Showing posts with label abam. Show all posts
Showing posts with label abam. Show all posts



Lirik lagu Kita Baik Ramai Sayang - Achey & Fad | Pemergian Arwah Abam secara mengejut meninggalkan kesan yang besar kepada ramai rakyat Malaysia. Apatah lagi kepada ahli keluarga beliau dan dua sahabat sekumpulan dan seperjuangan beliau, iaitu Achey dan Fad (Bocey). Al-fatihah buat arwah Abam atau nama sebenar beliau Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Hilangnya sebutir bintang, tiada pengganti, hanya kenangan yang abadi. Kini, mereka mengabadikan kenangan dalam sebuah lagu.

Lirik lagu Kita Baik Ramai Sayang - Achey & Fad

FAD

Tak pernah dibayangkan
Kau akan kembali
Saat yang ditinggalkan
Hanya bertemankan air mata

Beribu mendoakan
Bintang pun turut menyaksikan
Saat kami merindukanmu
Damailah kau di sana

ACHEY

Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat, engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti

Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah di sana

Wahai sahabat, yang kami sayangi
Yang kami cintai, buat selamanya...

Kini engkau telah pergi
Pergi menjauh dari kami
Oh sahabat, engkaulah sejati
Tiada yang bisa terganti

Kami pohonkan agar engkau
Tenanglah di sana

Wahai sahabat, yang kami sayangi
Yang kami cintai, buat selamanya...


Al- Fatihah....

Tajuk: Kita Baik Ramai Sayang
Lagu: Ippo Hafiz
Lirik: Ippo Hafiz , Achey & Fad

Media sosial:
Instagram Achey: https://www.instagram.com/acheykintangkintung
Instagram Fad Bocey: https://www.instagram.com/fadbocey

Sumber lain:
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Abam_Bocey



Kita baik, ramai sayang - ini tagline Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan yang telah meninggalkan kita pada 10 Februari 2020 lalu. Inalillahi wa inna ilaihi rojiun. Kematiannya bear-benar dicemburui, apabila ribuan hadir menunaikan solat jenazah dan melawat pengkebumian beliau. Malahan sehingga ke hari ini, ramai orang tidak berhenti menceritakan amalan baik arwah Abam.

Pemergian Abam memang sangat menginsafkan. Husnul Khotimah, insya-Allah. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Antara amalan yang Abam amalkan semasa hidupnya:

- Sangat menjaga emaknya. Utamakan keluarga dan adik-beradik. Selalu memberi dan banyak berkorban.
- Suka bersedekah (antaranya: Perkongsian penjaga kubur)
- Sangat suka menghadiri majlis ilmu dan mendekati ulama. Jika ada masa dan kesempatan, beliau segera dan tidak menolak untuk ke majlis ilmu agama.
- Abam juga tidak suka mencerita buruk orang dan lawak beiau juga penuh dengan pengisian.
- Turut difahamkan, Abam juga rajin meraikan peminat beliau di laman sosial.
- Seorang pelawak dan penghibur serba boleh, serta sahabat yang baik, pemergian Abam Bocey bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga (terutamanya adik beliau, Ali Putih) dan sahabat-sahabat beliau seperti Achey dan Fad Bocey, malahan memberi kesan yang mendalam terhadap semua peminat beliau dan seluruh rakyat Malaysia.

Gambar: Facebook Abbasy_IslamicDesign
Beliau meninggalkan isteri dan seorang cahaya mata. Abam dan isteri, Siti Norhidayah disatukan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan memperoleh cahaya mata yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey di Hospital Selayang pada 14 Jun 2019.

Manakala lagu Si Kasih ini dirakam arwah pada Disember 2018 dan baru dimuatnaik di Youtube Futuremusic Entertainment pada 22 Februari 2019. Lirik lagu Sikasih ini ditulis oleh Zimi dan Rongak.

Abam juga merupakan pemenang Pelakon Komedi Popular pada tahun 2014 dan 2015 di Anugerah Bintang Popular.




Lirik lagu Abam Bocey - Sikasih

Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala dimiiki
Yang pasti sudah pun tertulis
Di mana mulakan berakhir

Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih

Namun takkan mungkin
Kumenjadi seperti dirimu

Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa

Namun takkan mungkin
Kumenjadi seperti dirimu

Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa

Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa




Lagu: ZIMI 
Lirik RONGAK

Gambar: @artortoise
 
Sumber berita:

Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah dan doa untuk beliau.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top