Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM TAHUN 2026M / 1447H


1. Permulaan Rejab 1447H

Tarikh Masihi: 21 Disember 2025

Menandakan permulaan bulan Rejab, salah satu bulan haram yang penuh keberkatan.

2. Israk dan Mikraj

Tarikh Masihi: 17 Januari 2026 (27 Rejab 1447H)

Memperingati perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan naik ke langit.

3. Awal Ramadan 1447H

Tarikh Masihi: 19 Februari 2026 (1 Ramadan 1447H)

Menandakan permulaan bulan puasa Ramadan, bulan mulia untuk beribadah dan memperbanyak amalan sunat.

4. Nuzul Al-Quran

Tarikh Masihi: 7 Mac 2026 (17 Ramadan 1447H)

Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hira’ Makkah.

5. Hari Raya Aidilfitri 1447H

Tarikh Masihi: 21 Mac 2026 (1 Syawal 1447H)

Menandakan tamatnya bulan Ramadan dan sambutan hari kemenangan umat Islam.

6. Awal Zulhijjah 1448H

Tarikh Masihi: 18 Mei 2026 (1 Zulhijjah 1448H)

Bermulanya bulan Zulhijjah, bulan haji dan ibadah korban.

7. Hari Raya Korban/Aidiladha 1448H

Tarikh Masihi: 27 Mei 2026 (10 Zulhijjah 1448H)

Menyambut peristiwa Nabi Ibrahim AS bersedia mengorbankan anaknya sebagai tanda ketaatan kepada Allah.

8. Awal Muharram 1448H (Tahun Baru Islam)

Tarikh Masihi: 17 Jun 2026 (1 Muharram 1448H)

Menandakan permulaan tahun hijrah baru, waktu yang baik untuk refleksi dan amalan sunat.

9. Maulidur Rasul 1448H

Tarikh Masihi: 25 Ogos 2026 (12 Rabiulawal 1448H)

Sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW, disambut dengan majlis ilmu, selawat dan ceramah agama



SUMBER: https://siraplimau.com/tarikh-penting-islam-2026







 


Astro memperkenalkan kembali program realiti Islamik baharu, 'Mualim Muda', sebagai platform untuk mencungkil bakat kepimpinan agama dalam kalangan belia.

Program ini menampilkan juri terkenal seperti Dato’ Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin, dan Neelofa, serta hos Haris Ismail (PU Riz) dan Fakhrul UNIC.

'Mualim Muda' akan mula bersiaran pada 19 Disember di Astro Oasis dan Astro Prima, serta boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Barisan 10 orang peserta Mualim Muda 2025:














Sumber berita:

https://gempak.com/hiburan/

https://salammuslim.com.my/mualimmuda/




 NASIHAT EMAS DARI IMAM SYAFI'I




1. "Bila kau tak mau merasakan lelahnya belajar, maka kau akan menanggung pahitnya kebodohan" (Imam Syafi'i)


2. "Jangan cintai orang yg tidak mencintai Allah, kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu" (Imam Syafi'i)


3. "Barangsiapa yang menginginkan husnul khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia" (Imam Syafi'i)


4. "Doa disaat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran" (Imam Syafi'i)


5. "Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat" (Imam Syafi'i)


6. "Siapa yang menasehatimu secara sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasehatimu. Siapa yang menasehatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu" (Imam Syafi'i)


7. "Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafan sedang di tenun" (Imam Syafi'i)


8. "Jadikan akhirat dihatimu, dunia ditanganmu dan kematian dipelupuk matamu" (Imam Syafi'i)


9. "Berkatalah sekehendakmu untuk menghina kehormatanku, diamku dari orang hina adalah suatu jawaban. Bukanlah artinya aku tidak mempunyai jawaban, tetapi tidak pantas bagi singa meladeni anjing" (Imam Syafi'i)


10. "Amalan yang paling berat diamalkan Ada 3 (tiga). 1. Dermawan saat yang dimiliki sedikit. 2. Menghindari maksiat saat sunyi tiada siapa-siapa. 3. Menyampaikan kata-kata yang benar dihadapan orang diharap atau ditakuti" (Imam Syafi'i)


11. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kemeralatannya, sehingga orang lain menyangka bahwa dia berkecukupan karena dia tidak pernah meminta" (Imam Syafi'i)


12. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan amarah, sehingga orang lain mengira bahwa ia merasa ridha" (Imam Syafi'i)


13. "Orang yang hebat adalah orang yang memiliki kemampuan menyembunyikan kesusahan, sehingga orang lain mengira bahwa ia selalu senang" (Imam Syafi'i)


14. "Apabila engkau memiliki seorang sahabat yg membantumu dalam ketaatan kepda Allah, maka genggam eratlah ia, jangan engkau lepaskan. Karena mendapatkan seorang sahabat yang baik adalah perkara yang sulit, sedangkan melepaskannya adalah perkara yang mudah" (Imam Syafi'i).


Semoga bermanfaat



*****

Photo by Mohammed Alim: https://www.pexels.com/photo/interior-of-istiqlal-mosque-during-prayer-time-29833372/









Diuji bertubi-tubi setelah berdoa untuk dipermudahkan urusan, adakah tanda salah berdoa? 



[Photo by Renato]


Baru-baru ini saya terbaca tulisan di Thread tentang keadaan saudara kita yang diuji bertubi-tubi setelah berdoa kepada Allah.


Kemudian diberi komentar oleh saudara yang lain dengan “mungkin salah berdoa, bahasa tak betul”. 


Jadi isu ada 2 di sini. 


Sama-sama kita bincang insya Allah. 


1- Pertama, isu ujian setelah berdoa. Perlu kita fahami dahulu bahawa dunia memang tempat ujian. Silap jika kita menganggap kita akan aman tanpa ujian. 


Al-Quran menyatakan beberapa dalil terhadap perkara ini: 


ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ


“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya” [al-Mulk: 2]


وَلَنَبۡلُوَنَّكُم بِشَيۡءٖ مِّنَ ٱلۡخَوۡفِ وَٱلۡجُوعِ وَنَقۡصٖ مِّنَ ٱلۡأَمۡوَٰلِ وَٱلۡأَنفُسِ وَٱلثَّمَرَٰتِۗ وَبَشِّرِ ٱلصَّٰبِرِينَ ١٥٥


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar” [al-Baqarah: 155]


أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?” [al-Ankabut: 2] 


Semua dalil ini menunjukkan kepada ujian sememangnya sinonim dengan kehidupan kita di dunia. 


2- Ujian itu antara tanda Allah kasih kepada hambaNya, maka jangan kita bersangka buruk kepada Allah bahawa diuji itu tanda Allah ingin menyukarkan kita semata-mata. Tidak begitu. Nabi ‎ﷺ bersabda: 


إِذَا أَحَبَّ اللَّهُ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ


“Jika Allah menyukai suatu kaum, nescaya Allah akan menguji mereka” [HR Tirmizi]


3- Justeru, ujian bukan bererti keburukan secara mutlak. Bahkan sebenarnya kebaikan boleh hadir setelah itu. Hanya sahaja, kita perlu sentiasa kuat untuk bersabar, berusaha untuk bersangka baik terhadap ujian tersebut. Hikmahnya bakal terpancar jua. 


Allah berfirman: 


فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا ٥ إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا ٦


“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” [al-Sharh: 5 - 6]


Jika kita perhatikan, kalimah kesukaran (العسر) itu dalam bentuk kata nama khas iaitu Ism Ma’rifah. Kalimah kemudahan (يسر) pula dalam bentuk kata nama am iaitu Ism Nakirah. 


Kata nama khas biasanya membawa erti sedikit, sebab semakin khusus, semakin sikit. Jika am, maka ertinya banyak. 


Sebagai contoh, hospital. Kalimah umum, banyak. Boleh jadi hospital mana-mana pun di dunia ini. 


Adapun, kalau kita khususkan, terus jadi sedikit. Contohnya, Hospital Kuala Lumpur. Ada satu sahaja. 


Ertinya, kata nama khas membawa kepada erti sedikit, kata nama am pula membawa erti banyak. Ini kaedah secara umum. 


