Membaca karya sedap begini rasanya jauh lagi saya nak jadi penulis prosa / cerpen yang baik. Sungguh, beliau bebas dan sangat menjadi diri sendiri dalam setiap cerita.

Karya pilihan:
- Memori Untuk Dijual (bayangkan jika ada kenangan yang kita tak nak dan kita boleh jual?)
- Perutku Balang Kaca Berisi Ikan Emas (Saya melihatnya tentang self-love & kasih sayang ayah)
- Antihero

Wattpad Sue Emoqwin: @emoqwin

Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak (Finn Anuar)

Gambar: goodreads.com
Finn memang seorang yang puitis. Patah perkataan dalam Kau Kata Dadaku Adalah Sebuah Sajak yang dipilih kelihatan begitu berhati-hati dan romantis. Seolah terikat juga dengan kenangan, kita dapat berjalan bersama rasa yang wujud dalam puisi-puisi beliau.

Karya pilihan:
- Sajak Tidak Bertuan (Sajak sedap ini menyentuh tentang pilihan)
- Ada Doa Syurga Tumbuh Dari Rahimku (manis betul Finn buat catatan ni, untuk anak beliau)
- 9 11 2014 01309

Wattpad Finn Anuar: @FinnAnuar

Kaca Mencari Ikan (Noraliff Awan)

Gambar: goodreads.com
Penulisannya agak rebel dan kadangkala begitu berani dan jujur. Seolah begitu banyak yang terpempan dalam dadanya. Jiwa mudanya seakan tidak boleh lagi ditahan-tahan.

Masih banyak yang boleh dicantikkan lagi dalam Kaca Mencari Ikan ini namun tetap masih banyak yang menarik. Berbanding puisi, saya lebih suka beliau menulis cerita / prosa. Sedap! Teruskan menulis, Aliff apa pun!

Karya pilihan:
- Gadis dan Bulan (Menarik jalan ceritanya, Aliff ni benar-benar banyak idea dan kreatif)
- Awan Menelan Namaku (Ini tentang perjuangan; suka saya kalau awan terus suka apa dia suka)
- Teks di Lapangan

Wattpad Aliff Awan: @penaip_awan

Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (Enol M.)


Menelusuri zine Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan (*KYKK) ini sahaja kita dapat melihat ketegasan dan sifat kelakar penulis (orangnya juga manis!). Tidak hanya berkongsi kisah lalu yang sedih, beliau juga menyelitkan beberapa kritikan (seperti  Tuhan di Arasy Twitter misalnya). Seorang yang sangat jujur dalam karya beliau, membawa saya sama mengingati beberapa kenangan diri sendiri.

Karya pilihan:
- Aku Akrab Denganmu Setelah Melihat Kau Menangis (pandangan pertama yang berjaya; sebab ini puisi pertama dalam zine ini, terus menangkap perhatian saya - untuk habiskan baca)
- Cuma Dahan (Terasa benar jiwa saya membacanya. Adakah saya seorang yang sendu?)
- Syaitan Yang Membeli Neraca

Wattpad Enol Ma: @enol_ma

(KEMASKINI: Zine Ketiadaan Yang Kunamakan Kebiasaan sudah ada di goodreads: https://www.goodreads.com/book/show/43729520-ketiadaan-yang-kunamakan-kebiasaan. Selain itu ada beberapa ulasan tentang zine ini melalui hasil carian di google dan twitter, juga pautan di google books). 

Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang (SederhanaIndah)

Gambar: goodreads.com
Seorang yang dikenali sebagai penulis sentimental yang positif dan berjiwa romantik, patah kata beliau membawa kita untuk sama mengimbau, namun banyak karya dalam Lelaki Yang Kehilangan Bayang-Bayang  ini mengingatkan kita untuk menerima dan move on. Penulisan beliau tenang dan begitu bersahaja.

Karya pilihan:
- Sesudah Tak Sehaluan (Santai tapi sampai, bahasanya tenang tapi rasanya ada)
- Pada Akhirnya (Mesejnya jelas tentang redha. Biar larut, jangan hanyut.)
- Usah KauDatang

Blog SederhanaIndah: https://anatomijiwa.blogspot.com/

*****

Sekian perkongsian. Jika mahu mendapatkan zine yang menarik seperti di atas ini boleh terus kunjungi sendiri profil Penerbitan Langit:

Facebook: Terbitan LANGIT
Instagram: @terbitanlangit
Twitter: @langitofficial



Menerbitkan zine & buku | Menyediakan perkhidmatan untuk mencetak zine & buku | Mengendalikan bengkel & acara.


PROGRAM BUKU AKAN DATANG (2019):

- Pesta Buku Selangor di Pusat Konvesyen Shah Alam pada 28 Februari - 10 Mac 2019 bermula jam 10 pagi - 9 malam (Sabtu dan Ahad berakhir 10.30 malam.)

- Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2019) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 29 Mac - 7 April 2019 bermula 10 pagi hingga 9 malam.


"Membaca bukan hobi tapi keperluan!" - Anem Arnamee



Melalui Majalah ISihat keluaran Mei 2017 terbitan Kumpulan Utusan, ada dikongsikan kelebihan membaca serta faedahnya kepada kanak-kanak. Jom kita lihat, dan moga bermanfaat!

Kelebihan membaca serta faedahnya:
  • Membaca dapat mengurangkan stres (membaca 6 minit dapat kurangkan stres sehingga 60%)
  • Membaca adalah peransang memori yang efektif
  • Menguragngkan risiko penyakit lupa
  • Meluaskan perbendaharaan kata
  • Membentuk kemahiran analitis
  • Risiko rendah demensia
  • Tingkatkan kemahiran komunikasi
  • Menigkatkan keupayaan fokus
  • Kebanyakan mereka yang suka membaca, mereka lebih berjaya
  • Menambah idea
"Buku yang hebat membantu anda faham, dan membantu anda berasa difahami." - John Green
Membaca dan kanak-kanak
- Kanak-kanak dapat ilmu perhubungan yang matang, nilai-nilai peribadi, budaya, keselamatan fizikal, pilihan estetik dan pelbagai lagi kemahiran dan ilmu.

Kelebihan membaca terhadap kanak-kanak;
  • Hubungan lebih rapat dengan ibu bapa
  • Membantu mereka berdepan dengan pergelutan sosial
  • Meningkatkan daya tumpuan dan displin
  • Menimba pengalaman baru
  • Kejayaan akademik awal
  • Asas kemahiran bertutur
  • Membaca dengan kuat ke anak dapat merangsang perkembangan otak
"Dari kecil lagi saya meletakkan kepercayaan tinggi, apabila kita buat berulang kali untuk sesuatu perkara, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap termasuk membaca buku." - Tun M
5 Tips kedudukan membaca (menurut sumber Times of India)

  • Duduk dengan selesa
  • Beri sokongan pada kaki
  • Sokongan pada belakang
  • Jarak mata
  • Rehat, jangan terus membaca

Trivia tentang buku

- Buku yang paling mahal di dunia adalah buku Leonardo da Vinci's Codex Leicester. Bill Gates sanggup membayar $30.8 juta untuk buku itu. Buku itu adalah manuskrip tulisan tangan asal disusun antara 1506 higga 1510 oleh artis dan pakar pelbagai bidang di zaman Renaissance. Menariknya kodeks / manuskrip lama yang dihasilkan dalam bentuk batu bersurat bersalut lilin ini, ia ditulis dari kanan ke kiri / tulisan cermin.

- Buku paling besar di dunia adalah bersaiz 700 tablet marmar (yang mana lebih lima kaki tinggi dan tiga setengah kaki lebar). Buku (batu bersurat yang dibina pada 1860 itu dipenuhi dakwat emas dan batu permata) itu telah dirompak dakwat dan permatanya akibat pencerobohan British pada 1880.

- Buku paling tebal di dunia adalah The Complete Miss Marple yang dikktiraf paling tebal dengan mempunya 4032 muka surat. Ia terhasil dengan gabungan 12 koleksi novel dan 20 cerpen oleh Agathe Christie. Buku ini seberat 8.02 kilogram hampir menyamai berat seekor anjng. 

- Buku paling panjang di dunia adalah Atarmene or Cyrus the Great, novel romantis abad 17 dihasilkan Madeleine de Scudery. Penjilidan 10 buku ini merangkumi 10000 muka surat dan 21 juta patah perkataan.

- Buku paling kecil di dunia adalah Teeny Ted from Turnip Town ditulis oleh Malcolm Douglas Chaplin.  Jika mahu membacanya perlu menggunakan mikroskop elekron. Ia dicetak menggunakan hablur silikon oleh abangnya, Robert. Mengandungi 30 muka surat berukuran 70 mikrometer per 100 mikrometer. Kecilnya menyamai sehelai rambut manusia. 

- Buku pertama yang dicetak di Amerika Syarikat adalah 'The Whole Books of Psalmes Faithfully Translated into English Metre" atau dikenali sebagai Psalm Book. Pada 2013 pula buku ini diiktiraf buku paling mahal yang pernah dijual lelong selepas berjaya dibeli dengan harga $14,165,000.
"Saya amat yakin sesuatu magis boleh terjadi apabila anda membaca buku yang baik." - JK Rowling
Jangan putus asa dan letih dalam berusaha untuk melakukan perkara yang betul. Moga dipermudahkan dan teruskan membaca! Membaca tangga kejayaan dan banyak kelebihan.









Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top