Cerita yang pengajarannya menunjukkan kita semua dipisah dengan satu garisan halus sahaja. Hari ni kita baik, tapi esok lusa belum tentu. Jika hari ini kita orang paling jahat, tidak mungkin esok pun sama juga. Menilai seseorang itu baik / jahat adalah hak ALLAH. Kita sebagai manusia kena sedar hidayah itu boleh pergi dan datang bila-bila masa. Jika kita berusaha ke arah baik, baiklah jadinya, insya-Allah! Jadi, tak boleh nak blame atau judge orang sesuka hati, yang penting perbaiki diri dan menasihati orang pun dengan cara yang ikhlas dari hati.
__________
Sinopsis: Antara Garisan bermula dengan kisah seorang uztaz bernama Arman (lakonan Ismail Abd Aziz) yang muncul di sebuah kampung di subuh hari. Dia telah bertembung dengan seorang perempuan GRO bernama Ayu (Noorkhiriah) yang sedang mabuk di hadapan masjid itu. Ustaz Arman yang ketika itu sedang berdiri di kaki tangga masjid telah memandang wanita itu dengan pandangan jijik dan Ayu pula memandang ustaz tersebut dengan perasaan malu.Selepas daripada kejadian itu, mereka tidak lagi bertemu sehinggalah pada suatu hari dan waktu yang sama, Ayu pula berdiri di kaki tangga masjid di tempat yang sama dia terserempak dengan Uztaz Arman pada kali yang pertama. Tetapi kali ini, Uztaz Arman ditemui dalam keadaan yang cukup mengaibkan.Pada saat itu, barulah mereka teringat yang mereka berdua pernah berada di tempat yang berbeza dan tersedar yang mereka berdua telah merubah kedudukan masing-masing kerana sedar apa yang membezakan mereka hanyalah satu garisan halus. Sumber: sini
p/s: Hati ibarat air yg menggelegak- selalu berubah-rubah.