Maka, kesukaran yang ada itu sedikit, kemudahan yang Allah sediakan itu lebih banyak. 


Saya ada huraikan lagi tentang ayat ini dengan lebih panjang dalam buku saya, jemput baca di gambar di bawah. 


4- Apabila kita berdoa, lalu diuji oleh Allah, maka ini mungkin tanda bahawa Allah ingin menjawab doa kita dengan cara memberikan ujian. 


Kerana doa tidak semestinya dijawab dengan 100% cara yang kita kehendaki. Tetapi dijawab dengan cara yang paling baik buat kita. Allah Maha Mengetahui, sementara kita pula serba tidak tahu. 


Nabi ‎ﷺ bersabda: 


‎مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا


‏Tidaklah seorang Muslim berdoa yang tidak mengandung dosa dan tidak bertujuan memutus silaturahmi, melainkan Allah SWT akan mengabulkannya dengan tiga cara: Allah akan mengabulkan doanya sesegera mungkin, Allah akan menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, dan Allah akan menjauhkan darinya Kekurangan.” [HR Ahmad]


Maka, jika kita diuji setelah meminta dari Allah, mungkin itulah cara Allah menjawab doa kita. 


“kalau macam tu taknak lah berdoa, takut diuji” 


Berbalik semua kepada konsep ujian pada noktah 1 di atas. Kita tidak akan mampu lari dari ujian. Bahkan mungkin kita tidak tersedar bahawa kenikmatan juga boleh jadi ujian buat kita tanpa kita sedari. 


Jangan disangka bahawa ujian itu kesusahan sahaja, tetapi juga kesenangan. Al-Quran menyatakan sedemikian juga.


5- Berkenaan isu kedua pula iaitu “mungkin salah berdoa, bahasa tak betul”, ini perlu diluruskan. Kerana tiada istilah salah bahasa dalam berdoa. Gunalah bahasa apa sahaja, asalkan doa itu doa yang baik, insya Allah, akan dikabulkan oleh Allah. 


Kurang tepat kita katakan “jangan berdoa murahkan rezeki, tetapi doa dengan lapangkan rezeki”. Tidak ada larangan untuk menggunakan kalimah apa sekali pun, selagi membawa makna yang baik, silakan.

Jika kita ingin melarang, maka perlu dibawakan dalil dan kalam ulama’. Setakat yang kita temui, yang melarang dengan alasan unsur positif begini adalah dari ajaran New Age Movement yang telah disebutkan sebagai menyimpang dari ajaran agama Islam. 


Maka, teruskan berdoa dengan doa yang baik, tidak kisahlah kalimah mana jua. Insya Allah akan dikabulkan oleh Allah dengan cara yang terbaik dari Allah.


6- Sahabat-sahabat yang ingin mengeluarkan pandangan terhadap isu-isu, sama-sama kita menahan diri dan berwaspada jika kita tidak mempunyai sandaran dari sumber agama dan kefahaman ulama’ muktabar. 


Moga bermanfaat. 

Wallahu a’lam. 


#FawaidJawab




Kalau kita nampak apa sahaja kebahagiaan yang seseorang kongsikan di media sosial, ada baiknya kita budayakan dua sifat terpuji berikut:





Pertama : Bergembira dengan kegembiraan dirinya.


Kedua : Mendoakan kebaikan buatnya.


Contohnya, saat melihat seseorang kongsikan kebahagiaan mendapatkan sesuatu yang baharu seperti kereta, rumah, dll di media sosial, kita doakan :


“Ya Allah, berkatilah rezekinya”.


Melihat kegembiraan yang dizahirkan oleh pasangan suami isteri, kita doakan :


“Ya Allah, jaga dan peliharalah kedua pasangan ini”.


Antara faedah yang terhasil daripada sifat terpuji ini :


Pertama : Membuang dan menghilang perasaan hasad dalam diri kita. Nikmat tersebut hakikatnya merupakan ketetapan dan kurniaan Allah SWT buat dirinya.


