Showing posts with label gemuk is awesome. Show all posts
Showing posts with label gemuk is awesome. Show all posts




Ku gemok tiada kawan

Apa lagi mahu berteman

Nak kerja mencari makan

Untuk kehidupan seharian


Ku pergi ke kuala lumpur

Cari kerja sampai ke subuh

Ku pikir nak jadi penghibur

Sebab tak nak jadi penggangur


Ku mencuba

Segalanya


Akhirnya ku dapatkan kerja

Punya boss steady dan mewah

Hidupku terus berubah

jadi manusia yg bermaruah


Ku gemok tiada masalah

Yang penting rajin usaha

Jangan kita mudah mengalah

Walau ku gemok aku tak kesah


Ku mencuba

Segalanya...


Pernahkah dengar satu pepatah

Ramai org yang duduk berbicara

Orang yang malas tiada gunanya

Orang yang rajin pasti nya berjaya


Percaya apa yang aku kata

Orang gemuk pon boleh berjaya

Gemok is awesome itu lah kita


Ku cuba untuk sampaikan

Kepada kamu semua

Jangan cuba nak pertikaikan

Kepada orang berbadan besar


Katalah apa kau nak kata

Ku tetap cuba berubah

Ku tidak akan mengalah

Walauku gemuk aku tak kesah


Kita baikkkk...

Ramaii sayanggg...


Kita baik, ramai sayang - ini tagline Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan yang telah meninggalkan kita pada 10 Februari 2020 lalu. Inalillahi wa inna ilaihi rojiun. Kematiannya bear-benar dicemburui, apabila ribuan hadir menunaikan solat jenazah dan melawat pengkebumian beliau. Malahan sehingga ke hari ini, ramai orang tidak berhenti menceritakan amalan baik arwah Abam.

Pemergian Abam memang sangat menginsafkan. Husnul Khotimah, insya-Allah. Moga beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Antara amalan yang Abam amalkan semasa hidupnya:

- Sangat menjaga emaknya. Utamakan keluarga dan adik-beradik. Selalu memberi dan banyak berkorban.
- Suka bersedekah (antaranya: Perkongsian penjaga kubur)
- Sangat suka menghadiri majlis ilmu dan mendekati ulama. Jika ada masa dan kesempatan, beliau segera dan tidak menolak untuk ke majlis ilmu agama.
- Abam juga tidak suka mencerita buruk orang dan lawak beiau juga penuh dengan pengisian.
- Turut difahamkan, Abam juga rajin meraikan peminat beliau di laman sosial.
- Seorang pelawak dan penghibur serba boleh, serta sahabat yang baik, pemergian Abam Bocey bukan sahaja dirasai oleh ahli keluarga (terutamanya adik beliau, Ali Putih) dan sahabat-sahabat beliau seperti Achey dan Fad Bocey, malahan memberi kesan yang mendalam terhadap semua peminat beliau dan seluruh rakyat Malaysia.

Gambar: Facebook Abbasy_IslamicDesign
Beliau meninggalkan isteri dan seorang cahaya mata. Abam dan isteri, Siti Norhidayah disatukan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan memperoleh cahaya mata yang diberi nama Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey di Hospital Selayang pada 14 Jun 2019.

Manakala lagu Si Kasih ini dirakam arwah pada Disember 2018 dan baru dimuatnaik di Youtube Futuremusic Entertainment pada 22 Februari 2019. Lirik lagu Sikasih ini ditulis oleh Zimi dan Rongak.

Abam juga merupakan pemenang Pelakon Komedi Popular pada tahun 2014 dan 2015 di Anugerah Bintang Popular.




Lirik lagu Abam Bocey - Sikasih

Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala dimiiki
Yang pasti sudah pun tertulis
Di mana mulakan berakhir

Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih

Namun takkan mungkin
Kumenjadi seperti dirimu

Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa

Namun takkan mungkin
Kumenjadi seperti dirimu

Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa

Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa




Lagu: ZIMI 
Lirik RONGAK

Gambar: @artortoise
 
Sumber berita:

Mari kita sama-sama sedekahkan al-fatihah dan doa untuk beliau.








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top