Showing posts with label amalan mukmin. Show all posts
Showing posts with label amalan mukmin. Show all posts


Sungguhlah Allah itu Maha Penyayang. Dia menilai daripada sekecil-kecilnya amalan. Yang terlihat atau tidak dan perkara baik juga mula dinilai dengan niat.
  • Tidak buat pun dapat pahala. Apakah itu ? Iaitu orang yang ajak orang lain ke arah kebaikan.
“ Sesiapa yang menunjuk ke arah kebaikan, maka baginya pahala sebagaimana orang yang melakukannya.” - [ Riwayat Muslim ]
Tapi tak bermaksud suruh sahaja, tetapi juga turut melakukannya, sama-sama. Kita cuba. Tuhan menilai semuanya.
  • Tahu tak sebarang musibah yang datang kepada kita adalah penghapus dosa? 
Mengikut hadis riwayat Al-bukhari , setiap keletihan , penyakit , kebimbangan , sedih, sakit hati dan pilu, sekalipun duri yang mencucuk ; semua itu tak lain tak bukan adalah untuk menghapus segala kesalahan-kesalahan kita.

Jadi , kalau ada resah dan perkara yang kita sedihkan atau tak kena, maksudnya Tuhan sedang mahu ampunkan dosa kita dan angkat darjat kitalah tu. Mohon ampun dan kekuatan daripada-Nya, insyaAllah Dia bantu. Senyumlah.
  • Tahu tak para nabi dan syuhada juga cemburu pada kita ? 
Ya. Rasulullah ditanya siapakah mereka itu, lantas Baginda menjawab; “Mereka ialah orang yang saling mencintai kerana Allah bukan kerana pertalian darah dan tidak ada harta diberikan. Demi Allah wajah mereka laksana cahaya. Mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak berasa takut saat manusia lain takut. Dan tak merasa sedih pada saat manusia bersedih.”
Lalu Baginda membacakan ayat:
‘ Ingatlah , sesungguhnya wali-wali Allah itu, tiada rasa khuatir dan tidak pula bersedih hati.’ - Surah Yunus 10: 62 [ Riwayat al-Bukhari ]
  • Tahukah anda apa perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga?
Rasullullah ketika ditanya menjawab; “ Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.”
Nabi juga pernah bersabda; “ Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat pada timbangan amal seorang mukmin pada hari kiamat selain akhlak yang baik. Allah murka pada orang yang berperangai keji.” - [ Riwayat Al-Tirmizi ]
Maksudnya akhlak mulia ni bukan saja-saja. Jadi, jom terus berusaha jadi baik. Jangan mengalah ! 
  • Tahukah anda Rasulullah memberi salam kepada kanak-kanak ?
Anas bin Malik melintasi sekumpulan kanak-kanak lalu memberi salam kepada mereka. Anas berkata ; “ Rasulullah selalu berbuat demikian.” [ Riwayat Bukhari & Muslim ]
Tahu tak sebab apa , yang banyak mana pun amalan , tetapi tak maksud syurga?
“ Tidak masuk syurga sesiapa yang menyimpan sekelumit takkabbur dalam hatinya. Seorang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka bajunya. Cantik-cantik, begitu juga kasutnya?” Rasulullah menjawab, ‘Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan kecantikan. Takabbur itu, menyanggah kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain. - [ Riwayat Muslim ]
Itulah antara amalan-amalan kecil, yang bagi kita kecil, namun sangat mampu memberatkan timbangan kita di mahsyar kelak, dan sungguh tinggi nilainya di sisi Allah. Selain itu: - tersenyum, berkata baik kepada yang lain dan sedekahlah dengan apa sahaja yang baik juga sangat besar juga kesannya kepada kita di dunia dan akhirat. Jadi terus saja buat baik. Mulakan dengan yang kecil. Jom!


[ Sumber: Ezy Dakwah , Majalah Solusi ]



Semua orang bercita-cita masuk syurga dan disayangi selalu-selalu Tuhannya. Namun usaha untuk menjadi hamba Allah yang baik ni bukan mudah. Perlu cekalkan hati dan fokus. Serta ikhlas dan buat hanya kerana Allah. Walau apapun dugaan tetap buat dan tidak mengalah. Semoga kita smeua dipermudah , insyaAllah.

gambar dari fb syaheed

10 Amalan Mukmin Super Cemerlang
  • Menentukan gol atau tujuan
  • Berusaha untuk sentiasa menjadi unggul
Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
‘Sesungguhnya Allah menyukai seorang hamba yang apabila melakukan satu pekerjaan , dia akan lakukannya dengan itqan (teliti dan sempurna)’ - HR al-Baihaqi
  • Menentukan prioriti dalam kehidupan
Wasiat Abu Bakar kepada Umar ibnu Khattab: “Ketahuilah , sesungguhnya Allah memiliki hak di siang hari yang tidak diterima-Nya jika dilakukan di malam hari. Begitu juga hak di malam hari yang tidak akan diterima-Nya jika dilaksanakan siang hari.
  • Membuat perancangan rapi dan tersusun
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud ; “Persiapkanlah untuk menghadapi musuh dengan segala kekuatn yang engkau sanggupi.” (al-Anfal:60)
  • Fokus
“Dan berjayalah orang yang beriman, yakni orang yang khusyuk dalam solatnya.” [Surah al-Mu’minun 23: 1-2]
  • Menyusun waktu dengan rapi
  • Bergaul baik dengan ramai orang
  • Berjihad melawan hawa nafsu
"Orang yang berjaya adalah orang yang menunggangi keinginannya,
buka orang yang menjadi anjing kepada keinginannya."
(kata-kata hikmah)
  • Berfikiran positif . Tidak ada masalah yang tidak ada jalan keluar.
  • Seimbang. Penuhi hak ke atas dirimu, keluargamu dan orang yang berada di sekelilingmu.
Sabda Rasullulah S.A.W yang bermaksud,
"Sesungguhnya tubuhmu memiliki hak keatas dirimu."
(HR Bukhari dan Muslim)

gambar oleh brotherhood arts


Semoga perkongsian melalui JOM ini akan mendapat manfaat untuk kita. Sama-samalah amalkan yang terbaik , moga diberkati. :)








Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top