Kedua : Kebahagiaan tersebut mudah-mudahan turut kita dapatkan. Mendoakan kebaikan seseorang tanpa pengetahuannya, menghasilkan kebaikan yang sama buat diri kita.

 

Rasulullah SAW bersabda :


‎مَن دَعَا لأَخِيهِ بظَهْرِ الغَيْبِ، قالَ المَلَكُ المُوَكَّلُ بهِ: آمِينَ، وَلَكَ بمِثْلٍ


Terjemahan : Sesiapa yang mendoakan kebaikan buat saudara muslimnya tanpa pengetahuan dirinya, malaikat yang diwakilkan membawanya akan berkata : “Āmīn, untuk kamu juga sama seperti yang kamu doakan”.


Riwayat Muslim (2732)


Buat mereka yang suka kongsikan kenikmatan dan kebahagiaan di media sosial pula, dua sifat tersebut hakikatnya berada di luar kawalan kita kerana ia anjuran kepada orang yang melihat. Adapun kita, jika kita khuatir perkongsian tersebut lebih mendatangkan keburukan berbanding kebaikan, maka yang berada di dalam kawalan kita adalah mengelakkan perkongsian kenikmatan dan kebahagiaan. Dalam sebuah riwayat ada menyebutkan :


‎فإنَّ كلَّ ذي نعمةٍ محسُود


Terjemahan : Sesungguhnya setiap yang memiliki nikmat itu adalah orang yang didengki. 


✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli



 



Mencari aib dan berkata buruk kepada orang yang telah mati adalah termasuk larangan dari Nabi ﷺ. Dukacita buat keluarga. 


لا تسبوا الأموات 


"Jangan kamu mencela orang-orang mati" [HR Bukhari]


Semua itu tidak perlu. Bataskan diri kita, jangan melampau.


https://x.com/Muzuzxck/status/1813469892408143988?s=19



Photo by Talha Güney: https://www.pexels.com/photo/empty-interior-of-a-mosque-15403114/

 Usah Risau, Rezeki Anak Dijamin Allah SWT




Allah SWT telah menetapkan setiap rezeki buat anak-anak kita sebagaimana firman-Nya dalam al-Quran.

Yakinlah, Allah SWT Maha Pemurah dan sentiasa mencukupkan keperluan kita sekeluarga.

 Rezeki Melimpah & Usia Panjang dengan Silaturrahim



Silaturrahim bukan hanya tentang mengeratkan hubungan dengan keluarga dan sahabat, tetapi juga membuka pintu-pintu rezeki dan memanjangkan usia.


Jom kita sama-sama amalkan! 

 



Perihal puasa Tarwiyah dan puasa Arafah


1- Sunat hukumnya berpuasa pada 8 Dzulhijjah iaitu puasa Sunat Tarwiyah. Ini melalui dalil umum beramal soleh pada 10 hari awal Dzulhijjah


2- Sunat hukumnya berpuasa pada 9 Dzulhijjah iaitu puasa Sunat Arafah. Ini melalui dalil : 


يكفر السنة الماضية والباقية


"(Puasa pada hari Arafah) menghapuskan dosa setahun yang lepas dan akan datang" (HR Muslim : 1977)


3- "Nak ikut waktu Arafah Malaysia ke selain Malaysia? sebab ada perbezaan hari", mengikut pandangan para ulama' yang mengambil kira perbahasan matla', maka puasa arafah di Malaysia adalah 9 Julai ini (Sabtu). Tetapi saya suka jika kita berpuasa 8 dan 9 Julai bersamaan 8 & 9 Dzulhijjah kerana ini mampu mengumpulkan perbezaan Malaysia dan selain Malaysia


4- "Saya haid, macam mana nak puasa arafah?". Orang yang tidak berpuasa kerana patuh akan syariah, iaitu ketika haid tidak boleh berpuasa. Maka ini juga merupakan pahala. Tidak berpuasa ketika haid kerana menurut syariah adalah pahala 


#FawaidFiqh

Ustaz Muzuza

https://t.me/TheGardenofAlQuran






Bermalam Di Mina Pada Hari Tarwiyah

===== 

1. Pada hari Tarwiyah, kita bergerak ke Mina. Ini selaras dengan pergerakan haji Rasulullah di mana Baginda Nabi bermalam di Mina pada hari kelapan sebelum menuju ke Arafah.

2. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Jabir yang menyebutkan:

فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ التَّرْوِيَةِ تَوَجَّهُوا إِلَى مِنًى، فَأَهَلُّوا بِالْحَجِّ، وَرَكِبَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَصَلَّى بِهَا الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ وَالْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ وَالْفَجْرَ

“Apabila tiba sahaja hari Tarwiyah, mereka semua menuju ke Mina dan berihram haji. Baginda Nabi menunggang ke sana (Mina) lalu mendirikan solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. (HR Muslim)

3. Mengapa dinamakan hari Tarwiyah. Menurut al-Fayumi, para jemaah haji terdahulu menyiapkan bekalan air mereka (yartawuun - tarwiyah), lalu hari tersebut di namakan tarwiyah iaitu persediaan menyiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah. 

4. Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhaili pula menyatakan bahawa hari Tariwiyah adalah hari di mana Nabi Ibrahim bermimpi dan termenung memikirkan perintah untuk mengorbankan anak Baginda sendiri.

5. Disebabkan hadis Jabir di atas menyebutkan bahawa Baginda Nabi menunggang menuju ke Mina, al-Imam al-Nawawi berpandangan bahawa adalah sunnah untuk menaiki kenderaan menuju ke Mina dan bukannya berjalan kaki.

6. Menariknya di sini, Rasulullah menunaikan solat qasar sepanjang berada di Mina pada hari Tarwiyyah bagi solat yang mempunyai bilangan empat rakaat. Kata Ibn Umar:

صلَّى رسولُ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم بمِنًى ركعتينِ،

Rasulullah menunaikan solat secara (qasar) dua rakaat di Mina. (HR al-Bukhari)

Semoga Allah membimbing kita. 

Dr Ahmad Sanusi Azmi







 Larangan Melampau Dalam Agama



Islam adalah agama yang seimbang dan penuh rahmat. Jangan berlebihan atau melampau dalam beragama, kerana ia hanya akan membawa kerosakan dan kesulitan. 

Bersikap sederhana dan mengikuti sunnah adalah kunci kebahagiaan di dunia dan akhirat

Saya ingin cadangkan beberapa doa yang sangat hebat dari al-Quran & hadith Nabi ﷺ untuk kuatkan hati: 


Sumber: Pexels



1- Ayat 8 surah Ali-'Imran: 


رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ


"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." 


2- HR Tirmidzi: 


يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ


"Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas jalan agamaMu" 


Jemput baca dan amalkan doa-doa ini, sangat baik untuk mendamaikan hati. 


#FawaidHadith


Sumber: Telegram The Garden of Al-Quran


Tanggungjawab Ibu-Bapa Kepada Anak-Anak : Mencorak Masa Depan Umat


Ibu-bapa bukan sahaja penyedia keperluan fizikal, tetapi juga pemimpin yang membentuk peribadi anak-anak.

Ingatlah, anak-anak kita adalah amanah Allah SWT dan didiklah mereka dengan hati dan iman.


 Tidak Mendedahkan Aib Pasangan





======

1. Suami dan isteri itu sifatnya saling melindungi. Dalam al-Quran, Allah memberikan perumpamaan bahawa suami dan isteri itu adalah ibarat pakaian yang saling menutup keaiban mereka, saling melindungi sesama mereka, dan memelihara dari disakiti. Firman Allah:


هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ


“Isteri-isteri kamu itu adalah seumpama pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.” (Surah al-Baqarah: 187)


2. Menurut al-Raghib al-Asfahani, perumpamaan bahawa suami isteri itu seperti pakaian adalah kerana mereka seharusnya saling menutup keaiban dan saling memelihara air muka masing-masing. Kata beliau:


جعل اللباس كناية عن الزوج لكونه ستراً لنفسه ولزوجه أن يظهر منهما سوء


“Dijadikan pakaian itu sebagai satu perumpamaan di dalam al-Quran bagi seorang suami adalah kerana suami akan menjadi pelindung buat dirinya dan isterinya daripada terdedahnya keburukan mereka berdua.”


3. Ini adalah sebuah pengajaran yang penting dalam era dunia hari ini di mana ada pasangan yang saling mendedahkan aib sesama mereka. Mereka mungkin sekadar berniat untuk bergurau, namun ia dibimbangi mendedahkan keburukan pasangan tanpa disedari.


4. Malah dalam sebuah hadis, Rasulullah mencela lelaki yang mendedahkan rahsia sulit pasangan mereka. Sabda Rasulullah:


إِنَّ مِنْ أَشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللَّهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى امْرَأَتِهِ وَتُفْضِي إِلَيْهِ ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا


“Sesungguhnya di antara seburuk-buruk manusia di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang bersama dengan isterinya dan isterinya bersama dengannya (melakukan hubungan intim), kemudian dia mendedahkan rahsia isterinya.” (HR Muslim)


5. Benarlah kata Sheikh al-Tantawi bahawa melalui ayat ini, Allah mendidik manusia bagaimana setiap pasangan itu seharusnya rapat seperti rapatnya pakaian kepada tubuh badan seseorang, ia melindungi dari segala yang boleh menyakiti.


Semoga Allah membimbing kita.


Dr. Ahmad Sanusi Azmi



"Tuhan tak akan ampunkan aku ni?" 


Kalau kita pernah terfikir begini, buang terus kerana ini jarum syaitan.

Mengapa? Kerana Allah itu Maha Mengampun. Ibn Rajab رَحِمَهُ الله berkata:

“Orang yang rugi adalah orang yang menyangka Allah tidak mengampunkannya”

[Lata'if al-Ma'arif]


"Tak apa, kalau aku buat dosa lagi pun, Allah akan ampunkan aku jugak"

Kalau kita pernah terfikir begini, juga buang terus kerana ini juga jarum syaitan.


Mengapa?

Kerana mati itu pasti, tiada siapa yang mampu menjamin kita sempat bertaubat setelah melakukan dosa.


Sumber: Telegram Ustaz Muzuza


Gambar: Levent Simsek

Penyakit AIN mudah menyerang, jadi marilah kita amalkan doa agar dijauhkan dari segala keburukan dan musibah. #artortoisemy 

@ZayanMy






Sumber:

https://x.com/Artortoise_full/status/1878361263862108423?t=FJYD-HKe5a16ITMOJrtOaw&s=19






Banyak perkongsian menarik melalui Facebook dan Telegram Empower Quran Global. Saya kongsikan sedikit di sini.


DOA LEPAS SOLAT


Setiap kali lepas solat, bacalah..


"Allahumma Ajirna Minan Nar"


Ertinya: Ya Allah, lindungilah kami dari azab api neraka

Semoga Allah swt jauhkan kita semua dari azab api neraka. Amin Ya Rabb

Gambar


ISTIKHARAH

Ketika awak rasa tiada sesiapa yang ingin mendengar penat lelah dan masalah, atau sedang dibuang ingatlah perkara ini ;


"وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ"


Dan Tuhan kamu berfirman:  "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Al-Ghafir ; 60)


Normalize : Solat Istikharah setiap kali nak buat keputusan.


Antara amalan sunnah yang Rasulullah SAW latih para sahabat. Kata baginda ; "Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku."


Biar Allah SWT ada dalam setiap keputusan yang ingin kita buat. InshaAllah, sesungguhnya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik buat kita ❤️




 7 Adab Ketika Menziarahi Rumah Orang




1. Maklumkan kepada tuan rumah sebelum bertandang


2. Tidak meminta-minta hidangan


3. Makan dengan segera jika dihidangkan


4. Elakkan perbuatan yang menyusahkan tuan rumah


5. Sunat bagi tetamu mendoakan kebaikan tuan 

rumah


6. Tidak duduk dan singgah terlalu lama


7. Memilih waktu yang sesuai untuk datang bertandang


Sumber : @jabatanmuftiwp

Waktu-waktu membayar zakat fitrah dan hukumnya. Berikut perkongsian oleh Ustaz Wadi Annuar (klik gambar untuk lebih jelas, boleh save). Moga bermanfaat. Selamat menunaikan kewajipan dan tanggungjawab kita. Moga diberkati dan diterima semua amalannya. Insya-Allah.





Ada ketika, saya bersedih hati dengan dugaan yang menimpa. Jadi ada satu ayat al-Quran yang saya sebut dan ulang, sebagai satu motivasi pengubat diri.



Firman Allah:

قل لن يصيبنا إلا ما كتب الله لنا

"Katakanlah: Tidak sesekali akan menimpa kita, melainkan apa yang telah Allah tuliskan untuk kita."

[Surah al-Taubah ayat 51]


Jadi bila ulang ayat ini, mula sedar bahawa apa pun yang berlaku sekarang, semuanya Allah dah tulis dan atur.

Bila sedar bahawa Allah yang atur semua ini, mengapa perlu terus bersedih?

Kita kena percaya bahawa Allah tahu yang terbaik untuk kita, dan Dia tidak akan sia-siakan kita.

Percaya janji Allah, dan berikan khabar gembira kepada orang yang sabar dan redha dengan takdir-Nya.


- perkongsian oleh Ustaz Yazid Hamka

Facebook Mutiara Tadabbur



[Gambar]

 Keberkatan Rezeki Dalam al-Quran




============ 

Di dalam al-Quran terdapat beberapa perkara yang disebutkan oleh Allah yang mempunyai hubungkait dengan rezeki dan keberkatannya. Antaranya adalah:


1. Melazimi taqwa. Orang mukmin yang berusaha kea rah taqwa akan dibuka baginya keberkatan langit. Firman Allah:


وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ


“Dan sekiranya ahli sesuatu tempat itu beriman dan bertaqwa, maka kami akan buka bagi mereka keberkatan dari langit dan bumi.” (al-A’raf: 96)


2. Mereka yang sentiasa menjaga solat serta mengajak ahli keluarga menunaikan solat juga berupaya dipermudahkan rezeki oleh Allah. Firman Allah:


وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى


Dan perintahkanlah keluargamu untuk mengerjakan solat, dan hendaklah kamu bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. 


2.1. Di dalam ayat ini, Allah seolah meletakkan urusan solat mempunyai kaitan juga dengan rezeki. Menurut al-Imam al-Qurtubi, ketika ayat ini diturunkan Rasulullah sering mengetuk pintu rumah Fatimah, mengajak mereka bersolat. Bahkan Saidina Umar melakukan perkara yang sama dan mengingatkan kepada ahli keluarganya supaya jangan sampai urusan mencari rezeki menyibukkan kamu dari solat. 


Malah menurut al-Qurtubi lagi, Rasulullah akan menyuruh ahli keluarganya mendirikan solat ketika mereka ditimpa kesusahan. Begitulah besar peranan solat dalam kehidupan muslim. (al-Qurtubi, al-Jami li Ahkam al-Quran, 11/263).


3. Beristighfar. Amalan melazimi istighfar juga dikatakan mempunyai kesan terhadap rezeki. Firman Allah:


فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً* يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَاراً* وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَاراً


“Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Beristighfarlah kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun (11). (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;(12)."Dan Allah akan memberi kepada kamu dengan harta kekayaan serta anak-pinak; dan Allah akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).” (Surah Nuh: 10-12)


3.1 Malah Rasulullah turut bersabda:


مَن أكثر الاستغفار جعل الله له من كل همَّ فرجاً، ومن كل ضيق مخرجاً، ورزقه من حيث لا يحتسب


“Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar, Allah akan membuka segala kesusahannya, memberikan jalan keluar bagi segala kesempitan, dan mengurniakan rezeki yang tidak mereka sangka.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir).


4. Bersedeqah. Amalan bersedeqah turut membantu dalam membuka pintu rezeki seseorang. Firman Allah:


وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِين


“Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Surah Saba’: 39).


Semoga Allah membimbing kita. 









Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Facebook

Tele: https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
















Anem Arnamee 2026 © TERIMA KASIH ♥



click to te top